You are on page 1of 7

AMALI 30 JUNE 2015 (MTE 3143) HAMIZAN DAN ASRIZAH

1. Teroka tentang famous contributions of muslim scholar in cryptolgy Sumbangan


cendiakawan musim dalam kriptologi
2. Rujuk dan baca tentang simon singhs the code book. Kumpul dan kupas maklumat dan
pelbagai sumber serta sediakan satu laporan lengkap dalam 1500 patah perkataan.

zah_ipis@yahoo.com

Soalan 1 (kriptologi dalam islam)

Yaqub ibn Ishaq al-Kindi yang juga dikenali sebagai Alkindus di Barat merupakan
seorang cendekiawan Islam, ahli falsafah, saintis, ahli astrologi, ahli kimia, ahli
matematik, ahli fizik dan pakar perubatan. Al-Kindi merupakan ahli falsafah Peripatetik
Islam pertama dan beliau terkenal dengan usahanya memperkenalkan falsafah Greek
kepada dunia Arab serta pengasas kriptologi dan fizik. Waris kaum Kinda, beliau
dilahirkan dan mendapat pendidikan di Kufa sebelum melanjutkan pelajaran di
Baghdad. Al-Kindi merupakan tokoh yang disegani di House of Wisdom dan beberapa
khalifah telah melantiknya mengawasi penterjemahan karya saintifik dan teks falsafah
Greek ke bahasa Arab. Hubungan dengan ahli falsafah silam seperti yang dirujuk oleh
cendekiawan Islam telah memberi kesan kepada pembangunan dan membawa beliau
menghasilkan pelbagai karya sendiri dalam pelbagai bidang seperti metafizik dan etika
kepada matematik dan farmakologi.
Dalam

bidang

matematik,

al-Kindi

memainkan

peranan

penting

dalam

memperkenalkan nombor India kepada dunia Islam dan Kristian. Beliau merupakan
pengasas dalam bidang kriptanalisis dan kriptologi dan menghasilkan beberapa kaedah
memecahkan cipher termasuk kaedah analisis frekuensi. Menggunakan kepakaran
matematik dan perubatan yang ada padanya, beliau telah membangunkan satu skala
bagi membolehkan doktor mengukur keupayaan kaedah rawatan mereka. Beliau juga
menjalankan eksperimen menggunakan terapi muzik. Kebanyakan karya falsafah AlKindi disesuaikan antara falsafah dan sains Islam terutama teologi dan kebanyakan
karyanya berkaitan dengan teologi. Ini termasuk ketuhanan, roh dan pengetahuan
walaupun beliau memainkan peranan dalam menjadikan falsafah lebih dekat dengan

cendekiawan Islam, karya falsafahnya tenggelam oleh al-Farabi dan hanya beberapa
teksnya yang masih ada bagi kegunaan cendekiawan moden hari ini.
Bagaimanapun beliau masih dianggap sebagai salah seorang ahli falsafah Arab
teragung dan beliau dikenali sebagai Ahli Falsafah Arab. Al-Kindi banyak melibatkan diri
dalam beberapa bidang matematik yang penting seperti aritmetik, nombor India,
nombor harmoni, garisan dan penambahan dengan nombor, kuantiti relatif, mengukur
nisbah dan kaedah penomboran dan pembatalan. Beliau juga menulis empat volume
On The Use of the Indian Numerals (Ketab fi Isti'mal al-Adad al-Hindi) yang
memberikan sumbangan besar penggunaan sistem nombor India di Timur Tengah dan
Barat.
Dalam bidang geometri beliau menghasilkan karya mengenai teori parallel dan
menghasilkan dua buah buku dalam bidang optik. Sebagai pengasas dalam bidang
kriptanalisis dan kriptologi, beliau adalah orang pertama yang menulis mengenai
kriptanalisis dalam A Manuscript on Deciphering Cryptographic Messages. Beliau juga
diiktiraf sebagai membangunkan kaedah analisis frekuensi di mana dalam frekuensi
pada sepucuk surat boleh dianalisis dan dieksploitasi bagi memecahkan ciphers
misalnya kriptanalisis oleh analisis frekuensi. Keadeh berkenaan diterangkan secara
terperinci dalam teks yang ditemui dalam arkib Ottoman di Istanbul, Turki bertajuk
Manuscript on Deciphering Cryptographic Messages yang juga merangkumi kaedah
kriptanalisis, encipherments, kriptanalisis sesuatu enchipherment dan analisis statistic
surat dan gabungan surat dalam Bahasa Arab.
Menurut ahli sejarah Ibn al Nadim, al-Kindi menulis sekurang-kurangnya 260
buah buku dengan 32 buah buku geometri, 22 buah buku perubatan dan falsafah,

sembilan buah berkaitan logik dan 12 buah buku fizik. Beliau memberikan pengaruh
yang besar dalam bidang fizik, matematik, perubatan, falsafah dan muzik selama
beberapa abad. Walaupun banyak buku beliau hilang selama beberapa abad, terdapat
beberapa buah telah diterjemah dalam Bahasa Latin oleh Gerard of Cremona dan yang
lain ditemui dalam bentuk manuskrip Arab. Al-Kindi diiktiraf sebagai ahli falsafah. Beliau
meninggal dunia sebagai lelaki kesepian di Baghdad pada 873 Masehi semasa
pemerintahan Al- Mu'tamid. Selepas kematiannya, semua karyanya jatuh ke tangan
mereka yang tidak bertanggungjawab dan kebanyakkannya hilang kerana penjajah
Mongul memusnahkan hampir kesemua perpustakaan semasa penaklukan.

SOALAN 2
The Code Book merupakan satu buku bagaimana untuk mengenal, membuat dan mengodam
kod sebagai maklumat rahsia sesebuah Negara. Komunikasi adalah sangat penting bagi
memastikan kelancaran dalam menguruskan sesebuah Negara. Kesan yang buruk akan berlaku
jika maklumat berkenaan seperti rahsia kerajaan, ketenteraan, kelemahan Negara dan lain-lain
jatuh ke tangan musuh dan boleh menyebabkan Negara tersebut diugut malah diserang. Untuk
mengatasi masalah ini, unit operasi pembinaan kod rahsia ditubuhkan untuk menutup rahsiarahsia dan kelemahan Negara. Musuh akan cuba untuk mengodam kod rahsia tersebut untuk
kepentingan mereka. Unit kod rahsia bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dalam
komunikasi terjamin dengan membina kod yang sukar digodam oleh musuh.
Pengodam kod merupakan ahlikimia linguastik yang mengkaji simbol-simbol
yang tidak bermakna kepada ayat yang memberi maklumat yang penting. Kod dan sifer
merupakan peperangan antara pengodam kod dan Pembina kod yang lebih berfokus kepada
tentera yang memberi kesan kepada sejarah. Dalam buku ini terdapat dua objektif yang utama.
Yang pertama ialah evolusi kod dan yang kedua ialah kerelevenan kod pada masa kini.
Evolusi dalam pembinaan kod berlaku apabila kod ini sentiasa digodam dan
pengodam mebina senjata yang canggih untuk membaca kod sehingga kod tersebut menjadi
tidak berguna lagi. Kod tersebut sama ada menjadi pupus atau mengalami evolusi menjadi kod
yang lebih kuat dari yang sebelum ini. Jadi penggodam perlu mencari semula kelemahan kod
tersebut dan kitaran ini akan berterusan. Contoh mudah yang boleh diaplikasi dalam kitaran ini
ialah jangkitan bakteria. Bakteria akan terus hidup dan membiak sehinggalah doktor menemui

antibotik yang dapat melemahkan jangkitan dan membunuh bakteria tersebut. Bakteria diasak
mengalami evolusi untuk terus hidup dan jika mereka berjaya, antibiotik tidak akan memberi
kesan lagi kepada bakteria tersebut. Maka doktor perlu membina antibiotik yang baru untuk
membunuh bakteria tersebut samalah seperti kitaran pengodam dan juga pembina kod.
Sejarah telah menegaskan kepentingan kod sehingga kematian raja dan permaisuri
pada masa dahulu disebabkan oleh pengodam kod yang membuka tempat rahsia yang mereka
tinggal. Dapat kita perhatikan zaman dahulu, kod begitu penting dalam pemerintahan, tetapi
adakah kod relevan pada masa kini dengan alatan yang lebih canggih. Pada masa kini, maklumat
menjadi sangat berharga dan revoulusi komunikasi yang mengubah masyarakat menjadi lebih
canggih. Proses mengekod mesej yang dikenali sebagai enkripsi telah menjadi benda penting
dalam kehidupan seharian.
Komunikasi sekarang sangat berbeza dengan zaman dahulu. Zaman kini
menggunakan telefon dan komputer untuk berhubung dengan pantas walaupun jarak yang jauh.
Telefon akan dipancar melalui satelit dan email akan dihantar menggunakan komputer dan
kedua-duanya menghasilkan komunikasi yang terlalu mudah untuk digodam. Dapat diperhatikan
bahawa kod begitu penting pada zaman sekarang untuk privasi dan keselematan. Contohnya,
perniagaan begitu banyak berlaku di internet maka kod perlu dibina untuk perlindungan syarikat
dan pelanggan.
Enkripsi merupkan salah satu cara untuk melindungi privasi dan menjaminkan
keberjayaan dalam perniagaan internet. Seni dalam rahsia berkomunikasi ataupun lebih dikenali
sebagai kriptografi akan menghasilkan kunci rahsia dan juga menrupakan kunci ke alam
maklumat yang baru. Kriptografi digunakan oleh kerajaan kini dalam menghasilkan kod rahsia
yang mantap dari segi pertahanan supaya tidak dapat dicerobohi oleh musuh.

Walaupun begitu, masyarakat yang semakin meningkat dari segi ilmu pengetahuan
juga menginginkan kriptografi untuk perlindungan diri dan juga keluarga. Pihak polis selama ini
menggunakan gari untuk menangkap penganas dan organasisi sindeket penjenayah tetapi mereka
tidak dapat untuk menangkap pengodam yang boleh menghancurkan sesebuah Negara. Isu kini
berlaku apabila undang-undang diperkuatkuasakan bagi penggunaan kriptografi dan perkara ini
dibangkang oleh pihak masyarakat lebih-lebih lagi para perniaga alam maya.

You might also like