You are on page 1of 14

Amalan Kebudayaan dalam Masyarakat Cina

1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum.

Antara

kaum-kaum yang terdapat di Malaysia termasuklah kaum Melayu, kaum Cina, kaum
India, dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, budaya sesuatu kaum telah menjadi
sesuatu identiti yang unik kepada kaum masing-masing.

Kebudayaan sesuatu

kaum mempunyai pengaruh yang besar kepada mereka seperti cara menyambut
perayaan masing-masing. Sebagai contohnya, perayaan yang akan diadakan oleh
kaum India, iaitu Hari Thaipusam.

Perayaan ini akan disambut secara besar-

besaran oleh kaum India setiap tahun sebagai tanda penghormatan kepada dewa
Hindu.

Orang India biasanya akan mencucuk bahagian badan ataupun muka

dengan batang besi semasa perarakan.

Aksi-aksi tersebut dikatakan dapat

menghilangkan atau menghapuskan dosa-dosa mereka. Selain itu, bagi kaum Cina
pula, perarakan akan dijalankan sempena Hari Kelahiran Maharaja Jed. Pada hari
tersebut, perarakan tersebut akan diiringi oleh orang Cina dan mereka akan
berhenti makan makanan yang berasaskan haiwan seperti ayam, ikan, dan semua
makanan-makanan lautan atau dikatakan menjadi seorang vegetarian. Banyak
juga perayaan lain yang dapat menggambarkan ketidaksaaman budaya setiap
kaum dan budaya kaum-kaum akan terserlah disebabkan keunikan budaya kaum
masing-masing. Setiap perayaan yang disambut akan menggambarkan pegangan
dan seterusnya cara hidup yang berlainan antara kaum. Pegangan dan cara hidup
yang berlainan ini pula akan membentuk perbezaan atau keunikan dalam kalangan
setiap kaum. Misalnya, pantang larang, pakaian tradisional, makanan, agama, adat
resam dan sebagainya. Namun begitu, rakyat Malaysia masih mampu bergaul
mesra antara satu sama lain.

Keadaan ini mampu menunjukkan nilai bertolak


1

ansur dalam kalangan rakyat Malaysia. Perdana Menteri negara Malaysia, iaitu
Dato Sri Mohd Najib Tun Razak juga menggalakkan perpaduan antara kaum
dengan mewujudkan konsep Satu Malaysia.

Dalam kalangan masyarakat

Malaysia, kaum Cina merupakan salah satu kaum majoriti dan mereka
kebanyakannya berasal daripada negara China. Walaupun, orang Cina berhijrah
dari negara China ke Malaysia sejak beratus-ratus dahulu, namun, adat resam dan
budaya masyarakat Cina masih tidak terpupus. Masyarakat Cina juga mempunyai
ciri-ciri yang tersendiri sehingga hari ini.

2.0

Perayaan Masyarakat Cina di Malaysia

Terdapat pelbagai jenis perayaan bagi kaum Cina, biasanya, sambutan perayaanperayaan

ini diwarisi turun-temurun sejak zaman dahulu oleh moyang masyarakat

Cina.

2.1

Perayaan Tahun Baru Cina

Perayaan ini disambut secara besar-besaran pada setiap hari pertama tahun
baru berdasarkan kalendar masyarakat cina atau digelar sebagai kalendar lunar. Sehari
sebelum Tahun Baru Cina, kebanyakan orang Cina akan balik ke kampung masingmasing untuk menjamu bersama ahli keluarga. Ada juga sesetengah keluarga Cina
akan makan tang yuan sebagai tanda penyatuan. Pada hari Tahun Baru Cina pula,
ahli-ahli keluarga akan bangun awal dan memberi salam antara satu sama lain. Orang
dewasa yang telah berkahwin akan memberi angpau kepada kanak-kanak atau kepada
mereka yang masih bujang. Orang Cina akan menyatakan perkataan yang baik selalu
kepada semua dan perkataan yang tidak menyenangkan seperti mati, hantu dan
sebagainya dilarangkan kerana dianggap akan membawa nasib buruk kepada individu
tersebut pada tahun tersebut.

Makanan tradisi sempena Tahun Baru Cina merupakan kuih bakul atau Nian
Gao dalam sebutan bahasa cina. Di samping itu, orang Cina akan mengadakan
lawatan kunjung-mengunjungi ke rumah kawan-kawan atau saudara mara. Permainan
3

mercun juga merupakan salah satu tradisi kaum cina sempena Tahun Baru Cina.
Perayaan Tahun Baru Cina ini akan berlangsung selama 15 hari dan upacara akan
diadakan pada hari ke-15, iaitu hari terakhir Tahun Baru Cina yang digelar sebagai
Chap Goh Meh oleh orang Cina.

2.2

Chap Goh Meh

Perayaan ini akan disambut pada hari terakhir Tahun Baru Cina, iaitu hari ke-15
bulan pertama merujuk kepada kalendar cina. Tujuan perayaan ini disambut oleh orang
adalah untuk meminta dewa tuhan untuk merahmati sekeluarga supaya selamat dalam
seluruh tahun tersebut di samping menunjukkan kesyukuran terhadap dewa tuhan.
Orang cina akan melakukan sembahyang secara besar-besaran tepat pada 12 tengah
malam hari ke-14 di luar rumah.

2.3

Hari Wesak

Hari Wesak merupakan hari kelahiran Buddha iaitu pada hari ke-15 pada bulan
keempat dalam kalendar Cina. Pada hari Wesak, tokong-tokong akan mengadakan
upacara sembahayang, bacaan kitab-kitab, mendengar ajaran-ajaran dari kitab-kitab
yang disampaikan oleh sami dan lain-lain lagi. Selain itu, upacara memandikan patung
Buddha akan diadakan. Biasanya, orang Cina akan memimpin patung Buddha dan
menjalankan perarakan di tepi jalan dan diikuti oleh penganut-penganut Buddha.

2.4

Perayaan Cheng Beng

Hari Cheng Beng diadakan adalah untuk memperingati atau mengenang


tentang moyang-moyang kaum Cina yang telah meninggal dunia. Pada hari tersebut,
cucu cicit akan bertolak ke kubur-kubur nenek moyang mereka, untuk membersihkan
kawasan kubur dan mengecat semula nama-nama yang ada pada papan peringatan
masing-masing. Orang Cina tidak dibenarkan untuk duduk di kedua-dua belah tepi
papan peringatan di kubur tersebut. Hal ini kerana perbuatan ini ibarat sedang duduk di
atas bahu si mati dan dianggap tidak menghormati si mati tersebut.

2.5

Perayaan Pesta Perahu Naga

Hari ini diadakan bagi mengenangkan seorang pewira pada zaman dahulu yang
bernama Qu Yuan. Sempena pesta tersebut, masyarakat Cina akan makan sejenis
pulut yang dinamakan Zhong Zi. Zhong Zi diperbuat daripada pulut berwarna coklat
dengan intinya seperti daging, telur kuning, cendawan dan sebagainya. Pertandingan
perahu naga akan diadakan pada hari tersebut.

Lee Yong Qiu (2013) mengatakan bahawa air pada jam 11 pagi hingga 1 petang
hari pesta perahu naga tersebut dikenali oleh masyarakat Cina sebagai air sakti. Lim
Ah Beng (70 tahun) menyatakan bahawa air sungai pada masa tersebut boleh
disimpan dalam tempoh lama dan air tersebut tidak akan berubah kualitinya. Wen
Zhuan Hua pula menyatakan bahawa mandi dengan menggunakkan air pada waktu
5

tersebut akan mencantikkan mereka dan meminum air tersebut akan memperbaik kulit
dan rupanya akan berubah cantik. Puan Wong yang telah menyimpan sebotol air pada
waktu tersebut 13 tahun dahulu menunjukkan bahawa air tersebut masih dalam kualiti
yang baik dan dia biasanya akan menyapukannya pada perut atau kulit kanak-kanak
apabila perut sakit atau kulit mereka gatal.

2.6

Hari Kelahiran Maharaja jed

Hari Kelahiran Maharaja Jed atau dipanggil sebagai Hari Chong Yang disambut
pada hari ke-9 bulan kesembilan dalam kalendar lunar. Gai Guoliang (2009) dalam Tan
Yao Sua dan Kamarudin Ngah (2012) menyatakan bahawa:

Terdapat beberapa versi tentang asal usul perayaan ini (lihat Du Shangxia,
2009; Comber, 2009; Newman, 2004; Gai Guoliang,2009; Xiang Wei 2008).
Salah satunya berkait dengan seorang pertapa yang mempunyai kuasa sakti.
Beliau keluar dari tempat pertapaannya pada tanggal 9 bulan 9 untuk
memberikan amaran kepada kawannya agar mencari tempat perlindungan di
kawasan bukit yang tinggi bagi menyelamatkan dirinya daripada malapetaka
yang bakal berlaku (Comber, 2009:44; Newman,2004:169). Justeru, perayaan
ini kemudian juga dikenali sebagai Perayaan Mendaki Tanah Tinggi (Gai
Guoliang, 2009:28). (hlmn 20)

Petikan di atas telah menjelaskan tentang cerita dan sejarah yang mengenai dengan
Perayaan Hari Kelahiran Maharaja Jed. Penganut-penganut akan mula mengamalkan
pemakanan seperti seorang vegetarian pada hari tersebut dan makanan berasal dari
haiwan semua akan dielakkan.

2.7

Perayaan Kehadiran Musim Sejuk

Perayaan Kehadiran Musim Sejuk atau Dong Zhi akan disambut pada akhir
tahun dalam kalendar Cina. Sempena perayaan ini, orang Cina akan membuat dan
makan tang yuan yang menggambarkan pertemuan dan penyatuan ahli-ahli keluarga.
Ahli-ahli keluarga akan balik ke kampung untuk menyambut perayaan ini bersamasama. Bentuk tang yuan yang bulat itu membawa maksud kesempurnaan kepada
masyarakat Cina. Terdapat juga tangyuan yang berbagai-bagai size dan rasa
sekarang di pasaran. Banyak tang yuan yang berinti telah dipasarkan.

3.0

Pantang larang dalam Masyarakat Cina

3.1

Pantang larang sempena Tahun Baru Cina

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting kepada
setiap orang cina, oleh itu, masyarakat cina amat menitik berat tentang pantang larang
pada perayaan tersebut. Masyarakat Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh
menyapu lantai, mengemop lantai atau mengemaskan rumah mereka pada hari
pertama Tahun Baru Cina. Bukan begitu sahaja, mereka juga tidak akan mencuci
rambut pada hari pertama Tahun Baru Cina. Hal ini kerana mereka mempercayai
bahawa tindakan-tindakan tersebut akan menghilangkan kekayaan yang akan dibawa
oleh dewa kekayaan pada tahun yang baru ini. Selain itu, orang Cina dilarang untuk
mencakap perkataan kasar, tidak menyenangkan atau memakai pakaian hitam pada
Tahun Baru Cina kerana perbuatan tersebut mungkin akan membawa nasib malang
kepada mereka yang berbuat demikian pada hari-hari kemudian dalam tahun itu. Orang
Cina akan menjelaskan hutang-hutang yang belum dilangsaikan sebelum Tahun Baru
Cina itu.
7

3.2

Pantang larang semasa kematian orang cina

Apabila berlakunya kematian dalam sesebuah rumah, patung-patung dewa


yang ada dalam rumah tersebut dikehendaki untuk menutupkannya dengan kain atau
kertas yang berwarna merah. Perbuatan ini dilakukan kerana orang cina berpendapat
bahawa perkara yang baik (dewa) tidak patut bercanggah dengan yang tidak baik
(kematian). Selain daripada itu, anak atau cucu si mati tersebut perlu membakar kertas
jolok sepanjang malam dan memastikan api yang digunakkan itu tidak dipadamkan
untuk menerangi jalan yang ditujui oleh si mati supaya tidak sesat. Pembakaran kertas
jolok juga merupakan tanda penyerahan duit kepada nenek moyang-nenek moyang
atau kepada orang yang telah meninggal dunia oleh anak atau cucu cicit si mati.
Tambahan pula, ahli keluarga kepada orang yang meninggal dunia tersebut perlu
berkabung selama 3 tahun.

Dalam penerangan Lee Yong Qiu (2011), 3 tahun tersebut merujuk kepada 24
bulan selepas orang tersebut meninggal dunia, iaitu selama 2 tahun. 3 tahun yang
diperkatakan itu sepatutnya dikira dari tahun kematian si mati. Dia menyatakan bahawa
perayaan-perayaan dalam 3 tahun ahli keluarga meninggal dunia itu tidak wajar
disambut oleh ahli keluarganya. Contohnya, tidak melakukan sebarang aktiviti atau
tidak menyambut Chap Goh Meh, Pesta Perahu Naga, atau perayaan-perayaan lain
dan hanya upacara sembahyang perayaan seperti Cheng Beng dan Perayaan Hantu
dibenarkan dijalankan sama ada secara besar-besaran atau kecil-kecilan.

Di samping itu, pelawat yang pergi ke rumah si mati itu tidak dibenarkan untuk
memakai pakaian yang berwarna terang dan berwarna-warni sebagai tanda
penghormatan kepada si mati. Pelawat akan diberi gula-gula yang diikat benang merah
sebelum balik. Menurut Wan Ramli Wan Muhamad (2006):

Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberi seutas benang


merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna
merah itu ialah warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu
syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang diberi itu boleh dimakan. (hlmn
27)

3.3

Pantang larang kepada ibu mengandung

Ibu mengandung dilarang untuk mengumumkan berita bahawa mereka telah


mengandungkan anak dalam tempoh 3 bulan yang pertama. Perabot-perabot yang ada
dalam rumah atau bilik ibu mengandung dilarang untuk dipindahkan semasa mereka
berada di rumah tersebut. Hal ini kerana perbuatan tersebut dipercayai akan
mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan dan mungkin akan mengalami
keguguran. Selepas ibu mengandung melahirkan anak pula, mereka dikehendaki
mematuhi pantang larang selepas kelahiran anak. Contoh pantang larang seperti tidak
boleh mandi selama sebulan, tidak boleh mencuci rambut dan lain-lain lagi.

3.4

Pantang larang dalam kehidupan harian masyarakat cina

Orang Cina melarangkan penangkapan gambar terhadap bayi yang tengah


tidur. Di samping itu, mereka tidak boleh memotong kuku, bersiul dan menyidai baju di
luar pada waktu malam. Bukan begitu sahaja, adat pemakanan juga amat diberi
9

perhatian. Mereka tidak dibenarkan untuk bercakap, bernyanyi semasa menjamu


selera. Dalam bilik tidur pula, bahagian belakang katil tidak dibenarkan menghala ke
pintu, tingkap atau cermin dalam bilik. Selain daripada itu, orang cina dilarang untuk
membuka payung di dalam kawasan rumah. Hal ini kerana mereka percaya bahawa
payung akan membawa roh-roh masuk ke dalam rumah.

4.0

Cerita Dongeng dalam masyarakat Cina

4.1

Cerita tentang Tahun Baru Cina

Cerita pada zaman dahulu menyatakan bahawa terdapat seekor haiwan buas
yang bernama Nian. Nian akan muncul pada setiap malam Tahun Baru Cina untuk
makan orang. Semua Orang Cina sangat takut apabila menjelang tiba malam Tahun
Baru Cina. Pada suatu hari, apabila tiba masa Nian keluar, tiba-tiba Nian ternampak
seorang pemuda yang berpakai pakaian berwarna merah berlalu depan dia. Nian
berasa takut lalu melarikan diri. Kemudian, orang Cina baru tahu bahawa Nian itu
sebenarnya takut kepada warna merah dan bunyi mercun. Jadi, apabila tibanya malam
Tahun Baru Cina, setiap rumah orang Cina akan melekatkan kertas merah pada pintu
rumah dan membakar mercun. Selepas itu, orang Cina bermula untuk menulis kaligrafi
pada kertas warna merah itu untuk mencantikkan lagi kertas merah itu. Beginilah
wujudnya amalan pembakaran mercun dan menjadi kebiasaan orang Cina melekatkan
kertas merah pada pintu sewaktu tibanya Tahun Baru Cina.

10

4.2

Cerita mengenai zodiak

Menurut Chew Fong Peng (2008):


Mengikut cerita dongeng masyarakat Cina, pada zaman purbakala, terdapat
seorang sarjana mendapat idea untuk membahagikan tahun-tahun mengikut
haiwan-haiwan. Namun begitu terdapat begitu banyak haiwan dalam hutan.
Jadi untuk menjaga keadilan, sarjana itu memberitahu haiwan-haiwan dalam
hutan bahawa hanya 12 jenis haiwan yang datang awal pada tarikh dan
waktu yang ditetapkan sahaja akan dipilih untuk disenaraikan dalam kalendar
Cina. Syarat pertandingan tersebut ialah haiwan yang datang paling awal
dianggap sebagai tahun pertama dan seterusnya. (hlmn 110)

Jadi, sebelum hari pertandingan itu, kucing yang kuat tidur itu meminta bantuan
tikus untuk membangunkan dia pada hari pertandingan itu. Tikus sebenarnya
merupakan jiran kepada kucing. Kucing yang berbadan besar itu asyik membuli tikus
yang berbadan kecil itu. Oleh itu, tikus pun ingin mengambil peluang untuk membalas
dendam kepada kucing. Pada hari pertandingan itu, tikus bangun awal dan bertolak ke
destinasi dia tanpa membangunkan kucing. Tikus itu bergerak dengan cepat untuk
sampai awal ke destinasi. Namun demikian, perjalanan tikus itu dihalang apabila dia
tiba di depan sebuah sungai yang lebar. Tepat pada masa itu, lembu bangun paling
awal pada hari tersebut telah pun sampai di sungai itu. Tikus itu pun menyembunyikan
diri di dalam telinga lembu untuk melalui sungai tersebut. Apabila dah hampir tiba pada
destinasi itu, lembu berasa gembira kerana dia menyangka bahawa dialah yang
pertama sampai. Selepas itu, tikus pun melompat keluar dari telinga lembu dan meluru
ke garisan penamat. Akhirnya, tikus mendapat pertama dalam pertandingan itu, lembu
mendapat tempat kedua, diikuti dengan harimau, arnab, naga, ular, kuda, biri-biri,
monyet, ayam, anjing dan khinzir mendapat tempat terakhir. Kucing tidak sempat
menyertai pertandingan itu kerana tikus tidak membangunkannya. Hal ini telah
11

membina kemusuhan di antara kucing dengan tikus. Sejak hari itu, kucing akan
mengejar dan membunuh tikus sebaik sahaja kucing bertemu dengan tikus.

Beginilah munculnya 12 zodiak yang ada pada kalendar Cina itu. Setiap zodiak
itu mewakili satu tahun. Jadi, tahun setiap zodiak itu akan selang sebanyak 12 tahun
untuk mengambil giliran dalam perwakilan tahun itu.

12

5.0

Penutup
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Masyarakat Cina

mempunyai adat resam atau budaya yang tersendiri seperti masyarakat Melayu, India,
Singh dan lain-lain lagi yang terdapat di negara Malaysia. Melalui tugasan penulisan
ilmiah ini, saya telah banyak mempelajari tentang pengetahuan yang berkaitan dengan
amalan

kebudayaan

dalam

masyarakat

Cina.

Namun

demikian,

sebahagian

pengetahuan tentang budaya kaum Cina telah hampir terpupus dan dilupai oleh
generasi kini. Oleh yang demikian, usaha yang berterusan kena dilaksanakan demi
melestarikan budaya kaum masing-masing dengan mewarisinya secara turun temurun
agar generasi kemudian dapat menghayati budaya-budaya kaum masing-masing yang
unik ini. Malaysia telah menjadi sebuah negara yang unik kerana kemunculan pelbagai
kaum yang membawa masuk budaya, adat resam dan cara hidup yang berbeza-beza
ini. Ramai pelancong gemar Malaysia kerana budayanya yang pelbagai. Oleh yang
demikian, rakyat Malaysia wajarlah mengekalkan nilai-nilai murni seperti toleransi,
hormat-menghormati untuk mewujudkan sebuah negara yang harmoni. Dengan ini,
bukan sahaja keharmonian Malaysia dapat terpelihara, ekonomi negara kita juga akan
meningkat dari segi pelaburan dan pelancongan.

13

Rujukan
Fong Peng, Chew. (2008). Budaya & Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia. (Jilid 1).
Kuala Lumpur: Match Express Corp. Sdn. Bhd.
Jiang Xue, Tan. (2011, Jan 26). Perbincangan tentang Adat Resam pada Tahun Baru
Cina, Pantang larang yang tersembunyi. NanYang. Diperoleh daripada
http://www.nanyang.com/node/355284
Ngah, Kamarudin. dan Yao Sua, Tan. (2012). Pengekalan dan Penyebaran Budaya
Cina di Sebuah Negeri Melayu: Peranan Pertubuhan Cina di Kuala Terengganu.
Petaling Jaya: Vinlin Press Sdn. Bhd.
Wan Muhamad, Wan Ramli. (2006). Adat Resam Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur:
Percetakan TM Sdn. Bhd.
Yong Qiu, Lee. (2013, Jun 16). Adat Resam Pesta Perahu Naga di Negara Kita. Sin
Chew. Diperoleh daripada http://life.sinchew.com.my/node/6284?tid=64

14

You might also like