You are on page 1of 9

Amalan pentaksiran bilik darjah

A. Pengenalan
Menurut Dunn (1991) pentaksiran adalah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru
tentang muridnya dan oleh muridnya sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam Kurikulum
Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998) pentaksiran ialah proses untuk mengesan
perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh berasaskan
matlamat kurikulum. Menurut Mokhtar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk
menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status
dan nilai . pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-muird.
Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau
piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks
pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai
untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Pentaksiran bilik darjah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap
oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif adalah bertujuan untuk
memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala pentaksiran secara sumatif
adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari
(assessment of learning). Proses Pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul maklumat yang
autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing)
berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard).
Ia juga menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks bagi mengelola, merekod,
menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang prestasi murid oleh guru semasa
dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-pembelajaran berlangsung.
Melaui pentaksiran ini juga kepelbagaian maklumat akan digunakan bagi membuat penilaian
dan melaporkan secara verval atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan
keperluan murid.
Bagi kedua-dua cara pentaksiran tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set pernyataan
standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan pernyataan standard

prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Pentaksiran dilaksana menggunakan


pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di
peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan
yang melibatkan pelbagai mata pelajaran.
Pentaksiran merupakan suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap
pencapaian atau penguasaan kefahaman yang diperolehi oleh seseorang murid. Ia melibatkan
satu penanda atau pengukuran kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada seseorang
murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pencapaian dan pengusaan yang
diterima oleh murid melalui pengajaran yang diajar oleh guru dikuantifikasikan dengan memberi
skor ujian berdasarkan pentaksiran yang dijalankan.

B. Tujuan Pentaksiran
Pentaksiran bertujuan untuk memberi maklumat yang lengkap dan berguna tentang prestasi
pembelajaran kepada murid, guru dan ibu bapa. Ia menggambarkan keupayaan sebenar murid
dalam meguasai pelajaran mereka. Pentaksiaran juga merupakan proses mendapatkan
gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran. Melalui pentaksiran dan
kaedah-kaedah yang dilaksanakan, prestasi seseorang murid akan dapat diukur dan dinilai
tahap pengusaan, kefahaman dan pengetahuan tentang sesuatu yang dinilai atau yang telah
dipelajarinya.
Pentaksiran juga bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan
oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran itu benar-benar boleh membantu murid
memahami apa yang diajarkan oleh guru. Jika sekiranya aktviti yang dilaksanakan tidak
mencapai objek atau tidak berjaya menarik perhatian murid dalam merangsang pembelajaran
mereka, maka guru boleh membuat penambah baikan atau mencuba aktiviti yang lain.
Keberkesan aktiviti yang dijalankan oleh guru merupakan salah satu pengukur kepada proses
pentaksiran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Keseseuaian aktiviti dengan topic atau
tajuk pembelajaran memungkinkan murid-murid dapat meguasai sesuatu ilmu itu dengan lebih
mudah. Kejayaan dalam penguasaan pembelajaran ini mencerminkan penggunaan dan
pelaksanaan aktiviti yang berkesan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran juga mempunyai tujuan yang jelas dalam mendapatkan maklumat secara
berterusan bagi mengatasi segala kelemahan yang ada sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran. Pentaksiran yang dijalankan secara berterusan akan dapat mengenalpasti

kelemahan, kekurangan dan kepincangan sewaktu guru megajar. Jesteru itu, guru akan dapat
megenalpasti kelemahan dan kepincangan tersebut dan seterusnya memperbaiki cara
pengajaran dan pembelajaran agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Maka dengan itu
guru dapat meningkatkan keberkesanan sewaktu pengajaran dan muird dapat mengikuti
pembelajaran dengan lebih baik.
Pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru sememangnya akan dapat meberikan dapatan atau
data yang berguna untuk guru merancang pengajaran dan pembelajarannya. Melaui
pentaksiran ini guru akan menilai dan memproses data dan maklumat tentang prestasi
sesorang muridnya dan seterusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan muird. Guru dapat melakukan
aktivit yang berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan murid berdasarkan prestasi mereka.
Aktiviti yang dirancang akan membantu murid untuk lebih faham dan mudah mengikuti proses
pembelajaran bersesuaian dengan tahap mereka.
Pentaksiran ini akan melibatkan semua murid dalam sesebuah kelas secara efektif. Semua
murid akan dinilai dan ditaksir pencapian dan pengetahuan mereka. Murid akan di skorkan
mengikut keupayaan dan pencapaian masing-masing. Melalui hasil pentaksiran ini maka guru
akan merancang dan melaksanakan semula aktiviti susulan sesuai dengan kebolehan murid.
Aktiviti ini dijangka akan lebih berkesan berbanding sebelumnya. Melaui aktiviti yang baru ini,
maka guru akan dapat memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajarannya secara
berterusan.
C. Keberkesanan Pentaksiran.
Pentaksiran yang berkesan haruslah mempunyai ciri-ciri yang baik seperti keobjektifan,
kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan komprehensif. Ciri-ciri ini akan menentukan bahawa
pentaksiran itu berkesan atau sebaliknya.
Keobjektifan penting dalam menentukan keberkesanan pentaksiran di dalam bilik darjah.
Ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan murid-muird adalah penentu kepada
keseragaman penilaian yang dibuat. Jawapan yang disemak oleh guru seharusnya mempunyai
skema pemarkahan yang seragam bagi memastikan ketelusan dalam pemberian markah untuk
semua murid. Semua keputusan pentaksiran akan disimpan dan menjadi rekod pencapaian
murid. Kebolehpercayaan dan keobjektifan yang telus dalam sistem penandaan dan
pemarkahan

merupakan

penentu

kepada

keberkesanan

pentaksiran

yang

dilakukan

terutamanya dalam bilik darjah. Hasil daripada markah yang diperolahi oleh murid, guru akan

memaklumkan dengan pengetahuannya secara bertanggungjawab berdasarkan indikatorindikator yang tepat kepada murid, ibubapa dan pihak lain yang memerlukan.
Kebolehtadbiran dalam mengurus dan melaksanakan pentaksiran di peringkat sekolah
khususnya di dalam bilik darjah juga akan membantu keberkesanan perjalanan pentaksiran.
Guru seharusnya merancang dan menentukan bentuk pentaksiran yang hendak dilaksanakan
kepda murid-muridnya. Kebiasaannya aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan tajuk
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru semasa di dalam kelas. Pemilihan
aktiviti pentaksiran bergantung kepada apa yang hendak dinilai oleh guru. Kepelbagaian
kaedah pentaksiran juga akan dilakukan oleh guru mengikut kesesuaian objektif yang hendak
dicapai. Kecekapan guru dalam membuat dan melaksanakan aktiviti pentaksiran dan
seterusnya melakukan kerja-kerja susulan sekiranya aktiviti tidak berkesan menunjukkan
bahawa kelincinan pihak sekolah dan menguruskan pentaksiran. Kebolehan guru dalam
menguruskan pentaksiran ini secara berpusat atau berasaskan sekolah merupakan penentu
kepada keberkesanannya.
Keberkesanan pentaksiran juga dinilai melalui kemudahtafsiran maklumat tentang calon
berdasarkan skor yang diperolehi. Ia juga boleh mendiskrimasikan calon mengikut tahap
kebolehan dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian atau pentaksiran. Hasil daripada
pentaksiran yang dijalankan, maklumat tentang murid boleh dilihat berdasarkan skor yang
diperolehi semasa pentaksiran dijalankan. Guru boleh menganalisis keputusan markah atau
skor calon berdasrkan maklumat yang diperolehi dengan mudah. Melalui keputusan ini juga
guru boleh membuat pengkelasan atau menentukan calon mengikut tahap kebolehan dan
pencapaian. Murid yang lemah akan diletakkan dalam kelompok yang lemah dan proses
pentaksiran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan mereka akan dilaksanakan. Begitu juga
dengan murid yang pandai dan mempunyai skor yang baik akan dikelompokkan dalam satu
kumpulan yang lain dan diberikan pentaksiran yang berbeza sesuai dengan kebolehan mereka.
Kebolehtafsiran terhadap pentaksiran yang dijalankan ini menentukan sejauhmana tujuan dan
objektif pentaksiran berkesan menepati kehendak dan matlamat yang diinginkan.
Membina soalan-soalan yang komprehensif yang mengandungi semua objektif penting dalam
pengajaran dan pembelajaran amat penting dan juga salah satu penentu keberkesanan
pentaksiran. Penentuan sukatan dan objektif yang hendak dicapai dalam sesebuah pentaksiran
merupakan perkara awal yang diberikan perhatian. Seterusnya merangka soalan berdasarkan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sebagai garis panduan membina item. Seterusnya soalan akan
digubal dan pemilihan soalan-soalan akan dilakukan. Soalan-soalan yang telah dipilih akan
disediakan dalam bentuk kertas soalan. Seterusnya adalaha pembinaan skema jawapan yang

digunakan untuk mengukur dan menilai pencapaian terhadap pengajaran dan pembelajaran
murid. Semua objektif yang terdapat dalam sesebuah sukatan atau perancangan sesuatu mata
pelajaran seharusnya ada dinilai dalam soalan yang dihasilkan. Kesemua kemahiran dan hasil
pembelajaran yang hendak dikuasai oleh murid mestilah dimasukkan dalam soalan agar
pentaksiran ini lebih bersifat komprenhensif. Maka dengan itu, keberkesanan pentaksiran akan
lebih terserlah jika amalan penyediaan soalan ini mengikut panduan yang sebenarnya.
D. Perlaksanaan Pentaksiran
Pentaksiran merupkan

sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran yang baik seharusnya
mempunyai pentaksiran yang bergerak seiring dan tidak boleh dipisahkan atau diguna secara
berasingan atau bersendirian. Tujuan utama pentaksiran ialah memberikan sokongan dan
mekanisma kepada murid untuk memperbaiki pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan
pencapaian dalam sesuatu mata pelajaran. Melalui pentaksiran ini juga guru dapat memperbaiki
pengajaran mereka dan secara keseluruhan dapat menilai sejauhmana pentaksiran ini dapat
menyumbang kepada keberkesanan program dan aktiviti yang dijalankan. Oleh yang demikian,
semasa menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara berikut hendaklah
diambilkira:

Pentaksiran tentang pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran; dan

Pembangunan pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman di


samping nilai dan sikap.

Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan kurikulum dan garis
panduan pentaksiran yang telah ditetapkan.
Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu bapa pada awal
proses pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu disertai dengan bentuk dan kaedah
pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik yang akan digunakan. Setiap aktiviti yang
direkodkan sepatutnya terdiri daripada kejayaan satu siri tugasan yang bermakna dan
berkesan.
Pentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti melalui pemerhatian, lisan dan
penulisan. Pemerhatian dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui

kerja bertulis para pelajar. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil
kerja amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya. Pentaksiran secara lisan pula mengesan
secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran,
perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti
seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan sebagainya. Manakala
pentaksiran melibatkan penulisan seperti aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan
daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek,
karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah
dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya secara berterusan berdasarkan hasil
pembelajaran yang telah ditentukan. Pengumpulan eveden pentaksiran boleh dilaksanan
dengan menggunakan beberapa kaedah seperti pencerapan. ujian, tugasan atau pentaksiran
prestasi, pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kumpulan,
Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur dan terancang. Ia biasanya dilakukan
di dalam bilik darjah sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Pencerapan selalunya dilakukan
untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain. Proses memberikan pendapat, pandangan
dan hujah oleh murid akan memperlihatkan kebolehan dan kefahaman murid dalam menguasai
sesuatu topic pembelajaran. Penilaian sikap dan keterampilan daya kepimpinan juga boleh
dibuat melalui kaedah pencerapan ini. Biasanya pencerapan dibuat

dalam tugasan untuk

mendapatkan hasil penyelesaian yang berfisat umum dimana murid bebas dan tidak terikat
untuk memberikan pendapat dan idea masing-masaing. Kaedah pencerapan ini lebih mudah
berbanding kaedah-kaedah yang lain. Walau bagaimanapun pencerapan perlu mempunyai
tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian.
Kelebihan pencerapan ialah ia mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan
skala pengadaran (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk
merekod.
Berbeza dengan pentaksiran secara pencerapan, pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur
dan tegar. Biasanya pembinaan soalan adalah secara berpusat atau selaras dalam sesebuah
sekolah. Ia membolehkan guru mengumpul eviden yang sama dan seragam untuk dibaut
penilaian oleh murid-muird. Semua murid akan terlibat dalam pentaksiran berbantuk ujian ini
secara serentak dalam tempoh masa atau waktu yang sama.Hasil daripada pentaksiran melalui
ujian ini, skor akan diberikan berdasarkan kebolehan pelajar melepasi setiap eviden tentang
pembelajaran yang dikemukakan. Sekiranya ujian ini digunakan dengan betul, maka ia menjadi
sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia memberikan eviden yang baik tentang
apa yang telah dipelajari.

Ujian dalam pentaksiran di sekolah atau di dalam bilik darjah

boleh dilaksanakan secara

manual seperti penggunaan kertas-pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer
secara online atau offline. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak sekolah di bawah
kelolaan panitia mata pelajaran atau guru-guru mata pelajaran yang berkenaan. Bagi
pentaksiran peringkat daerah, negeri atau kebangsaan penyediaan tem-item ini biasanya akan
disediakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga
Peperiksaan. Walaupun demikian, pengendaliannya adalah oleh guru sendiri sama ada secara
manual atau berbantukan komputer.
Seterusnya ialah pentaksiran berbentuk tugasan atau

pentaksiran prestasi murid-murid.

Berbanding pentaksiran melalui ujian, pentaksiran tugasan kurang berstruktur dan melibatkan
tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi
dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata
pelajaran di mana murid akan melakukan tugasan secara praktikal dan guru akan membuat
penilaian. Pentaksiran ini melihat bagaimana seseorang murid dapat melakukan tugasan yang
diberikan di samping menggunakan segala pengetahuan, kefahaman dan teori yang telah
dipelajarinya ketika melakukan proses amali. Pemarkahan

diberikan dengan menentukan

bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan kerja atau tugasan mereka. Ia
merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk
belajar. Antara contoh tugasan yang diberikan kepada murid ialah projek, pameran,
penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan.
Seterusnya kaedah pentaksiran yang dilaksanakan dalam pentaksiran di dalam bilik darjah
ialah pentaksiran kendiri. Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru
kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai
kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas
khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan
dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan mengulas ringkasan kerja. Refleksi
ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pembelajaran.
Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu murid sama
ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa
kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk
bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil
kritis.

Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama, bantu membantu,
pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja
berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan
pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada
hasil kerja kumpulan.
Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi kedua-dua pentaksiran
untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran. Isu penting ialah instrumen
mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. Eviden yang bersesuaian dan mencukupi mesti
dikumpulkan dan ia mesti dijelaskan kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses
pentaksiran untuk pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran.

E. Penutup
Pentaksiran bilik darjah adalah prosedur yang digunakan untuk memberi maklum balas kepada
guru mengenai tahap penguasaan dan kefahaman pelajar terhadap objektif dan isi kandungan
yang telah diajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dalam aspek proses, terdapat
beberapa peringkat pelaksanaan pentaksiran bilik darjah yang perlu dilaksanakan oleh guru.
Proses dimulakan dengan menentukan silibus atau isi pelajaran yang terkandung dalam
rancangan pelajaran. Soalan yang dibina perlukan berdasarkan JSU sebagai garis panduan
membina item. Proses seterusnya adalah penggubalan soalan, pemilihan dan penyelarasan
soalan, prauji dan penyediaan kertas soalan. Seterusnya adalah pembinaan skema jawapan
yang digunakan untuk mengukur dan menilai pencapaian terhad dan pembelajaran kompleks.
Proses ini diikuti oleh mentadbir ujian, memeriksa, memberi skor serta menganalisis item
dengan menggunakan pendekatan terbaik dalam melaksanakan pentaksiran. Hasil maklumat
yang diperoleh, akan dilaporkan kepada pihak-pihak berkenaan supaya tindakan susulan dan
pemantauan dapat dijalankan dari semasa ke semasa.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu
proses. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran murid-murid.

You might also like