You are on page 1of 40

Amalan Gaya hidup Sihat

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.


..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.
Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh
ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan
kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan
era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu
matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang
boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk
pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan
sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah
seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera.
Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan
makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula
atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit
kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga
menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti
menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya
amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua
mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh
badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan
yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh
menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari
bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti
senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem
peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka
tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan
minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya,
semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan
seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang
cergas.
.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa
bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas
seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang
cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan
kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan
bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat
mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu
selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh
membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat
membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.

..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan,
masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran
yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada
sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotongroyong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan
sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit
seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk
di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat
takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian,
orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit
serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial
seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah
dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan
individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap
berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan
keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan
menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran
tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu
bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek
psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang
sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki
oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini.
Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan
pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.
Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat
memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka
yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan
daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu
kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan
negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar
jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya
hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua
amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya
masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri
manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah
kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih
baik daripada mengubatinya.

Kepentingan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan.


............Menjelang tahun 2003, bahasa Inggeris telah mula digunakan dalam
pendidikan di Malaysia. Sistem ini dimulakan apabila bahasa Inggeris dijadikan
bahasa penghantar untuk mata pelajaran sains dan matematik. Pelaksanaannya
dijalankan secara berperingkat-peringkat yang dimulakan kepada pelajar tahun 1
serta pelajar tingkatan 1. Beberapa tahun kemudian, semua pelajar sekolah
rendah dan sekolah menengah telah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya
dalam pendidikan sains dan matematik. Biarpun program ini diliputi dengan
pelbagai kontravesi namun tindakan kerajaan melaksanakan dasar penggunaan
bahasa Inggeris dalam pendidikan memberi pelbagai kebaikan.
............Antara faedah menguasai bahasa Inggeris dalam pendidikan adalah bagi
membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran yang kebanyakannya
bersumberkan bahasa Inggeris. Sebagai contohnya, memandangkan beberapa
mata pelajaran penting seperti sains, matematik, teknologi maklumat dan
sebagainya menggunakan bahasa Inggeris maka kegagalan pelajar menguasai
bahasa ini akan melemahkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang
disebutkan tadi. Pepatah Melayu pernah menyebut, kalau tidak dipecahkan
ruyung, masakan dapat sagunya. Begitulah juga halnya, jika penggunaan
bahasa Inggeris tidak dimulai dari sekarang, selagi itulah para pelajar akan
ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut. Justeru, penggunaan bahasa
Inggeris adalah amat perlu dikuasai agar para pelajar dapat memperoleh ilmu
npengetahuan yang kebanyakannya hanya dapat diperoleh melalui kemahiran
berbahasa Inggeris.
............Selain itu, bahasa Inggeris juga penting dalam pendidikan di negara kita
selaras dengan objektif pendidikan yang ingin melahirkan individu yang mampu
bersaing dalam dunia global. Penguasaan bahasa inggeris yang dimulakan dari
sekolah mampu melahirkan individu yang dapat berkomunikasi dengan berkesan
dengan individu lain dari seluruh dunia. Sebagai contohnya, kemahiran
berbahasa Inggeris amat penting apabila seseorang individu ditugaskan di luar
Negara atau membawa misi negara di luar negara. Kegagalan berkomunikasi
dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris akan menjejaskan pelbagai
peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial. Jelasnya, pendidikan
bahasa Inggeris di peringkat sekolah mampu melahirkan individu yang berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain di seluruh dunia.
............Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga penting kerana

dengan penguasaan bahasa tersebut para pelajar yang mendapat keputusan


peperiksaan baik dapat berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara.
Memandangkan bahasa Inggeris telah diterima sebagai bahasa antarabangsa,
kebanyakan universiti teragung di seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa penghantar. Jika seseorang pelajar dapat menguasai bahasa
tersebut dengan baik maka peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara adalah lebih cerah. Sebagai contohnya, institusi pendidikan swasta
seperti kebanyakan institusi pendidikan swasta di negara kita juga telah
mengimplementasi penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar
mereka di institusi pendidikan tinggi swasta. Oleh yang demikian, para pelajar
yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi
perlulah menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
............Pada masa yang sama, penggunaan bahasa Inggeris juga penting kepada
para pelajar bagi tujuan mendapatkan pekerjaan pada masa depan. Perlu diingat
bahawa majikan akan lebih tertarik untuk mengambil pekerja yang mampu
berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuklah berbahasa Inggeris. Sebagai
contohnya, pekerjaan dalam bidang telekomunikasi, penyiaran, teknologi
maklumat dan sebagainya amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. Oleh
itu, lepasan sekolah atau universiti yang mahir berbahasa Inggeris lebih mudah
mendapat pekerjaan berbanding dengan mereka yang kurang menguasai bahasa
Inggeris. Tambahan pula, mereka yang mahir berbahasa Inggeris lebih diminati
oleh majikan dari syarikat-syarikat besar yang biasanya menawarkan
pendapatan lebih lumayan. Jelasnya, bahasa Inggeris amat penting dipelajari di
sekolah demi memanfaatkan pelajar bagi tujuan membina kerjaya pada masa
yang akan datang.
______Sementara itu, kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan
negara, mengakibatkan Malaysia memerlukan penduduk yang mampu
berbahasa Inggeris dengan baik agar dapat bersaing dengan mereka dari
seluruh dunia. Pendidikan bahasa Inggeris amat penting bagi melahirkan
masyarakat yang dapat berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa.
Sebagai contohnya, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang
teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris. Umumnya,
mereka yang gagal menguasai bahasa ini akan berdepan dengan pelbagai
rintangan yang dapat mengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan
peluang yang tersedia pada peringkat antara bangsa. Justeru, pendidikan bahasa
Inggeris di sekolah berperanan membina masyarakat yang lebih berdaya saing
pada peringkat global suatu hari nanti.
______Intihanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat perlu dipelajari
dan dikuasai oleh semua pelajar. Seseorang yang dapat menguasai bahasa ini
akan lebih berkeyakinan dan mampu merebut peluang yang tersedia sama ada
pada peringkat nasional atau pada peringkat antara bangsa. Namun begitu, biar
bagaimana penting sekalipun bahasa Inggeris ini digunakan oleh masyarakat
antarabangsa namun penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
negara amat perlu dipertahankan dan dipertingkatkan martabatnya. Kita tidak
mahu bahasa rasmi kita pupus akibat kelalaian kita mengagungkan bahasa
Inggeris umpama kata pepatah Melayu yang dikejar tak dapat, yang dikendong
keciciran.

Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan


telah mengambil langkah bijak dengan menjadikan binaan lama
tersebut sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan. Bincangkan
kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah di
negara kita.
.
.
.Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring
dengan nama Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada
antarabangsa. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan perumahan
dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini telah menggunakan
ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu
yang hangat yang telah dibincangkan adalah sama ada Stadium Merdeka patut
dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan itu tidak lagi berfungsi
sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagai
lapisan masyarakat kita. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah
perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya,
terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah
yang terdapat di negara kita.
.
.Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah
bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu
era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus
Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk
memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah
mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah
kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga
dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat

penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan
kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah
Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah
cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman
kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat
dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ,
Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling,
Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detikdetik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat
membuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di
Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha
meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar
dilaksanakan.
.
.Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan
bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah
dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat
terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin
menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya
menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita menghayati sejarah di
sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada
peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa
mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai
contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan
yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka
dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah
perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada zaman
Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu menjadi negara yang setaraf
dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi duduk sama
rendah sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada
sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya
tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan
sempadan.
.
.Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan
monumen dapat menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun
pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga
menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain
menyaksikan pemandangan alam yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah
tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai
contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium,
galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu
perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali,
dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan
Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada
bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih
ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan
negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan
melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain
menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam
muzium dan galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum air. Oleh itu,

bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri
pelancongan negara.
.
.Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan
yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan
penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji
bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya
bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek
di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat
mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British
tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada
ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina
bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah
yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya
dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan
Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai
memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper.
Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis
peribahasa, yakni tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, bangunan bersejarah dan
monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
.
.Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan
minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan
khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset
yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan
terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan
peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah
masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan
bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan
bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan dan dilestarikan,
bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Oleh hal yang
demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan
bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.

Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan


masyarakat semakin gusar. Huraikan punca-punca dan langkah-langkah
yang tercetus.
(ubah suai karangan isi agar sesuai dengan SPM)
............Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi
kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan
sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang
tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah
semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang

amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah,


ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.
............Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap
tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Jika tidak
kerana angin masakan pokok bergoyang. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku
tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti
sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.
............Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada
pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup
berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan
menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin
ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.
............Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan
prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa
yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.
............Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun
jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan
rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut
juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli
kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya
kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan
pembulian mereka terhadap pelajar lain.
............Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.Terdapat
pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan
membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian
Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam
pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan
Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar
akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan
pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk
daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit
dalam kes buli ini.
............Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh
diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi
menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti
kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam
menangani masalah kes buli ini.
............Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa
pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan
sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi
sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli
mangsanya.

............Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai


Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan
memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah
kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga
boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain
agar semua pelajar tahu akannya.
............Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan
kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan
kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar
tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama
juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.
............Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak
sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang
ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus
memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar
masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.
............Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada
pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh
dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika
kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan
berleluasa lagi.
.............Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan
diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang
dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah
harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia
tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada
pelajar yang lain.
............Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha
untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang
baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah
sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan
anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang
dan sebagainya. Bak kata pepatahbapa borek, anak rintih, ketam mengajar
anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget.
............Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan
dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang
keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang
yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan
diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti
melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan
masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
............Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang
ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan

tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai
Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin sematamatanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan
akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa
Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak
haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes
buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak
duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi
muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa
dipersada dunia.

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin


kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.
Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.
(Ubah suai karangan ini agar sesuai dengan SPM)
............Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah
untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan
hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk
sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan
apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
............Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan
perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya
mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan
kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan
melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian
ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan
masalah disiplin menjadi-jadi.
............Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini
memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan
telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan
masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka
tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian
disiplin pelajar yang terus merosot itu.
............Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi.
Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar.
Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding
ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan
sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot
dengan drastiknya.
............Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus
dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada
pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak
mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang
beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh
pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin
ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu,
cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan
masalah disiplin pelajar.
............Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar
turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat
menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan
terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan

untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.


............Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup
menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan
anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus
memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi.
Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh


masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal
cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak
media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik
ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Amalan berjimat cermat dan menabung.

............Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya


dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan
harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan
bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar
tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya
perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan
masyarakat.
............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk
mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan
menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi
memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan
untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan
kerana kita perlumenyediakan payung sebelum hujan.
............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anakanak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri
di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan
menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan
sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank
tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah
dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil
daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih
gemilang.
............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham
amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan
Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan
pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka
luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada
setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat
kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.
...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan
terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan.
Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang
pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan,
bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut

dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama


kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat
wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat
sebelum terkena.
............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan
masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah,
seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun
bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan
peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap
masa tanpa mengira peringkat umur.

Keburukan penglibatan pelajar dalam industri hiburan tanah air.


...............Dewasa ini, industri hiburan tanah air semakin berkembang maju.
Kemajuan industri ini dapat dilihat melalui monopoli media massa tempatan baik
media cetak mahupun media elektronik yang lebih cenderung pada berita-berita
bercorak keseronokan berbanding dengan berita bercorak pengetahuan. Namun
apa yang amat dikesali, ada juga golongan yang cuba meraih keuntungan
mudah dengan mengeksploitasi para remaja khususnya golongan pelajar agar
melibatkan diri dalam dunia hiburan biarpun sepatutnya mereka perlu
menggalas wadah memajukan diri dalam bidang pendidikan. Lantaran budaya
berhibur melebihi keutamaan menuntut ilmu, situasi kini sudah pasti memberi
impak yang negatif kepada generasi akan datang. Justeru, apakah kewajaran
yang membolehkan golongan pelajar melibatkan diri dalam dunia hiburan dan
apakah pula kesannya?
...............Antara kesan negatif yang bakal timbul ialah kesukaran pelajar untuk
membahagikan waktu di antara melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan
tugas utama mereka iaitu menuntut ilmu. Dalam usia yang masih terlalu muda,
dunia pelajar seharus ditumpukan sepenuhnya untuk memperoleh ilmu sebagai
menggalas aspirasi menjadi insan yang berilmu dan berpengetahuan. Namun
jika mereka terlibat dengan dunia hiburan, masa yang ada terpaksa dibahagikan
pula dengan tanggungjawab mereka untuk memajukan diri dalam bidang
hiburan. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan keupayaan mereka meluangkan
waktu pada pelajaran dan kesannya bakal memberi impak yang tidak baik
kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya seseorang pelajar terlibat secara langsung
dalam bidang nyanyian atau lakonan, mereka memerlukan masa yang panjang
bukan sahaja untuk mengikuti penggambaran atau pertunjukan yang diadakan
malah masa untuk berlatih juga perlu diambil kira. Justeru, kesannya akan
menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk memperuntukan waktu yang
secukupnya pada pelajaran.
...............Pada masa yang sama, penglibatan pelajar dalam Program Realiti
Hiburan seperti yang kerap kita lihat di kaca televisyen akan menjejaskan
peluang pelajar bergiat dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah. Penglibatan
mereka juga menyebabkan pelajar terpaksa mengambil cuti untuk
melaksanakan kehendak penganjur hiburan mengadakan pertunjukan di manamana juga. Akibat terikat dengan kontrak bersama dengan syarikat hiburan,
para pelajar terpaksa melupakan tugas utama mereka dalam usia muda iaitu
melaksanakan aspek pembelajaran dan mengikuti aktiviti kokurikulum yang
telah ditetapkan. Hal seperti ini akan menyebabkan para pelajar yang terbabit
ketinggalan dalam pelajaran dan menjejaskan prestasi mereka dalam
peperiksaan. Bayangkanlah, apa yang bakal berlaku kepada generasi kita pada
masa depan jika rakyatnya tidak berilmu lantaran memilih bidang hiburan dan
mengetepikan ilmu pengetahuan. Janganlah pula sampai yang dikejar tak dapat,
yang dikendong keciciran.
...............Realiti hidup sebagai seniman sebenarnya adalah terlalu kompleks dan
penuh dengan tipu muslihat. Persoalannya, mampukah golongan remaja seperti
pelajar mengharungi kehidupan dan menyahut cabaran dalam dunia artis yang

penuh cabaran? Bakat yang dimiliki sahaja mungkin tidak mencukupi jika ilmu di
dada tidak seberapa. Menyertai bidang hiburan memerlukan seseorang yang
mampu mendepani segala rintangan, apatah lagi dunia hiburan masa kini
berdepan dengan pelbagai saingan yang terlalu rumit. Dalam usia setahun
jagung, kemungkinan untuk menempa nama dalam dunia hiburan adalah terlalu
kecil, lantas mereka berdepan pula dengan kemungkinan menghadapi
kegagalan. Mampukah golongan semuda ini berdepan dengan kegagalan? Kita
amat bimbang, kegagalan akan menjerumuskan golongan pelajar dalam gejala
sosial yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, sek bebas dan
sebagainya. Justeru, sebelum menceburi bidang hiburan, remaja khususnya
pelajar perlulah bijak menilai dan memilih sebelum membuat keputusan.
...............Selain itu, dunia hiburan dan pendidikan dilihat sebagai dua dunia yang
begitu berbeza. Lihat sahaja pertuturan seorang artis, pergaulan bebas sesame
peminat, pakaian malah keseluruhan gaya hidup mereka. Hal ini amat berbeza
sama sekali dengan objektif pendidikan yang berperanan melahirkan insan yang
seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Ambil sahaja contoh rambut
seorang artis, bergaya, panjang dan berwarna. Hal ini amat bertentangan
dengan kehendak didiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Persoalannya
nanti, mahukah golongan golongan pelajar yang telah masuk dalam golongan
artis berpakaian kemas, berambut pendek dan menggayakan perlakuan sopan di
khalayak ramai? Mampukah mereka merendahkan rasa ego mereka apabila
berada di sekolah bersama rakan-rakan mereka yang lain? Kesannya lebih
menjurus pada keburukan dan boleh mewujudkan konflik dalam diri pelajar
terbabit. Hal inilah yang perlu difikirkan dengan serius sebelum mengambil
pendirian untuk menyertai bidang hiburan.
...............Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa mereka yang
menyertai bidang hiburan adalah individu yang mementingkan glamour dan
bersifat meterialistik. Kenyataan ini mungkin ada kebenarannya jika dilihat dari
situasi industry hiburan kita pada hari ini. Kejayaan seseorang pelajar dalam
dunia hiburan mungkin bakal melahirkan pelajar yang bersifat bongkak,
sombong dan memandang rakan dan guru sebagai manusia yang tidak patut
dihargai. Lihat sahaja perlakuan seorang artis remaja ketika bercakap dengan
seorang jururawat di sebuah hospital. Apa pula pandangan anda jika seorang
artis remaja mengherdik seorang pengawal di sebuah lapangan terbang di
Sepang? Sikap bongkak ini lahir apabila mereka merasakan diri mereka terlalu
glamour sehingga memandang rendah orang lain yang bukan golongan artis.
Natijahnya, sikap negatif sebegini lahir disebabkan kurangnya nilai-nilai moral
yang sepatutnya mereka pelajari di sekolah. Malangnya, oleh sebab terlalu
banyak waktu digunakan untuk dunia hiburan, nilai-nilai moral sebegini terus
dilupakan.
...............Intiharnya, dunia hiburan masa kini bukanlah dunia seorang pelajar.
Sebagai pelajar, mereka perlu mempunyai acuan sendiri iaitu menyahut cabaran
mendepani bidang ilmu yang terlalu luas dan tidak bertepi. Menuntut ilmu
memerlukan komitmen yang menyeluruh dan bukan sekadar melepaskan batuk
di tangga. Andai terbuka hati untuk menyertai industri hiburan, berilah ruang
untuk memenuhi ilmu di dada terlebih dahulu kerana hanya ilmu yang mampu
membina impian masa depan gemilang.

Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan


terpenting di negara kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang
perkembangan industri pelancongan tersebut.
............Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia.
Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan
sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia
malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan
Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan
mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak
syarikat besar yang tumbuh bak cendawan selepas hujan mahupun agensi
kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke
Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia
menjadi tumpuan pelancong.
............Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak
tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi
tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya,
Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk
seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para
pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping
melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buahbuahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan
Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini
pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya
mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ.
Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari
dalam dan dari luar negara.
............Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga
disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun.
Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong
dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai
pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk
berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang
terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat
di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di kawasan pantai ini juga
disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu

layar mahupun mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya


menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.
............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga
turut disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di
antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah
Pulau redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan
ini dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa
untuk kunjungan para pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai
syurga dunia dengan melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang
terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban
dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di
kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman
Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih
ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan
negara.
.............Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu
oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia
merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai
budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina
dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia.
Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala
kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya
dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong.
Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat dan
rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali
dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya
menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.
.............Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan
pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai
contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan
kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara
sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan
promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat
malah meliputi semua negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur.
Pada masa yang sama, kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti
tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora
Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi
dan sebagainya. Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baru
seperti ekopelancongan, agrotourism, pelancongan perubatan, pelancongan
pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor
pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.
.............Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi
untuk menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai
kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Justeru,
peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada
semua masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan
rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi

sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil
merehatkan minda mereka.

Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan


anak remaja belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa
memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka
membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta
akan ilmu.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk
mencapai hasrat tersebut.

Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk
menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana
anak-anak muda pada era ini, lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan yang
ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan animasi
kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan seperti
buku-buku motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat,
Solusi, Dewan Budaya, Al Islam, dan Anis kurang diminati malah ada dalam
kalangan mereka yang tidak tahu akan kewujudan majalah tersebut di pasaran.
Mereka berpendapat bahawa membaca karya-karya ilmiah dianggap berat dan
membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir sedangkan majalah
atau buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana
pembacaan bagi mereka hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa
senggang sahaja. Apa pun yang jelas, buku yang baik adalah kunci kepada
khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan yang penting untuk
melahirkan anak yang berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain.

Persoalannya, apakah modus operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?
Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa
haruslah membawa anak-anak ke pesta buku atau pameran buku seperti
Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini
dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu bapa
membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku
akan bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang
menarik serta menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih
buku-buku yang disukai dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat
penting untuk membimbing anak-anak agar dapat memilih buku yang berkualiti
yang mampu membina pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu, anak-anak
juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan,
falsafah, motivasi dan sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga
berpeluang untuk membaca buku-buku yang memaparkan sejarah negara lain.
Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am anak-anak tentang Negara luar.
Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pameran buku
merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak untuk
membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan seterusnya menjadi
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam
aspek membaca. Justeru, ibu bapa hendaklah memulakan budaya membaca di
rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat anakanak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca bukubuku dan surat khabar pada setiap hari terutama pada waktu senggang.
Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh
anak-anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah
kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anakanak tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk
membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari
rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh
melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu semua
ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi
seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri sendiri
tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah,
bagaimanakah anak-anak hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak
akan suka membaca apabila melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa
harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak kerana anak-anak akan
menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi
bak kata pepatah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau,
terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan
membeli banyak buku atau majalah yang mengandungi ilmu pengetahuan yang
boleh mengembangkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan
bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak membaca,
sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa,
mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan

seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan
Solusi selain surat khabar yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung,
anak-anak akan tertarik untuk membaca buku-buku dan majalah yang
mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu bapa mereka.
Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam
jiwa mereka. Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat
membina jati diri unggul, mempunyai minda sihat, berketerampilan sebagai
orang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain itu, ibu bapa boleh
memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir atau hadiah sempena
kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran.
Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku motivasi
sempena hari lahir anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak.
Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa.
Amalan seperti ini akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak
kenal maka tak cinta.
Seterusnya ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak
membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab
buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai
aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini. Sebagai contohnya,
anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka
didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku. Secara tidak
langsung, anak-anak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan
bahan bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih bahan-bahan yang
berkualiti kerana boleh mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan
pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh
menggalakkan anak-anak menyertai Kempen Galakan Membaca dan Kembara
Buku yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan menghadiri kempen-kempen
membaca, anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran tentang pentingnya
membaca malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya. Tegasnya, ibu bapa
perlulah membawa anak-anak menghadiri kempen-kempen membaca dan
menggalakkan anak-anak menyertai ahli kelab buku agar anak-anak membaca
bahan-bahan ilmiah yang dapat membentuk anak-anak menjadi insan yang
mulia dan disanjung tinggi.
Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang
mengandungi bahan-bahan ilmiah yang menempatkan pelbagai jenis buku
ilmiah seperti novel karya agung, kamus, buku- buku agama, dan buku motivasi
diri selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat
anak-anak untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut. Ibu
bapa juga hendaklah memainkan peranan dan memastikan anak mereka
membaca buku-buku yang disediakan dalam perpustakaan mini di rumah. Anakanak juga digalakkan untuk membaca surat khabar atau majalah ilmu pada
setiap hari dan membaca sebuah buku pada setiap minggu. Hal ini akan
menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca tanpa
perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak
memerlukan modal yang banyak. Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap
bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini tersebut. Pembacaan buku dan
majalah yang berulang kali dapat menguatkan minda anak-anak. Pepatah
menyatakan bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya. Apabila
anak-anak sudah biasa didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap

hari dan sebuah buku pada setiap minggu, anak-anak akan biasa berbuat
demikian dan menjadikan membaca sebagai amalan rutin harian keranaalah
bisa, tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada masa
terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas. Tambahan
pula, jika ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah membawa
anak-anak ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal
mereka. Perpustakaan awam memuatkan berjuta-juta buku yang boleh
meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Malahan, apabila anak-anak pergi
ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam keadaan yang
senyap, aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anakanak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan mini di
rumah dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan
ilmiah dengan membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet
merupakan sumber ilmu yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat.
Namun, terdapat remaja yang yang menyalahgunakan Internet seperti melihat
gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu bapalah merupakan pembimbing
kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari internet
untuk mencari judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di kedaikedai buku berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak membaca
karya-karya ilmiah supaya boleh melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Ilmu yang diperoleh daripada bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan
sebagai panduan hidup. Hal ini disebabkan mesej-mesej yang terkandung dalam
bahan bahan ilmiah penting dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam memupuk minat membaca buku-buku ilmiah.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa
untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang
memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan
ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak
mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk
menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak
sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran
akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Ibn Khaldun dalam
karya besarnya,Muqaddimah, pernah berkata bahawa kekuatan ilmu bukan
sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi
arah dan makna kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang cinta akan
ilmu pengetahuan.

Penderaan Kanak-kanak

............Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap


pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris
sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan
kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur
di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa
memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun,
sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di
sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam
akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai
tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa
kandung kepada mangsa.

............Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanakkanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka
menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja
dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anakanak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika
merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu
bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang
merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak
masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul,
menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka
sehingga diperlakukan sebegitu.

............Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana


masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah
kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka
bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau
keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang
mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak
sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan
kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah
keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik
untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati
kita lebih tenang.

............Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis
rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin
disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang
dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih
barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak
pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

............Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak


ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat
penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik
dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada

penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah


menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti
tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak.
AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa
yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang
merupakan amanah Allah kepada kita.

............Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi


dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan
kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab
mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana
keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti
tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di
samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh
mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

............Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas
seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja
yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang
boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal
mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

............Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas


bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan
yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap
pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus
dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara
untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan
baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
............Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang
dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah
bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang
dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan
amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita
untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka
selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil
mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah
anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak
menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat
nanti.

FAKTOR UTAMA PELANCONG BERKUNJUNG DI MALAYSIA


Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi
negara kita. Pada tiap-tiap tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang
berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakan pelancong
adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika
Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan. Terdapat
pelbagai faktor yang telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita.
............Antara faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah
disebabkan negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak
memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong.
Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti
yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya. Hal ini
menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda
sambil menikmati keindahan alam.
............ Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di
kunjungi oleh pelancong. Para pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan
tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara. Di
ibu kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat bangunan canggih iaitu bangunan
KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah menyebabkan
jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah.
............Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah
disebabkan oleh kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia.
Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, pelbagai jenis
makanan terdapat di sini. Pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu
seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum India seperti tosei
dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian
zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina.
Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita.
............Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan
kemajuan dalam sektor pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya
untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar dapat dikunjungi dengan
mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negara-negara
lain untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia. Hal ini
terbukti berkesan apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia
sentiasa bertambah dari setahun ke setahun.
............Faktor terakhir yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia
ialah terdapatnya kemudahan membeli-belah yang disediakan untuk para
pelancong. Dengan wujudnya kemudahan ini, mereka dapat berbelanja atau
mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-

barang yang terdapat di situ juga dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini
menggalakkan pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.
............Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju
kerana disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa
menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan-santun bagi menggalakkan
kehadiran mereka ke negara kita.

Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara. Huraikan


usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri
pelancongan negara.
............Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh
kerajaan memandangkan industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di
negara kita. Sektor pelancongan juga perlu dimantapkan kerana sektor ini
mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat menarik yang
terdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan
tempatan seperti di Cameron Highland, Genting Highland, bandar raya Melaka,
Desaru dan sebagainya. Oleh itu pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk
memajukan industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak kerajaan sendiri
mahupun agensi yang berkaitan.
............Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah
menambah kemudahan pengangutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi
yang menarik di negara kita. Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi
peluang yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang
mereka sukai. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina kemudahan lebuh
raya baru ke Cameron Highland agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi
pelancong. Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah terutama
dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang
ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini, para pelancong akan berasa selesa
apabila berkunjung ke Malaysia.
............Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan
seperti hotel dan chalet perlu ditingkatkan. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan
memperbanyakan pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar
bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minat
pelancong. Sebagai contohnya, usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia
memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional
tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel
tersebut.Justeru, sekiranya usaha seperti ini dilaksanakan secara berterusan,
jumlah pelancong asing yang akan kembali semula ke Malaysia akan bertambah
di samping menggalakkan kedatangan pelancong baru.
............Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih banyak

promosi untuk menjelaskan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita.


Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival
jualan boleh di laksanakan dengan giat sama ada di dalam mahupun di luar
negara. Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan
promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai
dan Arab Saudi. Usaha mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui
penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarkan maklumat
tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan
semua pelancong memperoleh maklumat berguna mengenai destinasi
pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi
yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan secara
berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.
............Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama
pelancong asing ialah aspek kebersihan dan kemudahan prasarana. Kawasan
pelancongan mestilah sentiasa bersih dan diselenggarakan dengan baik.
Petugas- petugas di kawasan pelancongan perlu ditambah bagi memastikan
kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya dengan kemudahan prasarana
bagi membolehkan pelancong membeli-belah dengan selesa. Sebagai
contohnya, kemudahan seperti bank, insuran serta pusat membeli belah perlu
dibina di kawasan pelancongan. Langkah-langkah seperti ini mampu menjadi
daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang diminati.
............Selain usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh
rakyat negara ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan
oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui
sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang
dianggap duta pelancongan negara haruslah bersikap ramah, mesra dan
menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing
bagi mengaut keuntungan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan
santun dan lembut bahasa kerana bahasa menunjukkan bangsa. Jadi, rakyat
negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan
atau asing ini dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa
memberi kenangan manis di sepanjang hidup mereka.

............Memandangkan persaingan dalam industri pelancongan semakin sengit,


agensi-agensi pelancongan perlu bersikap lebih kreatif bagi menerokai bidang
pelancongan baru. Konsep pelancongan perlu diperluaskan dengan
memperkenalkan pelbagai jenis pelancongan seperti ekopelancongan,
pelancongan alam sekitar, pelancongan pendidikan, pelancongan perubatan dan
sebagainya. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta.
Jika pelancongan versi baru ini tidak dicuba di negara kita, kita tidak akan
mengetahui potensi yang dapat diperoleh daripada industri pelancongan
tersebut. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti sukan seperti Le Tour De
Langkawi serta persidangan antarabangsa seperti Persidangan APEC yang
diadakan di Kuala Lumpur, mampu menarik jumlah pelancong berkunjung ke
Malaysia.

.
............Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika
usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk
melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia menjadi
nyata? Segala tindakan yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan
kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatianan dan rasa
bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan
dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil
merehatkan minda mereka. .

Salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada tanah air ialah membentuk
dan mengasuh anak-anak menjadi warganegara yang berjiwa patriotik
dan cinta akan negara.
Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak itu.

Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan


dirinya untuk kepentingan negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang
dilihat sebagai cinta akan negara meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak
menimbulkan masalah seperti terlibat dalam jenayah, dan membantu rakyat lain
yang miskin. Pihak media massa terutama akhbar telah menggunakan konsep
patriotik ini dalam banyak karya penulisan mereka sebagai cubaan untuk
menanam semangat ini dalam jiwa rakyat. Sebenarnya, ibu bapa mempunyai
peranan besar untuk memastikan semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi
muda Malaysia.
Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke
tempat bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan
lebih mengerti perjuangan tokoh negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau
apabila mereka dapat melihat sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara
pejuang negara dengan penjajah British itu. Mereka boleh membaca penulisan
yang biasanya menerangkan serba ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan

bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas
perjuangan tokoh tersebut. Jadi, anak akan lebih tinggi semangat cinta akan
negaranya apabila sering melawat tempat bersejarah di negara ini.
Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang
tinggi kepada anak sendiri kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam
mengajar anaknya berjalan lurus pula. Pemaparan teladan ini dilakukan
menerusi percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya yang menjurus ke
arah pengorbanan negara terhadap kehidupan mereka selama ini. Anak telah
diyakini akan meniru kelakukan orang tua mereka bak kata pepatah bapa borek
anak rintik terutama apabila sering didedahkan dengan kelakuan patriotik
sebegini. Jadi, teladan ibubapalah yang membawa penyemaian benih
nasionalisme dalam jiwa remaja kita tersebut.
Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya
ibu bapa membawa anak untuk sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan
ini. Biasanya, kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang
cuba meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati mereka yang hadir
itu. Suasana yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan
rasa bangga dalam hati anak yang menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa
anak ke tempat sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta akan
negara.
Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk
menghuraikan semangat patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi
seperti internet dan telefon pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih
banyak informasi tentang sejarah negara dengan satu sentuhan sahaja. Ibu bapa
boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah negara
yang kadangkala begitu mengelirukan itu juga. Sesungguhnya, penggunaan
teknologi sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak
mereka memiliki rasa cinta akan negara.
Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai
dalam jiwa anak menerusi amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika
negara belum mengalami kemodenan harus diterangkan kepada pelajar agar
mereka memahami erti pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah
membawa perubahan besar itu. Anak yang selalu mendengar itu akan mula
perlahan-lahan menghargai jasa pejuang negara terdahulu lalu memasang
impian untuk turut membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula. Lantaran itu,
ibu bapa yang bijak akan sering bercerita mengenai perubahan pembangunan
negara supaya anak memahami kehidupan yang dialami sekarang berpunca
daripada pengorbanan orang terdahulu.
Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi
tugas ibu bapa. Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi
yang wujud untuk memudahkan anak memahami makna pengorbanan rakyat
yang sebenarnya. Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam
menangani isu semangat cinta akan negara ini sudah pasti generasi muda kita
akan hilang rasa hormat terhadap negara. Kita harus sedar semua yang berlaku
pada masa hadapan berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.

Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan


anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula
dari rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan
sahsiah anak-anak.
Contoh Karangan :Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah
merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula
merupakan profesor pertama bagi mereka . Kata-kata ini jelas
menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga memainkan
peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak .
Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai .
Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang

aman dan damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu
bapa memberikan sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak
mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang
mencorakkan warna pada kain tersebut. Persoalannya , apakah
peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan sahsiah
anak-anak ? Pada pendapat saya,jawapannya sudah pasti tugas dan
peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga terutama seorang insan
yang bergelar ketua keluarga amat penting dan pelbagai dalam
melahirkan sahsiah terbilang dalam kalangan anak-anak mereka.

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan


pembentukan sahsiah anak-anak dengan memberikan didikan agama
yang sempurna dalam diri anak-anak . Pepatah sering menyatakan
bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya . Peribahasa ini jelas
menunjukkan bahawa pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri
anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak dapat membuka minda serta
mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif .
Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan
antara baik dan buruk perlakuan yang akan dilakukan . Selain itu ,
anak-anak juga akan membesar dengan perpandukan ajaran agama .
Didikan agama yang sempurna merupakan benteng yang ampuh untuk
mengelakkan anak-anak terjebak dalam kancah gejala sosial. Anakanak yang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan didikan
agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan akhlaknya . Sebagai
contoh , jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan agama yang
kuat, anak-anak mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik
kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah
bahawa pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk
membentuk sahsiah anak-anak.

Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai


suri teladan kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak mempunyai
sahsiah yang baik . Hal ini demikian kerana anak-anak yang berusia
setahun jagung memang mudah mencontohi sebarang bentuk
perlakuan orang yang lebih dewasa daripadanya. Dengan erti kata lain,
sekiranya ahli keluarga yang lebih tua memiliki sahsiah yang baik,
sudah tentu perbuatan ini dapat dicontohi oleh anak-anak kerana
pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi . Sebagai contohnya , jika ahli keluarga yang lebih
dewasa rajin membaca , sudah pasti anak-anak yang terdidik dalam
suasana demikian akan mencontohi perbuatan ahli keluarga yang
gemar membaca. Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa
kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau , terlontar ke
udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
Pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang
dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam pembentukan sahsiah anakanak . Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh dicontohi
anak-anak . Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak

di peringkat awal. Sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik ,


maka akan baik dan eloklah pembentukan akhlak anak-anak. Anak
anak yang sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak
akan sesekali cuba melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang
atau menjatuhkan maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan
peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar


saling bekerjasama dan berkasih sayang bagi melahirkan anak-anak
yang bersahsiah mulia . Dalam hal ini , ibu bapa perlulah memberikan
sepenuh kasih sayang kepada diri anak-anak bagai menatang minyak
yang penuh agar anak-anak tahu menghargai hidup untuk saling
berkasih sayang . Ibu bapa perlu meletakkan panggilan manja untuk
anak-anak seperti panggilan Kak Long atau Abang Long bagi anak
sulung dan Kak Ngah atau Abang Ngah bagi anak kedua supaya
kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga tidak luput. Budaya
terima kasih juga perlu diajarkan kepada anak-anak supaya wujud rasa
penghargaan terhadap orang lain setiap kali menerima bantuan. Ibu
bapa juga hendaklah melatih anak-anak bekerjasama dalam melakukan
sesuatu perkara dan kerja rumah agar anak-anak membesar dalam
suasana yang saling bekerjasama . Perbuatan seperti ini akan terbawabawa apabila anak-anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga
sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang berperanan untuk mewujudkan
kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga akan dapat
melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.
Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup
sederhana dan bertanggungjawab . Ibu bapa harus menyediakan jadual
tugasan di rumah supaya anak-anak lebih bertanggungjawab. Anakanak perlu diajar tentang pengurusan diri seperti membasuh baju,
menggosok pakaian dan menyimpan baju dalam almari . Anak-anak
juga perlu diajar supaya bersifat sederhana dan bersyukur dengan apaapa sahaja yang ada di rumah mereka . Hal ini amat penting untuk
melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa yang
dimiliki . Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri
anak-anak di rumah agar anak-anak dapat menjadi insan yang sentiasa
berjimat cermat dan tidak boros dalam berbelanja . Anak-anak yang
sudah diterapkan dengan hidup yang sederhana akan membesar
sebagai seorang yang sederhana sikapnya , tidak sombong dan tidak
berlebihan dalam sesuatu perkara. Anak-anak juga melakukan sesuatu
dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hal ini
penting bagi melahirkan generasi masa depan yang berpandangan
jauh. Tegasnya , pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat
dilahirkan sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara hidup
yang sederhana dan bertanggungjawab .

Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi


gerak geri anak-anak khususnya anak-anak yang sudah meningkat
remaja. Dalam hal ini , ibu bapa perlu mengetahui aktiviti yang

dilakukan oleh anak-anak mereka serta mengetahui latar belakang


rakan sebaya anak-anak. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
memberikan pengaruh yang besar terhadap masa depan anak-anak
kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam
segala tindakan atau kelakuannya kerana mereka mempunyai prinsip,
nilai dan identiti yang hampir sama. Ibu bapa tidak wajar memberi
kebebasan yang sepenuhnya kepada anak-anak . Hal ini demikian
kerana anak-anak yang diberi kebebasan penuh oleh ibu bapa
dibimbangi akan terjebak dengan perbuatan tidak bermoral yang boleh
menconteng arang di muka keluarga . Oleh itu , ibu bapa perlulah
mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap anak-anak pada
setiap masa agar ibu bapa boleh bertindak lebih awal, bak kata
pepatah , beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis. Ibu bapa
perlulah mengambil berat dengan siapa anak mereka berkawan atau
bersahabat dan mengetahui tujuan anak keluar rumah dan balik lewat
ke rumah. Sekiranya ibu bapa bertindak awal , sudah pasti masa
hadapan anak-anak dapat diselamatkan. Jelasnya , ibu bapa perlulah
memantau serta mengawasi gerak-geri anak-anak agar dapat
melahirkan anak yang berperibadi mulia .
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan
bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak . Untuk melahirkan anak-anak yang
bersahsiah baik , ibu bapa perlulah menyedari akan tanggungjawab
mereka untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia . Setiap
ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan
dan ilmu keibubapaan . Hal ini penting kerana pembentukan sahsiah
anak-anak harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri . Ibu bapa
harus membetulkan diri mereka terlebih dahulu agar anak-anak dapat
mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka kerana mereka
merupakan role model bagi anak-anak. Tegasnya, rumah tangga
merupakan kebun yang subur untuk melahirkan insan yang berjiwa
luhur dan bersahsiah mulia. Rumahku, Syurgaku

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENGGUNA YANG BESTARI DEMI


MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGARA.

............Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demi


memantapkan ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi
dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan suatu aliran Pengguna Perkasa. Jika
pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak
menaikkan harga sesuatu barangan di pasaran terutamanya apabila menjelang
sesuatu musim perayaan mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran
dalam kalangan pengguna khususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada
dalam tangan pengguna sendiri, keadaan-keadaan seperti ini telah semakin
berkurangan. Kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini, jika tidak dibendung
dengan berkesan akhirnya akan membahayakan ekonomi negara dan akibatnya
masyarakat juga yang akan menanggung rugi.
............Jika pengguna terasa ditipu dengan sesuatu produk, maka pengguna
boleh bertindak memboikot barangan berkenaan. Tindakan ini akhirnya akan
memberi kesan kewangan negatif kepada syarikat pembuat barangan
berkenaan, dan ini akan memberi kesedaran kepada mereka tentang kuasa
pengguna. Kesedaran dan keprihatinan ini perlu datang daripada para
pengguna sendiri. Contohnya apabila kita membeli tepung sekampit yang ditulis
berat bersihnya 1 kilogram, adalah wajar bagi kita menimbang semula kampit
tepung berkenaan dan memastikan bahawa berat bersih produk berkenaan
adalah benar-benar 1 kilogram. Sebagai pengguna prihatin, kita juga perlu
mengambil tahu dengan lebih teliti tentang barangan yang kita beli. Apakah
ramuannya? Adakah bahan pewarna yang digunakan menepati syarat-syarat
kesihatan pengguna seperti yang telah di tetapkan oleh kerajaan? Adakah
produk berkenaan mengandungi MSG? Adakah produk itu benar-benar berstatus
halal? Adakah harga jualannya menepati harga yang telah ditetapkan oleh
kerajaan? Ketika membeli belah, berapa ramaikah yang akan membelek-belek
dan membaca setiap satu pek atau tin barangan yang hendak dibeli dan
membuat perbandingan harga setiap produk yang dibeli? Isu-isu sebeginilah
yang perlu menjadi perhatian para pengguna hari ini.
............Fenomena kenaikan harga barangan keperluan ini bukanlah suatu
masalah yang cuma berlaku di Malaysia sahaja, malahan telah menjadi suatu

permasalahan global hari ini. Pada Oktober 2007, rakyat Itali telah memboikot
keluarangan barang-barang pasta apabila harga makanan ini naik melebihi 20
peratus dalam masa seminggu. Hasil daripada tindakan ini pengeluar Pasta
terpaksa akur kepada sentimen kuasa pengguna Itali, dan menurunkan semula
kadar harga barangan berkenaan. Mekanisma penyebab pada kenaikan harga
barangan sememangnya berhubung rapat antara satu sama lain. Contohnya di
Mexico, apabila permintaan meningkat untuk minyak bio-diesel yang dipanggil
Ethanol yang dihasilkan daripada jagung, maka harga jagung di pasaran terus
melambung dan ini menyebabkan timbulnya masalah bekalan jagung kepada
penternak lembu tenusu yang juga memerlukan jagung sebagai makanan utama
untuk haiwan ternakan mereka. Ekoran ini harga susu, keju, dan mentega pula
turut naik di pasaran Mexico. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan
Pertanian dan Pemakanan Sedunia yang beribu pejabat di Brussels, harga
pasaran makanan sedunia pada hari ini naik sebanyak 70 peratus berbanding
dengan harga pada tahun 2000. Jadi sebagai pengguna yang bijak, mereka perlu
bertindak dengan menggunakan "kuasa pembeli" mereka.
............Hakikatnya pada hari ini, dengan meningkatnya taraf hidup bagi
penduduk-penduduk di negara-negara membangun dunia yang besar seperti
China dan India, maka permintaan dunia untuk barangan seperti gandum, beras,
minyak masak dan bahan-bahan keperluan asas kehidupan yang lain akan terus
juga meningkat. Faktor lonjakan harga minyak dunia juga bererti bahawa kos
dalam proses pembuatan serta penghantaran akan terus meningkat dan ini akan
menyumbang pada peningkatan harga barangan di pasaran. Faktor cuaca juga
memainkan peranan yang penting bagi sektor penanaman sedunia. Permintaan
bahan mentah seperti jagung, gandum dan lain-lain lagi untuk diproseskan
menjadi bio-fuel atau ethanol adalah juga merupakan faktor penyumbang
kepada kestabilan harga barangan pasaran.
............Manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kehidupan iaitu makanan,
pakaian dan tempat tinggal. Akibat krisis bekalan makanan yang gagal dikawal,
akan membawa kepada kemelut kenaikan harga bekalan makanan di pasaran
dan ini akan akhirnya menyebabkan berlakunya inflasi pada ekonomi sesebuah
negara. Oleh itu, pemantauan dan usaha berterusan perlu diperhebatkan lagi
dalam usaha untuk menangani apa-apa jua krisis bersangkutan yang
berkemungkinan akan timbul pada masa depan. Kita sebagai pengguna yang
bijak adalah agen pemerhati harga barangan di pasaran yang paling efektif
untuk membantu pihak kerajaan memantau pergerakan harga-harga pasaran.
Selain itu, akta undang-undang perlindungan pengguna yang membawa kepada
hukuman yang lebih drastik mestilah terus digubal demi untuk perlindungan
jangka panjang kepada pengguna.
............Kementerian yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk
menjaga hal ehwal pengguna ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kementerian
terbabit demi memastikan kebajikan pengguna benar-benar terjamin. Antara
langkah-langkah berikut adalah dengan menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan
serta Penubuhan Majlis Harga Negara. Kerajaan juga turut mengenakan larangan
membawa keluar barangan kawalan dari Malaysia serta memberi pengetahuan
dan kefahaman kepada pengguna tentang hak-hak mereka melalui penggubalan
rang undang-undang Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan penubuhan

Mahkamah Tribunal Pengguna. Pada masa yang sama, kerajaan juga


menggerakkan sektor pertanian negara secara aggresif sebagai langkah
membangunkan Sarawak sebagai Negeri Jelapang Padi Kedua Negara.
............Tindakan-tindakan ini telah berjaya mengawal kestabilan harga barangan
di pasaran dan juga dengan bantuan padu beberapa agensi berwajib yang lain,
telah dapat mengurangkan kadar aktiviti penyeludupan bahan makanan ke
negara jiran. Hasil daripada pemantauan berterusan dan beberapa lagi langkah
susulan proaktif kerajaan, kebajikan dan kesejahteraan kita sebagai pengguna
telah dapat dimantapkan lagi. Dengan terlaksananya perubahan-perubahan
kritikal ini, telah dapat membantu untuk memangkinkan lagi ekonomi negara.
Justeru marilah kita sebagai pengguna bersama-sama memupuk kesedaran
tentang hak-hak kita, langsung menjalankan tanggungjawab sosial kita dan juga
memartabatkan diri kita sebagai Pengguna Bestari.

Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan


juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang
ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi
masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar. Jelaskan langkahlangkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan
awam
.
..........Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama
446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki
ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan
memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan
paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi
untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian
pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan
bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan monorel.
Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong
pengangkutan awam, siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu,
langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk
menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
.
..........Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak pihak
mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian
perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk
bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan penukaran rangkaian
perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket

bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya
mereka yang berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai
menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah
Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan awam di
negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan
sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan
juga harus mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di
Melbourne, Australia. Di Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket
pada kos yang rendah untuk menaiki kereta api atau menaiki bas. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa serampang dua mata. Pendekataan ini bukan
sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang kurang berupaya tetapi juga
dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan harian mereka. Jadi
jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan, jumlah penumpang
pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali
pengangkutan awam.
.
..........Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki
pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan
awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya
bagi memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan
pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi rungutan orang
ramai. Selain itu, KTM (Kereta Api Tanah Melayu) haruslah mencontohi
perkhidmatan kereta api di negara Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik
seprti shinkansen (bullet train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200
kilometer sejam. Dengan menggunakan lokomotif berkuasa elektrik, kekerapan
KTM di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan pengangkutan awam
adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya
mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan
perjalanan pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan
membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut.
Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara
keseluruhannya. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan,
kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual perjalanan pengangkutan awam
akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang
berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Lantaran itu, cara ini
haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap
sistem perkhidmatan pengangkutan awam.
.
..........Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan
televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada
orang ramai. Hal ini kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam
perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai
siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan
perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan
awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak
penumpang menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para
penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan
menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan yang mengimbas kembali
detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya. Kemudahan seperti alat
pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa

lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan


sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang
pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan
yang berkualiti dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah
memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang untuk
menaiki pengangkutan awam.
.
..........Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang
berdisiplin, sistem perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara
kita. Pemasangan alat perakam ini dapat merakamkan bukan sahaja perkara
yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat merakamkan kelajuan
pengangkutan awam tersebut. Hal ini akan dapat mengurangkan masalah
kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju sehingga melebihi had
yang dibenarkan. Pada masa yang sama, pemasangan alat ini dapat
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya bas yang sering
diperkatakan oleh orang ramai. Kerajaan juga perlu lebih kerap mengadakan
pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan benar-benar mereka
yang berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.
Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan
dapat mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan
sekali gus melenyapkan pekerja yang tidak berkualiti. Pemeriksaan oleh pihak
berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga perlu
menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam tetapi perlu
juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang
digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut
terjamin. Dengan cara itu, keyakinan orang ramai untuk menggunakan
pengangkutan awam di negara kita akan meningkat.
.
..........Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga perlulah
lebih peka untuk menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang
menggunakan perkhidmatan ini. Di kawasan stesen komuter atau LRT
umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah bagi mengelakkan
orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat lain
yang tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai kerana bukan
sahaja boleh mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut
menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Begitu juga halnya dengan
pengangkutan tambahan atau bas fider yang dikatakan menjadi masalah
kepada pengguna komuter dan LRT. Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini
telah menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika kawasan stesen
tersebut jauh dari pejabat. Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan
ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan
seseorang dari rumah ke destinasi yang dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan
awam seperti komuter dan LRT juga perlu ditambah dari semasa ke semasa agar
lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam tersebut turut
meningkat. Biarpun langkah ini memerlukan biaya yang agak tinggi namun
kesannya pada sistem perhubungan di negara kita adalah amat besar. Oleh itu
langkah-langkah menyediakan kemudahan tambahan bagi meningkatkan kualiti
pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan agar pengangkutan awam di
negara kita tidak dianggap indah khabar dari rupa.
.
..........Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah

dari rebungnya, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah
untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Pihak
sekolah dicadangkan supaya memberi penerangan tentang kebaikan-kebaikan
menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan
pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada
fikiran pelajar agar menaiki perkhidmatan awam. Usaha ini bukan sahaja perlu
ditumpukan kepada para pelajar, tetapi harus juga diperluas kepada mereka
yang dewasa untuk mengubah imej dalam hati mereka apabila menaiki
pengangkutan awam. Melalui pendidikan, kita dapat melahirkan golongan yang
bergantung pada perkhidmatan awam seperti kereta api dan bas sebagai
pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang
untuk menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri,
tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam sebagai
pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan menggunakan pengangkutan
awam tertanam dalam jiwa mereka.
.
..........Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan
kepada masyarakat di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan
kemalangan, mengurangkan pencemaran udara, menjimatkankan masa malah
mengurangkan kos kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna jalan
raya yang bijak, kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan
pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu
destinasi yang lain. Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah
dan sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan
menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negara-negara lain
seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

You might also like