You are on page 1of 2

Amalan gaya hidup sihat elak pelbagai penyakit

2013/01/17 - 07:05:19 AM Oleh Saadiah Ismail Cetak Emel Kawan

Menjelang 2050, satu daripada lima orang di kebanyakan negara membangun


berusia lebih 60 tahun. Ini menunjukkan statistik warga tua yang umur panjang
semakin ramai.

Persoalannya, bagaimana pula tahap kesihatan dan produktiviti warga tua itu.
Adakah mereka sihat dan bebas daripada penyakit? Yang nyata golongan warga
tua ini memang memerlukan perbelanjaan tinggi akibat kesan penuaan yang
berlaku ke atas mereka.
Amerika Syarikat, umpamanya dijangkakan penduduk negara itu akan
membelanjakan kira-kira 28 peratus daripada pendapatan bagi penjagaan
kesihatan atau sejumlah RM835.31 juta (274.5 juta dollar) dihabiskan untuk
membeli produk anti penuaan.
Kita sepatutnya berfikiran positif, ubah cara pemakanan, bersenam dan amalan
gaya hidup sihat bagi menghalang mendapat pelbagai penyakit," Dr Rico
Ricketts, Perunding kesihatan dari Kanada.

Jika dilihat senario di Malaysia, warga tua dijangka meningkat 15 peratus untuk
tempoh beberapa tahun akan datang. Jangka hayat lelaki Malaysia, sekarang
mencecah usia 74.2 tahun berbanding 72.6 tahun, pada 2010 manakala jangka
hayat wanita 79.1 tahun berbanding 77.5 tahun, pada tahun sama.

Pada masa sama, dari segi kesihatan, jumlah pesakit diabetes, barah dan
tekanan membabitkan warga emas juga dijangka meningkat berdasarkan gaya
hidup diamalkan.

Kajian menunjukkan, Malaysia berada pada kedudukan ke-16, di dunia paling


menghadapi masalah masalah tekanan di tempat kerja, iaitu satu daripada enam
orang tertekan akibat bebanan kerja.

Selain itu, kajian sama mendapati dua daripada lima orang obesiti dan sekali gus
meletakkan Malaysia di tangan keenam di Asia bagi dari segi status
kesihatannya.

Statistik dicatatkan pada 2009, mendapati satu daripada empat kematian di


hospital kerajaan disebabkan oleh penyakit jantung atau lumpuh.

Justeru, jika gaya hidup di zon selesa dipilih secara berterusan, tidak mustahil
negara akan dibarisi oleh warga tua yang tidak sihat dan sekali gus memberi
kesan keseluruhan kepada ekonomi, perbelanjaan kesihatan serta pengurusan
tahap kemiskinan.

Kongsi ilmu

Perunding kesihatan dari Kanada, Dr Rico Ricketts, berkata ramai warga tua
dijangka akan berhadapan pelbagai jenis penyakit kronik sekiranya mereka tidak
mengamalkan cara hidup sihat dan mengurus kesihatan diri.

Katanya, usia tua memang tidak boleh dielakkan, malah kekuatan fizikal turut
merundum, hingga ada kala mereka kelihatan lebih tua daripada usia.

Beliau berkata, penjagaan kesihatan seharus dititik berat bermula dari usia muda
bagi mengelak mudah mendapat sebarang penyakit.
Kita sepatutnya berfikiran positif, ubah cara pemakanan, bersenam dan amalan
gaya hidup sihat bagi menghalang mendapat pelbagai penyakit, katanya ketika
ditemui, di pejabat Friends to Mankind, baru-baru ini.
Hadir sama Duta Muhibbah Friends to Mankind (FtoM), YM Datuk Paduka Toh
Puan Seri Di Raja Noor Aini Datuk Abdullah.
Beliau menegaskan, individu juga seharusnya mengelak daripada terlalu
bergantung kepada makanan tambahan dan menggunakan produk anti penuaan,
sebaliknya cukup sekadar amalan hidup sihat.
Saya akan berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai amalan gaya hidup sihat
yang akan dibentangkan dalam forum The Myth of Ageing, di Pusat perubatan
Tropicana, Petaling Jaya, Sabtu ini, katanya.
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Amalangayahidupsihatelakpelbagai
penyakit/Article/

You might also like