You are on page 1of 8

Kod Kertas

IKBN.A1.11.05.1(A)

Page 1 of 8

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP/KATEGORI

A1

DUTI

11 PAPAN SUIS

TASK

11.05 PENGUJIAN

OBJEKTIF
PENCAPAIAN PIAWAI

PELAJAR AKAN DITUNJUKKAN DENGAN CARA-CARA UNTUK


MENJALANKAN KERJA-KERJA UJIAN SUNTIKAN PENDUA

TAJUK

UJIAN SECONDARY INJECTION TEST

TUJUAN

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ;


1. Tujuan Ujian
2. Langkah-langkah Pengujian

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

1.

IKBN.A1.11.05.1(A)

Page 2 of 8

TUJUAN UJIAN

Ujian Suntikan secondary pula adalah untuk menentukan geganti berfungsi dengan sempurna
pada tatahan yang ditentukan dengan menggunakan alat uji suntikan secondary (secondary
injection test set)
Apa yang berlaku adalah alat ini menghasilkan arus seperti sebuah alatubah arus.Ianya boleh
dibuat walaupun papan suis mempunyai bekalan. Oleh itu ujian ini sesuai untuk senggaraan
berkala dan mengikut peraturan JBE. Ianya mesti dibuat setiap dua tahun.
Katalah kita tatahkan supaya apabila arus melebihi 400 ampiar pemutus litar udara akan
terpelantik. Jika alatubah arus 600/5 digunakan arus secondary ialah ( 400 x 5/ 600 ) = 3.5
ampiar.
Oleh itu kita suntik 3.5 ampiar pada geganti dan kita naikkan arusnya perlahan-perlahan dan
pastikan geganti akan bertindak jika arusnya melebihi 3.5 ampiar. Begitulah seterusnya untuk
tatah-tatah yang lain.Selain daripada magnitude (ampiar) ukuran masa juga perlu ditentukan
terutama untuk geganti lewat masa (IDMT relay).
2.

PRINSIP KENDALIAN

Elemen memandu geganti RIS mengandungi satu electromagnet dengan gelang-gelang


terteduh (shading) pada kutub-kutub dan satu piring berputar.
Bila gegelang geganti diberi tenaga elektrik, piring mula berputar dengan syarat bahawa arus
menerusi gegelung mencapai hampir 20 peratus nilai arus yang disetkan.
Kerangka berbentuk rakap (stirrup shaped frame) dimana pengumpar membawa piring yang
terpangsi adalah bebas untuk berputar mengelilingi pangsi c. Bila arus mencapai nilai yang
telah disetkan, daya kilas yang dikenakan oleh electromagnet bersama tarikan perencat oleh
magnet tetap f akan cukup membuat kerangka kedepan. Apabila piring dibawa maju kedepan
dengan cara ini, satu ulir memasuk ruas (segment) bergigi. Selepas sesuatu tempoh, ruas
bergigi mengendalikan angker yang mana pikap dengan serta merta dan mengendalikan
sentuhan-sentuhan geganti.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

3.

IKBN.A1.11.05.1(A)

Page 3 of 8

PENGESETAN ARUS

Geganti disetkan pada arus kendalian yang berbeza dengan memasukkan palam wander
kedalam soket jambatan. Jambatan ini disambungkan ke tep-tep yang berbeza pada gegelung
geganti dan apabila palam dikeluarkan semua sekali., geganti akan disetkan pada nilai yang
tertinggi. Jadi pengesetan arus boleh ditukarkan semasa geganti masih berkendali, tanpa
sebarang risiko yang mengganggu lilitan sekunder transformer arus yang boleh disambungkan
kepada geganti.
4.

PENGESETAN MASA MENGEKOR

Masa kendalian diselaraskan dengan satu skru pengesetan yang terletak diatas skill masa.
Skru pengesetan ini menentukan kedudukan asal bagi ruas bergigi.
5.

KENDALIAN KETIKA ( INSTANTANEOUS)

Geganti boleh disetkan untuk berkendali dengan secara sertamerta pada arus yang tinggi
dengan menggunakan satu skru pengesetan bersenggat.Skru ini menyelaras sela udara
angker. Skru penggesetan disenggat untuk memberi kendalian ketika pada 4, 6 dan 8 kaliganda
pengesetan arus.Jika kendalian ketika tidak dikehendaki, skru disetkan ke infiniti.
6.

SENTUHAN-SENTUHAN

Geganti-geganti biasanya mempunyai 2 sentuhan kena (make) atau satu sentuhan kena dan
satu putus (break) (K1 K2) dan (K3 K4). Sentuhan K1-K2 boleh ditukarkan dengan senang
dari sentuhan kena ke sentuhan putus dengan mengubah sentuhan tetap K2.
7.

PERANTI-PERANTI PENUNJUK

Peranti penunjuk piawai diberikan dengan satu bendera kuning dan satu bendera merah.
Bendera kuning dapat nampak secepat mungkin ulir memasukkan ruas bergigi.bendera merah
dapat dilihat apabila angker pikup (picks up).Bendera merah disetkan semula dengan
menggunakan satu tombol yang terletak diatas tingkap dan bendera kuning disetkan semula
oleh satu tombol lain yang terletak dibawah tingkap.
Geganti boleh dipasang dengan satu bendera penunjuk tambahan yang dapat dilihat hanya
selepas kendalian masa mengekor. Bendera ini disetkan semula oleh tombol yang serupa
dengan bendera penunjuk merah tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.11.05.1(A)

Page 4 of 8

Arus pikup adalah arus yang mana menyebabkan geganti kendali iaitu menutup sentuhansentuhan.
Arus pengesetan geganti = Pengesetan arus tep x kadar arus geganti
P.S.M =

Arus kerosakan primer C.T


Arus kerosakan primer C.T

Arus kerosakan primer C.T


Arus pengesetan geganti x nisbah C.T

Arus kerosakan sekunder C.T


Arus pengesetan geganti

Dimana (Plug setting multiplier) = pendarab pengesetan plam.


Contoh:Arus kerosakan sekunder C.T = 2 A (boleh didapati dengan menggunakan alat menguji geganti
Multiampere)
Pengesetan Arus Tep = 0.5 Ampere
Kadar Arus geganti =
P.S.M

= 2 A/

1 Ampere
0.5 x 1 A

4A

Pengesetan masa memberikan 6 pilihan pendarab masa, iaitu 1 hingga 6. Lengkung ciri masa
kendalian geganti dan P.S.M adalah ditunjukkan pada tandanama yang terletak didepan geganti
bagi sesuatu pengesetan arus tep.
Jika pendarab masa adalah 0.1, nilai masa kendalian boleh didapati daripada lengkung ciri
tersebut jika P.S.M = 2 bagi pengesetan tep = 0.5 A.
Jika masa pendarab = 3 dan P.S.M = 2; arus tep =

0.5 Amp jadi masa kendalian 3 x

1 saat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.11.05.1(A)

Page 5 of 8

GAMBARAJAH BINAAN GEGANTI LEWAT MASA JENIS CDG

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.11.05.1(A)

Page 6 of 8

PROSEDUR KERJA UNTUK UJIAN SECONDARY TEST


Berdasarkan rajah
rajah diatas.

8.3 diatas, sambungkan geganti RIS ke set menguji Multi Amp mengikut

1. Mengkaji binaan dan fungsi geganti RIS dengan merujuk kepada binaan rajah 8.3
2. Menambahkan arus yang mengalir menerusi gelung arus sehingga piring mula berputar
dan catitkan nilai-nilai arus pada pengesetan-pengesetan arus yang berbeza kedalam
jadual 1.
3. Arus yang mengalir menerusi gegelung geganti selepas pikup adalah 85 peratus arus
pikup.Catitkan bacaan-bacaan arus gegelung geganti sebelum dan selepas geganti
pikup kedalam jadual 2.Geganti diselaraskan pada pengesetan masa tertinggi iaitu 6
saat.
Lukis satu geraf yang menunjukkan arus sebelum dan selepas geganti berkendali
melawan pengesetan arus. ( paksi x).
4. Menguji ciri-ciri masa pada pengesetan masa = 1 dan 6 saat.
Gunakan pengesetan arus terendah iaitu 0.5 A.Menghalang kendalian ketika dengan
memutarkan skru ke infiniti. Naikkan arus gegelung (1/2/3/4/5/6) kali ganda pengesetan
arus tep.
Arus ini merupakan arus kerosakan sekunder yang berpunca dari alt menguji multiamp.
Setkan suis pilihan Multi Amp ke fast trip dan Maint NO. Catitkan masa masa

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.11.05.1(A)

Page 7 of 8

kendalian geganti yang ditunjukkan pada jam multi amp kedalam jadual 3 untuk
pendarab masa = 1s dan jadual 4 untuk pendarab masa 6 s masing-masing.
5. Setkan skru pengesetan bersenggat ke 4 untuk kendalian ketika. Ulang cara-cara kerja
4 diatas dan masukkan kedalam jadual 5 dan 6 masing-masing.

Pendarab Masa = 6 saat


Pengesetan arus
Arus ( A)
Jadual 1

0.5

0.6

0.7

0.8

1.2

1.5

2.0

0.5

0.6

0.7

0.8

1.2

1.5

2.0

Pendarab Masa = 6 saat


Pengesetan arus
Arus sebelum pikup ( A)
Arus selepas pikup ( A)
Jadual 2
Arus kerosakan sekunder
Arus ( A)

1 x 0.5

2 x 0.5

3 x 0.5

4 x 0.5

5 x 0.5

6 x 0.5

2 x 0.5

3 x 0.5

4 x 0.5

5 x 0.5

6 x 0.5

2 x 0.5

3 x 0.5

4 x 0.5

5 x 0.5

6 x 0.5

Pengesetan arus = 0.5 ampere


Pendarab masa = 1 saat
Skru pengesetan bersenggat pada infiniti.
Jadual 3
Arus kerosakan sekunder
Masa kendalian ( saat)
P.S.M

1 x 0.5

Pengesetan arus = 0.5 ampere


Pendarab masa = 6 saat
Skru pengesetan bersenggat pada infiniti.
Jadual 4

Arus kerosakan sekunder


Masa kendalian ( saat)
P.S.M

1 x 0.5

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.11.05.1(A)

Page 8 of 8

Pengesetan arus = 0.5 ampere


Skru pengesetan bersenggat 4
Pendarab Masa = 1.
Jadual 5
Arus kerosakan sekunder
Masa kendalian ( saat)
P.S.M

1 x 0.5

2 x 0.5

3 x 0.5

4 x 0.5

5 x 0.5

6 x 0.5

Skru pengesetan bersenggat 4


Pendarab Masa = 1.
Jadual 6

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi 1)

You might also like