You are on page 1of 8

Amalan Zikir Asmaul Husna (99 Nama-nama Allah)

Salam pagi Ahad semuanya.... pagi ni kak rose nak share dengan semua tentang
kebaikan zikir Asmaul Husna ni..... kak rose c&p dari blog Rahayu Roslan yang
mengidap penyakit cancer dan baru selesai menjalani rawatan radiotherapy....
muga ayu tabah menghadapi ujian dan akan sembuh seperti semula. izinkan kak
rose copy zikir ni untuk tatapan semua pembaca..... semuga kita semua
mendapat keberkatan dengan mengamalkan zikir ini......terima kasih ayu.
Amalan Zikir Asmaul Husna (99 Nama-nama Allah)
Bismillahhirrahmaanirrahim
Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barangsiapa yang menghafalnya
nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga (Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman (yang Maha Pengasih).
Dengan
nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama
yang baik).
Al-Isra': 110
Dialah Allah. Tiada tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai asmaul husna. Thaha:8
Allah mempunyai asmaaul husna maka bermohonlah kepadaNya dengan
menyebut asmaul
Husna. Al-A'raf:180
Apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca dengan dimulai
dengan perkataan Yaa (Wahai). Contohnya: ar-Rahman menjadi Ya Rahman.
Allah:
Nama yang Maha Agung dan Mulia. Pemilik utama segala pujian. Di baca 5000x
dengan khusyuk, tertib dan dengan kebersihan rohani untuk dekat dengan Allah
setiap hari.
Ar Rahman (Maha Pengasih): 100x selesai solat 5 waktu, insyaAllah sesiapa yang
membacanya akan menjadi seorang yang pengasih, terang hatinya dan tidak
mudah menjadi pelupa.
Ar Rahim (Maha Penyayang): 100x setiap hari. InsyaAllah akan di jadikan orang
tersebut penyayang dan di sayangi orang dan di beri kemudahan.
Al Malik (Maha Menguasai): 121x setiap hari selepas fajar, insyaAllah akan di
kayakan Allah dengan bersebab atau dengan pintu yang di bukakan Allah.
Al Quddus (Maha Suci): 100x setiap hari setelah tergelincir matahari. InsyaAllah
hari-harinya akan bersih dengan kesombongan, iri hati dan hasad dengki.

As Salaam (Maha Sejahtera): 160x setiap hari, insyaAllah penyakit yang di deritai
akan sembuh atau bila di bacakan kepada pesakit akan sembuh selagi belum
sampai ajal.
Al Mu'min (Maha Pemelihara Keamanan): 136x setiap hari insyaAllah akan aman
diri dan hartanya daripada kejahatan.
Al Muhaimin (Maha Menjaga): Sebanyak-bayaknye setiap hari, insyaAllah akan
sentiasa di awasi Allah dan di bersihkan zahir & batinnya. Juga bercahaya
hatinya.
Al Aziz (Maha Mulia): 40x setiap hari selesai solat subuh selama 40 hari,
insyaAllah akan di kurniakan Allah kekayaan dan di muliakan oleh Allah. Tidak
akan dia mengharap atau berhajat sesuatu selain daripada Allah.
Al Jabbar (Maha Perkasa): 226x setiap pagi dan petang, insyaAllah tidak berdaya
orang yang memusuhi untuk menganiayakannya. Akan tunduk mereka semua
dengan pertolongan Allah.
Al Mutakabbir ( Maha Megah): 662x setiap hari, insyaAllah akan terlindung
daripada musuh dan tunduk orang yang takabbur. Jika di baca saat bersama
isteri, insyaAllah akan di kurniakan anak yang soleh dan sihat.
Al Khaliq (Maha Pencipta): 5000x insyaAllah akan di temui harta, kekasih atau
keluarga yang hilang. Jika di baca di waktu malam Allah akan mengirimkan
malaikat untuk membantu menempuh hidup di atas jalan yang benar.
Al Bari (Maha Membebaskan): 100x pada siang hari, insyaAllah akan terhindar
dan selamat dari kesulitan dan kebinasaan.
Al Musawwir (Maha Pembentuk): 336x, insyaAllah segala perbuatan dan
pekerjaannya akan menjadi baik.
Al Ghaffur (Maha Pengampun): 100x dalam keadaan menunggu solat Jumaat di
dalam Masjid; dosa-dosa yang terdahulu akak diampun kan Allah SWT,
insyaAllah.
Al-Qahhar (Maha Pemaksa/Maha Menguasai): Di baca setiap malam secara terusmenerus sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan mendapat ketenangan batin dan
bebas daripada kehidupan yang sukar.
Al-Wahhab (Maha Pemberi): 300x setiap hari atau selepas selesai solat 5 waktu;
insyaAllah akan dan mendapat kekayaan, kehebatan dan kebesaran.
Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki): Baca berulang-ulang kali insyaAllah segala
usaha kita akan berjalan lancar serta sentiasa dikurniakan rezeki yang
mencukupi.
Al-Fattah (Maha Membebaskan/ Maha Membukakan): di baca 71x setiap selesai
fardhu subuh sambil meletakkan tangan di atas dada; insyaAllah akan bercahaya
hatinya dan dipermudahkan segala urusannya.

Al-Alim (Maha Mengetahui): 100x sesudah solat 5 waktu, insyaAllah akan


memperoleh ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
Al-Qabid (Maha Penggenggam): Sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terlepas
daripada ancaman jahat.
Al-Basit (Maha Meluaskan): Baca 10x setelah solat Dhuha, insyaAllah akan
dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan di luaskan ilmunya.
Al-Khafid (Maha Mnejatuhkan): 500x dengan khusyukk dan tawadhuk; insyaAllah
akan terlindung daripadanya perbuatan dan maksud jahat serta di kabulkan
hajatnya.
Ar-Rafi' (Maha Meninggikan): 100x setiap hari, insyaAllah akan ditinggikan
darjatnya oleh Allah SWT.
Al-Muiz (Maha Memuliakan): 140x seepas solat isya' setiap Isnin dan Jumaat,
insyaAllah akan dipandang mulia oleh orang.
Al-Muzill (Maha Menghinakan): 75x , akan dijauhkan Allah SWT daripada bahaya
orang-orang yang berbuat jahat dan memudaratkan.
As-Sami' (Maha Mendengar): 100x setiap khamis setelah selesai solat zuhur
tanpa pengetahuan orang lain akan termakbul doanya, insyaAllah.
Al-Basir (Maha Melihat): 100x sebelum solat Jumaat; Allah akan membuka hati
dan fikirannya, insyaAllah.
Al-Hakam (Maha Menetapkan hokum): Dibaca sebanyak-banyaknya selepas
tengah malam, insyaAllah akan dikurniakan ilmu rahsia dan hikmah agama.
Al-'Adl (Maha Adil): 104x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan
dikurniakan Allah sifat yang adil dan diperlukan pula untuk mengadili orang lain.
Al-Latif (Maha Penyantun / Maha Lemah-Lembut): 133x setiap hari, insyaAllah
akan di peroleh taufiq dan hidayah daripada Allah SWT. Akan berhasil dalam
perniagaan dan sentiasa dilimpahi rezeki.
Al-Khabir (Maha Bijaksana): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan berhenti
dari segala tabiat buruknya dan akan terhindar dari perbuatan khianat orangorang zalim.
Al-Halim (Maha Penyantun/ Maha Penyabar): 88x setiapkali selesai solat sunat
fardhu; insyaAllah akan kekal berpangkat kedudukannya dan akan bertambah
baik kedudukannya, insyaAllah.
Al-'Azim (Maha Agung): 7000x setiap hari dan setiap malam selama sebulan:
insyaAllah akan naik darjatnyadan memperoleh kelebihan dan kesenangan yang
banyak dalam kehidupan dunia.

Al-Ghafur (Maha Pengampun): Zikir sebyanyak-banyaknya setiap malam:


insyaAllah akan dilenyapkan segala kesukarannya dan diampunkan dosa bagi
mereka yang bertaubat.
As-Syakur (Maha Mensyukuri): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di
jernihkan hatinya dan disembuhkan penyakit yang di alaminya.
Al'Aliy (Maha Tinggi): Zikirlajh sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terbela
nasib mereka yang membaca nya dan terarah matlamat hidupnya dan jika
sedang mengembara akan selamat sampai ke destinasinya, insyaAllah.
Al-Kabir (Maha Besar) 100x setiap selesai solat fardhu,; insyaAllah akan
dibukakan Allah pintu makrifat baginya. Jika ia berhutang insyaALlah akan
berkemampuan melunaskan hutangnya.
Al-Hafiz (Maha Memelihara): 16x setiap hari: insyaAllah akan terselamat
daripada malapetaka.
Al-Muqit (Maha Mencukupkan): bacalah sebanyak-banyaknya kedalam segelas
air dan diberi minum kepada anak yang buruk perangainya; insyaAllah akan
berubah perangai anak itu kepada baik.
Al-Hasib (Maha Menghisab): Zikir setiap hari: insyaAllah akn terhindar daripada
bahaya dan bebas daripada rasa takut.
Al-Jalil (Maha Luhur): 75x setiap pagi `kira-kira 2.30 pagi setiap hari; insyaAllah
usahanya dan kedudukannya akan meningkat dengan tidak diduga.
Al-Karim (Maha Pemurah): 280x setiap kali hendak tidur, insyaAllah akan lapang
reqzekinya dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidupnya.
Ar-Raqib (Maha Mengawasi): 50x dengan niat agar Allah memelihara hartanya;
insyaAllah akan terpeliharalah.
Al-Mujib (Maha Mengabulkan): 55x setiap selesai solat subuh; insyaAllah akan di
kabulkan permohonannya oleh Allah SWT.
Al-Wasi' (Maha Luas): 127x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan Allah
SWT kehidupan yang mencukupi serta jalan keluar daripada segala kesempitan
hidup.
Al-Hakim (Maha Bijaksana): Biasakan zikir ini setiap hari; insyaAlllahtidak akan
mengalami kesukaran dalam menjalankan segala tugas dan pekerjaannya.
Al-Wadud (Maha Mencintai): 1000x setiap hari; insyaAllah akan diperbaiki segala
urusan dunia dan di akhirat.
Al-Majid (Maha Mulia): 99x setiap hari selepas solat subuh dan kemudian
ditiupkan ke telapak tangan dan di sapukan ke mukanya; insyaALlah akan dapat
kemuliaan dan kasih saying dari keluarganya.

Al-Ba'its (Maha Membangkitkan): 100x sebelum tidur dengan meletakkan keduadua tangan di atas dadanya; insyaAllah akan diterangkan hatinya dan di beri
ilmu hikmat dan makrifat.
As-Syahid (Maha Menyaksikan): 319x setiap malam; insyaAllah akan
meninggalkan segala perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang
benar.
Al-Haqq (Maha Haq/Maha Benar): Zikirlah setiap hari; insyaAllah akan tetap
hatinya dan keimanannya kepada Allah SWT.
Al-Wakil (Maha Memelihara): 1000x; insyaAllah akan Allah redakan hujan lebat
yang berbadaikan taufan dan akan pula dibukakan pintu rezeki oleh Allah.
Al-Qawi (Maha Kuat): Bacalah Yaa Qawiyyul Matiin 1000x setiap malam;
insyaAllah akan kembali bertenaga seperti yang di perlukan bagi mereka yang
lemah jasmani dan rohani.
Al-Matiin (Maha Kukuh): Sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas dan
rendah diri; insyaAllah akan lenyap segala kesulitan yang di hadapi.
Al-Waliyy (Maha Melindungi): 1000x pada malam Jumaat, insyaAllah alan diberi
Allah satu wilayah dan apabila dihisab di padang mahsyar akan di hisab dengan
cara yang amat mudah.
Al-Hamid (Maha Terpuji): 100x setiap kali selepas solat 5 waktu; insyaAllah akan
terhindar daripada tabiat buruk akan akan menjadi orang yang soleh.
Al-Muhsi (Maha Menghitung): 1000x, insyaAllah akan mendapat kemudahanpada
hari perhitungan nanti.
Al-Mubdiyy (Maha Memulai): setiap hari dengan hati yang khusyuk; insyaAllah
akan di jernihkan hati dan fikirannya.
Al-Mu'id (Maha Mengembalikan): Zikir sebanyak 124x sebeum mengerjakan solat
5 waktu; insyaAllah barang yang hilang akan di jumpai kembali.
Al-Muhyi (Maha Menghidupkan): 68x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah
akan terkeluar dari badannya segala jenis penyakit.
Al-Mumit (Maha Mematikan): Zikir sebanyak-banyaknya sebelum tidur;
insyaAllah sesiapa yang tiada kekuatan melawan nafsunya akan berupaya
mengawal nafsunya.
Al-Hayy (Maha Hidup): Zikirlah sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan diberi hati
yang terang dengan cahaya tauhid dan iman. Akan terhindar daripada sifat keji
dan mungkar.
Al-Qayyum (Maha Tegak/Berdiri dengan SendiriNya): Zikirlah Yaa Hayyu Yaa
Qayyum sebanyak 1000x setiap hari; insyaAllah hartanya akan bertambah, di
turuti orang perkataannya, dikasihi dia oleh semua dan ditinggikan martabatnya.

Al-Wajid (Maha Mengadakan): Di bacakan sebanyak-banyaknya setiap hari;


insyaAllah akan Allah kurniakan kekayaan batin dan kemantapan jiwa.
Al-Majid (Maha Luas Kemuliaan): 400x setiap hari; insyaAllah di jernihkan hati &
fikirannya.
Al-Wahid (Maha Esa): zikir secara berulang-ulang kali di tempat sunyi; insyaAllah
akan bebas daripada ketakutan.
As-Samad (Maha Diperlukan): 313x dalam waktu 3 hari dan disertai dengan
puasa 3 hari juga; insyaAllah akan di kabulkan hajatnya.
Al-Qadir (Maha Kuasa): Di baca sebanyak 305x setiap hari; insyaAllah akan
tercapai segala maksud serta hajatnya dan tercapai cita-citanya.
Al-Muqtadir (Maha Menentukan): 20x setiap kali bangun tidur; insyaAllah di
permudahkan segala urusan dan pekerjaannya.
Al-Muqaddim (Maha Mendahulukan): 124x setiap hari; insyaAllah akan maju di
dalam apa yang di usahakannya.
Al-Muakhir (Maha Mengakhirkan): 100x setiap hari; akan mendapat rahmat dan
redha Allah dan di terima taubatnya; insyaAllah.
Al-Awwal (Maha Awal): 40x setiap hari selama 40 hari; insyaAllah akan di
kurniakan anak lelaki. Jika di baca sebanyak 1000x selama 40 hari ; insyaAllah
akan di mudahkan hidupnya.
Al-Akhir (Maha Akhir): 200x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama
sebulan ; insyaAllah akan dibukakan pintu rezeki yang halal baginya oleh Allah.
Az-Zahir (Maha Nyata): Zikir Ya Zahir sebanyak 1106x setiap selesai solat 5
waktu dan di amalkan selama sebulan; insyaAllah akan di terangi hatinya dan di
buka rahsia dari ilmu yang sukar.
Al-Batin (Maha Tersembunyi): 300x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan
di bukakan kepadanya keberanian yang sejati.
Al-Waliyy (Maha Menguasai): 10,000x pada waktu siang dan 10,000x pada waktu
malam insyaAllah akan di bukakan pintu makrifat baginya; insyaAllah.
Al-Muta'ali (Maha Suci/Terpelihara): 541x setiap hari; insyaAllah akan mendapat
hasil yang baik dan di tinggikan martabatnya.
Al-Barr (Maha Dermawan): Di baca 7x kepada anak yang baru lahir; insyaALlah
akan terlindung anak tersebut daripada bahaya sehingga akil baligh.
At-Tawwab (Maha Penerima Taubat): Sebanyak mungkin; insyaAllah akan di
permudahkan untuk kembali ke jalan yang benar dan di redhai.

Al-Muttaqim (Maha Menyeksa): Zikir sebanyak 690x setiap kali selesai solat 5
waktu atau 6900x pada waktu malam; insyaAllah akan mendapat pertolongan
untuk mengalahkan musuh.
Al-'Aff (Maha Pemaaf): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di ampunkan
dosanya.
Ar-Rauf (Maha Mengasihani): Sesispa yang selalu membaca doa ini akan di kasihi
Allah SWT. Akan di limpahi rahmat dan tidak pula dia sengsara di dalam
hidupnya.
Al-Malikul Mulk (Maha Menguasai Kerajaan): Zikir sebanyak 212x atau lebih
setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan harta dan kekayaan kepadanya.
Dzul Jalaali wal Ikram (Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan): Baca sebanyak
1065x setiap hari selama sebulan maka Alllah akan memakbulkan hajat dan
doanya.
Al-Muqsit (Maha Mengadili): Di baca sebanyak 700x dengan niat; insyaAllah di
kabulkan niatnya.
Al-Jami' (Maha Mengumpulkan): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan
jumpa barang yang hilang dan keluarga yang jauh akan di ketemukan semula.
Al-Ghani (Maha Kaya): Di baca sebanyak 1007x setiap hari; insyaAllah akan di
anugerahkan kepadanya kekayaan zahir & batin dan juga di permudahkan jalan
hidupnya.
Al-Mughni (Maha Mengkayakan): Zikir sebanyak 1,000x; insyaAllah akan menjadi
kaya dengan kurnia Allah.
Al-Mani' (Maha Menolak/Melarang): Baca sebanyak 164x sebelum solat subuh;
insyaAllah akan di kurniakan kehidupan kekeluargaan yang baik dan terhindar
daripada kezaliman.
Ad-Dharr (Maha Memudharatkan): 1001xsetiap hari ; insyaAllah akan sembuh
daripada penyakit yang telah lama tidak dapat di sembuhkan.
An-Nafi' (Maha Pemberi Manfaat): setiap hari sebyak-banyaknya: insyaAllah
segala penyakit dan kesusahannya akan hilang.
An-Nur (Maha Bercahaya): sebanyak 256x setiap hari; insyaAllah akan terang
hati nurani dan jiwanya untuk makrifat kepada Allah SWT.
Al-Hadi (Maha Pemberi Petunjuk): Sesiapa yang selalu menyebut asma' ini;
insyaAllah akan memperoleh ilmu kerohanian.
Al-Badi' (Maha Pencipta Yang Baru): Di baca yaa Badi' as Samawaati wal Ardh
sebanyak 70x; insyaAllah akan bebas dia dari sebarang kesulitan.
Al-Baqi (Maha Kekal): 1000x; insyaAllah akan hilang segala dukacitanya dan
kemudharatan.

Al-Warith (Maha Mewarisi): 707x setiap malam; insyaAllah akan memperoleh


kejayaan di dalam bidang kehidupan yang di ceburi.
Ar-Rashid (Maha Pemberi Petunjuk): zikir sebanyak 1000x antara Maghrib dan
Isya'; insyaAllah segala kesusahan dan kepayahannya akan hilang.
As-Sabur (Maha Penyabar): Zikirlah sebanyak 3000x; insyaAllah akan hilanglah
penderitaan dan kesusahan yang sedang di hadapi.

You might also like