You are on page 1of 18

AMALAN PENGURUSAN RISIKO KECAIRAN DALAM PERBANKAN

KONVENSIONAL

VARATA MEERA A/P RAVINDRAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

AMALAN PENGURUSAN RISIKO KECAIRAN DALAM


PERBANKAN KONVENSIONAL

VARATA MEERA A/P RAVINDRAN

TESIS/LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK


MEMPEROLEHI SARJANA MUDA

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2014

DAFTAR ISI

PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iii

ABSTRAK

iv

ABSTRAK

SENARAI JADUAL

vi

SENARAI SINGKATAN

vii

ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. KAJIAN LEPAS
3. METODOLOGI KAJIAN
4. DAPATAN KAJIAN
5. KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN

PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

31 DISEMBER 2014

VARATA MEERA A/P RAVINDRAN


A140058

ii

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan yang telah memberikan kekuatan kepada saya untuk
menyiapkan latikan ilmiah yang amat bermakna bagi menyempurnakan program sarjana
muda saya.
Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan
kepada

penyelia saya, Prof Madya DR. Aisyah Abdul Rahman yang telah banyak

memberi bimbingan dan tunjuk kepada saya dan sahabat-sahabat yang lain dalam
penulisan latihan ilmiah ini. Saya dengan hormatnya mengucapkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada beliau.
Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapaku yang memberi sokongan dan
mendoakan kejayaan sepanjang pengajian ini. Akhir sekali, salam kasih sayang dan
ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan iaitu Kalai Selvi A/P S.Jey Sekar kerana
telah banyak memberi pertolongan dan sokongan moral serta semua pihak yang turut
membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan tesis
ini.
Semoga Tuhan memberikan ganjaran yang baik kepada semua pihak membantu
saya dalam penulisan tesis ini.

ABSTRAK

Risiko kecairan merupakan salah satu elemen penting bagi menjamin kestabilan dan
keselamatan sesuatu bank. Sesuatu bank perlu memastikan tahap kecairan mereka stabil
kerana dapat membiayai peningkatan aset yang luar jangka dan kewajipan untuk
memenuhi kehendak pelanggannya. Pengurusan risiko yang cekap dalam bank ibaratkan
tulang belakang bagi bank untuk menjayakan operasinya tanpa segala rintangan dari segi
kewangan dan bukan kewangan. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan kepada
kaedah pengurusan risiko kecairan dalam bank konvensional iaitu ujian tekanan kecairan
dan pelan pembiayaan luar jangka. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua kaedah
ini membantu untuk mengatasi dan mengesan masalah kecairan yang dihadapi oleh
CIMB Bank Berhad dan Public Bank Berhad

Kata Kunci : Risiko kecairan, perbankan konvensional, pengurusan risiko, ujian tekanan
kecairan, pelan pembiayaan luar jangka.

iv

ABSTRACT

Liquidity risk is one important element to ensure stability and security of a bank. A bank
should ensure a stable level of liquidity because they can finance the increased contingent
assets and liabilities to meet customer needs. Efficient risk management in banks is act as
backbone for banks to improve their operations without any resistance from both the
financial and non-financial. Therefore, this study focuses on liquidity risk management
methods in conventional banks which is liquidity stress testing and contingency funding
plans. The results showed that both methods helps to overcome and detect liquidity
problems faced by CIMB Bank Berhad and Public Bank Berhad

Keywords:

Liquidity risk, conventional banking, risk management, stress testing


liquidity, contingency funding plans.

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL
JADUAL 1

HALAMAN
ANALISIS KEMATANGAN ASET DAN
LIABILITI BERDASARKAN KONTRAK

JADUAL 2

BAGI CIMB BANK BERHAD


ANALISIS KEMATANGAN ASET DAN
LIABILITI BERDASARKAN KONTRAK

JADUAL 3

BAGI PUBLIC BANK BERHAD


RISIKO-RISIKO DALAM CIMB BANK

JADUAL 4

BERHAD DAN PUBLIC BANK BERHAD


PERBANDINGAN PENGURUSAN
RISIKO CIMB BANK DAN PUBLIC
BANK BERHAD

vi

SENARAI SINGKATAN

ALCO

Asset Liability Management Committe

GALCO

Group Asset Liability Management Committe

EWRM

Enterprise Wide Risk Management Framework

BNM

Bank Negara Malaysia

CFP

Contingency Funding Plan

FSA

Financial Services Act

vii

1.0 Pengenalan
Semua insan dalam dunia ini sering menghadapi pelbagai risiko dalam kehidupan
seharian mereka. Risiko sering dimaksudkan sebagai kewujudan ketidakpastian terhadap
sesuatu peristiwa atau lebih jelas lagi kemungkinan wujud hasil yang tidak baik dalam
perkara yang akan dilaksanakan. Pelbagai pihak contohnya pakar statistik, ahli ekonomi,
ahli perniagaan, pakar insurans dan lain-lain mempunyai takrifan yang berbeza terhadap
konsep risiko.
Konsep penting risiko adalah ketidakpastian. Menurut Oxford Dictionary of
Economics 2012, risiko merujuk kepada ketidakpastian tentang hasil sesuatu kejadian
yang boleh menghasilkan lebih daripada satu hasil atau keputusan (Black & Myles 2012).
Pendeknya, semakin banyak kepelbagaian yang mungkin berlaku, semakin tinggi
risikonya. Selain itu, risiko juga ditakrifkan sebagai kemungkinan berlaku lencongan
yang tidak menyenangkan terhadap hasil sesuatu aktiviti daripada apa yang diharapkan
(Nor Fahimah, 2011). Dalam erti lain, lencongan yang biasanya berlaku dalam sesuatu

perkara akan menjurus kepada kerugian, maka ianya dianggapkan sebagai risiko (Dr.
Shamsiah, 2011). Umumnya, sesuatu perkara dianggap sebagai berisiko disebabkan oleh
tahap kepulangannya tidak dapat ditentukan dan mengakibatkan kerugian.
Negara kita, Malaysia merupakan Negara Islam yang pertama mengamalkan
sistem perbankan Islam yang cekap bersama-sama dengan sistem perbankan
konvensional. Menurut Akta Bank Negara Malaysia 2009, dwi-sistem kewangan negara
kita merangkumi kewangan konvensional dan Islam yang beroperasi secara selari.
Perbankan konvensional bertanggungjawab terhadap penyediaan produk simpanan
mahupun pinjaman berdasarkan kadar bunga yang ditetapkan serta menetapkan pelbagai
kos bagi berurusan dengan bank-bank lain. Perbankan islam pula berpatuh kepada
prinsip-prinsip Syariah dalam menyediakan perkhidmatan pinjaman, simpanan dan
urusan dengan bank-bank lain. Prinsip-prinsip syariah menghindarkan unsur gharar, unsur
maisir dan amalan riba dalam perkhidmatan mahupun transaksi kewangan bank.

Risiko kecairan merupakan salah satu elemen penting bagi menjamin kestabilan
dan keselamatan sesuatu bank. Risiko kecairan yang dihadapi oleh pihak bank dapat
menjejaskan keyakinan pelanggan serta keuntungan bank. Kecairan bermaksud
kebolehupayaan aset bank ditukarkan semula kepada wang tunai pada masa tertentu atau
dalam keadaan yang terdesak (Ibrahim, 2010). Selain itu, sesuatu bank perlu memastikan
tahap kecairan mereka stabil kerana dapat membiayai peningkatan aset yang luar jangka
dan kewajipan untuk memenuhi kehendak pelanggannya. Keruntuhan nisbah kecairan
dalam sesuatu bank turut member kesan kepada seluruh sistem kewangan.
Keseluruhannya, kajian ini dilakukan untuk mengkaji amalan pengurusan risiko kecairan
dalam bank konvensional yang terpilih.

2.0 Kajian Literatur


2.1 Risiko
Dalam dunia perbankan, risiko biasanya diibaratkan sebagai ancaman kepada
bank kerana sesuatu risiko akan menyebabkan kehilangan beberapa sumber, pendapatan,
pembaziran kos semasa bank menjalankan operasi kewangannya. Risiko berlaku apabila
wujud ketidakpastian terhadap kebarangkalian keputusan yang dijangka akan berlaku (G.
Kancerevyius, 2009). Pengurusan risiko yang cekap dalam bank ibaratkan tulang
belakang bagi bank untuk menjayakan operasinya tanpa segala rintangan dari segi
kewangan dan bukan kewangan.
2.2 Risiko Kecairan
Risiko kecairan adalah risiko di mana apabila sesuatu bank tidak dapat memenuhi
kewajibannya terhadap pendepositnya yang mungkin melakukan pengeluaran wang pada
bila-bila masa (Jenkinson, 2008). Menurut Ahmed Arif (2009) dalam perniagaan
perbankan majoriti aset dibiayai dengan deposit, yang sebahagian besar adalah dalam
bentuk semasa dengan beranggapan transaksi akan berlaku pada bila-bila masa oleh
pelanggan. Beliau juga menyatakan bahawa apabila wujud ketidaksesuaian antara aset
dan liabiliti, maka wujudnya jurang kecairan.
Selain itu, kajian Diamond dan Rajan (2001) menjelaskan risiko kecairan dengan
kegagalan untuk memenuhi kehendak pelanggan menyebabkan berlakunya penjualan
aset, dimana perbuatan ini memberi kesan negatif kepada modal dan rizab bank. Beliau
juga menekankan bahawa jika keadaan ini berterusan, maka sesuatu institusi kewangan
akan menghadapi kegagalan disebabkan oleh nisbah kecairannya yang tinggi. Setiap bank
mencuba untuk menyimpan dana yang mencukupi untuk memenuhi permintaan yang
tidak dijangka, tetapi mengekalkan tunai yang mencukupi akan melibatkan kos yang
tinggi.
Dalam jurnal Jim Armstrong & Gregory Caldwell (2008) menyatakan menurut
Institute of International Finance (2007) risiko kecairan boleh dikategorikan kepada dua
5

jenis iaitu risiko kecairan pasaran (market liquidity risk) dan risiko kecairan pendanaan
(funding liquidity risk). Risiko kecairan pasaran adalah apabila sesuatu aset tidak boleh
dijual kerana kekurangan kecairan dalam pasaran. Seterusnya risiko kecairan pendanaan
wujud dimana liabiliti tidak dapat dipenuhi apabila tiba masanya, ia hanya boleh dipenuhi
pada harga yang tidak ekonomik.
Risiko kecairan berpunca daripada dua elemen iaitu liabiliti dan aset bank.
Bahagian liabiliti timbul apabila pendeposit atau pelabur ingin mendapatkan tunai dalam
tuntutan kewangan mereka dengan segera. Bahagian aset pula ia akan timbul apabila
sesuatu aset tidak boleh dijual beli dengan cepat atau pada harga yang dikehendaki di
pasaran untuk mengelakkan kerugian atau mendapat keuntungan yang diperlukan.
2.3 Pengurusan Risiko Kecairan
Kajian oleh Imola Driga (2009) telah menyediakan perspektif global berhubung
dengan pengurusan kecairan dari sudut pandangan ahli-ahli perbankan. Kajiannya
menggunakan penyelidikan yang teknikal di mana penganalisan dilakukan bagi mengukur
tahap risiko kecairan bank-bank di Romania. Kajian beliau disusun dengan menerangkan
mengenai teori bagi mengukur, mengawasi dan mengawal risiko kecairan. Beliau
menyatakan pengurusan kecairan merangkumi proses penilaian terhadap aliran masuk
tunai bank terhadap aliran keluar dan juga penilaian kecairan atas aset untuk
mengenalpasti potensi terhadap kekurangan dana. Kajiannya turut menggariskan
kepentingan dalam mewujudkan sistem perbankan yang fleksibel, yang mampu untuk
mengukur dan meramal aliran tunai bagi aset liabiliti dan derivatif dalam pelbagai
keadaan normal dan juga senario tekanan yang pelbagai. Imola juga menekankan bahawa
terdapat beberapa aspek dan elemen yang perlu diambilberatkan untuk mengenalpasti
risiko kecairan. Antaranya ialah entiti perundangan, prestasi cawangan dan subsidiari
serta risiko-risiko yang lain terdedah kepada risiko kecairan. Beliau tidak memberi
penerangan yang lanjut mengenai aspek-aspek tersebut dan hanya memberi kenyataan
bahawa cawangan dan subsidiari bank perlu mematuhi standard dan proses yang
ditetapkan oleh ibu pejabatnya.

Menurut Muhammad Farhan Akhtar (2011), elemen aset dan pulangannya


berhubung positif dan penting bagi pengurusan risiko mudah tunai perbankan
konvensional serta tahapnnya lebih baik daripada bank-bank Islam. Beliau menekankan
bahawa risiko kecairan wujud daripada pelbagai operasi dan bank bertanggungjawab
untuk memastikan kebolehcairan dalam institusi apabila diperlukan atau untuk kegunaan
masa depan oleh pihak ketiga. Dalam kajian tersebut, secara emprikalnya beliau meneliti
kepentingan saiz institusi, pulangan ke atas ekuiti, kecukupan modal dan pulangan atas
aset dengan pengurusan risiko kecairan dalam bank konvensional dan Islam di Pakistan.
Dalam kajian beliau, pembolehubah kepentingan saiz institusi menunjukkan hubungan
yang positif dengan pengurusan kecairan. Pembolehubah nisbah kecukupan modal pula
menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan dengan tahap signifikan pada 10%,
namun pulangan atas aset juga menunjukan hubungan positif tetapi tidak ketara bagi bank
konvensional.
2.3.1 Kepentingan Pengurusan Risiko Kecairan
Krisis kecairan akan memberi kesan kepada prestasi sistem perbankan di
Malaysia. Kesan krisis kecairan terhadap sesuatu institusi sama ada bertukar kepada
positif atau negatif adalah bergantung kepada pengurusan kecairan institusi tersebut. Di
Malaysia, ketika ekonomi lemah, kecairan yang akan disuntik ke dalam sistem perbankan
dan kadar faedah yang diturunkan untuk menstabilkan penggunaan dan pelaburan bagi
merangsang ekonomi negara (BNM, 2008). Ketidakseliaan kecairan dalam sistem
perbankan boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan sistem perbankan yang lebih teruk
(Ahmed Arif, 2009).
Pengurusan yang sesuai diperlukan untuk menguruskan kecairan bank kerana
dapat mengurangkan kebarangkalian masalah yang serius akan timbul pada masa
hadapan. Tambahan pula, risiko kecairan yang tidak terkawal dapat menyebabkan
kebankrapan bank. Kurang kecairan pasaran yang didapati daripada saluran penilaian
pasaran boleh menyebabkan ketidaksolvenan syarikat kewangan (Allen dan

Carletti

(2008)).

2.3 Kaedah Pengukuran Risiko Kecairan


Benjamin M. Tabak dan Solange M. Guerra (2013) menyatakan bahawa kaedah
stress testing merupakan kaedah yang luas digunakan dalam sistem perbankan. Mereka
telah menjalankan kajian mengenai krisis kewangan dalam sistem perbankan Brazil.
Dalam kajian mereka didapati risiko kecairan merupakan salah satu risiko yang paling
sensitif terhadap krisis kewangan negaranya. Mereka juga menyatakan bahawa kaedah
stress testing dapat menentukan potensi sumber risiko yang kemungkinan besar bank
hadapi akibat daripada perubahan makroekonomi. Dengan menggunakan stress testing
penilaian daya tahan bank, tahap kelemahan dan kestabilan sistem bank dapat dikaji dan
dilaksanakan dengan mudah. Kajian Benjamin dan Solange menjelaskan bahawa mereka
menggunakan strategi pemprosesan maklumat dari atas ke bawah (top-bottom) dan dari
bawah ke atas (bottom- top). Dengan strategi-strategi ini, mereka berjaya mengumpulkan
maklumat yang relevan dan terperincih bagi kegunaan stress testing.
Menurut Tom Farin (2012) menyatakan bahawa kaedah Contingency Funding
Plan (CFP) merupakan kaedah untuk menguruskan risiko kecairan seperti stress testing.
Kaedah CFP dapat menangani isu-isu seperti mengenalpasti sumber kecairan dan
risikonya jika terdapat krisis atau tekanan dan membincangkan bagaimana menguruskan
tekanan tersebut. Kajian beliau menyatakan sesuatu CFP yang baik akan menggariskan
had mengenai sumber pembiayaaan, peranan setiap sumber pembiayaan dan keperluan
cagaran dan sebagainya.
Pembolehubah tak sandar

Pembolehubah bersandar

Stress Testing

H1

Contingency Funding Plan

H2

Analisis Ketidakpadanan
Kematangan

Pengurusan Risiko
Kecairan

H3

Rajah 1: Kerangka Konseptual


5

3.0 Metadologi
Bahgian ini membincangkan kaedah yang digunakan dalam mengumpul dan
menganalisis data yang ditemui bagi mencapai objektif kajian ini. Kajian ini dijalankan
terhadap dua bank konvensional di negara Malaysia. Bank-bank yang terpilih untuk
kajian ini adalah Public Bank Berhad dan CIMB Bank Berhad. Menurut laman sesawang
terkemuka iaitu savemoney.mymenyatakan CIMB Berhad dan Public Bank Berhad
masing-masing merupakan institusi kewangan yang terunggul di Malaysia (artikel Top 5
Biggest Banks in Malaysia, 2014).
CIMB Bank merupakan bank kedua terbesar dalam institusi kewangan di
Malaysia dimana ia mempunyai 1,061 cawangan di 17 pasaran di seluruh dunia (Issue 12,
Top 10 of Malaysia, 2013). Pada tahun 2013 Bank CIMB Berhad mencatatkan
keuntungan yang besar sebanyak RM4.54 billion iaitu jumlahnya meningkat 4.5%
berbanding tahun sebelumnya. Sehingga 2014, CIMB Bank Berhad kini memiliki kirakira RM360 bilion dalam jumlah aset serta mempunyai permodalan pasaran sebanyak
RM61.80 bilion.
Public Bank Berhad pula menunjukan pertumbuhan yang kukuh selama 48 tahun
dan pengembangan pesat bukan sahaja dalam Malaysia (258 cawangan), mahupun di 124
cawangan di Asia (Caitlyn Ng, 2014). Tamabahan pula, pada tahun 2013 Bank Public
Berhad mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM5.31 billion. Kini Public
Bank Berhad memiliki kira-kira RM293 bilion dalam jumlah aset dan jumlah permodalan
pasaran sebanyak RM71.98 bilion, ia adalah kumpulan perbankan ketiga terbesar di
Malaysia.
Penulis meneliti dan memahami konsep kecairan, pengurusan risiko, kaedah
pengurusan kecairan secara umum. Penulis mengambil maklumat dan data daripada
sumber sekunder yang diperolehi melalui internet. Laporan tahunan dan laporan
kewangan bank merupakan sumber utama dalam kajian ini. Selain itu, kajian-kajian lepas,
kertas-kertas persidangan dan sebagainya juga digunakan untuk mendapatkan maklumat
tambahan.

Keadah perbandingan dimana perbandingan antara kedua-dua bank dijalankan


untuk menganalisis kajian ini. Ini adalah kerana penulis ingin mengkaji amalan
pengurusan risiko kecairan dalam kedua-dua bank yang terpilih. Segala maklumat yang
diperolehi dan dianalisis dengan betul. Maklumat yang diperolehi dipolakan mengikut
keutamaan dan kehendak soalan-soalan kajian yang telah dibentuk.

You might also like