You are on page 1of 14

Pengenalan:

Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza
daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya,
mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji
kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini
sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai
pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya
dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya
menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu
kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita.
Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan
(a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.
(b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;
(c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.
Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:
(a) batuan igneus;
(b) batuan enapan;
(c) batuan metamorf.

Rajah 1: Pembentukan batuan igneus, enapan dan metamorf


Batuan Igneus
Batuan igneus terbentuk hasil daripada penyejukan magma yang panas dan cair lalu
membentuk mineral dan seterusnya batuan igneus. Magma terbentuk di kawasan mantel atau
dibahagian kerak bumi pada kedalaman 10-100km. Komposisi batuan cair pada suhu 8001200C. Komposisi utama batuan igneus adalah mineral silikat; yang terdiri dari kumpulan:
kumpulan silika (contohnya- Kuarza)
feldspar (contohnya Ortoklas, albite, anorthite)
mika (contohnya- Biotite, muskovite)
amphiboles (contohnya- hornblende)
pyroxenes (contohnya- augite)
olivines(contohnya- Olivine)
Terdapat dua jenis batuan igneus, iaitu bergantung kepada pembentukan:
1) Batuan terobosan (terbentuk di permukaan bumi)
2) Batuan rejahan (terbentuk dalam bumi)

Rajah 2 : Contoh batuan igneus

Batuan Enapan.
Batuan enapan/sedimen terhasil dari bahan sekunder; terbentuk dari pemecahan
batuan utama. Batu lumpur/syal dan batu pasir adalah yang paling dominan; 80-95%
keseluruhan batuan sedimen (Krauskorf,2008). Terdapat juga yang terbentuk dari proses
kimia dan biokimia dan ada yang berpunca dari bahan organic. Terdapat 2 jenis batuan
sedimen iaitu batuan klastik (clastic) dan batuan bukan-klastik (non-clastic).

Batuan klastik terbahagi kepada tiga iaitu:


a) berudit; berbutir kasar -- eg. Konglomerat, breccias
b) arenaceous/berpasir; bersaiz sederhana -- eg. Batu pasir
c) argillaceous/berlumpur; bersaiz halus -- eg. Batu lumpur; batu lodak

Batuan bukan-klastik
-

karbonat; terdiri drp kalsit batu kapur

bukan-karbonat; terdiri daripada:


o

chert : terbentuk dari silika samada bernodul atau berlapis

arang batu hasil dari bahan bergambut dan bahan tumbuhan

garam terendap dari proses penyejatan air masin

Batuan sedimen terbentuk secara pengendapan; dengan itu ciri utamanya ialah berlapis atau
berstrata. Komposisi batuan sedimen bergantung kepada:
I)

komposisi bahan induk dan dan ketahanan komposisi mineral

II)

jenis tindakan yang dikenakan ke atas batuan induk contohnya kesan hakisan air,
angin dan glasier.

III)

Masa tindakan itu dikenakan

Rajah 3 : Contoh batuan enapan/sedimen


Batuan metamorf.
Batuan metamorf terbentuk dari batuan yang sedia ada tetapi mengalami proses
perubahan mineralogi, tekstur, dan struktur batuan. Batuan metamorf terbentuk dari
perubahan batuan induk; iaitu batuan sedimen, igneus, dan juga batuan metamorf itu
sendiri. Terdapat tiga jenis metamorf:
i)

Metamorf rantau
a. kesan tindakan haba dan tekanan yang tinggi
b.

ii)

membentuk mineral baru dan pengaturan semula mineral

Metamorf sentuh
a. kesan tindakan haba
b. berasosiasi dengan rejahan igneus

iii)

Metamorf dinamik
a. terbentuk akibat dari daya tegasan (stress) yang kuat; yang menyebabkan
pemecahan batuan dan perubahan pada mineral. Contoh; kesan dari aktiviti
sesar dan perlipatan

Contoh batuan metamorf ialah :


i)

Syis
a. metamorf rantau, gred pertengahan, berfolisi
b. kekuatan gelincir rendah dan batuan lemah
c.

tidak sesuai utk tapak bangunan, senang tergelincir

d.

nilai ekonomi yang minimum

ii) Hornfels
a. metamorf terma; tidak berfoliasi
b. batuan berbutir halus adalah sangat kuat
c.

batuan yang sangat kuat untuk pendasaran bangunan

d. batuan aggregate yang baik

Rajah 4: Contoh batuan metamorf

AMALI 2: MENGENAL PASTI BATU-BATUAN


Tujuan:
Mengenalpasti klasifikasi batu-batuan berbeza yang ada di kawasan kediaman.
Bahan:
Beberapa jenis batuan dan air.
Radas:
Bekas Eureka, bikar, silinder penyukat, tali, penimbang dan paku.
Prosedur:
1. Sampel batu-batuan yang terdapat di sekeliling dibawa ke makmal.
2. Dengan menggunakan jadual 1 dibawah, perbezaan yang terdapat dalam batu-batuan
dibincangkan.
3. Dengan menggunakan hubungan antara jisim/isipadu, ketumpatan batuan dicari.
4. Melalui data-data yang telah dikumpulkan, jenis batuan dinamakan.
5. Teknik-teknik lain untuk mengklasifikasi atau menamakan batuan digunakan.

PEMERHATIAN

SAMPEL

WARNA

JISIM(g)

ISIPADU

KEKILAUAN

KEKERASAN

LAPISAN

TEKSTUR

CORAK

(ml)

BATUAN

Hitam dan
berbintikbintik putih

JENIS
BATUAN

18.66g

Tidak

Keras

Tidak
berlapis

Kasar

Tidak
sekata

Igneus

Hitam

40.68

15

Tidak

Keras

Berlapis

Kasar

Tidak
sekata

Igneus

Kelabu

14.99

Berkilau

Keras

Tidak
berlapis

Kasar

Tidak
sekata

Igneus

Putih

17.13

Berkilau

Keras

Berlapis

Licin

Tidak
sekata

Igneus

Kelabu

7.05

Berkilau

Keras

Tidak
berlapis

E
Batu

Jisim (g)

Isipadu (cm3)

18.66g

Ketumpatan (g/cm3)

18.66
=3.73
5.0

3.73

40.68

15

40.68
=2.71
15.0

2.71

14.99

14.99
=3.75
4.0

3.75

17.13

17.13
=5.71
3.0

5.71

7.05

7.05
=2.35
3.0

Jadual 2 : Mencari ketumpatan setiap batu.

2.35

Kasar

Tidak
sekata

Igneus

Analisis data:
SAMPEL BATUAN

CIRI-CIRI

Mempunyai tekstur yang kasar


Berwarna hitam dan berbintik-bintik putih
Lapisan yang tidak berlapis
Tidak berkilau
Corak tidak sekata

NAMA
BATUAN
IGNEUS

(A)

- Batuan igneus terjadi akibat daripada


penyejukan dan pembekuan magma dari dalam
kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur,
tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil.

Mempunyai tekstur yang kasar


Berwarna hitam
Mempunyai lapisan yang berlapis
Tidak berkilau
Corak tidak sekata

IGNEUS

- Batuan igneus terjadi akibat daripada

(B)

penyejukan dan pembekuan magma dari dalam


kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur,
tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil

(C)

Berwarna kelabu
Berkilau
Tekturnya yang keras
Mempunyai lapisan yang berlapis
Corak tidak sekata

- Batuan igneus terjadi akibat daripada


penyejukan dan pembekuan magma dari dalam
kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur,
tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil.

Berwarna putih

IGNEUS

Berkilau
Lapisannya tidak berlapis
Mempunyai tekstur yang licin
Corak tidak sekata

IGNEUS

- Batuan igneus terjadi akibat daripada


penyejukan dan pembekuan magma dari dalam
(D)

kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur,


tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil

Berwarna kelabu
Berkilau
Lapisannya tidak berlapis
Mempunyai teksteur yang kasar
Corak tidak sekata

IGNEUS

- Batuan igneus terjadi akibat daripada


penyejukan dan pembekuan magma dari dalam

(E)

kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur,


tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil
PERBINCANGAN
Bagi menjalankan dan menjayakan eksperimen ini, saya telah mengambil dan mendapatkan sampel batuan di sekitar
kawasan kediaman saya. Terdapat 5 jenis sampel batuan yang digunakan dalam eksperimen ini dan telah dilabelkan dari A - E.
Batuan yang diperolehi telah dikaji samada merupakan batuan igneus, metamorf atau endapan.
Semua batu-batu yang dikenal pasti berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti warna ketumpatan, kemilau, kekerasan,
lapisan, tekstur dan corak. Batu-batu boleh dikelaskan dengan menggunakan mata kasar dengan melihat warna, kilauan, dan

lapisan dan tekstur, saya menggunakan kaca pembesar untuk mengenal pasti jenis dan nama batu. Walaubagaimanapun, untuk
mengetahui tekstur, saya juga perlu beberapa rujukan dari buku untuk memastikan tekstur.
Dalam eksperimen ini, sampel A, B , C, D dan E menunjukkan ciri-ciri yang agak sama seperti cahaya dalam warna kelabu
dan hitam. Batu-batu yang dikaji semuanya adalah daripada jenis batu igneus. Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan
pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil.
Saya langsung tidak menjumpai batu jenis metamorf dan jenis enapan. Batuan metamorf ialah batuan yang terbentuk akibat proses
perubahan suhu dan tekanan dari batuan yang telah ada sebelumnya. Manakala

batuan enapan/sedimen terhasil dari bahan

sekunder; terbentuk dari pemecahan batuan utama.


Setelah meneliti dan mengkaji ciri-ciri fizikal batuan yang dijumpai, saya telah mengira ketumpatan batuan tersebut.
Ketumpatan batuan dikira dengan menggunakan jisim dan isipadu batuan yang dijumpai.
Kesimpulan

Batu-batu boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu batu igneus, batu enapan dan batuan metamorf dengan memerhatikan warna,
kilauan, kekerasan, lapisan, tekstur dan corak. Ketumpatan batuan boleh dikira dengan mencari jisim dan isipadu.

Rujukan
BUKU
Farndon, J. (2006). The Practical Encyclopedia Of Rocks and Minerals. London: Anness Publishing.
Krauskopf, K. B. dan Beiser, A.. (2008). The Physical Universe, 12th Ed.. New York:The McGraw-Hill Companies, Inc.

INTERNET
Alden, A. (n.d.). About Igneous Rocks. Retrieved February 4, 2013, from About Web Site:
http://geology.about.com/cs/basics_roxmin/a/aa011804a.htm
Jessa, T. (2010, March 22). Types of Rock. Retrieved February 5, 2013, from Universe Today Web Site:
http://www.universetoday.com/60402/types-of-rock/
Nelson, S. A. (2011, January 11). General Classification of Igneous Rocks. Retrieved February 4, 2013, from Tulane University Web
Site: http://www.tulane.edu/~sanelson/eens212/igrockclassif.htm
Rosenberg, M. (n.d.). Rock Cycle. Retrieved February 4, 2013, from About Web Site:
http://geography.about.com/cs/physicalgeography1/a/rockcycle.htm
Stalwarts, S. (2013). Rocks. Retrieved February 4, 2013, from National Geographic:
http://science.nationalgeographic.com/science/earth/inside-the-earth/rocks-article/

Refleksi
Alhamdulilah, syukur saya ke hadrat Illahi, akhirnya saya dapat juga menyiapkan amali 2 iaitu jenis batuan dalam suasana
Syawal yang masih terasa dan kesibukan aktiviti di sekolah. Amali ini bertujuan untuk mengenalpasti klasifikasi batu-batuan berbeza
yang terdapat di kawasan kediaman saya. Bagi menjayakan misi ini, saya telah mengambil 5 sampel batuan di kawasan sekitar
kediaman saya. Batu yang diambil telah diasingkan berdasarkan rupa fizikal batuan tersebut seperti warna, tekstur, kilauan dan
kekerasan.
Menerusi amali yang telah dijalankan, banyak pengetahuan dan ilmu baru yang saya perolehi. saya telah mengenali dengan
lebih baik jenis-jenis batuan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman saya dan mengetahui bagaimana pembentukan batu
tersebut terjadi.
Bagi memudahkan amali ini dijalankan, saya telah mencari bahan bacaan yang pelbagai untuk mengkaji jenis-jenis batuan.
Dari bacaan yang dilakukan saya mengetahui bahawa batuan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan iaitu batu igneus, metamorf dan
enapan. . Batu-batu boleh dikelaskan dengan menggunakan mata kasar dengan melihat warna, kilauan, dan lapisan dan tekstur.
Pengetahuan ini membolehkan saya menjalankan amali ini dengan lebih mudah. Selain itu, saya merasakan kerjasama yang
diberikan oleh rakan dalam kumpulan memang banyak membantu. Walaupun amali ini dijalankan secara individu namun kami tetap
berkongsi pendapat dan maklumat bagi menjayakan amali ini dan menghasilkan laporan amali yang baik.
Tugasan amali ini menjadikan saya lebih peka terhadap jenis-jenis batuan berdasarkan kehadiran rupa fizikal batuan
tersebut. Namun begitu, saya tidak berkesempatan untuk mengambil jenis batuan di kawasan yang berbeza seperti batuan dari
tanah tinggi dan tepi pantai. Walaupun kekangan tersebut berlaku, laporan ini tetap mampu disiapkan dengan baik walaupun hanya
menggunakan jenis batuan yang hanya terdapat di sekitar kawasan kediaman saya.
Melalui tugasan ini, saya mengakui sesungguhnya komitmen yang jitu amat diperlukan untuk menghasilkan tugasan yang
baik. Masalah yang mendatang bukanlah penghalang untuk saya menyiapkan tugasan ini. Malahan menjadi pembakar semangat
untuk berusaha membahagikan masa sebaiknya untuk menghasilkan tugasan yang cemerlang.

You might also like