You are on page 1of 1

[ 20 APRIL 2010]

Setelah selesai menjalalani praktikum selama sebulan di sekolah ini, banyak


pengalaman yang telah saya pelajari terutama dalam proses memantapkan diri selaku
guru amnya dan sebagai guru pendidikan jasmani khasnya. Selama sebulan menjalani
praktikum, saya mendapati murid-murid pada zaman sekarang kurang menghormati
guru yang patut mereka hormati sebagai orang yang memberikan ilmu kepada mereka.
Selain itu, apa yang dapat dirumuskan sepanjang menjalankan praktikum di sekolah
cemerlang ini, banyak sumbangan yang kami berikan kepada sekolah ini terutama dari
segi sumbangan idea dan juga tenaga dalam membantu guru-guru yang tidak ada
seorang pun yang mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan jasmani atau sains
sukan. Saya dan juga rakan yang turut menjalankan praktikum di sekolah ini dalam
opsyen pendidikan jasamani telah menyiapkan satu kertas kerja pembangunan bola
sepak untuk dijadikan panduan pihak sekolah untuk membangunkan pasukan bola
sepak sekolah untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan. Disamping itu,
saya juga telah berjaya merasai pengalaman membuat garisan padang bola sepak
sekolah dengan lengkap. Pengalaman ini amat berguna kepada saya kerana ia
memberikan pendedahan kepada saya sebagai guru pendidikan jasmani yang
kebiasaannya didedahkan dengan kerja-kerja am sekolah dan sebagainya. Kesimpulan
sepanjang praktikum ini, saya berpuas hati dengan pengalaman pertama saya ini dan
berharap dapat mengekalkan dan menggunakan pengalaman ini untuk praktikum yang
akan datang.

You might also like