You are on page 1of 1

[ 20 APRIL 2010]

Pada tarikh 22 Mac 2010 saya akan mendaftarkan diri sebagai guru pelatih
praktikum di Sekolah Kebangsaan Sri Ampang selama sebulan. Pastinya perasaan
berdebar-debar menyelubungi diri saya kerana ini merupakan praktikum pertama saya
sebagai pelatih guru. Daripada maklumat yang saya perolehi, Sekolah Kebangsaan Sri
Ampang merupakan Sekolah Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun
2007, ini merupakan medium permulaan saya untuk menimba pengalaman yang
berguna di sebuah sekolah cemerlang peringkat kebangsaan. Selain itu, sekolah ini
juga mengaplikasikan penggunaan ICT sepenuhnya dalam pentadbiran dan juga dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kerana rancangan pengajaran harian (RPH) juga
menggunakan perisian aplikasi dalam talian dan tidak menggunakan buku rancangan
mengajar sepertimana yang biasa dilakukan di sekolah-sekolah lain di Malaysia.
Perasaan bangga untuk bergelar pelatih guru di sekolah tersebut juga bermain di lubuk
hati kerana setelah lama menimba pengetahuan di Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh, saya juga berasa tidak sabar untuk merasai pengalaman pertama mengajar
murid-murid sekolah secara formal dan bersistematik. Walaupun pada hari isnin ini
merupakan hari pertama saya di sekolah, harapan saya agar saya dapat menjalankan
praktikum pertama saya selaku guru pelatih dengan sempurna dan mencapai objektif
yang digariskan. Saya menyedari bahawa pengalaman mengajar yang amat cetek ini
mungkin akan mengganggu perjalanan praktikum saya, namun segala kemahiran yang
diajar akan cuba saya praktikkan bagi memastikan perjalanan praktikum saya selama
sebulan ini berjalan lancar. Pengalaman mengajar sewaktu praktikum pada kali ini akan
saya gunakan dengan sebaik mungkin untuk proses penambahbaikan pada masa akan
datang disamping memajukan diri saya untuk menjadi guru yang cemerlang pada masa
hadapan untuk melahirkan anak bangsa yang berjaya dalam kehidupan mereka.

You might also like