You are on page 1of 18

PERKAHWINAN

ANTARA
ADAT DAN BUDAYA
AMILA HUSNA BINTI AHMAD FAUZI
MAS LISA BINTI JAMALI
NADIA LIYANA BINTI ABD AZIZ

DEFINISI

Bahasa Cantum atau himpun

Istilah - Perkahwinan bermaksud akad


yang menggunakan lafaz nikah atau
bahasa yang membawa maksud nikah
untuk menghalalkan persetubuhan
lelaki dan perempuan.

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan


mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut
ertinya :
Diriwayatkan dari Abdullah bin Masud katanya,
Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai
kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara
kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin.
Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup
pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi
barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia
berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan
nafsunya.

Budaya Perkahwinan
Bersanding

Masyarakat Melayu mengamalkan amalan bersanding yang hampir


sama dengan budaya kaum Hindu.

Persandingan dalam masyarakat Melayu dapat ditakrifkan sebagai


suatu perlakuan yang menempatkan pasangan suami-isteri yang telah
diijab-kabulkan di atas pelamin yang dihias indah dengan mengenakan
pakaian yang kemas dan cantik, berhias wajah serta dikipas oleh dua
orang pengipas yang turut dikenali sebagai pengapit.

Upacara ini asalnya merupakan budaya Hindu yang mengagungagungkan Dewa Rama dan Dewa Sita.

Adat Merenjis
Penggunaan

sirih pinang,beras kunyit merupakan


pengaruh budaya Hindu.

Penggunaan

beras kunyit ialah bertujuan memberi


semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan
semangat padi.

Perbuatan

ini juga boleh menjurus kepada perbuatan


syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut
disertakan dengan itiqad(keyakinan-keyakinan) tertentu
seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis
akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.

Adat Berinai
Berinai

dalam perkahwinan Islam seakan menjadi kewajipan dan amat


digalakkan bagi yang perempuan.

Adat

dan corak lukisan inai adalah pengaruh budaya Hindu.

Bagi

kaum Hindu mereka memakai inai sehingga ke lengan.

Walau

bagaimanapun, kadar pemakaianinai di kedua-dua tangan dan kaki


adalahterhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja,
manakalawarnayang digunakantidak bersifat kekalseperti tatu
danmengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenaicorak atau
ukiranyang digunakan pula,corak atau ukirandaun dan tumbuhtumbuhanadalahdibenarkan,manakala corak-corakhaiwan, lambang dewadewaatauajaranatauapa jua gambaran yang bertentangan dengan
syarakadalahdilarang.

Bagi

yang lelaki pula adalah tidak diharuskan dan boleh memakai inai, tetapi
hanya sebahagian jari tangan sahaja yang dibenarkan.

Menabur Bunga(flower
girl)

Perkahwinan masyarakat melayu telah dipengaruhi oleh budaya agama


Kristian seperti menabur bunga kepada pengantin diacara perkahwinan.

Kebiasaanya budaya menabur bunga ini dilakukan oleh kanak-kanak


tidak kira perempuan ataupun lelaki.

Perbuatan ini tidak terdapat di dalam syariat atau pun majlis walimah
sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Ada pun
sebenarnya, perbuatan ini termasuk meniru-niru perbuatan kaum kafir
yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang menabur bunga di
acara-acara perkahwinan mereka.

Daripada Ibnu Umar, Nabi s.a.w bersabda:

Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang


kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.

Penggunaan Pintu
Gerbang
Dalam

masyarakat melayu Islam , pintu gerbang digunakan untuk


menjadi laluan pengantin semasa mereka berarak ke pelamin iaitu
tempat persandingan.

Pintu

gerbang tersebut juga diletakkan di luar untuk orang ramai


melaluinya semasa mereka datang meraikan pasangan raja sehari.

Bagaimanapun

, idea pintu gerbang ini diambil daripada budaya


kaum Yahudi. Kaum Yahudi menggelar pintu gerbang tersebut
sebagai chuppah.

Chuppah

tersebut diaggap sebagai simbol rumahtangga yang akan


dibina. Bakal pengantin disatukan dibawah chuppah disaksikan oleh
bintang-bintang. Mereka juga mempercayai yang mereka akan
mendapat keberkatan Tuhan dengan melakukan perkara tersebut.

Berandam dan Berasah


Gigi
Adat

ini merupakan adat masyarakat melayu lama.


Adat ini akan dilakukan sebelum upacara akad nikah
berlangsung.Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk
meningkatkan lagi seri pengantin perempuan itu.

Oleh

itu, rambut dibahagian dahi dan juga bulu


kening pengantin perempuan akan dipepat oleh mak
pengantin(tukang solek). Selain itu, gigi pengantin
akan diasah dan dikilap supaya menjadi rata serta
berkilat. Selepas berandam ,pengantin perempuan
akan dimandikan dengan air sintok-limau bagi
membuang nasib malangyang terdapat pada
pengantin tersebut.

Adat Mandi Limau


Adat

mandi limau dilakukan adalah untuk memastikan keperawanan pengantin


perempuan tersebut. Adat ini dilakukan pada awal pagi selepas malam bersatu
pengantin tersebut.

Emak

pengantin akan memastikan keperawanan pengantin perempuan


tersebut melalui pengantin lelaki yang di bekalkan dengan sehelai sapu
tangan putih.Sapu tangan tersebut akan ditunjukan kepada kedua-dua
keluarga terutama keluarga lelaki.

Setelah

memastikan keperawanan pengantin tersebut, adat mandi limau


dilakukan dengan memercikkanair sintok dan limau purut kepada kedua-dua
pengantin tersebut.

Selepasselesainya

upacara tersebut,kedua-dua pengantin dibawa masuk


kebilik dan memegang salah satu hujung sapu tangan . Sarung yang
digunakan dalam istiadat mandi akan diberikan kepada emak pengantin bukan
sahaja sebagai hadiahtetapi untuk tolak bala dan buang geruh.Kedua-dua
pengantin diingattidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut.

KESIMPULAN
Islam tidak pernah melarang sama sekali
para penganutnya daripada mengamalkan
kebudayaan dan kesenian yang terdapat
dalam setiap bangsa. Namun, perlu difahami
bahawa setiap amalan yang dipratikkan itu
perlu selari dan selaras dengan syariat Islam.

Sekian Terima Kasih

You might also like