You are on page 1of 1

Timbalan Pengarah

Hospital Sultan Abdul Halim,


Bandar Amanjaya,
Kedah Darul Aman.

Dr.Alvin Isaac Sukumar


Pegawai Perubatan UD 41
524 Jln Sutera,
Taman Maznah,
41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

18 MEI 2014

Puan,
SURAT PENJELASAN PERBEZAAN TARIKH
Berhubung dengan perkara diatas, saya Dr.Alvin Isaac ingin menjelaskan perbezaan tarikh
bermulanya tempoh tidak hadir bertugas dalam buku laporan perkhidmatan dan surat permohonan
cuti tanpa gaji yang dipohon ketika saya menjalani tempoh latihan sizwazah dihospital puan.
2. Adalah dicatat dalam buku laporan perkhidmatan bahawa saya tidak hadir bertugas dari
tempoh 14 Januari 2011 sehingga 30 Januari 2011. Akan tetapi saya telah memohon cuti tanpa gaji
pada tempoh tersebut kerana terpaksa menjaga bapa saya yang sakit pada ketika itu. Saya telah
mendapatkan surat sokongan daripada Pengarah hospital tetapi surat permohonan saya itu tidak
dipanjangkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
3. Surat permohonan itu bertarikh 17 Januari 2011 tetapi didalam buku laporan
perkhidmatan saya adalah dicatat bahawa gaji saya telah diberhentikan mulai 14 Januari 2011. Ini
adalah kerana 14 Januari (Jumaat) dan 15 Januari (Sabtu) adalah hari cuti dan saya tidak berkerja
pada hari itu. 16 Januari pula adalah cuti peristiwa Hari Keputeraan Sultan Kedah dimana saya tidak
berkerja juga. Oleh sebab demikianlah saya menulis surat permohonan cuti tanpa gaji bertarikh 17
Januari 2011 kerana 3 hari sebelumnya adalah hari cuti.
4. Dengan ini saya memohon jasa baik pihak puan untuk mengesahkan sebab sebab diatas sebagai
sahih sebagai penjelasan perbezaan tarikh yang dicatat dalam buku laporan perkhidmatan dan tarikh
yang tertera dalam surat permohonan cuti tanpa gaji saya.
Pertimbangan dan jasa baik pihak puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
.........................................
(DR.ALVIN ISAAC)

You might also like