You are on page 1of 9

REFLEKSI WAJ 3062 Hubungan Etnik

Ahmad Fitri Bin Ayub.


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan ruang dan peluang untuk
menyiapkan tugasan WAJ 3062 Hubungan Etnik yang diajar oleh Encik Hanafi bin Zainal.
Sesungguhnya dengan bantuan serta tunjuk ajar beliau sedikit sebanyak memberikan
kefahaman dan pencerahan kepada saya untuk melakukan tugasan esei serta
menghasilkan buku skrap. Dua soalan yang berbeza ini mencabar kreativiti serta kefahaman
saya terhadap kepelbagaian budaya serta adat setiap bangsa di Malaysia.
Penulisan esei berkaitan kepentingan hubungan etnik dan langkah menjaga perpaduan
kaum merupakan tugasan pertama di dalam kerja kursus ini. Berdasarkan tugasan ini,
terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh saya sepanjang penghasilan esei ini.
Antaranya yang pertama adalah untuk memahami keperluan dan kehendak soalan.
Disebabkan terdapat dua subsoalan yang terdapat di dalam soalan tersebut, maka saya
memilih untuk memecahkan esei kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama dikarang
bagi menerangkan kepentingan hubungan etnik di Malaysia selepas peristiwa 13 Mei 1969
serta bahagian kedua adalah untuk mencadangkan pelbagai cadangan yang relevan bagi
mengekalkan keamanan negara. Seterusnya halangan yang berlaku adalah untuk
memenuhi arahan kedua iaitu samada ingin membuat esei berasaskan jumlah perkataan
atau bilangan halaman. Setelah berbincang bersama-sama rakan sekumpulan, kami
memutuskan untuk menyiapkan esei berasaskan jumlah perkataan bagi memastikan
maklumat yang padat dapat dimasukkan ke dalam esei secara efisien. Penggunaan grafik
yang kurang adalah disebabkan arahan soalan yang menyatakan pengurusan grafik, dan
gambar tidak termasuk di dalam jumlah perkataan, menyebabkan kami memilih untuk
meletakkan maklumat yang terdapat berasaskan internet dan buku di bahagian lampiran.
Seterusnya halangan yang berlaku adalah bagaimana untuk menyusun susunan esei agar
terdapat kesinambungan di dalam penulisan esei. Maka cara untuk menyelesaikan masalah
ini, kami menulis esei dengan cara membahagikan esei kepada satu bahagian, iaitu dari
aspek kepentingan dan aspek cadangan mengekalkan perpaduan. Dengan mengasingkan
kedua-dua aspek ini, secara tidak langsung kami dapat memastikan esei kami tidak terlalu
serabut dan mengelirukan. Halangan terakhir dalam penghasilan esei adalah untuk
menggabungkan tugasan kami di dalam satu esei. Hal ini kerana bagi mengelakkan esei
kami tidak selari atau tiada kesinambungan, maka selepas esei kami digabungkan, kami
menambah beberapa ayat yang menunjukkan aliran ayat daripada kepentingan kepada
cadangan untuk mengekalkan perpaduan kaum.

Seterusnya adalah penghasilan buku skrap. Sebelum menghasilkan buku skrap, perkara
pertama yang paling penting adalah untuk memilih kaum yang ingin dijadikan sebagai
perbandingan di dalam buku skrap kami. Maka tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina serta
India. Ketiga-tiga kaum ini dipilih kerana kaum-kaum ini merupakan kaum majoriti di negara
Malaysia serta kami berasa masih banyak lagi budaya yang tidak diketahui oleh rakyat
Malaysia, menyebabkan kami merasakan faktor inilah yang menyebabkan kami memilih
ketiga-tiga kaum majoriti ini. Seterusnya kami membahagikan kebudayaan kepada dua
jenis, iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Bagi mendapat gambaran
lebih jelas apakah yang dimaksudkan dengan budaya kebendaan serta bukan kebendaan,
daripada internet. Seterusnya, kami menetapkan bilangan maksimum bagi ciri-ciri setiap
kaum bagi memastikan buku skrap kami tidak terlalu tebal. Maka kami menetapkan untuk
meletakkan tiga jenis bagi setiap ciri kebudayaan setiap bangsa. Penetapan ini adalah
rasional kerana bagi memastikan buku skrap yang dihasilkan tidak terlalu tebal dan berat.
Seterusnya kami menetapkan pula bagaimana susunan gambar dan penerangan bagi
setiap gambar bagi memudahkan pembaca untuk merujuk kepada buku skrap tersebut.
Selain itu, buku skrap yang dihasilkan ini menggunakan kertas bersaiz A3 bagi memastikan
setiap muka dapat diisi dengan maklumat bagi satu kaum sahaja. Penulisan penerangan
setiap gambar ditulis menggunakan komputer bagi memastikan kekonsistenan gaya
penulisan. Selain itu, saiz tulisan yang dipilih juga diputuskan bagi memastikan tulisan itu
tidak menenggelamkan gambar yang ingin ditunjukkan oleh kami. Oleh itu, gaya Calibri
dengan saiz tulisan 14 dipilih. Perkara terakhir yang dilakukan adalah untuk menyusun
susunan buku skrap. Kami memilih untuk menyusun setiap ciri-ciri berasaskan kaum bagi
mengelakkan kekeliruan kepada pembaca. Selain itu, susunan ini juga dipilih disebabkan
turut memudahkan kami menyusun buku skrap kami dalam menunjukkan perbezaan dan
perbandingan kaum.
Seterusnya mengenai kursus WAJ3062 ini, subjek ini melatih dan mendidik kami untuk
mengenal dan memastikan kami untuk memahami perbezaan budaya, adat resam serta
agama bagi setiap kaum di Malaysia. Sesungguhnya bagi mengekalkan perpaduan,
keharmonian serta keamanan negara, maka adalah penting untuk kami mempelajari subjek
Hubungan Etnik ini.diharapkan ilmu yang diperoleh ini kekal diaplikasikan pada masa akan
datang.
Selain itu juga, kursus ini banyak mengajar saya mengenai sejarah sejak sebelum Malaysia
mencapai kemerdekaan sehinggalah keadaan politik pada masa sekarang. Sesungguhnya
dengan mempelajari selok belok mengenai politik dan perlembagaan Malaysia, saya dapat
berfikir dan bertindak dengan lebih matang dalam melakukan sesuatu dan juga memberi
peluang kepada saya untuk menyuarakan pendapat secara matang.

Secara tuntasnya, kursus Hubungan Etnik mempunyai banyak kebaikan dan faedah kepada
diri saya. Sesungguhnya dengan subjek ini juga, saya dapat mempelajari bukan sahaja
budaya dan adat kaum lain, malahan saya dapat mengetahui pelbagai maklumat mengenai
kaum saya sendiri iaitu kaum Melayu yang masih banyak adat resam serta budayanya yang
masih tidak saya ketahui. Diharapkan pada masa akan datang, saya dapat mengamalkan
serta mengingati segala ilmu yang dipelajari semasa mengikuti kursus ini.

BIODATA DIRI PELAJAR:

NAMA
NO I/C
AMBILAN
KURSUS
SEMESTER
ANGKA GILIRAN

ADI SAIFUDDIN BIN ZAMZAM


920316-01-5391
JANUARI 2014
PISMP
3 PISMP SAINS
2014161340024

RUJUKAN
Buku
Abd. Rahim Abd. Rashid et al (2007), Integrasi Institusi Sosial-

Resiliensi Terhadap

Perubahan, Penerbit Universiti Malaya


Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Sarjit Ali Singh, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling, Lee Yok
Fee, Najeenah Mohd Yusof, Nazri Muslim, Hubungan Etnik di Malaysia(Edisi Kedua)(2010),
Oxford Fajar Sdn Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, (2012), Murid dan Alam
Belajar (Edisi Kemas Kini), Oxford Fajar.
Internet
50 richest people in Malaysia by Forbes dated on 4th April 2015
http://www.forbes.com/malaysia-billionaires/list/#tab:overall
kaum-kaum di Malaysia, 4 April 2015
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia
Kesan 13 Mei 1969
http://islamicplayer.blogspot.com/2013/04/kesan-peristiwa-13-mei-1969.html

MAKANAN
PAKAIAN
ALAT MUZIK
AHMAD FITRI

BAHASA
ADI SAIFUDDIN

PERAYAAN
PERKAHWINAN
AGAMA
TARIAN

BUDAYA
KEBENDAA
N
BUDAYA
BUKAN
KEBENDAA
N

PENULISAN
ESEI

You might also like