You are on page 1of 14

.

A)

1/3 AKHIR MALAM (MULAI 2.30 PAGI)

.
1. Qiamullail
Dalam waktu 1/3 akhir malam, iaitu antara jam 2.30 pagi hingga terbit fajar,
adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah ke bumi. Waktu ini amat
sesuai untuk Qiamullail iaitu melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada
Allah SWT.
Orang yang mengamalkan qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2
mereka. Nabi SAW bersabda; Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya
ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada
Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa. (HR; Muslim)
Banyak keterangan tentang hadis-hadis keistimewaan 1/3 malam, Rahmat Allah
turun ke langit dunia, pentafsiran tentang kalimah turunnya Allah, kaifiyat
berqiamullai, boleh pelbagaikan amalan ketika qiamullail, bukan setakat
melakukan solat tahajud, tapi membaca al-Quran, dengan memahami isi
kandungannya, berzikir dan beristighfar muhasabah diri serta menangis
mengenangkan dosa-dosa.
Apa yang lebih penting dalam Islam ialah melakukan ibadat itu biar sedikit tetapi
istiqamah yakni dibuat berterusan dan falsafah di sebalik qiamullail terkandung
sifat ikhlas di mana kita beribadat seorang diri pada waktu orang lain nyenyak
tidur di tilam yang empuk.
.
.
2. Solat-solat sunat yang harus didirikan ialah:
.
a)

Solat Sunat Tahajjud

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat
tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (AlIsra; 79)
Dari Ubadah bin Shamit RA dari Rasulullah SAW : Sesiapa yang bangun pada
malam hari dan mengucap Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya.
Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala
pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan
selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah.

Kemudian mengatakan Ya Allah Ampunkan Kami atau berdoa kepada Allah,


maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat
malam (tahajjud), maka solatnya akan diterima. (Hadis riwayat Bukhari).
.
Di antara Fadhilat Lainnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.
.
.
b)

Solat Sunat Taubat

Bertujuan untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat kepada Allah SWT


menyesal dan tidak akan mengulangi dosa yang disesalkan itu lagi.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami,
Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap malam hingga ke langit yang
paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ;
Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta
sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu,
akan Aku ampunkan. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
.
.
c)

Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan tidak terhad kepada urusan perjodohan sahaja tetapi dalam
skop yang lebih luas adalah untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila
seseorang dalam memutuskan tindakan yang terbaik dan kelancaran urusan
seharian.
.
.
d)

Solat Sunat Tasbih

Rasulullah SAW pernah bersabda, Kalau boleh didirikan setiap malam, kalau
tidak boleh, seminggu sekali, kalau tidak boleh sebulan sekali, kalau tidak pun
setahun sekali, paling2 tidak sekali seumur hidup. Allah menjanjikan keampunan
dosa yang lalu dan akan datang untuk mereka yang mengerjakan solat ini.
.
.
e)

Solat Sunat Hajat

Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah SWT atau
daripada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya
kemudian dia bersolat dua rakaat. (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi
SAW bersabda: Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian
bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja
yang diminta baik cepat ataupun lambat.
.
.
f)

Solat Sunat Witir

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda
Rasullulah SAW dari Abu Hurairah: Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah
dia termasuk golongan kami. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Abu Hurairah pernah berkata: Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara
agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua rakaat dhuha dan witir
sebelum tidur.
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada
kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang
sempurna dan baik iaitu Solat Witir. (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim
r.a.)
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat
Islam amat dituntut melakukannya.
Bagaimanapun, paling minimum qiamullail ialah menunaikan solat witir satu
rakaat.
.
.
B)
.

1/3 AKHIR MALAM (5.30 PAGI)

1. Bersahur
Rasulullah SAW bersabda;Seelok-elok sahur seorang mukmin itu ialah dengan
buah tamar. (Hadis riwayat Ibn Hibban).
Anas bin Malik r.a. berkata telah bersabda Rasulullah SAW: Sahurlah kamu
sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya. (HR. Muslim).
Semua sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun
di antara kamu hanya meneguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
berselawat atas orang-orang yang melakukan sahur. (HR. Ahmad, dan alMundziri)
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu ialah
ganjaran pahala dari Allah. Sahur akan menguatkan lagi semangat dalam
berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk melakukan apa juga bentuk
ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.
Nabi SAW. bersabda: Jadikanlah makan diwaktu sahur sebagai penolong
melakukan puasa diwaktu siang. Dan istirahat di tengah hari sebagai penolong
untuk melakukan shalat malam kamu.
.
.
2. Membaca Al Quran
Sementara menanti masuk Subuh, membaca al-Quran kerana Rasulullah SAW
pernah bersabda, Membaca al-Quran adalah ibadat sunat yang paling afdal.
Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: Kami telah bersahur bersamasama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku
(Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid
menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.
.
.
C) PENGHUJUNG MALAM (WAKTU IMSAK 5.40 PAGI)
.
1. Bersugi
Berhenti makan berat 10 minit sebelum Subuh (Imsak) supaya dapat bersugi
membersihkan mulut dan sempat bersedia dengan tenang untuk ke masjid
bersolat jamaah.
Walaubagaimana pun sekiranya seseorang itu terlewat bangun untuk makan
sahur dipenghujung waktu, masih lagi diharuskan makan dengan kadar segera.

Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan
subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia
meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya. (HR. Abu Daud dan
Ibnu Majah).
.
2. Minum Sedikit Air
Beberapa minit sebelum Subuh minumlah segelas air masak/zam-zam bagi
melegakan kerongkong selepas bersugi dan membersihkan mulut dari sisa-sisa
makanan yang masih ada.
.
.
D) SUBUH / FAJAR (AZAN SUBUH 5.50 PAGI)

1. Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh (Solat Sunat Fajar)


Sabda Rasulullah SAW; Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik
daripada dunia dan segala isinya. (HR; Muslim)
Sayyidah Aisyah dalam hadis muttafaq alaih menyatakan: Tidak ada nafilah,
solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi Saw. melebihi dua
rakaat fajar. (HR. Bukhari dan Muslim)
.
2. Solat Subuh Berjemaah
Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang keluar ke masjid pada
waktu pagi atau petang, Allah SWT akan sediakan kepadanya di syurga tempat
berteduh pada setiap kali ia keluar. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
.
3. Membaca Al Quran
Membaca al-Quran kerana Rasulullah SAW pernah bersabda, Membaca al-Quran
adalah ibadat sunat yang paling afdal.
Bersabda Rasulullah SAW, Sesiapa membaca satu huruf kitab Allah, memperoleh
satu kebajikan. Saya tidak mengatakan Alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif
satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (HR; al-Tirmizi)
.
4. Berselawat

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi


firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu
kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. (Surah Al-Ahzab: 56).
Banyak kelebihan lain kepada orang yang berselawat kepada Rasulullah SAW,
Allah akan menunaikan segala hajatnya, menghapuskan sepuluh kesalahan
(dosa) dan mengangkat sepuluh darjatnya dan memperolehi syafaat Rasulullah
SAW pada hari kiamat.
Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening
jiwa pembersih dosa) bagimu. (Riwayat Ibnu Murdawaih).
Sesiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati
sehingga ia digembirakan dengan syurga. (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu
berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).
.
.
E)

SYURUK (7.12 PAGI)

1.

Membaca Al-Mathurat

Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke
waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara
hingga ke waktu pagi.
.
2. Berwirid Sehingga Terbit Matahari
Kita juga boleh bertasbih, bertahmid, beristighfar, berselawat dan berdoa.
Sabda Rasulullah SAW.: Para malaikat berselawat bagi setiap orang yang selesai
solat dan masih ia tetap di tempat solatnya itu. Malaikat pun berdoa: Ya Allah,
berikanlah kepadanya rahmat dan keampunan-Mu. begitulah keadaannya
selama mana orang itu tidak batal wuduknya atau ia keluar dari masjid. Hadis
Riwayat Muslim.
.
.
F)

ISYRAQ (7.24 PAGI)

1.

Membaca Doa Solat Sunat Isyraq

Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:


.
Segala pujian bagi Allah yang telah memberikan kami hari ini dan tidak
memusnahkan kami kerana dosa-dosa yang dilakukan.
.
2.

Solat Sunat Isyraq

Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah
matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya
kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk
berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat
(Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah
yang sempurna. (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)
.
.
G) PAGI (7.45 PAGI)
Mula keluar bekerja/belajar

1.

Itqan atau Tekun Berkerja/Belajar

Setiap pekerjaan yang baik adalah suatu ibadah. Walaubagaimana pun sewaktu
belajar / berkerja hendaklah diniatkan sebagai ibadah dan berkhidmatlah dengan
sebaik atau seikhlas mungkin.
.
2.

Solat Sunat Dhuha (10.00 Pagi)

Waktu rehat pagi boleh diguna melakukan solat sunat ini


Rasulullah SAW bersabda lagi, Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan
menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat
Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah masing-masing di
antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka

tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap
tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan
adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti
daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha. (HR
Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
3.

Membaca Al Quran

Tips Khatam Membaca 30 Juzuk Al Quran:


Baca sedikit tetapi selalu. Satu juzuk selalunya mengandungi 20 mukasurat; Jadi
lakukanlah pembacaan seperti berikut:
Bacalah 4 mukasurat selepas Subuh (20 minit)
Bacalah 4 mukasurat selepas Zuhur (20 minit)
Bacalah 4 mukasurat selepas Asar (20 minit)
Bacalah 2 mukasurat selepas Isyak (10 minit)
Bacalah 6 mukasurat selepas Tarawih (30 minit)
.
.
H) TENGAHARI (1.00 T.HARI)
Waktu rehat tengahari boleh diguna melakukan pelbagai ibadah termasuk
qailullah, membaca Al Quran, tazkirah dan solat

1.

Qailullah

Qailullah ialah tidur sebentar sebelum masuk waktu solat Zuhur; dengan kadar
masanya antara 10 hingga 30 minit. Tidur ini disunatkan sebagai memudahkan
untuk bangun menunaikan solat sunat di tengah malam. Sekiranya tidur tanpa
berniat untuk bangun pada tengah malam maka tidaklah mendapat sebarang
pahala pada tidur tersebut.
Rasulullah SAW bersabda: Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk
berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum
Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail. Hadis riwayat Ibnu Abbas.
Khalifah Umar bin Khattab pernah mengingatkan agar tidak terlalu banyak tidur;
Sekiranya kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak masyarakat; jika
kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah. Oleh kerana itu haruslah
mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika (bukan
sepanjang hari) walaupun pada musim panas atau bulan Ramadan.

.
2.

Solat Sunat Rawatib Sebelum Zuhur (1.21 Petang)

Dari Ibnu Umar ra berkata, Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat
sebelum solat Zuhur, 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas solat Maghrib, 2
rakaat selepas solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (HR Muttafaqun
alaihi)
Daripada Aisyah r.a.; Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat
sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur (waktu Asar).
(Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
3.

Solat Fardu Zuhur

Sabda Rasullullah SAW,


1. Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu
kepada Tuhannya.

2. Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

3. Solat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka
setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa
meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan
permintaannya.

4. Solat Isyak itu ialah solat yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

5. Solat Subuh adalah sebelum terbit matahari.Ini kerana apabila matahari


terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang
kafir.
Daripada kitab Durratun Nasihin, Rasulullah SAW. bersabda: Sesiapa solat lima
waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah): Pertama dia tidak ditimpa
kefakiran di dunia. Kedua, Allah SWT membebaskannya daripada seksa kubur.
Ketiga, dia akan menerima kitab amal dengan tangan kanan. Keempat, dia akan
melalui jambatan (siratulmustakim) seperti kilat menyambar dan kelima, Allah
SWT. memasukkannya ke dalam syurga tanpa hisab dan seksa.
.
4. Solat Sunat Rawatib Selepas Zuhur

Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu anhuma,
katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:Tiada seorang hamba
pun yang Muslim yang bersolat kerana Allah Taala setiap hari dua belas rakaat
sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan
untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan
didirikanlah sebuah rumah dalam syurga. (Riwayat Muslim)
.
.
I)

PETANG (4.39 PETANG)

.
1.

Solat Asar

Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendengar azan tetapi ia tidak hadir,
maka tidaklah sempurna solatnya kecuali disebabkan keuzuran. (Riwayat Ibn
Majah).
.
2.

Membaca Al-Mathurat

Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya, termasuk


mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat serta
mendapat keselamatan dari segala sesuatu.
.
3.

Menyediakan Bahan Berbuka dan Bersahur

Rasulullah SAW sering menggalakkan umat Islam menyediakan makanan


berbuka kepada orang yang berpuasa meskipun dengan hanya beberapa biji
tamar atau segelas air.
Sabda Baginda SAW : Sesiapa yang menjamu orang yang puasa akan
mendapatkan pahala seperti pahalanya orang yang berpuasa tanpa mengurangi
pahalanya sedikitpun. (HR. Ahmad, Tirmidzi, bn Mjah, Ibn Hibban dan dishahih
kan oleh Imam Tirmidzi)
.
.
J)

MAGHRIB (7.28 MALAM)

1.

Berbuka Puasa dengan Buah Kurma dan Segelas Air Terlebih Dahulu

Rasulullah SAW mengisi perut dengan sedikit makanan seperti kurma dan air
saja, setelah itu baru Baginda SAW melaksanakan solat Maghrib. Tetapi apabila
makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu.
Disunatkan berbuka dengan tiga butir kurma dan segelas air. Anas bin Malik
berkata: Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab
(buah kurma ranum). Jika tiada rutab, Baginda akan berbuka dengan tamar
(kurma kering) dan jika tiada tamar, Baginda minum beberapa teguk air. (Hadis
riwayat at-Tirmizi)
Sekiranya tiada kurma, bolehlah digantikan dengan manisan, buah-buahan atau
makanan yang belum terkena api.
.
2.

Memperbanyakkan Doa

Disarankan berdoa apa saja yang dihajati sewaktu berbuka kerana ia antara
waktu yang mustajab (makbul) berdoa. Rasulullah SAW. bersabda:
Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia
berbuka Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon
daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas mereka yang bersahur.
(Hadis riwayat At-Tabrani dan Ibn Umar).
.
3.

Solat Fardhu Maghrib Berjemaah

Allah mengurniakan ganjaran pahala 27 kali ganda daripada solat bersendirian


kepada orang yang mendirikan solat berjemaah. Daripada Ibnu Umar r.a.
katanya; Rasulullah SAW. bersabda: Solat jemaah itu lebih utama pahalanya
daripada solat sendirian sebanyak 27 darjat. (Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
Rasulullah SAW. bersabda: Solat seorang lelaki dengan berjemaah, lebih baik
daripada solat bersendirian di rumah selama empat puluh tahun.
.
4.

Solat Sunat Rawatib Selepas Maghrib

Dari Ibnu Umar ra berkata, Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat
sebelum solat Zohur, 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas solat Maghrib, 2
rakaat selepas solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (HR Muttafaqun
alaihi)
.
.
K) 1/3 AWAL MALAM (8.40 MALAM)

1.

Solat Fardu Isyak Berjemaah

Sabda Rasulullah SAW: Mahukah kamu, aku tunjukkan perbuatan yang jika kamu
lakukan, nescaya Allah akan menghapuskan segala kesalahan dan mengangkat
kamu ke darjat yang tinggi? Iaitu melengkapkan wuduk meskipun secara
terpaksa (kerana sejuk atau panas), memperbanyakkan langkah ke masjid dan
menunggu satu solat sesudah solat yang lain. Itulah pendinding kamu.. (Hadis
sahih)
Sabda Nabi SAW.:Sesiapa solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah ia solat
separuh malam dan sesiapa yang menghadiri solat Isyak dan Subuh berjemaah,
maka seolah-olah ia telah beribadat sepanjang malam. (Riwayat Muslim)
.
2.

Solat Sunat Rawatib Selepas Isyak

Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu anhuma,
katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:Tiada seorang hamba
pun yang Muslim yang bersolat kerana Allah Taala setiap hari dua belas rakaat
sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan
untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan
didirikanlah sebuah rumah dalam syurga. (Riwayat Muslim)
.

3.

Tarawih dan Witir Berjemaah

Dalam bulan Ramadhan ini, menunaikan solat tarawih sudah dikira sebagai
qiamullail. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bangun (qiamullail) pada
bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan akan diampun dosanya yang
terdahulu. (HR; Bukhari dan Muslim).
Bagi makmum yang mengerjakan solat Tarawih disyorkan supaya sentiasa
bersama imamnya itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat mahupun
8 rakaat. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang menunaikan solat bersama
imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya
(makmum) pahala qiyam semalaman (HR; an-Nasaei).
.
4.

Tadarus Al Quran dan Tadabbur Maknanya.

Disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Tidak
berkumpul satu kaum di suatu rumah dari rumah Allah (masjid) yang membaca
al-Quran dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas
mereka ketenangan, diselubungi rahmat, dikelilingi malaikat rahmat dan Allah
mengingati mereka pada siapa di sisi-Nya. (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (alQuran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya. (Hadis
riwayat Abu Umamah dan Muslim)
.
.
L)

2/3 MALAM (11.00 MALAM)

.
1.

Berdoa dan Berniat

Berdoa sebelum tidur sambil berniat untuk bangun awal di samping berniat
puasa untuk hari esok.
Doa Sebelum Tidur
. . .
Ya Allah! Dikaulah yang menciptakan diriku dan Dikaulah juga yang
mematikannya. Untuk-Mulah kematian dan kehidupan diriku. Oleh kerana itu,
apabila Dikau menghidupkannya, maka Dikau jagakanlah ia dan apabila Dikau
mematikannya, Dikau ampunilah ia. Ya Allah daku memohon kesejahteraan dariMu.
.
Ketika mahu melelapkan mata, Baginda SAW meletakkan tangan kanannya di
bawah pipi kanannya dan sekali lagi berdoa:
. .
Dengan nama-Mu ya Allah, daku hidup dan daku mati. Ya Allah! Pelihara-lah daku
daripada azab-Mu pada hari Dikau bangkitkan semua hamba-Mu.
.
2. Tidur
Tidur berpatutan adalah ibadah. Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia
sehari-hari dibahagikan kepada tiga iaitu:
Lapan jam untuk taat dan beribadat kepada Allah,
Lapan jam untuk bekerja dan mencari nafkah,
Lapan jam lagi untuk beristirehat dan tidur.
Waktu beristirehat ini termasuklah qualiti time bersama ahli keluarga dan masa
tidur yang sebenar-benarnya yang diperlukan oleh manusia hanyalah empat jam
sahaja. Sebagaimana Firman Allah SWT: Mereka merenggangkan diri dari tempat
tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajud dan amal-amal

soleh); mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya); dan mereka selalu
pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.
(Surah As Sajdah: 16)
Kajian sosiologi mendapati masyarakat dan golongan yang sedikit tidur iaitu
antara 3 hingga 5 jam lebih panjang umur mereka.
.

You might also like