You are on page 1of 1

[ 5 APRIL 2010]

Sepanjang menjalankan praktikum, banyak perkara yang telah saya lalaui dan
telah memberikan pengalaman dan juga pengajaran yang berguna kepada saya selaku
guru pelatih baru yang mencari pengalaman mengajar. Selama sebulan menjalankan
praktikum, saya diberikan jadual kelas ganti oleh pihak sekolah hampir setiap hari.
Setiap hari saya pasti akan memasuki kelas dan menggantikan guru yang bercuti sakit
dan cuti bersakin, namun, kelas ganti ini memberikan peluang kepada saya untuk lebih
dekat dengan pelajar dan menggalakkan interaksi antara saya dan juga murid-murid
dengan lebih berkesan. Dengan cara ini, saya lebih dekat dan memahami murid-murid
di sekolah ini yang merupakan sekolah cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selain itu, proses pengajaran saya juga berjalan dengan lancar dan berkesan kerana
murid-murid memberikan kerjasama yang baik dan amat membantu saya dalam proses
pengajaran. Tidak dinafikan ada diantara murid-murid yang boleh dianggap kurang
sopan dan tidak mengamalkan tingkahlaku yang baik sebagai seorang murid, namun
semua itu merupakan cabaran besar kepada saya yang baru berjinak-jinak dalam
mencari pengalaman selaku guru pada masa hadapan. Disamping itu, kerja-kerja
sampingan juga perlu saya lakukan seperti mengecat mural, mengemas stor sukan,
membuat garisan padang bola sepak dan sebagainya merupakan antara kerja yang
diamanahkan oleh pihak sekolah kepada saya. Kerja-kerja ini saya lakukan bersamasama rakan yang turut melakukan praktikum di sekolah yang sama dengan saya.
Sepanjang melaksanakan praktikum. Saya amat berpuas hari dan gembira
menjayakannya selama sebulan dengan bimbingan dan juga sokongan padu daripada
pihak sekolah dan juga guru pembimbing serta pensyarah yang banyak memberikan
tunjuk ajar dan bimbingan yang amat berguna kepada saya.

You might also like