You are on page 1of 10

MEDICA2015

YOUR HEALTH IS YOUR WEALTH!

MAA TAKAFULINK
2012
MOST OUTSTANDING ISLAMIC RETAIL PRODUCT
2009, 2010, 2011
MOST OUTSTANDING TAKAFUL PRODUCT
TP007/1/L/2014

MEDICA2015

ME DI C A 2015
Kekal Sihat! Kesihatan Anda Adalah Kekayaan Anda!
Mencegah adalah lebih baik dari mengubati, itulah kata-kata
bijakpandai oleh Eramus, ahli falsafah pada zaman Renaissance.
Ianya begitu ideal tetapi apa yang berlaku sekiranya sakit
meskipun pelbagai usaha yang dilakukan untuk kekal sihat,
tetap datang? Lawatan ke hospital mungkin perlu dan bil-bil
perubatan sama sekali tidak dapat dielakkan.
Kos perubatan telah meningkat di seluruh dunia dan ini tidak
banyak berbeza dengan keadaan di negara ini. Inflasi
perubatan di Malaysia adalah sekitar purata 10% setiap tahun
dan dijangka akan terus meningkat. Sebagai contoh, pada
tahun 2013, kos rawatan minimum untuk kegagalan buah
pinggang adalah RM150,000 dan sekiranya kos tersebut
meningkat berdasarkan kepada kadar inflasi sekarang, rawatan
yang sama akan mencecah setinggi RM225,000 dalam 5 tahun

akan datang1. Sebenarnya, inflasi perubatan adalah salah satu


perkara yang amat dirisaukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia
di mana, 64% daripada responden kaji selidik 'The Future of
Retirements' menyatakan kebimbangan mereka ke atas
simpanan yang tidak mencukupi untuk rawatan penjagaan
kesihatan yang baik apabila mereka memasuki zaman
persaraan2.
Nota:
1
New Straits Times, Be prepared for the worst, February 28, 2013.
2.
The Star, Rising pressure of healthcare cost, March 14, 2012

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Menghadapi Kos


Perubatan Yang Tidak Dijangka Dan Semakin Meningkat?
Memiliki pelan perubatan yang komprehensif adalah pilihan yang praktikal kerana ia mungkin menyediakan dana yang diperlukan
untuk membayar bil-bil perubatan, apa-apa kecederaan atau jatuh sakit dan tanggungan perbelanjaan seperti bilik hospital dan
caj, yuran pembedahan dan kos untuk bekalan dan perkhidmatan perubatan. Segala kos perubatan yang ditanggung sepenuhnya
akan memberikan anda ketenangan fikiran untuk tumpuan yang lebih kepada kesihatan diri.
Di samping itu, ia boleh membantu melindungi kewangan keluarga anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga. Kos
perubatan yang besar boleh membebankan anda dengan hutang atau secara drastik mengurangkan simpanan anda. Persaraan
anda juga mungkin akan terjejas kerana anda terpaksa menggunakan dana persaraan anda untuk membayar kos perubatan yang
tinggi. Dengan pelan perubatan tanpa tunai, ia melindungi segala bil perubatan seperti yuran pembedahan, bilik hospital dan caj,
dan yang pasti anda tidak perlu membayar untuk perbelanjaan perubatan anda dari poket anda sendiri.

Pilihan Anda Yang Ideal - MEDICA2015


Memperkenalkan MEDICA2015 - pelan perubatan yang menawarkan faedah yang komprehensif. Ianya dimuatkan dengan
ciri-ciri yang komprehensif dan terkini dan memberikan anda ganjaran apabila anda sihat serta mengurangkan kebimbangan anda
apabila anda sakit.
MEDICA2015 merupakan pelan unik yang menawarkan Diskaun Tanpa Tuntutan daripada bayaran caruman tahunan untuk
peserta yang kekal sihat. Selain itu, anda tidak akan dibebani dengan bayaran ko-takaful1 sekiranya sesuatu yang tidak diingini
berlaku. Ia juga menyediakan anda dengan manfaat khairat kematian sebanyak RM5, 000, yang mana akan dibayar sekiranya
berlaku kematian atas semua sebab.
Jangan bimbang! Kami melindungi perbelanjaan perubatan apabila anda dimasukkan ke hospital. Selain itu, nikmatilah persaraan
anda tanpa tekanan dengan perlindungan perubatan dan pembaharuan yang dijamin sehingga berumur 80 tahun.
Nota:
Tertakluk kepada kelayakan manfaat bagi Orang Yang Dilindungi.

MEDICA2015

Jadual Manfaat MEDICA2015


MANFAAT/PELAN

Pelan 150

Pelan 250 Pelan 300 Pelan 350

Had Tahunan Keseluruhan

50,000

Had Seumur Hidup Keseluruhan

Tiada Had Seumur Hidup


20% daripada Caruman Tahunan untuk tahun sijil berikutnya jika tiada
tuntutan dibuat pada tahun sijil semasa (Selepas ditolak dengan yuran
MCO & EAP dan GST)

Diskaun Tanpa Tuntutan


Khairat kematian disebabkan oleh sebarang
sebab kematian

100,000

200,000

300,000

Pelan 500 Pelan 1000


400,000

500,000

RM5,000

MANFAAT KEMASUKAN KE HOSPITAL


Bilik Hospital & Penginapan
(maksimum 200 hari setahun)

150

250

300

350

500

1,000

Unit Rawatan Rapi


(maksimum 60 hari setahun)
Bekalan & Khidmat Hospital
Bayaran Pembedahan
Bayaran Pakar Bius
Bilik Pembedahan
Ujian Diagnostik Pra-Kemasukan Hospital
(dalam masa 60 hari sebelum kemasukan)
Rundingan Pakar Pra-Kemasukan Hospital
(dalam masa 60 hari sebelum kemasukan)
Rawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital
(maksimum 2 lawatan sehari)
Rawatan Selepas Penghospitalan
MANFAAT
PESAKIT
(dalam
masa 60
hari dari LUAR
tarikh keluar)

Seperti Yang Dicaj

Pelan 150

Pelan 250 Pelan 300 Pelan 350

MANFAAT PESAKIT LUAR


Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan dan
Kecemasan
(dalam masa 24 jam dan rawatan susulan
sehingga maksimum 31 hari)
Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (dalam masa
90 hari dari tarikh keluar hospital/pembedahan)

Pelan 500 Pelan 1000

Seperti Yang Dicaj

Rawatan Dialisis Buah Pinggang


Pesakit Luar
Rawatan Kanser Pesakit Luar
Bayaran Ambulans
MANFAAT-MANFAAT LAIN
RM500 Tahunan

Pendapat Perubatan Kedua


Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan
(maksimum 200 hari setahun)

50

75

100

150

200

250

Manfaat Penjaga Bagi Kanak-Kanak Orang


Yang Dilindungi (maksimum setiap hilang upaya)

150

200

250

300

450

500

Penjagaan Kejururawatan Di Rumah


(maksimum setiap hilang upaya)

250

500

750

1,000

1,500

2,000

Bayaran Laporan Perubatan


Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Seperti Yang Dicaj

Nota: Sila beri perhatian bahawa terdapat pengecualian-pengecualian bagi manfaat-manfaat ini. Sila rujuk Lampiran Pengecualian.

MEDICA2015

Jadual Caruman Tahunan MEDICA2015


Lelaki

SEMUA

Perempuan

Hari Jadi Terakhir

M150

M250

M300

05

1,169

1,531

1,965

2,697

3,514

4,722

6 15

490

632

802

1,090

1,410

1,885

16 21

908

1,183

1,513

2,072

2,693

22 29

740

963

1,229

1,678

2,180

30 39

754

980

1,249

1,706

2,215

40 49

1,063

1,382

1,763

2,408

50 54

1,289

1,676

2,137

2,918

55 59

1,955

2,546

3,249

4,441

60 65

3,170

4,126

5,269

7,202

66 69*

4,238

5,515

7,038

70 74*

5,769

7,492

9,549

75 79*

9,719

12,648

16,147

22,070

M350

M500

M1000

M150

M250

M300

M350

M500

M1000

1,168

1,531

1,964

2,697

3,514

4,722

487

629

799

1,087

1,408

1,882

3,612

944

1,233

1,580

2,166

2,818

3,784

2,920

769

1,003

1,282

1,754

2,281

3,058

2,967

784

1,021

1,304

1,783

2,318

3,108

3,126

4,190

1,097

1,433

1,832

2,510

3,264

4,379

3,787

5,073

1,301

1,700

2,175

2,978

3,874

5,198

5,769

7,732

1,951

2,552

3,271

4,485

5,840

7,842

9,356

12,541

3,094

4,050

5,192

7,126

9,280

12,464

9,617

12,489

16,737

4,127

5,403

6,927

9,506

12,377

16,626

13,032

16,911

22,648

5,595

7,319

9,376

12,858

16,738

22,476

28,666

38,421

9,458

12,388

15,887

21,809

28,405

38,160

Nota:
1. * Kadar caruman tahunan bagi yang berumur 66 hingga 79 adalah untuk pembaharuan sahaja.
2. Caruman yang dinyatakan adalah tidak tetap. MAA Takaful Berhad berhak untuk menyemak kadar caruman apabila tiba masa
pembaharuan dengan memberi notis bertulis dalam masa sembilan puluh (90) hari kepada peserta. Peningkatan kadar caruman
tidak semestinya sama pada masa depan.
3. Termasuk Yuran Organisasi Pengurusan Penjagaan (MCO) dan Program Bantuan Kecemasan (EAP). MCO adalah penyedia
perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh MAA Takaful untuk mentadbir urus kemasukan ke hospital dan pengurusan tuntutan
seperti yang dinyatakan dalam sijil. Sementara itu, EAP adalah penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh MAA Takaful
untuk menyediakan program bantuan antarabangsa yang komprehensif kepada orang yang dilindungi.
4. Kadar caruman adalah termasuk 6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kelayakan
Orang Yang Dilindungi: Sesiapa sahaja yang berumur antara 30 hari sehingga 65 tahun.
Peserta/Pemohon: Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Model Wakalah
MAA Takaful Berhad beroperasi di bawah prinsip Wakalah, di
mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi
perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan
dikenakan terlebih dahulu daripada caruman yang telah
dibayar. Baki caruman akan dimasukkan ke dalam Akaun
Pelaburan Risiko Peserta (APRP) sebagai Tabarru
(menderma), di mana ia akan digunakan untuk memberi
bantuan bagi kegunaan bersama antara peserta berdasarkan
konsep Takaful. Manfaat hanya akan dibayar dari APRP bagi
kerugian yang dilindungi dan bukan semasa sijil matang atau

sijil telah tamat. Lebihan (jika ada) pada setiap akhir tahun
kewangan akan dikongsi antara Peserta dan MAA Takaful
Berhad mengikut nisbah 50:50 setelah diluluskan oleh
Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah. Jika baki di
dalam PRIA tidak mencukupi untuk membayar manfaat Takaful
kepada Peserta-peserta, Kami akan menampung kekurangan
di dalam PRIA di bawah prinsip pinjaman kebajikan (Qardh
Hasan). Sekiranya terdapat lebihan daripada APRP pada akhir
tahun kewangan akan datang, pembayaran balik pinjaman akan
diutamakan terlebih dahulu sebelum pengagihan lebihan
dibuat.

MEDICA2015

10 Kepentingan MEDICA2015
1. Nikmati Manfaat Seumur Hidup Tanpa Had - dengan MEDICA2015 anda tidak perlu bimbang mengenai had seumur
hidup. Kami menawarkan manfaat seumur hidup tanpa had yang mana ianya membolehkan anda menikmati rawatan
perubatan dan perkhidmatan yang berkualiti sepanjang hayat.
2. Diskaun Tanpa Tuntutan sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tempoh tersebut, MEDICA2015 memberi ganjaran
sebanyak 20% diskaun tanpa tuntutan daripada caruman1 tahunan anda yang seterusnya.
3. Nikmati Perlindungan Perubatan Yang Komprehensif Tanpa Ko-Takaful MEDICA2015 bukan hanya menjaga segala
keperluan perubatan, malahan ianya juga menawarkan jaminan kewangan. Dengan kemudahan tanpa ko-takaful bagi pesakit
yang dimasukkan ke hospital, anda yakin dan fokus untuk memastikan anda lebih sihat dan kami akan menjaga yang
selebihnya.
4. Pendapat Perubatan Kedua2 anda berhak untuk mengetahui yang anda perlu mendapatkan rawatan yang terbaik untuk
penyakit anda. Sebab itulah kami menyediakan kemudahan untuk anda mendapatkan nasihat perubatan kedua di atas
penyakit yang anda hadapi, mana-mana 46 penyakit kritikal.
5. 6 Pilihan Pelan Perubatan Yang Komprehensif Dan Berpatutan dengan MEDICA2015, anda diberi 6 pilihan pelan yang
komprehensif dan berpatutan. Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan anda,
dan kami akan menjaga keperluan anda dengan sewajarnya.
6. Tanpa Tunai, Bantuan 24-Jam Dan Kemasukan Hospital Yang Mudah bebaskan diri anda daripada bebanan proses
pengurusan hospital. MEDICA2015 memastikan anda dimasukkan ke dalam mana-mana hospital panel pilihan dan kami
akan menjaga segala keperluan perubatan anda selepas itu.
7. Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang Seperti Yang Dicaj MEDICA2015 menyediakan kos rawatan untuk
kedua-dua kanser dan dialisis buah pinggang seperti yang dicaj bagi menampung kos rawatan yang semakin meningkat.
8. Perlindungan Di Mana Saja Anda Berada Melanconglah ke seluruh dunia dengan penuh keyakinan. Sama ada anda
mempunyai urusan perniagaan atau bercuti, MEDICA2015 memberikan anda bantuan perubatan kecemasan di mana
sahaja anda berada di seluruh dunia. Anda boleh melancong dengan penuh ketenangan fikiran, mengetahui bahawa anda
akan dilindungi dengan manfaat-manfaat seperti berikut:

Program Bantuan Antarabangsa


Pemindahan perubatan kecemasan, penyeliaan penghantaran balik dari segi perubatan, penghantaran ubatan yang tidak
boleh didapati di pasaran tempatan, penghantaran balik mayat, kepulangan anak-anak di bawah tanggungan, khidmat
bantuan 24 jam untuk rujukan perubatan dan sebagainya.

Bantuan Perjalanan3
Menyediakan maklumat berkaitan inokulasi, keperluan visa, bantuan penemuan kehilangan bagasi, dokumen dan
barang-barang persendirian, maklumat cuaca, maklumat pertukaran asing, aturan dan informasi penerbangan, rujukan
perundangan, rujukan penterjemah dan penyampaian mesej kecemasan.

Bantuan Kereta3
Penundaan kecemasan 24 jam dan pembaikan kecil di tepi jalan, bantuan kereta sewa, bantuan urusan penginapan hotel
dan rujukan kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain.

Bantuan Kediaman3
Perkhidmatan membaiki paip, tukang kunci, pembaikan am dan kawalan serangga perosak.

9. Pembaharuan Dijamin - Pembaharuan bagi pelan MEDICA2015 ini adalah dijamin sehingga umur 80 tahun. Ini akan
memberi keselesaan kepada anda dan keluarga anda selagi caruman dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
10. Manfaat Khairat Kematian - Kami menyediakan Manfaat Khairat Kematian sebanyak RM5,000 yang mana ianya akan
dibayar apabila berlakunya kematian atas apa jua sebab.
Nota:
1
Diskaun Tanpa Tuntutan tidak termasuk yuran MCO & EAP dan GST.
2
Pendapat Perubatan Kedua hanya boleh dinasihati oleh pakar perubatan yang berdaftar dan berlesen sahaja.
3
Khidmat rujukan sahaja. Apa-apa perbelanjaan dan/atau tanggungan akan ditanggung oleh pemilik sijil. Segala khidmat bantuan
disediakan oleh pihak ketiga dan penyambungan khidmat bantuan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian antara MAA Takaful
Berhad dan pengendali khidmat bantuan.

MEDICA2015

Apakah Yuran dan Caj Yang Dikenakan


Dalam MEDICA2015?
Caj

Huraian

Yuran Wakalah1

25% daripada caruman diperuntukkan untuk pembayaran komisen serta perbelanjaan lain.

Yuran MCO & EAP

Peruntukan yuran sebanyak RM40 dikhususkan untuk bayaran yuran Organisasi Pengurusan Penjagaan
(MCO) dan Program Bantuan Kecemasan (EAP). Kedua-dua yuran MCO dan EAP termasuk dalam
kadar caruman.

Tabarru2

Jumlah tabarru iaitu baki caruman kasar setelah ditolak Yuran Wakalah serta yuran-yuran MCO dan
EAP, akan dimasukkan ke dalam PRIA yang mana ia akan digunakan untuk memberi bantuan bagi
kegunaan bersama antara para peserta berdasarkan konsep Takaful.

Cukai Barangan &


Perkhidmatan (GST)

6% daripada jumlah caruman akan dikenakan untuk pembayaran yuran GST.

Nota:
1. Yuran Wakalah yang dinyatakan di atas adalah peratusan caruman kasar selepas ditolak yuran MCO dan EAP sebanyak RM40.
2. Tabarru bermaksud sumbangan dan ianya adalah jumlah yang mana Peserta bersetuju untuk menyalurkan bagi membantu
Peserta-peserta Takaful.

Peruntukan Caruman MEDICA2015


Pembaharuan bagi pelan ini adalah dijamin dengan caruman tahunan yang mungkin berbeza-beza setiap kali pembaharuan.
Caruman tahunan pembaharuan adalah berdasarkan kepada usia yang dicapai. Caruman yang dibayar diperuntukkan
berdasarkan kadar berikut.
Contoh 1: Sila rujuk Jadual Caruman Tahunan, Lelaki bagi Pelan 250.
Umur (Hari Jadi Terakhir)

20

25

35

45

55

Jumlah Caruman (RM)

1,183

963

980

1,382

2,546

GST (RM)

67

55

56

79

145

Yuran MCO dan EAP (RM)

40

40

40

40

40

Yuran Wakalah (%)

25

25

25

25

25

Jumlah Yuran Wakalah (RM)

269

217

221

316

590

Peruntukan ke PRIA (%)

75

75

75

75

75

Peruntukan ke PRIA (RM)

807

651

663

947

1771

Nota:
1. Jumlah caruman adalah termasuk GST.
2. Jumalah Yuran Wakalah adalah tidak termasuk yuran MCO & EAP dan GST.

Bilakah MEDICA2015 akan tamat?


Sijil MEDICA2015 akan tamat jika:

Caruman tidak dibayar dalam tempoh ihsan 31 hari.


Orang Yang Dilindungi telah mencapai umur 80 tahun.
Setelah kematian Orang Yang Dilindungi.

MEDICA2015

SOALAN-SOALAN LAZIM
Adakah saya layak untuk menyertai pelan ini?
Sesiapa yang berusia 30 hari hingga 65 tahun layak dilindungi oleh pelan ini dengan syarat bahawa Orang Yang Dilindungi
mampu untuk memenuhi keperluan pengunderaitan kami.
Berapa banyakkah jumlah caruman yang perlu dibayar?
Jumlah caruman berdasarkan umur, jantina dan pelan perubatan yang dipilih oleh Orang Yang Dilindungi. Caruman perlu
dibayar sehingga umur 79 tahun. Anda diberi fleksibiliti untuk membayar caruman secara bulanan, suku tahunan, setengah
tahunan atau tahunan. Sila rujuk kepada Jadual Caruman.
Apakah yang berlaku jika saya gagal membuat bayaran caruman saya?
Anda akan diberi tempoh ihsan selama 31 hari dari tarikh akhir caruman dan jika caruman masih lagi tidak dijelaskan pada
penghujung tempoh penangguhan, sijil ini akan luput.
Bolehkah saya menguatkuasakan semula sijil ini?
Anda boleh menguatkuasakan semula sijil anda bergantung kepada budi bicara MAA Takaful dalam tempoh 180 hari dari tarikh
luput dengan membayar caruman yang tertunggak dari tarikh luput caruman.
Adakah saya layak untuk manfaat pelepasan cukai?
Ya. Caruman yang dibayar layak untuk pelepasan cukai perubatan sehingga RM3,000 setahun.
(Pelepasan cukai adalah tertakluk kepada keputusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN))
Apakah mekanisme Diskaun Tanpa Tuntutan?
Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntuan pada tahun ini, kami akan memberi Diskaun Tanpa Tuntutan sebanyak 20%
daripada caruman tahunan yang perlu dibayar pada tahun sijil seterusnya. Contoh mekanisme Diskaun Tanpa Tuntutan, bagi
seorang Orang Yang Dilindungi lelaki yang berumur 30 tahun dengan pelan MEDICA2015 (Pelan 250) yang membayar
caruman tahunan sebanyak RM924:
Tahun
Sijil

Caruman Tahunan
(RM)

Tuntutan
Perubatan

Diskaun
Tanpa
Tuntutan

Caruman Tahunan
Selepas Ditolak
Yuran MCO & EAP
dan GST (RM)

Jumlah Diskaun
Tanpa Tuntutan

RM980

Tidak

Layak

RM980 RM40
RM56 = RM884

RM884 x 20%
= RM176.80

(RM884 - RM176.80 + RM40) x 1.06


= RM792.03

Tidak

Layak

RM980 RM40
RM56 = RM884

RM884 x 20%
= RM176.80

(RM884 - RM176.80 + RM40) x 1.06


= RM792.03

Ya

Tidak Layak

Pengiraan Jumlah Diskaun Tanpa


Tuntutan adalah tidak berkenaan

RM980

Tidak

Layak

RM980 RM40
RM56 = RM884

RM884 x 20%
= RM176.80

(RM884 - RM176.80 + RM40) x 1.06


= RM792.03

Ya

Tidak Layak

Pengiraan Jumlah Diskaun Tanpa


Tuntutan adalah tidak berkenaan

Anda akan menerima 20% Diskaun Tanpa Tuntutan1 bagi tahun-tahun seterusnya selagi tiada tuntutan dibuat.
Bagaimana cara saya boleh mengemukakan tuntutan?
MEDICA2015 ialah satu kad perubatan tanpa bayaran tunai* yang mana anda tidak perlu bimbang untuk menyediakan dan
membuat tuntutan kerana semua perbelanjaan di bawah MEDICA2015 akan dibayar terus kepada hospital.
Walaubagaimanapun, anda perlu membayar segala bil dan caj yang dikenakan terlebih dahulu dan membuat tuntutan bayaran
balik kemudian sekiranya anda telah dimasukkan ke dalam hospital bukan panel kami atau kelayakan tanpa bayaran tunai tidak
diberi kerana penyiasatan terhadap kes anda perlu dilakukan. Sila hantarkan Borang Pembayaran Balik (boleh didapati di laman
web Kami) bersama-sama dengan bil dan resit asal kepada MAA Takaful Berhad atau menghantar terus kepada MCO bagi
memproses tuntutan tersebut dengan sewajarnya.
*Tertakluk kepada terma dan syarat seperti dinyatakan di dalam Sijil Takaful.
Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya berminat untuk menyertai pelan MEDICA2015?
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Perkhidmatan kami, di 603-6287 6666 atau emel kami di
info@maatakaful.my. Kami akan membantu anda untuk berhubung dengan salah seorang konsultan Takaful kami, bagi memberi
pandangan dan nasihat mengenai pelan yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan anda.
Nota:
Diskaun Tanpa Tuntutan tidak termasuk yuran MCO & EAP dan GST.

MEDICA2015

PENGECUALIAN
Sebarang kecederaan/kesakitan berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut adalah tidak dilindungi
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Penyakit sedia ada


Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan
Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan
Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, semasa sijil masih lagi berkuatkuasa
Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang
Peperangan, mogok dan rusuhan
Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata
Kehamilan, Keguguran kandungan atau kelahiran anak
Gangguan mental atau saraf
Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya
Pembedahan kosmetik, elektif atau plastik, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital
Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan
Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tidak melibatkan kemasukan ke hospital
Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan
Perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana undang-undang, badan/organisasi atau program perubatan dari
mana-mana syarikat insurans dan Takaful lain
16. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan, pensterilan, penyakit
venereal dan sekuelnya, Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau Kompleks Berkaitan AIDS (ARC) dan penyakit
berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang
Nota:
Pengecualian di atas tidak menyeluruh dan segala bentuk rujukan hendaklah dirujuk kepada klausa pengecualian di dalam sijil
Takaful.

MEDICA2015

NOTA-NOTA PENTING
1.

Risalah ini memberi ringkasan ciri-ciri utama produk dan tidak membentuk Sijil Takaful. Risalah ini diterbitkan untuk
pemberian maklumat sahaja dan tidak memberi perhatian yang khusus kepada objektif kewangan, keadaan dan keperluan
mana-mana orang tertentu. Sila rujuk kepada Sijil Takaful anda untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat yang sebenar.

2.

Anda diberi tempoh ihsan 31 hari dari tarikh yang perlu dibayar bagi pembayaran caruman berikutnya. Jika caruman masih
belum dibayar pada akhir tempoh ihsan ini, sijil akan luput. Penguatkuasaan Semula Sijil ini adalah dibenarkan dalam
tempoh 180 hari dari tarikh luput dan tiada caj penguatkuasaan semula dikenakan.

3.

Pelan Takaful tidak akan memberikan jumlah manfaat dari Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP) atas penamatan Sijil
Takaful atau Sijil Takaful telah mencapai tarikh luput.

4.

Jika anda ingin membatalkan Sijil Takaful anda, kami akan memulangkan peratusan tertentu caruman yang telah dibayar
mengikut terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.

5.

Anda harus memastikan bahawa pelan ini merupakan pelan terbaik untuk memenuhi keperluan anda dan caruman yang
dibayar adalah jumlah caruman yang mampu anda bayar.

6.

Semasa Tempoh Menunggu, Orang Yang Dilindungi tidak akan mendapat sebarang perlindungan bagi perubatan hilang
upaya yang berlaku atau tuntuntan yang dibuat dalam tempoh tersebut. Tempoh Menunggu bagi Manfaat Hospital &
Pembedahan ialah:
a)
b)

30 hari dari Tarikh Permulaan Kontrak atau Tarikh Penguatkuasaan Semula; atau
120 hari dari Tarikh Permulaan Kontrak atau Tarikh Penguatkuasaan Semula bagi Penyakit- Penyakit Tertentu.
(Tempoh Menunggu tidak terpakai untuk tuntutan-tuntutan yang dibuat akibat Kemalangan)

7.

Untuk MEDICA2015, anda layak untuk pelepasan cukai perubatan berkenaan caruman anda sehingga RM3,000 setahun.
Pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma dan syarat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tertakluk
kepada perubahan.

8.

Jumlah caruman sebenar anda bergantung kepada umur, jantina, jenis pelan, status kesihatan dan kelas pekerjaan.

9.

Penting bagi anda untuk memberikan maklumat yang tepat serta mencukupi untuk membolehkan kami memberi nasihat
kepada anda mengenai kesesuaian pelan MEDICA2015, dengan mengambil kira kesesuaian produk ini terhadap keperluan
diri anda.

10. Anda mesti memberitahu MAA Takaful Berhad atas apa-apa perubahan dalam aktiviti pekerjaan, aktiviti sambilan atau
aktiviti sukan anda kerana ia boleh menjejaskan sumbangan, terma, syarat dan manfaat.
11. Anda perlu terus membayar caruman secara berkala sehingga tamat tempoh pelan anda untuk memastikan bahawa anda
sentiasa dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh
menyebabkan perlindungan anda tamat lebih awal.
12. Pembaharuan bagi pelan MEDICA2015 ini adalah dijamin dengan caruman yang berbeza-beza semasa tempoh
pembaharuan mengikut umur dicapai. MAA Takaful Berhad berhak untuk menyemak semula kadar caruman dan/atau
Tabarru 'dengan memberi notis awal selama 90-hari. Sebarang perubahan dalam kadar caruman dan manfaat hanya akan
berkuat kuasa pada ulang tahun sijil berikutnya.
13. Orang Yang Dilindungi hendaklah menanggung 10% ko-pembayaran daripada jumlah manfaat lain jika Orang Yang
Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital pada kadar Bilik & Penginapan yang lebih tinggi daripada manfaat kelayakan
seperti yang dinyatakan dalam jadual manfaat bagi setiap tuntutan.
14. Jumlah manfaat yang dibayar dalam satu tahun tidak boleh melebihi Had Tahunan Keseluruhan.
15. Bermula 1 April 2015, sebarang manfaat perubatan, kemalangan diri atau penyakit kritikal adalah tertakluk kepada 6%
Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) untuk jumlah caruman yang perlu dibayar. Kewajipan anda untuk membayar GST
akan membentuk sebahagian daripada Terma-Terma dan Syarat di dalam Sijil Takaful anda.

MENGENAI MAA TAKAFUL BERHAD


Pengalaman dan Kepakaran
MAA Takaful Berhad adalah hasil daripada usahasama strategik di antara MAA Group Berhad (MAAG) [Dahulunya dikenali sebagai
MAA Holdings Berhad] dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah satu syarikat Takaful yang terbesar di dunia Arab.
MAA Takaful Berhad telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM100 juta dan seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah
dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit. Hari ini, MAA Takaful Berhad mempunyai kekuatan agensi
melebihi 7,000.
MAA Takaful adalah Pengendali Takaful yang berlesen dan berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013 dan dikawal
selia oleh Bank Negara Malaysia.
MAAG memegang 75% pegangan ekuiti di MAA Takaful Berhad, sementara Solidarity memegang 25% pegangan ekuiti.
UNDANG-UNDANG TAKAFUL
Industri Takaful di Malaysia tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013 dan diselia oleh Bank Negara Malaysia.
a.
Para Pengendali Takaful perlu mematuhi Shariah, syarat-syarat Berkanun dan kawal selia yang ketat.
b.
Produk ini adalah produk Takaful dan ianya dirangka mengikut prinsip Shariah.
c.
Pelan Takaful tidak akan memberikan jumlah manfaat dari Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP) atas penamatan Sijil Takaful atau
Sijil Takaful telah mencapai tarikh luput. Jika anda mendapati produk MEDICA2015 tidak sesuai atas apa jua sebab, anda berhak untuk
memulangkan Sijil di bawah klausa tempoh bertenang kepada Pengendali Takaful dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh
dokumen Sijil diterima. MAA Takaful Berhad akan membayar balik kesemua caruman yang dibayar untuk pelan MEDICA2015 selepas
ditolak dengan perbelanjaan perubatan.
d.
Anda harus memastikan bahawa pelan ini merupakan pelan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda dan caruman yang dibayar
adalah jumlah yang mampu anda bayar.
e.
Penyertaan di dalam pelan Takaful adalah komitmen jangka panjang dan anda dinasihatkan untuk tidak menyertainya dalam jangka
masa yang pendek kerana kos permulaan yang tinggi.
f.
Risalah ini adalah hanya untuk memberi maklumat ringkas berkenaan Pelan MEDICA2015. Risalah ini juga bukanlah menjadi asas
untuk Sijil Takaful atau pun kontrak. Maklumat di dalam risalah ini mungkin ditukar tanpa memberitahu dengan lebih awal.Untuk
maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk kepada dokumen sijil dan illustrasi jualan.
g.
Sekiranya konsultan telah menamatkan perkhidmatan dengan Pengendali Takaful, Pengendali Takaful haruslah melantik konsultan
baru kepada perserta untuk membuat bayaran seterusnya kepada Pengendali Takaful.
h.
Kematian akibat membunuh diri dalam masa satu (1) tahun dari tarikh permulaan Sijil, atau tarikh menguatkuasakan semula Sijil, yang
mana lebih kemudian, sama ada Orang Yang Dilindungi siuman atau tidak siuman, akan menghadkan liabiliti Pengendali Takaful kepada
pemulangan caruman yang dibayar tanpa sebarang pulangna dan ditolak apa-apa hutang, dan Sijil Takaful ini akan ditamatkan.
i.
Pelan ini direka untuk caruman yang perlu dibayar secara tetap sehingga umur 80 tahun.
j.
Maklumat yang diberikan di dalam risalah ini adalah sah pada masa percetakan.

Sertailah Sekarang
MAA Takaful Berhad, Tingkat 8, No 566, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.
Untuk pertanyaan selanjutnya, sila hubungi kami di 603 6287 6666 atau faks ke
603 6259 0088 atau e-mel kami di MAAWebAdmin@maa.my

You might also like