You are on page 1of 6

Amalan bidaah

Sumber: http://afiqme.blogspot.com/2013/10/amalan-bidah-di-dalammasyarakat-melayu.html

Amalan bid'ah di dalam


masyarakat Melayu

Dari A'isyah r.anha, Nabi SAW telah bersabda:



"Barangsiapa melakukan perbuatan yang tidak ada dalam urusan (sunnah)ku, maka
ia ditolak."
(Muttafaqun alaih)
Ibn Umar r.anhuma berkata:

"Setiap bid'ah itu kesesatan, meskipun dianggap baik oleh manusia."
(Al-Albani berkata sanadnya sahih.)

Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata: "Tidak boleh bagi sesiapapun dari kalangan imamimam kaum muslimin sekalipun tinggi darjat ilmunya, demikian juga tidak boleh bagi
mana-mana badan ilmu sekalipun hebat kedudukannya, demikian juga tidak boleh
bagi mana-mana institusi ilmu, atau golongan dari kaum muslimin sama ada kecil
atau besar untuk mencipta (ibtida') ibadah yang baru dalam agama Allah, atau
menokok tambah ibadah yang ada dalam agama, atau mengubah cara yang
dilakukan pada zaman Rasulullah SAW. Hanya Allah sahaja pembuat syariat dan alRasul pula adalah penyampai, sedangkan kita hanyalah pengikut. Segala kebaikan
itu dalam al-ittiba' (mengikut apa yang ditentukan Allah dan Rasul-Nya). [Al-Ibadah
fi al-Islam]
Ringkasan mengenai pengertian bid'ah
Bid'ah itu adalah perkara baru yang diada-adakan di dalam urusan 'ibadah' dan
'agama'. Contohnya mencipta bentuk solat baru, atau zikir baru dengan kaifiyyat
atau aturan tertentu dan seumpamanya yang tidak ada contoh atau dalil dari Nabi
SAW. Bagi urusan bersifat duniawi, ia tidaklah termasuk sebagai bid'ah. Contohnya
apabila ada orang yang berkata: "Naik kereta pun bid'ah sebab dia perkara baru,
zaman nabi tak ada!" atau "Cermin mata kau tu bid'ah sebab zaman Nabi tak ada
orang pakai cermin mata." Ini adalah kefahaman yang dangkal dan jahil mengenai
persoalan bid'ah. Bid'ah itu tidak terjadi di dalam urusan duniawi, bahkan Nabi SAW
bersabda:

"Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian."
(Riwayat Muslim)
AMALAN BID'AH DI DALAM MASYARAKAT MELAYU
1. KENDURI TAHLIL ARWAH
Kebanyakan umat Islam di negara ini menyangka bahawa isu kenduri tahlil arwah
adalah masalah khilaf, akan tetapi hakikatnya ia bukanlah masalah khilaf. Bahkan
para imam besar melarangnya dan kita tidak temui di kalangan mereka, seorangpun
yang mengizinkannya.
Dalil
Dari Jarir bin Abdullah r.anhu, beliau berkata:

"Kami (sababat-sahabat Nabi Muhammad SAW) mengira bahawa berkumpul
bersama keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk dalam
meratap (meratapi mayat)."
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah. Sanadnya sahih)
al-Imam an-Nawawi berkata di dalam Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab: "Adapun
menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai
kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi SAW sedikit pun. Ia adalah
bid'ah yang tidak disukai." [Al-Nawawi, al-Majmu Syarh al-Mahazzab, 5/320, Beirut:
Dar al-Fikr.]
Dr. Wahbah Az-Zuhaily berkata di dalam kitabnya Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh:
"Adapun ahli keluarga si mati membuat makanan kepada orang ramai maka ia
adalah makruh dan bid'ah yang tiada asal baginya (dari Nabi SAW). Perbuatan
sedemikian menambahkan lagi atas musibah mereka serta menyusahkan mereka
atas kesusahan yang telah menimpa mereka dan menyerupai perbuatan ahli
jahiliyyah. Sekiranya ia melibatkan harta waris yang belum baligh maka haram

disediakan makanan (tersebut)". [Jilid 2 m/s 549-550 cetakan Dar Al-Fikr, cetakan
kedua 1989]
Disebut di dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Ala Mazhab Al-Imam As-Syafie karangan
Dr. Musthofa Al-Khin, Dr. Musthofa Al-Bugho dan Ali Al-Syarbaji: "Keluarga si mati
membuat makanan dan menghimpun orang ramai atasnya sebagaimana yang biasa
dilakukan di zaman ini. Perbuatan ini adalah bid'ah yang bertentangan dan sangat
menyalahi Sunnah". [Juzuk 1 m/s 263 cetakan Darul Ulum Al-Insaniyyah, cetakan
pertama 1989]
Syeikh Daud al-Fatani berkata di dalam Bughyah al-Talab: "(dan makruh) lagi bidah
bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas
memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya
seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah
bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya." [Daud al-Fatani,
Bughyah al-Talab 2/34]
2. YASIN MALAM JUMAAT
Amalan ini tidak ada dasarnya di dalam Islam. Di antara bid'ah lain yang turut serta
di dalam upacara Yasin malam Jumaat ini adalah ia dibacakan secara berjemaah dan
juga mengikut kaifiyyat tertentu yang tidak ada sumber sama sekali dari as-Sunnah.
Bahkan yang benar sebenarnya adalah umat Islam disunatkan untuk membaca surah
al-Kahfi pada malam Jumaat.
Dalil


Dari Abu Sa'id Al Khudri ia berkata: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi
pada malam Jumaat maka ia akan diterangi oleh cahaya yang terangnya mencapai
jarak antara dirinya dan Baitul 'Atiq.
(Riwayat ad-Darimi. Isnadnya sahih sehingga Abu Sa'id)
3. MEMBACA YASIN DI MALAM NISFU SYAABAN
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu
Syaaban: "Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi SAW dan para sahabat bahawa
mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca
doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang
Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut
selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat
dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung
kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari
golongan salaf (para sahabah, tabi'in dan tabi' tabi'in). Ianya satu doa yang panjang,
yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang
maknanyaperhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar
yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid'ah dan diada-adakan.
Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala
kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid'ah golongan selepas
mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid'ah, dan setiap yang bid'ah itu
sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka." [Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa
Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut]
4. AMALAN MENCUKUR JAMBUL
Di negara ini sesetengah masyarakat Islam akan mengadakan majlis cukur jambul
bagi bayi yang baru lahir. Ia biasanya dilakukan pada hari ke-40 selepas kelahiran
bayi tersebut. Amalan ini bercanggah dengan sunnah Nabi SAW. Apatah lagi terdapat

sedikit sebanyak upacara yang boleh membawa kepada syirik jika salah iqtiqad
seperti upacara memasukkan rambut ke dalam kelapa. Jika seseorang itu beriqtiqad
perbuatan ini membawa berkat dan seumpamanya, ia boleh menjadi syirik.
Datuk Abu Hassan Din juga pernah mengkritik amalan ini. Beliau berkata: "Islam
menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala
kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru
tumbuh dengan sihat. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut
anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat
dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut
yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. Memandangkan terdapat
beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama
berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling
menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan
kembali kepercayaan seperti ini. Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur
jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti
menggunakan buah kelapa. Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah
relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?"
Amalan yang bertepatan dengan sunnah adalah melakukan aqiqah pada hari yang
ke-7, mencukur keseluruhan rambut bayi dan memberikan ia nama pada hari
tersebut (sekiranya ia masih belum diberikan nama lagi). Ini berdasarkan kepada
hadis berikut:


Dari Samurah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Seorang anak laki-laki itu
tergadai dengan akikahnya yang disembelih pada hari ketujuh, pada hari itu ia diberi
nama dan dicukur rambutnya."
(Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)
5. MEMBUAT BINAAN PADA KUBUR
Terdapat segelintir umat Islam pada hari ini yang membuat binaan di atas kubur.
Sesungguhnya perbuatan ini telah dilarang oleh Rasulullah SAW.
Jabir r.anhu berkata:



.
"Nabi SAW melarang dari mengkapur kubur, menulis di atasnya, membuat binaan di
atasnya dan memijaknya."
(Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)
Di dalam riwayat lain disebutkan bahawa:



Dari Abul Hayyaj dia berkata: 'Ali r.anhu berkata: "Mahukah kamu aku utus untuk
melakukan sesuatu sebagaimana Rasulullah SAW mengutusku untuk
melakukannya?! Janganlah engkau membiarkan kuburan yang tinggi kecuali engkau
meratakannya dan tidak pula sebuah gambar di dalam rumah kecuali engkau
musnahkan."
(Riwayat an-Nasa'i. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani.)
6. MELAFAZ NIAT SEBELUM SOLAT ATAU KETIKA WUDHU
Melafazkan niat seperti "Usolli....." tidak syak lagi adalah satu bid'ah yang tercela
yang dilakukan oleh kebanyakan orang sekarang.

Ibn Qayyim menyebut di dalam kitabnya 'Ighatsatul Lafhan': "Niat ertinya ialah
mensengajakan dan bermaksud sungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu. Dan
tempatnya ialah di dalam hati, dan tak ada sangkut pautnya sama sekali dengan
lisan. Dari itu tidak pernah diberitakan dari Nabi SAW begitu juga dari para sahabat
mengenai lafaz niat ini.
Dan ungkapan-ungkapan yang dibuat-buat dan diucapkan pada permulaan bersuci
dan solat ini, telah dijadikan oleh syaitan sebagai arena pertarungan bagi orang yang
diliputi was-was, yang menahan dan menyeksa mereka dalam lingkaran tersebut,
dan menuntut mereka untuk menyempurnakannya. Maka anda lihat masing-masing
mereka mengulanginya dan bersusah payah untuk melafazkannya pada hal demikian
itu sama sekali tidak termasuk dalam upacara solat."
7. BERSOLAT HAJAT DAN MENINGGALKAN QUNUT NAZILAH
Lazimnya masyarakat di sini apabila ditimpa sesuatu bencana, mereka akan
melakukan solat hajat secara berjemaah selepas ditunaikan solat fardu berjemaah.
Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Yang benar menurut sunnah
Nabi SAW adalah melakukan qunut nazilah ketika solat fardu apabila berlaku sesuatu
bencana atau untuk mendoakan kebaikan atau kecelakaan sesuatu kaum. Dalilnya:


Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW melakukan qunut pada saat solat
Isya` selama satu bulan, ketika qunut beliau berdoa: "Ya Allah, selamatkan Al Walid
bin Al Walid, ya Allah, selamatkan Salamah bin Hisyam, ya Allah, selamatkan orangorang mukmin yang lemah, ya Allah, keraskan siksaMu kepada Mudhar, ya Allah,
jadikan siksaMu kepada mereka selama bertahun-tahun seperti beberapa tahun
yang dialami Yusuf."
(Riwayat Abu Dawud. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)


Anas menceritakan bahawa Nabi SAW melakukan qunut selama sebulan setelah
rukuk, mendoakan kecelakaan atas sebuah kampung dari Bani Sulaim."
(Riwayat ad-Darimi. Isnadnya sahih)
:


"Dari Anas bahawa Rasulullah SAW pernah qunut selama satu bulan; beliau
mendoakan kejelekan kepada suatu kabilah dari kabilah-kabilah Arab, kemudian
beliau SAW meninggalkan (qunut) nya."
(Riwayat An-Nasa'i. Dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)
8. ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA
Selepas solat hari raya, telah menjadi amalan sebilangan masyarakat Islam di sini
untuk menziarahi kubur kerabat mereka yang telah meninggal dunia. Amalan ini
adalah bid'ah. Ini kerana:

Mengkhususkan hari raya untuk menziarahi kubur tidaklah termasuk dari


ajaran atau petunjuk Nabi mahupun para sahabat baginda.

Hari raya adalah hari kebahagiaan, hari kemenangan, bukanlah hari kesedihan
dan tangisan. Ini sangat bercanggahan dengan tuntutan Islam iaitu umat Islam
perlulah meraikan hari ini dengan penuh kegembiraan.

Hari raya adalah hari untuk berkunjung dan menziarahi orang yang masih
hidup, bukan untuk menziarahi orang yang sudah meninggal. Ramai orang yang
sehingga mendahulukan menziarahi kubur dari menziarahi sanak saudara mereka
yang masih hidup.

Asy-Syuqairi berkata: "Berziarah ke kubur atau makam para wali setelah solat Hari
Raya adalah bidaah." [As-Sunan wa al-Mubtadi'at. 117]
Syaikh al-Albani juga berkata: "Ziarah kubur pada hari raya termasuk amalan
bidaah." [Ahkam al-Jana'iz. 258]
Wallahu alam.
Bersambung...
..................................................................................
Rujukan:
1.
2.
3.

Abu Muhammad ibnu Shalih bin Hasbullah. 'Bimbingan Islam untuk Pemula'.
2012. Pustaka Ibnu 'Umar.
Sayyid Sabiq. 'Fiqh Sunnah'.
Syaikh Salahuddin as-Sa'id. 'Kesalahan Semasa mendirikan Solat' '
' . Jilid 2. Cetakan 2012. Al-Hidayah Publication

4.

http://assabiel.com/?p=617

5.

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=41

6.

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=33

7.
8.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0911&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/MSBSPR/M28.02.10.htm#_ftn14

You might also like