You are on page 1of 5

Amanat kebangkitan I

Menjelang 1430H/2009 iaitu sejak tahun 2006/2007/2008, kalimah Allah telah muncul
boleh dikatakan disegenap pelusuk dunia. Ini sudah tentu suatu ‘alamat’ dari Allah Yang
Maha Kuasa kepada manusia akan kebangkitan Islam akhir zaman. Tetapi amat sedikit
manusia yang memahami akan alamat dari Allah SWT ini.

Keturunan Rasulullah dan para sahabatnya yang telah mencetuskan peradaban keagungan
manusia lebih dari 1400 tahun yang lalu bukannya hilang tapi bersembunyi seketika.

Ia bangkit kembali di zaman keagungan Melaka sehingga menarik bangsa-bangsa Eropah


menjajah di rantau ini.
Remember 1511

Menjadi lumrah alam akan orang yang berpegang dengan Sunnah Rasulullah ini sentiasa
diburu manusia. Begitulah dengan apa yang terjadi di tanah Arab.

Beratus tahun lamanya bertapak di tanah Arab, orang-orang yang berpegang dengan
amalan Rasulullah dan para sahabatnya ini tidak jemu-jemu diburu manusia. Mereka tahu
bahawa riwayat Islam sebagaimana amalan Rasulullah itu tidak akan dapat bertahan di
tanah Arab. Mereka berhijrah ke sebelah Timur kerana pada pandangan kasyafnya,
timurlah yang akan meneruskan amalan Rasulullah di akhir zaman.
Agama ketauhidan ini ‘berhijrah’ dari suatu bangsa ke suatu bangsa dari Israel (Nabi
Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman) Nasrani (Nabi Isa) kepada bangsa Arab (Rasullulah
s.a.w) Turki, Parsi, India, China dan akhirnya kekal kepada bangsa Melayu di Timur
sebab itulah waliyullah Datuk Panglima Hang Tuah berpesan ‘Takkan Melayu hilang di
dunia’
Lebih kurang 700 tahun yang lalu, Islam telah datang ke rantau sebelah sini sebagaimana
tercatat di Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu.
Di Batu itu tertulis:

….Tuhan mendudukkan tamra (piagam) ini di benua Terengganu adi pertama ada….

Sheikh Muhammad al-Baghdadi, ahlul bait yang juga penulis Batu Bersurat ini telah
meletakkan piagam atau suatu cap mohor bahawa Islam akhir zaman akan bermula di
bumi Terengganu. Terengganu dari sebuah negeri yang kecil dengan pegangan
ketauhidan dan keislamannya telah berkembang menjadi sebuah 'benua' sebagaimana
yang tertulis di Batu itu.

Negeri berpanji hitam inilah sebagai penggerak akan kebangkitan Islam di akhir zaman.

Sabda Rasullulah:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-
kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan
berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)

Bendera Negeri Terengganu (Panji Hitam Dari Timur?)


Dari Hulu Terengganu ahlul bait Waliyullah Sheikh Muhammad al-Baghdadi telah
menyusur turun beberapa ahlul bait terdahulu seperti Tok Pauh di Kg Pauh, Kuala Berang
kemudian menuju ke Kuala Terengganu menurunkan ahlul bait Tok Ku Pulau Manis dan
Tok Ku Paloh.

Tok Ku Paloh

Susur galur keturunannyalah yang akan mengibarkan panji-panji hitam kebangkitan


Islam akan datang.

Sharif Muhammad al-Baghdadi dipercayai penulis Batu Bersurat dengan jelas telah
meramalkan akan kebangkitan Islam akan datang.

Makam ahlul bait pertama yang dapat dikesan dipercayai Makam Shariff Muhammad al-
Baghdadi yang terletak di Kg Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ahlul bait ini
turun takhta di Baghdad kerana mengambil jalan wara’.
Suatu kenyataan yang jelas, terukir di Batu itu bahawa kesinambungan amalan warisan
Rasulullah itu telah bersambung di rantau sebelah sini setelah sekian lama bertapak di
bumi Arab. Allah tidak akan memperlihatkan kalimah ini melainkan disitu ada satu mesej
besar yang hendak disampaikan kepada manusia iaitu Islam itu adalah tinggi dan tiada
sesuatu pun yang dapat mengatasinya. Tetapi amat sedikit manusia yang memahaminya.

Akan kalimah Allah ini muncul di segenap pelusuk dunia, baik di Barat maupun di
Timur. Sudah tentu ianya dari Yang Maha Kuasa untuk di sampaikan kepada manusia
seluruhnya. Berikut dipaparkan kemunculan kalimah tersebut di beberapa tempat.

You might also like