You are on page 1of 9

PERATURAN

PERTANDINGAN
BOLA SEPAK
MSSD PETALING
PERDANA
2015

PERATURAN KEJOHANAN
BOLASEPAK
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PETALING
PERDANA
1.

NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Bolasepak MSSD Petaling
Peringkat Umur 15 Tahun dan 18 Tahun.

Perdana

dibahagikan

kepada

2.

PENGANJURAN
Semua pengelolaan pertandingan akan dikelolakan oleh Majlis Sukan SekolahSekolah Daerah Petaling Perdana yang mana menyerahkan kuasa pengelolaan
pertandingan kepada SMK Puchong Jaya (B) .

3.

UNDANG-UNDANG
3.1
Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan dijalankan
mengikut Undang-Undang permainan bolasepak sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh MSSM-Malaysia,Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan
Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)

4.

3.2

Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan


seperti berikut:
3.2.1 Keputusan berasaskan kepada Peraturan Am MSSS dan MSSM
3.2.2 Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan Undang-Undang
bolasepak MSSM, Persatuan Bola sepak Malaysia(FAM) dan Persatuan
Bolasepak Antarabangsa ( FIFA )

3.3

Sebarang keputusan yang telah


Pertandingan adalah muktamad

dibuat

oleh

Jawatankuasa

Pengelola

PENYERTAAN
4.1
Pertandingan ini dibuka kepada semua sekolah menengah yang berdaftar
dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana kecuali sekolah
yang terlibat dengan Liga KPM dalam tahun pertandingan itu dijalankan.
4.2

Setiap sekolah yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar satu
pasukan sahaja bagi setiap kategori

4.3

5.

6.

Setiausaha Jawatankuasa Pengelola akan menguruskan pengesahan


penyertaan dan akan menetapkan tarikh tutup tertakluk kepada keputusan
atau arahan tertentu yang dibuat dari masa ke semasa

KELAYAKAN PEMAIN
5.1
Pemain mestilah terdiri dari pelajar sekolah dan warganegara Malaysia.
Pemain mestilah terdiri daripada pelajar sekolah yang berdaftar dengan
sekolah yang mengambil bahagian. Pelajar warganegara Malaysia daripada
sekolah swasta yang bergabung dengan MSSD dan MSSS juga layak
mengambil bahagian.
5.2

Seseorang pemain hanya layak bermain dalam satu kategori peringkat umur
sahaja. Seseorang pemain juga tidak dibenarkan bermain dalam pertandingan
kumpulan umur yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan untuk umurnya.

5.3

Seseorang pemain yang telah didaftarkan dalam satu pasukan dalam


pertandingan ini tidak layak lagi mewakili pasukan lain dalam kejohanan ini.

5.4

Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa


Pertandingan seperti berikut :
5.4.1 Kad Pengenalan Asal
5.4.2 JPN 1/9 asal
5.4.2 JPN 1/11 asal yang telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Daerah

5.3

Kelayakan pemain mengikut kategori seperti ketetapan berikut :


5.3.1 Pemain Bawah 15 Tahun yang lahir pada 1 Januari 2000 dan
selepasnya
5.3.2 Pemain Bawah 18 Tahun yang lahir pada 1 Januari 1997 dan
selepasnya

5.4

Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan


diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan keputusannya adalah
muktamad

PENDAFTARAN PEMAIN
6.1
Hanya pemain pemain yang berdaftar dalm Borang Pendaftaran Pasukan
sahaja boleh mengambil bahagian dalm pertandingan ini. Tiap tiap pasukan
bagi setiap kategori umur dibenarkan mendaftar 18 orang pemain sahaja.
6.2

Borang Pendaftaran Pasukan bagi setiap kategori umur yang telah lengkap
diisi hendaklah disahkan oleh sama ada Pengetua ,PK Pentadbir , PK HEM , PK
KOKO @ PK Petang dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola /Urusetia
pada hari pertandingan . Sebarang pertukaran atau penambahan pemain
selepas itu tidak dibenarkan.

7.

6.3

Setiap pasukan yang mengambil bahagian dibenarkan mendaftar pemain


daripada sekolah masing masing , hanya nama yang terdapat dalam buku
pendaftaran sekolah

6.4

Kesemua pemain boleh didaftarkan di dalam Borang Pendaftran Perlawanan


semasa perlawanan di mana 11 pemain adalah pemain utama ditandakan
dengan ( ) dan bakinya adalah pemain simpanan ditandakan dengan ( X ).

6.5

Borang Pendaftaran Perlawanan yang telah lengkap didisi bersama dengan


kad pengenalan asal atau dokumen pengesahan kelayakan semua pemain
hendaklah diserahkan kepada Urusetia Perlawanan ( koordinator padang ) 15
minit sebelum perlwanan bermula. Pengurus atau jurulatih daripada kedua
kedua paskan boleh memohon untuk membuat pengesahan status mana
mana pemain pasukan lawan.

6.6

Dalam keadaan di mana pemain atau pemain pemain yang turun bermain
bagi sesuatu pasukan gagal mengemukakan dokumen pengesahan kelayakan
pemain yang sah , pemain tersebut tidak boleh bermain sehingga pemain
tersebut mengemukakan dokumen asal yang sah.

FORMAT PERTANDINGAN
7.1
Pertandingan ini dijalankan secara zon
7.2

Sistem pertandingan peringkat zon akan dijalankan secara liga satu pusingan
dalam kumpulan.

7.3

Pasukan bertanding akan dibahagikan kepada 16 kumpulan mengikut Zon


Shah Alam, Zon Subang, Zon Puchong dan Zon Serdang. Setiap kumpulan
mempunyai tidak lebih 3 pasukan.

7.4

Pertandingan ini mempunyai empat (4) peringkat


7.4.1 Peringkat pertama / awal
i.
Semua pasukan yang layak ke peringkat daerah akan diundi
untuk menduduki kumpulan A P mengikut zon
ii.
Pertandingan secara liga satu pusingan
iii.
Pemenang diberi tiga (3) mata, seri satu (1) mata dan kalah
kosong (0) mata.
iv.
Pasukan yang gagal turun bermain dikira kalah dan
kemenangan kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan
tiga (3) jaringan gol.
v.
Setelah selesai kesemua perlawanan dalam kumpulan, jika
berlaku kedudukan mata sama, kedudukan diputuskan dengan:
(a)
Jumlah perbezaan gol pasukan yang mendapat
perbezaan lebih besar hendaklah menduduki tempat
yang lebih tinggi.
(b)
Jika masih seri, pasukan yang membuat jaringan yang
lebih banyak hendaklah dikira lebih tinggi
(c)
Jika masih seri, pasukan yang pernah menewaskan
lawannya akan menduduki tempat lebih tinggi
(d)
Jika masih seri, kedudukan ini hendaklah diselesaikan
menurut cara yang diputuskan oleh Jawatankuasa
Pertandingan.
7.4.2 Peringkat kedua dan seterusnya

i.
ii.
iii.

TENDANGAN DARI TANDA PENALTI


8.1
Tendagan dari tanda penalty, jika diberikan hendaklah mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh FAM dan FIFA
8.2

9.

Johan dan naib johan setiap kumpulan akan ke pusingan


kedua dan pertandingan dijalankan secara kalah keluar.
Penentuan perlawanan akan dijalankan menerusi undian
Johan dan Naib Jhan. Pasukan dari kumpulan yang sama
akan diasingkan bagi mengelakkan perlawanan berulang
Sekiranya dalam perlawanan secara kalah keluar,
terdapat keputusan seri setelah tempoh masa bermain
sebenar tamat, maka masa tambahan 5 1 -5 hendaklah
diberikan ( hanya untuk pusingan separuh akhir dan
akhir sahaja). Jika keputusan seri lagi, maka akan
ditentukan menerusi lima (5) tendang dari tanda penalti
sehingga ada keputusan.

Semasa peraturan ini hendak dijalankan, jika 1 pasukan mempunyai bilangan


pemain kurang daripada 11 pemain, maka pasukan lawan hendaklah
mengeluarkkan mana mana pemainnya supaya bilangan pemain kedua
dua pasukan adalah sama

JANGKAMASA PERLAWANAN
9.1
Masa Permainan mengikut kategori seperti ketetapan berikut :
Pusingan Pertama, Kedua, Ketiga dan Suku akhir
9.1.1 Pemain Bawah 15 Tahun : Masa permainan ialah 20 minit bagi setiap
separuh masa,
tiada masa rehat diberikan
Separuh Akhir dan Akhir
9.1.2 Pemain Bawah 15 Tahun : Masa permainan ialah 25 minit bagi setiap
separuh masa,
dengan masa rehat tidak melebihi 7 mini
Pusingan Pertama, Kedua , Ketiga dan Suku Akhir
9.1.3 Pemain Bawah 18 Tahun : Masa permainan ialah 20 minit bagi setiap
separuh masa,
tiada masa rehat diberikan
9.1.4 Separuh Akhir dan Akhir
Pemain Bawah 18 Tahun : Masa permainan ialah 25 minit bagi setiap
separuh masa,
dengan masa rehat tidak melebihi 7 minit

10.

PENGGANTIAN PEMAIN
Penggantian pemain tidak melebihi 7 orang pemain yang didaftarkan dalam satu
pertandingan termasuk dalam masa tambahan

11.

MINIMA PEMAIN
11.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai minima pemain 9 orang sebelum
memulakan satu perlawanan dan tidak kurang daripada 7 orang pemain
setelah permainan dimulakan. Mana mana pasukan yang gagal mematuhi

peraturan ini dikira kalah. Kemenangan kepada pihak lawan dengan tiga (3)
mata dan tiga (3) jaringan gol.
11.2

Jika kedua dua pasukan gagal menurunkan 9 pemain, semasa permainan


hendak dimulakan, maka pengadil hendaklah melaporkan kepada
Jawatankuasa Pertandingan yang akan membuat keputusan. Keputusannya
adalah muktamad.

12.

KELEWATAN
12.1 Setiap pasukan hendaklah berada dipadang 30 minit sebelum perlawanan
bermula
12.2

13.

14.

Masa tidak melebihi 15 minit diberikan kepada pasukan yang lewat berada di
padang. Selepas daripada tempoh tersebut, Pengadil berhak untuk tidak
memulakan permainan dan akan mengemukakan laporan kepada
Jawatankuasa Pertandingan untuk membuat keputusan.

PAKAIAN PEMAIN
13.1 Setiap pemain hendaklah memakai alas kaki, stokin dan alas betis (Shin pad)
mengikut spefikasi yang dibenarkan
13.2

Setiap pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama seperti
dalam pendaftaran. Sebarang pengiklinan jenama rokok, minuman keras tidak
boleh dipamerkan

13.3

Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna


jersi sebagai tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan
warna jersi atau stokin, maka pasukan tuan rumah perlu menukar jersi
atau stoking tersebut.(pasukan yang disebut dahulu)

13.4

Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan di lengan dan sekiranya pemain


tersebut keluar, maka hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil
alih tugas tersebut

13.5

Pemakaian thermal atau tight bagi menutup aurat pastikan ianya sama warna
dengan jersi dan seluar pasukan ataupun berwarna hitam.

JADUAL PERLAWANAN
14.1 Jawatankuasa Teknikal Bolasepak MSSD PETALING PERDANA @ PENGELOLA
akan menyediakan jadual pertandingan dengan masa memulakan perlawanan
mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola.
14.2

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh


cuaca atau hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat halhal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan
diputuskan oleh Pengurus Pertandingan Jawatankuasa Pengelola.

15.

PEGAWAI PERLAWANAN
Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi
penguruskan perkara-perkara teknikal setiap perlawanan. Setiap pegawai
perlawanan hendaklah menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada urusetia
setelah tamat kejohanan

16.

TINDAKAN TATATERTIB
16.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan membincangkan perkara perkara
yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas
dan pasukan yang terlibat. Pengadil dan pasukan berkenaan tidak akan
mengambil bahagian dalam perbincangan atau undian sedang dibincangkan
16.2

Hukuman secara otomatis, maka Jawatankuasa Tatatertib tidak akan


bersidang untuk kesalahan seperti ketetpan bereikut :
16.2.1 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa
pertandinan hendaklah dengan sendirinya digantung daripada bermain
bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang ianya terima amaran
kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas
penggantungan, akan selagi lagi digantung daripada bermain
untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran
kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran keenam beliau
hendaklah tampil ke Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan
yang sewajarnya
16.2.2 Seorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima
dua kali amaran bertulis di dalam perlawanan yang sama akan
digantung daripada bermain ( 1 ) satu perlawanan berikutnya
16.2.3 Seorang
pemain
yang
diperintah
keluar
padang
kerana
mengeluarkan kata-kata kesat atau menunjukkan isyarat lucah
walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis
sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain (2) dua
perlawanan berikutnya
16.2.4 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana berkelakuan
biadap atau bermain terlampau merbahaya walaupun pemain
tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya, maka akan
digantung daripada bermain ( 3 ) tiga perlawanan berikutnya
16.2.5 Peringkat pusingan kalah keluar, kesalahan amaran bertulis ( kad
kuning ) dan diperintah keluar padang ( kad merah ) tidak diambil kira
( peringkat kumpulan).

16.3

Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain dari


terus mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Jika tindakan yang lebih keras
dianggap perlu, maka perkara ini perlulah dipanjangkan kepada Jawatankuasa
MSSD PP untuk tindakan seterusnya

16.4 Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak


tertakluk kepada
sebarang rayuan
17.

BANTAHAN
17.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara
bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima dalam
tempoh masa ( 2 ) dua jam selepas berakhirnya perlawanan tersebut beserta
bayaran RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja). Wang tersebut tidak
akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak Berjaya

17.2
yang dibuat
18.

Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan perkara-perkara dan fakta


oleh pengadil di padang permainan

ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN


18.1 Pengurus
pasukan
hendaklah
bertanggungjawab
sepenuhnya
bagi
memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi
kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan kepada semangat
sukan yang tulen.
18.2

18.3

18.4

Pegawai pasukan yang dibenarkan sahaja mengikut borang pegawai yang


disahkan boleh duduk dibangku pemain simpanan. Pastikan tatacara
berpakaian dipatuhi. Pegawai pastikan berkasut, tidak mengenakan seluar
jeans dan tidak boleh memakai track bottom 3 quarter. Kawasan padang
adalah kawasan dilarang merokok.
Tertakluk kepada pengesahan MSSD PP, Jawatankuasa Pengelola boleh
mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana
pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan
atau objektif pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi
hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain
dari penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai
Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja
atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan. Penipuan
dari segi menguisi boring pendaftaran mahupun MO1, MO2
boleh
menyebabkan penyingkiran awal sesebuah pasukan daripada menyertai
pertandingan ini. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar
padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak
sepatutnya diamalkan

19

HADIAH PIALA PUSINGAN


19.1 Bagi mana mna pasukan sekolah yang menjadi juara MSSD Bola sepak
sebanyak tiga kali berturut turut layak menerima piala pusingan yang akan
menjadi hak milik kekal sekolah tersebut.

20.

HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

Peraturan AM MSSS dirujuk. Selain itu pihak pengelola kejohanan berhak meminda
mana-mana peraturan dan tindakan

You might also like