You are on page 1of 3

Amalan bergotong-royong begitu penting diamalkan dalam kehidupan kita.

Hal
ini kerana amalan gotong-royong ini dapat memudahkan kerja kita. Contohnya
kerja-kerja membersihkan kawasan sekolah yang luas dapat dilakukan bersamasama. Ini sudah pasti meringankan beban kerja yang banyak untuk membersihkan
kawasan sekolah tersebut.
Selain itu, amalan gotong-royong ini dapat memupuk semangat kerjasama
dalam kalangan anggota masyarakat. Misalnya, anggota masyarakat boleh
mengamalkan semangat tolong-menolong dalam menyiapkan kerja-kerja semasa
majlis perkahwinan. Kesannya, hubungan silaturahim dapat dieratkan.
Rakan-rakan yang dikasihi,
Seterusnya, amalan ini dapat menjimatkan masa bagi menyiapkan sesuatu
kerja. Contohnya, gotong-royong membersihkan kawasan sekolah boleh dilakukan
secara beramai-ramai antara guru, ibu bapa dan murid-murid. Oleh itu, kerja-kerja
itu dapat disiapkan dengan cepat.
Akhir sekali, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai positif dalam diri
kita. Misalnya, gotong-royong membersih dan menceriakan kawasan sekolah dapat
memupuk nilai mencintai keindahan alam sekitar dan mementingkan kebersihan.
Kesannya, kita akan menjadi warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap alam
sekitar, masyarakat dan diri sendiri.
Kesimpulannya, amalan gotong-royong memberikan banyak manfaat kepada
kita. Oleh itu, amalan ini perlulah dipupuk dan dijadikan amalan hidup.

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan
saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali
antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan
slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah
kerja-kerja

membersihkan

kawasan

perumahan,

taman

permainan,

tanah

perkuburan

dan

sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar
dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama
di daki, ke lurah sama dituruni.
Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan
kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan
akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai
contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas

merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormatmenghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan
perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat
dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang
datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan perpaduan
kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau
gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan
adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja
seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu
masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan
bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki
dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan
permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat
menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali
gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat
muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini
bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak
dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat
berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai
contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan
Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk
kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di
Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk
memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

https://www.academia.edu/8331879/KEPELBAGAIAN_SOSIO_2

You might also like