You are on page 1of 2

Amalan menabung dalam keluarga

pendidikan anak-anak
- Pengukuhan ekonomi, pengembangan sosio-budaya dan
pembangunan masa depan masyarakat bermula dari
penguasaaan ilmu seseorang individu.
- Kos pendidikan ke Institusi Pengajian Tinggi(IPT) semakin
meningkat atas faktor ekonomi.
- Melalui amalan menabung, beban kewangan keluarga dapat
diringankan dan bakat-bakat anak berpotensi untuk menyerlah
di peringkat yang lebih tinggi.
- Hal ini penting kerana pengajian tinggi bukan sahaja bertujuan
untuk memenuhi tuntutan dan kepentingan dalaman negara
semata-mata, tetapi juga dapat menyumbang kepada
pembangunan negara Malaysia supaya mampu memantapkan
tahap saingnya dalam pentas global.
- Perancangan perkembangan haluan sektor pengajian tinggi di
negara kita khusus dalam menjayakan hasrat Malaysia untuk
menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020.
- Dengan mengamalkan amalan menabung dalam sesebuah
keluarga, visi Negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 juga
dapat dicapai dengan lebih mudah dan lancar.
Mendidik anak
- menunjukkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuknunjuk kepada anak-anak
- Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM)
Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, pendidikan
kewangan perlu diterapkan kerana ia boleh memupuk rasa
tanggungjawab dalam diri kanak-kanak.
- Menjadi peka terhadap isu kewangan dan apabila berumah
tangga kelak.
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

- Pemerhatian anak terhadap tabiat ibu bapa dalam konteks


mengurus wang secara tidak langsungnya akan mereka
mempelajari perbezaan antara keperluan dan kehendakan
dalam kehidupan.
- Anak-anak yang diberi pendedahan terhadap kemahiran
pengurusan kewangan juga akan menghargai setiap sen kerana
mereka akan faham bahawa ibu bapa terpaksa bekerja keras
untuk menampung perbelanjaan keluarga.
kecemasan
- Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah
- Bagi keluarga yang tidak mempunyai cahaya mata, amalan
menabung juga memainkan peranan yang penting dalam
lumrah hidup yang dipenuhi pancaroba.
- Kita tidak dapat menjangka malapetaka yang akan melanda
seperti kemalangan atau penyakit yang akan dialami oleh ahli
keluarga.
Melahirkan keluarga bahagia
- Masalah kewangan memberi kesan kepada setiap aspek
kehidupan. Sikap mengambil mudah soal kewangan sehingga
ada yang diisytihar muflis berpunca daripada kurang kesedaran
tentang kepentingan amalan menabung.
- Kegagalan seorang ahli keluarga untuk menguruskan wang
dengan baik akan menimbulkan masalah emosi yang boleh
menyebabkan keganasan rumah tangga akibat berhadapan
dengan risiko kesukaran mendapat pinjaman penting dan
miskin pada usia persaraan, sebagai contoh wang yang
disimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
habis dalam tempoh yang singkat.

You might also like