You are on page 1of 2

1.

PENGENALAN

4.0

KAJIAN LITERATUR
Dalam projek ini, kami mengunakan teori neopsikoanalisis. Teori ini menjadi

sumber kreativiti kerana ia bebas untuk menggabung. Teori ini telah digunakan dalam
konsep kami untuk memberi kesedaran mengenai pencemaran alam sekitar dan
memberikan idea-idea utama untuk membuat produk daripada bahan sisa. Dimana bahan
yang dikitar semula untuk mencipta produk baru dalam usaha untuk mengelakkan
pembaziran bahan-bahan yang berguna, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,
mengurangkan

penggunaan

tenaga,

mengurangkan

pencemaran

udara

(dari

pembakaran), dan pencemaran air (dari landfilling) dengan mengurangkan keperluan


untuk pembuangan sisa dan pelepasan gas rumah hijau yang lebih rendah berbanding
pengeluaran plastik .
Dalam proses membuat produk, pemikiran kritis tinggi dan kreatif mikro tinggi
adalah kaedah dan prinsip yang digunakan dalam projek ini untuk digunakan dengan
teori dan konsep kami. Pemikiran kritis tinggi melibatkan proses kognitif (kemahiran
tinggi) dan metakognitif. Dimana diperlukan untuk mengupas, memperinci sesuatu
maklumat dengan lebih spesifik terhadap produk yang akan dibuat. Sebaliknya, mikro
kreatif tinggi adalah tahap mikro kreatif untuk merancang, mencipta produk.
Teori dan konsep ini sesuai untuk projek kami kerana pemikiran kritis dan
pemikiran kreatif menyambung antara satu sama lain. Dalam projek ini masalah yang
dianalisis iaitu memberi kesedaran mengenai pencemaran alam sekitar. Kaedah yg
digunakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah adalah dengan mengitar
semula bahan buangan menjadi produk baru. Selepas itu idea itu akan kami nilai dan
inovatif untuk membuat lebih menarik untuk ditampilkan di sekolah. Dalam usaha untuk
membuat penambahbaikan, idea akan dikritik dan dibutulkan. Setelah di buat
pembutulan, idea akan dilaksanakan dan dibuat menjadi produk baru. Oleh itu, Dam
Haji, Tic n Tac dan Case Holder adalah hasil produk daripada bahan buangan.
1

You might also like