You are on page 1of 13

RANCANGAN EKSPERIMEN

PENEROKAAN BAHAN ( SCE 3103 )


Topik 4 : Aloi
Amali 2
a) Tujuan eksperimen :
Untuk membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nirkarat.
b) Teori :
1.

Aloi merupakan satu campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan tertentu
di mana unsur utamanya ialah logam.

2.

Aloi adalah lebih keras dan lebih kuat berbanding logam tulen.

3.

Dalam pembuatan aloi, logam asing dicampur kepada suatu logam tulen.

4.

Atom logam asing mempunyai saiz yang berbeza daripada logam tulen dan
apabila dicampur kepada logam tulen, ia akan mengganggu susunan teratur
dalam logam tulen.

5.

Atom asing ini dapat menghalang lapisan atom daripada bergelongsor di atas
satu sama lain.

6.

Dengan itu menjadikan logam tulen lebih kuat dan keras.

7.

pengaloian bertujuan :
i) menambah kekuatan dan kekerasan logam tulen
ii) mencegah kakisan logam
iii)membaiki rupa logam

8.

Kebanyakan logam seperti besi mudah berkarat. Pengaloian bukan sahaja


menguatkan besi, pada masa yang sama dapat mencegah daripada berkarat.
1

9.

Permukaan logam tulen adalah berkilat dan akan cepat terkakis apabila terdedah
kepada udara.
Logam +

10.

oksigen

oksida logam

Permukaan logam menjadi malap disebabkan pembentukan lapisan oksida di


permukaannya.

11.

Pengaloian dapat mengekalkan permukaan logam berkilat kerana proses


pengaloian menghalang logam daripada terkakis.

c) Hipotesis :
Paku besi paling banyak berkarat dan paling cepat terkakis.

d) Pemboleh ubah
i) dimanipulasikan : Jenis paku ( besi, keluli dan keluli nirkarat )
ii) bergerak balas

: Keadaan pengaratan paku

iii) dimalarkan

: Kepekatan larutan agar-agar, kalium


heksasianoferat(III), K3Fe(CN)6

e) Radas :
Tabung uji dan rak tabung uji.

f) Bahan :
Paku

besi,

paku

keluli,

paku

heksasianoferat(III), K3Fe(CN)6.

keluli

nirkarat,

agar-agar,

kalium

g) Susunan radas :

h) Kaedah eksperimen :
1.

Dengan menggunakan kertas pasir, paku besi, paku keluli dan paku keluli
nirkarat dibersihkan.

2.

Masukkan paku besi ke dalam tabung uji berlabel A, paku keluli ke dalam tabung
uji B dan paku keluli nirkarat ke dalam tabung uji C.

3.

Sediakan larutan agar-agar 5% dengan melarutkan 5 gram agar-agar ke dalam


100 cm air panas.

4.

Tambahkan beberapa titik larutan kalium heksasianoferat(III), K 3Fe(CN)6 ke


dalam larutan agar-agar itu.

5.

Tuangkan larutan agar-agar ke dalam setiap tabung uji sehingga paku terendam
dengan sempurna.

6.

Selepas 3 hari, periksa setiap tabung uji bagi menentukan sama ada :
i) warna biru tua terbentuk di sekeliling paku
ii) keadaan paku
3

7.

Jadualkan pemerhatian seperti berikut :


Tabung uji

Keamatan warna

Keadaan paku

biru
A
( Besi )
B
( Keluli )
C
(Keluli
nirkarat )

LAPORAN AMALI 2
4

Inferens

TOPIK 4
a)

ALOI

Tujuan eksperimen : Untuk membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan


keluli nirkarat.

b)

Teori :

1.

Aloi merupakan satu campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan tertentu
di mana unsur utamanya ialah logam.

2.

Aloi adalah lebih keras dan lebih kuat berbanding logam tulen.

3.

Dalam pembuatan aloi, logam asing dicampur kepada suatu logam tulen.

4.

Atom logam asing mempunyai saiz yang berbeza daripada logam tulen dan
apabila dicampur kepada logam tulen, ia akan mengganggu susunan teratur
dalam logam tulen.

5.

Atom asing ini dapat menghalang lapisan atom daripada bergelongsor di atas
satu sama lain.

6.

Dengan itu menjadikan logam tulen lebih kuat dan keras.

7.

pengaloian bertujuan :
i) menambah kekuatan dan kekerasan logam tulen
ii) mencegah kakisan logam
iii) membaiki rupa logam

8.

Kebanyakan logam seperti besi mudah berkarat. Pengaloian bukan sahaja


menguatkan besi, pada masa yang sama dapat mencegah daripada berkarat.

9.

Permukaan logam tulen adalah berkilat dan akan cepat terkakis apabila terdedah
kepada udara.
Logam +

oksigen

oksida logam
5

10.

Permukaan logam menjadi malap disebabkan pembentukan lapisan oksida di


permukaannya.

11.

Pengaloian dapat mengekalkan permukaan logam berkilat kerana proses


pengaloian menghalang logam daripada terkakis.

c)

Hipotesis :
Paku besi paling banyak berkarat dan paling cepat terkakis.

d)

Pemboleh ubah :
i) dimanipulasikan : Jenis paku ( besi, keluli dan keluli nirkarat )
ii) bergerak balas

: Keadaan pengaratan paku

iii) dimalarkan

: Kepekatan larutan agar-agar, kalium


heksasianoferat(III), K3Fe(CN)6

e)

Radas :
Tabung uji dan rak tabung uji.

f)

Bahan :
Paku besi, paku keluli, paku keluli nirkarat, agar-agar,kalium heksasianoferat(III),
K3Fe(CN)6.

g)

Susunan radas :
6

h)

Kaedah eksperimen :

1.

Gosok paku besi, paku keluli dan paku keluli nirkarat dengan kertas pasir.

2.

Masukkan paku besi ke dalam tabung uji berlabel A, paku keluli ke dalam tabung
uji B dan paku keluli nirkarat ke dalam tabung uji C.

3.

Sediakan larutan agar-agar 5% dengan melarutkan 5 gram agar-agar ke dalam


100 cm air panas.

4.

Beberapa titik larutan kalium heksasianoferat(III), K 3Fe(CN)6 ditambah ke dalam


larutan agar-agar itu.

5.

Tuang larutan agar-agar ke dalam setiap tabung uji sehingga paku terendam
dengan sempurna.

6.

Letakkan tabung uji ke dalam rak tabung uji dan biarkan di dalam makmal.

7.

Selepas sebulan, perhatikan :

i) keamatan warna biru tua terbentuk di sekeliling paku


ii) keadaan paku
8.

Jadualkan keputusan,pemerhatian dan inferens yang diperolehi.

Tabung uji

Keamatan

Keadaan paku

warna biru
Tinggi

Banyak berkarat

(Besi)

Inferens
Besi adalah logam tulen tanpa
kehadiran logam peralihan.
Keamatan warna biru yang tinggi
menunjukkan kehadiran Fe(II)
akibat pengoksidaan besi.
Terdiri daripada campuran 99% besi

B
(Keluli)

Rendah

Berkarat

dan 1% karbon sahaja tanpa


kehadiran logam peralihan. Berlaku
sedikit pengoksidaan.
Terdiri daripada 74% besi yang

C
(Keluli

Tiada

nirkarat)

Tidak

dicampur dengan logam peralihan

berkarat

iaitu 18% kromium dan 8% nikel.


Tiada Fe(II). Tiada pengoksidaan
berlaku.

i)

Perbincangan

1.

Explain the function of potasium hexacyanoferrate (III) solution.

Larutan heksasianoferat (III) yang digunakan adalah untuk mengesan kehadiran


ion ferum (II) yang dapat dilihat melalui pembentukan warna biru tua.
2.

What is the relationship between the intensity of blue colour and the rate of
rusting?
Semakin tinggi keamatan warna biru, semakin tinggi kadar pengaratan pada
paku.

3.

Explain how the use of solidified jelly solution can improve the observation of the
experiment.
Agar-agar yang dipejalkan adalah untuk memerangkap dan melihat keamatan
warna biru supaya lebih jelas. Ini disebabkan penyerapan berlaku paling lambat
dalam keadaan pepejal.

4.

5.

Name the contituents of steel and stainless steel.


a)

Keluli : 99% besi dan 1% karbon

b)

Stainless steel : 74% besi, 18% kromium dan 8% nikel.

Based on the inference of the investigation results, compare the rate of rusting of
iron, steel and stainless steel and explain the inference.
a)

Paku besi paling banyak berkarat berbanding paku keluli. Paku besi
adalah logam tulen yang cepat bertindak balas dengan oksigen bagi
membentuk sebatian oksida yang menyebabkan karat berbanding aloi
iaitu paku keluli dan keluli nirkarat.

b)

Paku keluli berkarat perlahan-lahan. Ini disebabkan paku ini terdiri


daripada campuran besi dan karbon sahaja. Tanpa kehadiran logam
peralihan, keluli boleh berkarat.

c)

Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Ini kerana besi telah dicampur dengan
karbon serta logam peralihan iaitu kromium dan nikel yang boleh
mencegah pengaratan.
9

6.

How is the arrangement of atoms in a metal associated to its ductility and


malleability?
a)

Logam terdiri daripada atom yang sama jenis.

b)

Atomnya sama saiz dan bentuk serta susunannya rapat, padat dan teratur
dalam lapisan untuk menghasilkan struktur raksasa.

Rajah 1. Susunan atom dalam lapisan.


c)

Apabila dikenakan daya, lapisan atom mudah bergelongsor di atas satu


sama lain.

d)

Ini menyebabkan logam tulen bersifat mulur dan boleh ditempa.

Rajah 2. Lapisan atom bergelongsor di atas satu sama lain.


7.

Explain the difference between substitution alloy and interstitial alloy.


a)

Substitution alloy dan interstitial alloy merupakan solution alloys.


10

b)

Di dalam Substitution alloy, atom atom solute mengganti tempat asal


yang biasanya diisi oleh solvent atom.
i) atoms must have similar atomic radii
ii) elements must have similar bonding characteristics
iii) contoh : gangsa dan perak

c)

Interstitial alloy merupakan solute atoms mengisi atau memenuhi


interstitial positions iaitu ruang atau lubang di antara solvent atoms.
i) Solute atoms lebih kecil daripada solvent atoms supaya dapat mengisi
interstitial site.
ii) contoh : keluli nirkarat

REFLEKSI

11

Bagi saya amali kali ini merupakan antara yang agak mudah sepanjang saya
melakukan amali bersama rakan rakan sekelas yang lain. Ini disebabkan radas dan
bahan yang digunakan lebih ringkas jika dibandingkan dengan amali - amali yang lain.
Banyak ilmu yang saya dapat sepanjang aktiviti ini walaupun terdapat sedikit kesilapan
semasa melabel tabung uji. Walaupun ringkas tetapi disebabkan tertukar paku keluli
dengan paku keluli nirkarat maka ia memberi kesan kepada hasil eksperimen.
Pengajarannya, bila guru hendak aplikasikannya di dalam kelas guru perlu pastikan :

Setiap bekas paku mestilah berlabel dengan nama / jenis paku supaya tidak

tertukar.
Murid sentiasa perlu beri perhatian pada setiap aktiviti yang dijalankan kerana
jika berlaku kesilapan ia akan menjejaskan hasil eksperimen sekaligus
menyebabkan berlakunya miskonsepsi di kalangan murid kerana murid-murid
sekolah rendah biasanya menganggap semua logam adalah besi.

Bagi diri saya sendiri, banyak ilmu berkaitan aloi saya perolehi. Selama ini saya hanya
tahu nama-nama logam sahaja tetapi tidak mengetahui komposisi yang terdapat di
dalamnya. Walaupun di peringkat sekolah rendah ada topik pengaratan ( faktor
pengaratan, jenis logam yang berkarat serta cara-cara mencegah pengaratan ), murid
sering bertanya perbezaan antara jenis logam. Selepas ini, saya rasa lebih yakin untuk
menerangkan kepada murid tentang perbezaan tersebut.

12

13

You might also like