You are on page 1of 7

PRAKTIKUM 1/2010

AMALAN REFLEKSI MINGGU PERTAMA


(23 Mac 26 Mac 2010)

Jenis Aktiviti : Ujian Bulan Mac 2010


Tarikh : 24-26 Mac 2010

Masa : 7.40 pg 1.00 ptg

Isu / Cabaran yang difokuskan :


Pada tarikh 24 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Ampang telah mengadakan ujian
bulan Mac untuk menguji sejauh mana penguasaan murid sekolah tersebut menguasai
pembelajaran yang diajar oleh guru dalam tempoh 3 bulan pertama. Ujian bulan Mac
merupakan ujian pertama yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam tahun 2010. Ujian
ini melibatkan semua tahap iaitu tahap 1 dan juga tahap 2 termasuk murid tahun 6.
Semua soalan adalah disediakan sepenuhnya oleh pihak sekolah. Sepanjang ujian ini
dijalankan, saya tidak melakukan sebarang proses pengajaran dan pembelajaran dan
saya hanya masuk ke kelas untuk mengawasi ujian yang dijalankan.

PRAKTIKUM 1/2010
AMALAN REFLEKSI MINGGU PERTAMA
(23 Mac 26 Mac 2010)

Jenis Aktiviti : Membina garisan padang bola sepak sekolah dan melukis mural
Tarikh : 27 Mac 2010

Masa : 8.00 pg 2.00 ptg

Isu / Cabaran yang difokuskan :


Pada hari hujung minggu iaitu pada Sabtu 27 Mac 2010, saya bersama rakan-rakan
telah ditugaskan untuk menyiapkan garisan padang bola sepak sekolah untuk
memudahkan pasukan bola sepak sekolah melakukan latihan bola sepak pada setiap
petang. Pada hari ini, saya telah menghadirkan diri ke sekolah seawal jam 8.00 pagi
dan terus menyiapkan garisan padang bola sepak. Sememangnya ini merupakan
pengalaman pertama saya menyediakan padang bola sepak yang lengkap kerana
sebelum ini saya belum pernah merasai pengalaman menyiapkan mana-mana padang
permainan. Pengalaman ini sangat berguna dan saya dapat merasai pengalaman dan
kesusahan untuk menyiapkan padang bola sepak untuk bawah 12 tahun dengan
sempurna. Pada pukul 11.30 pagi, padang bola sepak lengkap telah berjaya disiapkan
dan saya bersama rakan telah ditugaskan untuk menyiapkan mural di laluan utama
sekolah. Mural tersebut berjaya disiapkan pada jam 2.00 petang dengan keadaan yang
lengkap dan sempurna.

Analisis Isu/ Fokus :


1. Kekuatan
Saya dapat mempelajari dan merasai pengalaman menyediakan
gelanggang bola sepak bawah 12 tahun yang lengkap.
Dapat menggunakan pengalaman pertama untuk penambahbaikan pada
masa akan datang
Cadangan dan Tindakan Susulan:
Dengan pengalaman yang berjaya diperolehi sepanjang melakukan praktikum di
sekolah ini, saya harap dapat mengekalkan kemahiran yang sedia ada dan juga
menambahkan kemahiran untuk menjadi guru yang berkebolehan dan berdaya saing.
AMALAN REFLEKSI MINGGU KEDUA

PRAKTIKUM 1/2010
(29 Mac 2 April 2010)

Jenis Aktiviti : Perlawanan Persahabatan


Tarikh : 31 Mac 2010

Masa : 4.00 ptg 6.30 ptg

Isu / Cabaran yang difokuskan :


Pada 31 Mac 2010, Sekolah kebangsaan Seri Ampang telah menghadirkan diri ke
Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam sempena perlawanan persahabatan 4 penjuru
bersama-sama Sekolah Kebangsaan Gunung Rapat, Sekolah Kebangsaan St Micheal
2 dan juga tuan rumah Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam. Dalam perlawanan
persahabatan ini, Sekolah Kebangsaan Seri Ampang telah mencatatkan keputusan 1
keputusan seri dan juga 1 kekalahan. Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk
menguji kekuatan pasukan bola sepak sekolah untuk menghadapi pertandingan pada
hari Isnin bertarikh 5 April 2010 di Sekolah Kebangsaan Seri Kinta Ipoh Perak.

Analisis Isu/ Fokus :


1. Dalam perlawanan persahabatan ini, saya tidak bertindak sebagai jurulatih
kerana kesuntukan waktu latihan yang sering kali terpaksa ditangguhkan akibat
daripada hujan lebat pada setiap petang.
2. Kehadiran saya semasa perlawanan persahabatan itu dijalankan ialah sebagai
pengadil yang mengadili beberapa perlawanan.

AMALAN REFLEKSI MINGGU KETIGA


(5 April 9 April 2010)

PRAKTIKUM 1/2010

Jenis Aktiviti : Program Nilam


Tarikh : 5 9 April 2010

Masa : 7.30 pg 7.40 pg

Isu / Cabaran yang difokuskan :


Program nilam di Sekolah Seri Ampang ini baru dijalankan setelah sekian lama ia
dihentikan kerana sekolah ini sibuk mengendalikan sukan tahunan dan juga beberapa
program besar sekolah. Tujuan utama program ini dijalankan kerana bagi mengisi masa
terluang murid yang datang awal ke sekolah dengan membaca buku yang berfaedah
sementara menunggu masa untuk masuk ke kelas. Semua murid dari tahap 1 dan juga
tahap 2 akan berhimpun bersama-sama di tapak perhimpunan bagi memudahkan
pengendalian disamping guru-guru dapat memantau disiplin dan juga tingkahlaku
murid. Program nilam adalah program wajib bagi semua murid bagi menggalakkan
mereka mengamalkan sikap membaca dalam kehidupan mereka. Selain itu, program
nilam ini dapat membantu penguasaan kosa kata murid bagi membantu mereka
menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dengan baik dan sempurna.

Analisis Isu/ Fokus :


i.
ii.
iii.
iv.

Membentuk disiplin dan pengawalan murid yang mudah sebelum memasuki


kelas untuk memulakan sesi pengajaran.
Mengawal tingkahlaku murid
Memperbetulkan kesalahan dan juga disiplin murid sekiranya ada
Memudahkan pengumuman dibuat tanpa perlu mengadakan perhimpunan rasmi

AMALAN REFLEKSI MINGGU KETIGA


(5 April 9 April 2010)

PRAKTIKUM 1/2010
Jenis Aktiviti : Persatuan Pengakap
Tarikh : 7 April 2010

Masa : 3.00 ptg 4.00 pg

Isu / Cabaran yang difokuskan :


Pada hari ini berlangsungnya aktiviti ko kurikulum unit beruniform sekolah yang
melibatkan semua unit beruniform termasuk Bulan Sabit Merah, St John Ambulance
dan juga Pengakap. Aktiviti pengakap pada hari ini menjalankan aktiviti Laung Agung
iaitu suatu yang wajib dan biasa dilakukan semasa aktiviti berpengakap dijalankan.
Semasa aktiviti ini dijalankan, murid-murid dilihat tidak pernah melakukan Laung Agung
dan mengkehendaki saya untuk mengajar satu persatu langkah untuk melakukan
Laung Agung. Ketika melakukan Laung Agung, cabaran yang saya hadapi ialah
keupayaan untuk memahamkan murid mengenai pergerakan yang sepatutunya
dilakukan memandangkan ini merupakan kali pertama mereka melakukannya. Aktiviti ini
berjalan dengan lancar dengan cara saya melakukan penegasan ketika menjadi ketua
untuk menerangkan kaedah kepada murid-murid.

Analisis Isu/ Fokus :


1. Kekuatan
Saya dapat merasai pengalaman menjadi pemimpin dalam pengakap
yang sebelum ini hanya dipelajari di peringkat maktab sahaja.
Dapat menggunakan pengalaman pertama untuk penambahbaikan pada
masa akan datang
Cadangan dan Tindakan Susulan:
Setelah berlangsungnya aktiviti ko kurikulum unit beruniform pengakap pada hari ini,
saya telah berjaya mempelajari banyak perkara baru terutama tentang bagaimana
untuk menjadi pemimpin yang baik. dengan itu, saya perlu meneruskan amalan
kepimpinan yang baik ini dan seterusnya mengekalkan amalan kepimpinan untuk
menjadi seorang pemimpin pengakap yang dihormati dan disegani oleh masyarakat.
AMALAN REFLEKSI MINGGU KETIGA
(5 April 9 April 2010)

Jenis Aktiviti : Persatuan Bola Sepak

PRAKTIKUM 1/2010
Tarikh : 7 April 2010

Masa : 4.00 ptg 5.00 pg

Isu / Cabaran yang difokuskan :


Pada aktiviti ko kurikulum bola sepak minggu ini telah dijalankan beberapa aktiviti baru
yang belum pernah dipelajari oleh murid sebelum ini. Dalam sesi permulaan ko
kurikulum bola sepak, murid diperkenalkan dengan contoh latihan gaya samba yang
sebelum ini belum pernah dipelajari oleh murid walaupun mewakili sekolah dalam
pasukan bola sepak. Kelebihan latihan ini ialah ianya dapat menyeragamkan
pergerakan semasa latihan sedang dijalankan sekaligus dapat menunjukkan
kekemasan dan disiplin di kalangan.disamping itu, latihan samba ini dapat
meningkatkan stamina dan kepantasan murid. Selepas membuat latihan samba,
murid-murid bermain bola sepak untuk memenuhi aktiviti ko kurikulum pada hari ini.
Saya juga turut sama bermain dnegan murid-murid dan perasaan seronok
menyelubungi ketika dapat bersama bermain dengan mereja.

Analisis Isu/ Fokus :


Melalui aktiviti ko kurikulum bola sepak yang diikuti, saya dapat menggunakan sedikit
pengalaman yang pernah dipelajari sewaktu mewakili Institut dalam permainan bola
sepak dan menggunakan pengalaman tersebut untuk mengajar murid-murid di sekolah
ini. Dengan pengalaman yang cetek ini, saya merasakan perlu untuk membuat
penambahbaikan untuk menjadi jurulatih yang berjaya pada masa akan datang.

Cadangan dan Tindakan Susulan:


Dengan pengalaman yang diperolehi ketika mengajar, saya perlu belajar untuk
membuat penambahbaikan dari segi ilmu dan jenis latihan pada masa akan datang
untuk menjadikan latihan bola sepak menjadi berkesan dan boleh membentuk pasukan
yang mantap dan mempunyai prospek kejayaan yang besar.
AMALAN REFLEKSI MINGGU KEEMPAT
(12 April 16 April 2010)

Jenis Aktiviti : Mural

PRAKTIKUM 1/2010
Tarikh : 12-16 April 2010

Isu / Cabaran yang difokuskan :


Sepanjang seminggu, saya bersama rakan-rakan telah berusaha menyiapkan tugasan
yang diberikan pihak sekolah iaitu menyiapkan mural di kawasan yang telah
diamanahkan kepada kami. Kami mempunyai tekanan semasa menyiapkan tugasan ini
kerana disamping menyiapkan mural, kami juga perlu masuk ke kelas untuk
melaksanakan pengajaran dan juga memasuki kelas ganti sebagai salah satu rutin
harian kepada kami. Walaubagaimanapun, mural yang diamanhkan kepada kami
berjaya disiapkan dan kami berjaya mengabadikankenagan kami di sekolah ini dengan
mural yang telah kami siapkan.

You might also like