You are on page 1of 3

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

Amalan2 ini kanda petik dari artikel2 motivasi & blog2 pilihan khas untuk semua.

Selamat membaca & beramal! ^_^

1. Solat Tahajud di waktu malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat


Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud
merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah
yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat
& 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya
zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar
jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu.
Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan
dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah
janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq
(di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: Sesiapa mengerjakan solat
Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan
lupa. Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: Segala
sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah ArRahman. Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmatnikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik
untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir],
100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba Nabi SAW bersabda: Jika kamu tahu
fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba, maka kamu akan
berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan
mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan
mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa
syirik.

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi


keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah


mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan
menemuinya.

11. Selepas Isya bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada
azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan
surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan Amanar-Rasul hingga habis. Sangatsangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW
tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu
kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan
kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan
peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat
Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ain.
Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran

seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak AlQuran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan
seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji cahaya di hari
kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: Sesiapa
membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah
kakinya hingga ke langit.

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua
kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah Lailahailallah
sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan
dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami
kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu. Sabda Nabi SAW:
Wudhu adalah senjata orang-orang mukmin. Faedah wudhu sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan


mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga,
lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang
sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

You might also like