You are on page 1of 1

Sebutkan langkah-langkah anda sebagai seorang da'i sebelum memulakan gerak kerja dakwah

dalam komuniti di tempat anda.

Daie dan komuniti merupakan dua entity yang tidak dapat dipisahkan ibarat daie
dan madu. sudah menjadi peranan orang yang mempelajari bidang pengajian Islam
untuk menyampaikan dakwah kepada komuniti yang berada di sekililingnya. Namun
begitu, persiapan dan persediaan yang rapi perlu bagi seorang pendakwah itu agar
kerja dakwah yang dilakukannya dapat memberikan kesan dan impak kepada
komuniti tersebut. Antara langkah yang saya ambil sebelum melaksanakan gerak
kerja dakwah ialah :
1- Memperkasakan Ilmu
Elemen ilmu merupakan kandungan penting yang perlu wujud dalam
kerangka kerja dakwah sebelum menunaikan tugasnya. Kerana tanpa ilmu
sudah semestinya seseorang pendakwah itu akan kelihatan pincang dan
kekok semasa melakukan kerja dakwah.
2- Kekuatan Iman
Setelah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi,
maka akan meningkatlah tahap kekuatan iman seseorang. Dalam
menjalankan kerja dakwah, kekuatan iman penting bagi melahirkan rasa
yakin dan berani berjuang untuk menempuh ujian sewaktu melakukan kerja
dakwah kerana harus di ingat, komuniti yang akan ditempuhi nanti
semestinya terdiri daripada pelbagai jenis dan ragam dan mampu untuk
menggugat kelancaran amar makruf tersebut.
3- Bersedia menjadi Qudwah Hasanah
Sebagai daie adalah perlu menjadikan diri kita sebagai contoh yang baik
kepada masyarakat. Bagaimanakah masyarakat boleh menerima seruan kita
ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri
melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan.
4- Mengenali Madu
Antara perkara penting sebelum melaksanakan kerja dakwah ialah kita perlu
untuk mengenali madu. bertujuan untuk memudahkan para pendakwah
menyampaikan seruan dakwah. Analisis perlu dilakukan supaya kandungan
atau silibus pembelajaran yang akan disampaikan bersesuaian dengan
madu. selain itu, imam Hassan al-Banna melalui sepuluh amanatnya juga
telah berpesan dan menyeru pendakwah untuk berkenalan dengan setiap
muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan
dan berkasih-sayang.

You might also like