You are on page 1of 20

630119-01-5581

Amalan mengikut Kamus Dewan Edisi Baru (1994) DBP memberi makna
sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dsb) sebagai suatu kebiasaan,
dan refleksi boleh didefinisikan sebagai bayangan, gambaran (dalam cermin,
fikiran dan lain-lain). Manakala, prestasi membawa maksud hasil yang telah
diperoleh (dicapai dan lain-lain) atau pencapaian. Perguruan pula boleh dikaitkan
dengan beberapa makna seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan
sesuatu yang berkaitan dengan guru (Kamus Dewan, DBP 1994). Menurut
Daudelin

(1996),

refleksi

adalah

proses

mengamati

atau

menganalisa

pengalaman secara berhati-hati dan terperinci untuk mencari makna dengan


mengaitkan diri melalui perkembangan penunjuk; serta mempelajarinya untuk
membentuk makna dari pengalaman lalu dan semasa yang bertindak sebagai
panduan untuk tingkah laku dimasa depan.

Untuk membincangkan tajuk `Bagaimana amalan reflektif dalam konteks


perguruan dapat membantu seseorang guru meningkatkan prestasi diri, murid
dan sekolahnya`, beberapa cara atau kaedah akan dibincangkan bagi
menerangkan pendekatan atau `jalan` yang boleh diikuti oleh seorang guru,
murid dan sekolahnya. Bagi meningkatkan prestasi, kaedah atau cara yang
boleh dilaksanakan atau diambil semestinya akan menghasilkan sesuatu yang
lebih baik atau tinggi.

Dalam konteks latihan perguruan, amalan reflektif telah banyak digunakan


terutamanya

dalam

melatih

guru-guru

pelatih.

Kaedah

penulisan

log

630119-01-5581
pembelajaran telah digunakan sebagai salah satu alat amalan reflektif oleh guruguru pelatih Maktab Perguruan Sandakan Sabah untuk menilai mentaksir dan
menilai program kelas, strategi pengajaran dan penggunaan resos; membantu
perancangan program dan penentuan haluan, menganalisa peristiwa untuk
memikir dan mengkaji bahagian-bahagian dalam suatu keseluruhan dan
penilaian kendiri untuk memerhati sifat-sifat peribadi, menjelaskan kepercayaan,
dan memantau apa, bagaimana dan mengapa sesuatu dilakukan.

Selain dari itu, beberapa kajian juga telah dilakukan terhadap mereka
untuk menilai keberkesanan amalan reflektif dalam melatih mereka untuk
memperbaiki dan meningkatkan kemahiran dan kebolehan pengajaran dan
pembelajaran oleh Dr Hanipah binti Hussin (1999) ke atas guru-guru pelatih
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dan kajian bersama En.
Mohamad bin Ngah dan En. Ismail bin Haji Raduan dari Maktab Perguruan Batu
Rakit, Kuala Terengganu untuk mengkaji keberkesanan penulisan jurnal refleksi
ke atas guru-guru pelatih mereka semasa menjalani latihan praktikal. Dapatandapatan kajian menunjukkan penulisan sesuatu jurnal refleksi atau log
pembelajaran memerlukan perancangan yang teliti dan rapi dan bimbingan
dalam membuat catatan yang betul dan tepat dalam menjelaskan sesuatu
perkara yang dialami.

630119-01-5581
Dalam kajian Dr Hanipah, tesis ini telah membicarakan beberapa
keperluan yang mesti ada untuk melahirkan guru yang berkemahiran dalam
melaksanakan amalan reflektif di Malaysia. Antaranya ialah:
i.

Keperluan untuk meningkatkan paras kecekatan (competence) guru


pelatih.

ii.

Keperluan untuk meningkatkan kesedaran bagi memberi makna


kepada pengalaman dalam bilik darjah.

iii.

Keperluan untuk melahirkan guru-guru yang mampu berfikir dan


bertindak proaktif tanpa perlu diarah dalam meningkatkan profesion
mereka.

iv.

Keperluan untuk melahirkan guru-guru yang inovatif, bebas berfikir


dalam usaha meningkatkan kemahiran meneroka kekuatan dan
kelemahan diri sebagai guru.

Namun, dalam kajian beliau, beberapa halangan telah dapat dikenalpasti seperti
kerjasama daripada peserta untuk menulis refleksi. Begitu juga kerjasama antara
komuniti sekolah untuk merancang pemikiran reflektif dilaporkan sukar dicerap.
Dari kajian-kajian di atas, tidak dapat dinafikan amalan reflektif memang
telah diterapkan dan dilakukan oleh guru-guru pelatih semasa menjalani latihan
mengajar. Dari senarai keperluan-keperluan yang disenaraikan di atas (Hanipah
1999), kejayaan atau kegagalan sesuatu amalan refleksi yang dilakukan

630119-01-5581
bergantung kepada beberapa faktor. Pertama, kerjasama daripada guru
berkenaan untuk menulis refleksi tersebut, disamping memerlukan bimbingan
dalam membuat catatan yang betul dan tepat dalam menjelaskan sesuatu
perkara yang dialami. Kedua, tanpa kerjasama semua warga sekolah dan
perancangan yang rapi, amalan refleksi ini mungkin sukar untuk dimanfaatkan
dengan sebaiknya. Selain dari itu. kajian amalan reflektif dalam pendidikan guru
yang dilakukan oleh Schon (1987) menyatakan bahawa kepercayaan, nilai-nilai,
pengetahuan, teori dan amalan guru mempengaruhi persepsi mereka sendiri
sebagai seorang guru.

Oleh kerana amalan refleksi ini berkait rapat dengan kepercayaan, nilainilai, pengetahuan, teori dan amalan guru yang mempengaruhi persepsi mereka
sendiri sebagai seorang guru. Kejayaan atau kegagalan amalan refleksi dalam
membantu mempertingkatkan prestasi seseorang guru juga akan bergantung
kepada sejauh manakah perubahan tingkah laku sanggup dilakukan oleh
seorang guru tersebut untuk melakukan amalan refleksi itu. Menurut Bandura
(1977,1984) lagi, tingkah laku seseorang guru adalah ditetapkan oleh dua
konstruk iaitu efikasi kendiri dan jangkaan hasil pembelajaran. Guru yang
mempunyai efikasi kendiri yang tinggi tetapi jangkaan hasil pembelajaran yang
rendah akan sanggup berusaha untuk mengubah atau mengubahsuaikan
persekitarannya demi mencapai hasil yang bermakna. Efikasi kendiri yang
rendah tetapi jangkaan hasil pembelajaran yang tinggi boleh menyebabkan
seseorang guru mengalami kekecewaan dan mempunyai nilai kendiri yang

630119-01-5581
rendah. Dalam situasi efikasi kendiri yang rendah dan jangkaan hasil
pembelajaran yang rendah, seseorang guru kemungkinan besar berputus asa
dan mengelakkan diri daripada situasi berkenaan.

Oleh

itu,

bagi

menjayakan

amalan

refleksi

supaya

dapat

mempertingkatkan prestasi seseorang guru, efikasi kendiri yang tinggi perlu ada
dalam diri seseorang guru tersebut. Mengikut definisi awal Bandura (1977),
beliau telah mendefinisikan efikasi kendiri dengan

merujuk kepada darjah

kepayahan sesuatu tugas yang mana individu itu berpendapat bahawa


kebolehannya adalah memadai untuk membolehkannya membuat sesuatu
perubahan. Coladarci (1992) pula mendapati dalam kajiannya efikasi guru
adalah indikator yang paling kukuh mengenai komitmen guru terhadap
profesionnya, berbanding dengan faktor-faktor lain seperti pendapatan dan iklim
sekolah. Seseorang guru yang mempunyai efkasi kendiri dan jangkaan hasil
pembelajaran yang tinggi dapat menyediakan persekitaran yang unggul untuk
prestasi yang aktif.

Kesimpulannya seorang guru yang mempunyai efikasi diri yang baik pada
amnya akan dapat melakukan amalan reflektif yang berkesan jika dibandingkan
dengan guru yang mempunyai efikasi diri yang rendah. Antara kaedah atau
langkah-langkah yang boleh digunakan untuk meninggikan tahap efikasi dan
kemampuan seseorang guru atau pelajar membuat amalan refleksi yang
berkesan adalah seperti yang disarankan oleh Eyler J. (1996) dan McCarthy
(1996) iaitu dengan melakukan amalan reflektif secara berterusan iaitu amalan

630119-01-5581
reflektif sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengalaman. Didapati bahawa
amalan reflektif sebelum biasanya dianggap tidak begitu penting oleh responden,
manakala amalan refleksi semasa, banyak tertumpu pada gerak kerja
mengenalpasti dan menyelesaikan masalah. Dan amalan refleksi selepas lebih
berfokus

kepada

menilai

pengertian

pengalaman,

mengintegrasikan

pengetahuan lama dan baru serta menentukan tindakan akan datang yang perlu
diambil. Seterusnya Eyler J. (1996) juga mencadangkan supaya amalan refleksi
yang dibuat menghasilkan cara-cara penyelesaian masalah yang baru dan lebih
mencabar dengan memikirkan kaedah-kaedah yang belum pernah dibuat dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam hal ini, guru dikehendaki untuk
mewujudkan suasana `selamat` bagi pelajar untuk melakukannya. Ini bagi
menimbulkan rasa yakin pada pelajar serta memastikan cadangan mereka
dihargai. Goldsmith (1995) seperti Eyler J. (1996) dan McCarthy (1996) juga
mencadangkan supaya amalan reflektif menjadi sebahagian dari amalan harian
kita dengan `perbualan` yang berterusan dengan diri atau kadangkalanya
dengan orang lain yang bergerak seiring dengan pengalaman yang dialami.

Guskin (1994) pula menyatakan bahawa penggunaan jurulatih merupakan


antara aspek kritikal untuk membangunkan kemahiran seseorang. Seorang
individu yang berpengalaman akan menggunakan pelbagai gabungan petua,
nasihat dan contoh untuk membantu pelajarnya daripada menemui kegagalan.
Sebagai contoh, mereka yang lebih berpengalaman akan mengajar mereka yang
kurang berpengalaman. Beliau juga menyarankan pelajar yang lebih tua adalah

630119-01-5581
lebih baik mengajar pelajar yang lebih muda daripada gurunya kerana didapati
konsep rakan sebaya akan lebih berkesan. Selain dari itu, perbincangan secara
berkumpulan diantara mereka juga lebih berkesan kerana pelajar menerima
sokongan daripada rakan sebaya mereka, boleh berkongsi pandangan manakala
tekanan dari rakan sebaya akan menghangatkan dan menjadikan perbincangan
itu lebih menarik. Namun peranan guru dalam dua aktiviti di atas masih perlu
sebagai fasilitator atau pembimbing.
Oleh yang demikian, sebagai kesimpulan, amalan reflektif boleh
digunakan

untuk

mempertingkatkan

prestasi

guru

atau

murid

dengan

mengambilkira beberapa panduan atau kaedah berikut:

i.

Penglibatan semua warga organisasi.


Untuk menjayakan amalan reflektif dengan lebih berkesan, penglibatan

semua pihak yang terdiri daripada rakan-rakan sekerja, pelajar-pelajar dan


pengetua perlu ada. Dengan adanya sokongan dari pihak ini, proses amalan
refleksi yang dilakukan oleh seorang guru atau pelajar pastinya akan lebih
mudah dan berkesan. Melalui perbincangan, hasil amalan refleksi itu akan lebih
tepat dari segi perancangan atau tindakan yang akan dibuat selepas itu.

ii.

Pelbagai aktiviti amalan reflektif untuk individu yang berbeza.


Setiap individu mempunyai personaliti, kecenderungan dan kaedah

pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, pelbagai bentuk aktiviti amalan reflektif
yang dilakukan berkemungkinan akan dapat memenuhi citarasa atau keperluan

630119-01-5581
seseorang individu itu untuk mendapatkan hasil amalan reflektif yang lebih baik.
Aktiviti-aktiviti amalan reflektif yang boleh dibuat untuk individu yang berbeza
adalah seperti berikut:
a.

Kajian kes

b.

Jurnal bebas

c.

Jurnal berstruktur

d.

Jurnal kumpulan

e.

Jurnal insiden kritikal

f.

Portfolio

g.

Kertas kerja

h.

Perbincangan

i.

Persembahan

j.

Temubual

Kajian (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987) menunjukkan
aktiviti penulisan jurnal / reflektif merupakan salah satu strategi terbaik untuk
mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri
terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran. Manakala, Boon (2002) dalam
kajiannya menyatakan amalan reflektif melalui perbincangan dengan rakan
sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan yang diperkembangkan

dan

dipertikaikan dapat meransang pemikiran baru. Refleksi menyediakan satu asas


yang kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan
sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian mengenai

630119-01-5581
tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh
dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002).

Selain dari itu, menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan
menjadi lebih reflektif tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan
mereka; membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat refleksi
tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan
(Loughran & Corrigan, 1995; Seldin, 1997). Dengan mengimbas balik
pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan mereka
mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan memikirkan penyelesaian. Guru boleh mengubahsuai atau mengubah teknik
pengajaran untuk mencapai matlamat. Portfolio pengajaran dan refleksi
membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi kerana proses
refleksi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumber-sumber lain. Pada
hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu cara dokumentasi
professional dan refleksi peribadi (Seldin, 1997).

iii.

Kesesuaian aktiviti amalan reflektif untuk peringkat amalan refleksi yang


tertentu.
Beberapa aktiviti seperti membuat kajian kes, kertas kerja dan membaca

amat sesuai untuk dilakukan sebagai salah satu persediaan awal bagi pelajar
atau guru sebelum melakukan aktiviti refleksi. Aktiviti ini akan dapat menambah

630119-01-5581
atau meningkatkan pengetahuan seseorang individu itu untuk melakukan amalan
reflektif.

Disamping panduan atau kaedah di atas, untuk menjalankan aktiviti


amalan reflektif yang berkesan, beberapa perkara berikut perlu diambil
perhatian, antaranya:

i.

Hasil aktiviti amalan reflektif perlu dikenalpasti dengan tepat.


Setiap aktiviti amalan reflektif yang dirancang perlu menentukan apakah

hasil-hasil yang diharapkan atau dijangka akan dicapai dan diperolehi. Jika ini
tidak dilakukan, pengamal tidak pasti atau tidak tahu arah yang hendak dituju.
Selain dari itu, proses penilaian yang hendak dilakukan juga akan mengalami
kesukaran. Namun, kebarangkalian hasil yang diperolehi itu tidak menepati
jangkaan yang ditetntukan masih tetap ada. Jika ini berlaku, proses penilaian
perlu diubah suai untuk menghasilkan keputusan atau tindakan yang lebih
sesuai.

ii.

Aktiviti amalan reflektif itu dibentuk untuk tujuannya.


Sesuatu

amalan

reflektif

yang

dibentuk

untuk

tujuannya

akan

mengelakkan daripada aktiviti amalan reflektif itu tersasar daripada matlamat


asal yang telah ditetapkan. Ini juga akan mengelakkan berlaku pembaziran dari
segi masa dan tenaga.

10

630119-01-5581
iii.

Faktor ketepatan atau kesesuaian masa aktiviti amalan reflektif berlaku.


Amalan reflektif yang dilakukan sebelum sesuatu aktiviti, semasa aktiviti

atau selepas sesuatu aktiviti dilakukan akan memberi hasil atau keputusan yang
berbeza. Oleh yang demikian, faktor ketepatan atau kesesuaian amalan reflektif
ini dibuat perlu ditentukan supaya hasil yang diharapkan dapat diadakan.

iv.

Kaedah penilaian aktiviti amalan reflektif yang dilakukan.


Dengan adanya kaedah penilaian aktiviti samada diperingkat sebelum,

semasa dan selepas sesuatu amalan reflektif yang dilakukan, pengamal dan
penilai akan dapat mengenalpasti apakah yang perkara perlu dinilai. Ini dapat
mengelakkan dari berlaku kekeliruan dari segi perkara yang hendak dinilai.

Dalam konteks menggunakan amalan reflektif untuk mempertingkatkan


prestasi sekolah, peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir sekolah
merupakan penggerak utama sebagai agen perubahan. Menurut Arredondo
(1995), amalan refleksi adalah satu cara untuk mengenalpasti ketidakpastian
atau kekeliruan yang wujud di antara kepercayaan (`beliefs`) dan tindakan
(`actions`). Dengan membuat amalan refleksi ke atas ketidakpastian atau
kekeliruan ini, seorang penyelia akan dapat mengenalpasti kaedah untuk
meningkatkan kualiti kerja mereka. Seterusnya beliau menyatakan bahawa
kepercayaan pelajaran (`educational beliefs`) dibentuk oleh pengalaman lampau
dengan keluarga, `mentors` dan model-model contoh (`role models`). Melalui
proses reflektif, tindakan (`actions`) didapati adalah hasil daripada kepercayaan

11

630119-01-5581
(`belief`) seseorang membuat keputusan. Dan jika seseorang itu dapat menemui
kepercayaannya, seseorang itu mampu mengubahsuai tindakan yang akan
diambil. Oleh itu, seorang pengetua atau guru besar perlu memainkan peranan
utama untuk memastikan amalan reflektif ini dapat meningkatkan prestasi
sekolahnya.

Antara tindakan yang perlu dilakukan oleh seorang pengetua atau guru
besar adalah pertamanya dengan memberi sokongan atau bantuan kepada
guru-guru dan pelajar-pelajarnya untuk melaksanakan amalan reflektif yang telah
dibincangkan di awal tugasan ini. Sebagaimana yang telah dibincangkan tadi,
amalan reflektif tidak akan berjaya untuk meningkatkan prestasi guru, pelajar dan
sekolah tanpa kerjasama semua pihak yang terlibat. Oleh itu, selain daripada
memberi sokongan dan bantuan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar, pengetua
atau guru besar tersebut juga perlu menerima sokongan dan bantuan dari
mereka juga. Tanpa kerjasama di antara kesemua pihak, amalan reflektif sukar
untuk membantu peningkatan prestasi mana-mana pihak atau organisasi.

Menurut Brown (1995), pihak pentadbiran boleh membantu untuk


menggalakkan amalan reflektif bagi tujuan penambahbaikan, bantuan dalam
kemajuan kerjaya dan penilaian prestasi. Amalan reflektif juga boleh dilihat
sebagai proses reflektif yang meningkatkan kepakaran pentadbir dalam
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan pemikiran komplek (Short dan
Reihart, 1993). Selain dari itu, Fulmer (1993) juga mendapati amalan reflektif

12

630119-01-5581
merupakan satu pendekatan alternatif selain daripada pendekatan tradisional
untuk pertumbuhan professional. Berdasarkan kajian Short dan Reihart (1993)
dan Fulmer (1993), memang tidak dapat dinafikan amalan reflektif merupakan
pendekatan yang terbaik untuk meningkatkan prestasi seseorang.

Seperti Brown (1995), Short dan Reihart

(1993) dan Fulmer (1993),

Renee (1990) juga mencadangkan salah satu cara yang terbaik pengetua atau
guru besar untuk mengubah perhubungan antara orang dewasa ialah dengan
amalan reflektif. Beliau berpendapat organisasi sama seperti pengamal reflektif
perlu secara berterusan terlibat dalam kajian kepercayaan (`beliefs`), amalan
(`practice`), kepercayaan terhadap tindakan (`beliefs about actions`) dan
perancangan untuk masa depan. Institusi yang mengamalkan reflektif akan
menggalakkan proses pembelajaran yang berterusan dan pertumbuhan untuk
semua anggotanya. Secara tidak langsung institusi ini menjadi sebuah institusi
pembelajaran (`learning organization`).

Dari

ulasan

dan

perbincangan

di

atas,

untuk

amalan

reflektif

meningkatkan prestasi sekolah atau sesebuah organisasi, pengetua atau guru


besar, guru-guru, kakitangan, pelajar-pelajar, ibu bapa dan masyarakat di sekitar
organisasi berkenaan perlu terlebih dahulu memainkan peranan mereka. Dengan
tindakan oleh semua pihak yang terlibat, barulah amalan reflektif dapat
meningkatkan prestasi sesebuah sekolah. Ini kerana penggerak utama kemajuan
sesebuah sekolah adalah individu-individu yang berkaitan dengannya. Oleh

13

630119-01-5581
kerana amalan reflektif yang dilakukan secara berkumpulan akan lebih berkesan
untuk meningkatkan prestasi seseorang individu atau organisasi, aktiviti-aktiviti
atau program yang dirancang mestilah berbentuk sedemikian.

Aktiviti-aktiviti atau program seperti bengkel bina insan, semangat atau diri
merupakan platform atau `pentas` yang sesuai untuk menggunakan amalan
reflektif sebagai salah satu pengisian aktiviti tersebut. Di dalam aktiviti-aktiviti
sebegini nilai-nilai kerjasama, tolak-ansur, hormat-menghormati dan kasih
sayang dapat diterapkan dengan lebih berkesan. Selain dari itu, amalan reflektif
juga boleh berlaku secara tidak langsung atau tidak sedar dalam program atau
aktiviti seperti gotong-royong dan khidmat bakti yang disertai oleh guru, pelajar
dan masyarakat setempat. Aktiviti-aktiviti ini merupakan keadah secara `informal`
amalan refelktif yang berlaku dapat meningkatkan prestasi guru, pelajar dan
sekolah.

Namun tidak dinafikan kaedah secara `formal` dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran, sesi bimbingan dan kaunseling, ceramah motivasi dan mesyuarat
juga dapat membantu meningkatkan prestasi guru, pelajar dan sekolah. Selain
dari itu, penulisan jurnal, log pembelajaran, penubuhan jawatankuasa untuk
sesuatu aktiviti/program dan aktiviti-aktiviti penilaian seperti mesyuarat `postmortem` dan penilaian prestasi guru dan pelajar juga merupakan aktiviti
berlakunya amalan reflektif secara `formal`. Sejauh mana amalan reflektif yang
berlaku dalam aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan prestasi guru, pelajar dan

14

630119-01-5581
sekolah akan bergantung kepada tahap kualiti amalan reflektif itu dilakukan.
Dengan merujuk kepada panduan dan kaedah yang telah dibincangkan,
kebarangkalian amalan reflektif itu berjaya untuk mempertingkatkan prestasi
guru, pelajar dan sekolah akan lebih tinggi.

Salah satu contoh organisasi yang telah menggunakan amalan reflektif


sebagai salah satu prinsip pengurusannya dengan jayanya ialah syarikat
pembuat kereta Toyota (Jeffrey Liker, 2004). Prinsip pengurusan tersebut dikenali
sebagai `hansei`.

`Hansei` adalah perkataan Jepun yang bermakna refleksi.

`Hansei ` ini merujuk kepada aktiviti mengimbas kembali idea-idea atau


pengalaman-pengalaman

untuk

mempelajari

kejayaan-kejayaaan

atau

kegagalan-kegagalan bagi menambahbaik diri seseorang pada masa depan.


`Hansei ` merupakan langkah utama dalam `kaizen` iaitu kaedah dalam
penambahbaikan yang berterusan secara beransur-ansur. Elemen utama dalam
`kaizen` adalah kualiti, usaha, penglibatan semua kakitangan, kesanggupan
untuk berubah dan komunikasi. Secara ringkas, `kai` bermaksud berubah
menjadi baik (`zen`). Selain dari prinsip pengurusan `hansei` dan `kaizen`,
terdapat beberapa lagi prinsip yang lain seperti Sistem Pengeluaran Toyota
(`berfikir yang baik bermakna hasil yang baik `), `Genchi Genbutsu` (`dengan
melihat masalah kita akan nampak masalah`), `Hoshin` (`mencapai matlamat`)
dan `Jidoka` (`berhenti bila ada masalah, kenalpasti serta selesai masalah dan
hasilkan yang berkualiti`).

15

630119-01-5581
Dari maklumat, kajian dan contoh-contoh amalan reflektif yang dinyatakan
serta dibincangkan, amalan reflektif memang boleh mempertingkatkan prestasi
guru, pelajar atau sekolah. Namun untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik,
amalan reflektif ini perlu digabungkan dengan amalan-amalan lain atau
perubahan-perubahan atau tindakan-tindakan lain supaya ianya akan lebih
berkesan. Faktor-faktor seperti kerjasama semua pihak yang terlibat dan
kefahaman tentang amalan reflektif merupakan dua kunci utama untuk menjamin
amalan reflektif dapat mempertingkatkan prestasi guru, pelajar dan sekolah.

Akhir sekali, jika dikaitkan dengan apa yang difahami daripada


perbincangan ini. Amalan reflektif memang merupakan amalan yang sering
dilakukan oleh umat Islam. Mengerjakan solat, berzikir, membaca Al-Quran dan
berdoa merupakan amalan reflektif yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap
hari. Secara langsung atau tidak langsung, amalan ini dibuat untuk mendapat
keredaan Allah s.w.t untuk mendapat atau meningkatkan prestasi pengamalnya.
Perkaitan ini dapat dilihat daripada makna ayat dari surah-surah berikut:

`Mereka mempunyai hati namun tidak dipergunakannya untuk memahami


(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk
melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak
dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang
ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai,
(Surah al-A`raaf, 7:179)

16

630119-01-5581
`Apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu
memerhatikan bagaimana akibat (yang diderita) orang-orang sebelum mereka?`
(Surah Yusuf, 12:109)
`Apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu
memerhatikan bagaimana akibat (yang diderita) orang-orang sebelum mereka?
Orang-orang ini lebih kuat daripada mereka sendiri.`
(Surah al-Rum, 30:9)
`Apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu mereka
memerhatikan bagaimana akibat (yang diderita) orang-orang sebelum mereka.
Orang-orang itu (jumlahnya) lebih banyak daripada mereka sendiri
(Surah al-Mu`min, 40:82)
`Apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu
memerhatikan bagaimana akibat (yang diderita) orang-orang sebelum mereka.
Allah s.w.t telah menimpakan kebinasaan atas mereka .
(Surah Muhammad, 47:10)
Ayat Al-Quran berikut menjadi kata penutup perbincangan ini kerana
tanpa pertolonganNya, tidak semua perkara dapat dicapai.

`Tiada yang dapat memberi keterangan kepadamu sebagaimana yang


diberi oleh yang Maha Mengetahui`
(Surah Faathir, 35:14)

17

630119-01-5581

SENARAI RUJUKAN
Arredondo, D., Brody, J., Zimmerman, D., & Moffett, C. (1995). Pushing the
envelope in supervision. Educational Leadership.
Bandura, A. (1977). Self-efficacy : Toward a unifying theory of behavioral
change. Psychological Review.
Bandura, A. (1984). Recycling misconceptions of perceived self-efficacy.
Cognitive Therapy and Research, 8
Boud, D., Keogh, R. & Walker, D. (Eds.). (1985). Reflection: Turning experience
into learning. London: Kogan Page.
Boud, D., Cohen, R., & Walker, D. (1993). Introduction: Understanding learning
from experience. Open University Press.
Boud, D., Cohen, R., & Walker, D. (Eds.). (1993). Using experience for learning.
Buckingham: Open University Press.
Brown, G. & Irby, B. (1995). The portfolio: Should it also be used by
administrators? NASSP Bulletin 79(570).
Bolin, F. S. (1988). Helping student teachers think about teaching. Journal of
Teacher Education, 39 (2).
Boon, P. Y. (2002). Pelaksanaan kerja kursus berportfolio di kalangan guru
praperkhidmatan. Disertasi doktor falsafah yang belum diterbitkan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

18

630119-01-5581
Coladarci, T. (1992). Teachers sense of efficacy and commitment to teaching.
Journal of Experimental Education, 60.
Daudelin, M. W. (1996). Learning from experience through reflection.
Organizational Dynamics 24(3).
Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of reflective
thinking to the educative process. Boston, MA: Heath.
Eyler, J., Giles, D. & Schmiede, E. (1996). A practitioner's guide to reflection in
service-learning: student voices and reflections. A technical assistance project
funded by the Corporation for National Service. Nashville, TN: Vanderbilt
University.
Fulmer, C. (1993). Developing a reflective practice of professional development.
School Business Affairs 59(9).
Goldsmith, S. (1995). Journal Reflection: A resource guide for community service
leaders and educators engaged in service-learning. Washington, D. C.: The
American Alliance for Rights & Responsibilities.
Guskin, A. (1994). Reducing Student Costs & Enhancing Student Learning:
Restructuring the Role of Faculty 26(5): Change. 16-25.
Liker, Jeffrey (2003). The Toyota Way: 14 management principles from the
world's greatest manufacturer, First edition, McGraw-Hill.
Lucas, P. (1996). Coming to terms with reflection. Teachers and Teaching: theory
and practice, 2(1).
Majid Ersan Al-Kilani.(1997). Mendidik Peribadi Muslim, Berita Publishing Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.

19

630119-01-5581
McCarthy, M. D. (1996). One-time and short-term service-learning experiences.
In Service-Learning in Higher Education, edited by B. Jacoby and Associates.
San Francisco: Jossey-Bass Publishers. 113-134.
Renee T. Clift, W. Robert Houston & Marleen C. Pugach (Eds.) (1990).
Encouraging reflective practice in education : an analysis of issues and
programs. Publisher: New York : Teachers College Press, Teachers College,
Columbia University
Richert, A. E. (1990). Teaching teachers to reflect: A consideration of programme
structure. Journal of Curriculum Studies, 22, 509-527.
Schn, D. A. (1983). The Reflective Practitioner: How professionals think in
action. New York: Basic Books.
Schon, D. A. (1987). Educating the reflective practitioner: Towards a new
design for teaching and learning in the professions. San Francisco: Jossey-Bass.
Seldin, P. (1997). Successful use of the teaching portfolios. Bolton, MA: Anker
Publishing Company.
Short, P & Rinehart, R. (1993). Reflection as a means of developing expertise.
Educational Administration Quarterly 29(4).
Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations for a new
reform. Harvard Educational Review, 57 (1).
Zeichner, K. & Liston, D. (1987). Teaching student teachers to reflect. Harvard
Educational Review, 57 (1).

20

You might also like