You are on page 1of 3

Assalamualaikum wbt.

Yang berbahagia Tuan Hj Ishak bin Mahbob, Pegawai Pendidikan Daerah Kulai
Yang diraikan Puan Tan Moi Yan, Pengetua SMK Kulai Besar
Yang dihormati En. Samsol Kamal bin Mat Nasir, Yang Dipertua PIBG SMK Kulai
Besar dan ahli jawatankuasanya
Tuan-tuan Pengetua, guru-guru penolong kanan, guru-guru kanan mata
pelajaran, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, saya diberi
ruang dan peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang
penuh makna ini. Selamat datang dan terima kasih kerana tuan-tuan dan puanpuan sudi hadir dalam majlis ini yang diadakan khusus untuk meraikan
persaraan Puan Tan Moi Yan, pengetua yag sangat kami hormati.

Hadirin sekelian,
Saya sebagai wakil warga SMK Kulai Besar, ingin mengambil kesempatan ini
untuk menyatakan betapa kami sangat berbangga kerana dapat berkhidmat di
bawah pentadbiran Puan Tan. Beliau adalah seorang pentadbir yang sangat
dedikasi dan tidak pernah lokek memberi tunjuk ajar kepada kami. Sehingga ke
saat ini, Puan Tan masih bekerja keras melunaskan amanah yang diberikan
kepadanya bagi memastikan semuanya berjalan lancar selepas peninggalannya.
Puan Tan yang kami kenali mempunyai wawasan yang jelas dalam melestarikan
kecemerlangan pendidikan murid-murid di sekolah ini. Beliau tegas, berterus
terang, cekap dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam pengurusan
sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,


Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada ketuanya.
Seperti mana sebuah kapal diterajui nakhodanya, sepanjang 3 tahun 3 bulan
Puan Tan menerajui sekolah ini, banyak peningkatan dan kejayaan yang telah
dicapai oleh sekolah. Ia tidak mudah bagi Puan Tan dan tidak mudah juga bagi
kami, tetapi kami semua dapat melakukannya dengan bimbingan dan tunjuk ajar
Puan Tan. Sebagai teraju utama, beliau banyak memainkan peranan demi

meningkatkan kecemerlangan sekolah. Kami berharap, semua usaha ini akan


diteruskan oleh pengetua baharu yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan
sekolah ini. Kami guru-guru di sini, walau bersama siapa pun kami bernaung
khidmat, kami akan tetap cekal dan tekal melaksanakan tugas dengan sebaik
mungkin bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan sekolah kami.

Puan Tan yang kami raikan,


Saya mewakili seluruh warga SMK Kulai besar, ingin mengambil kesempatan ini
menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari puan andai ada antara kami
yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah tingkah laku. Maafkan kami jika
ada perlakuan dan tutur bicara kami yang menyinggung perasaan puan. Segala
jasa bakti puan sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan kami kenang selagi
hayat di kandung badan.

Puan Tan,
It is time to bid adieu
To your cabin so plush
With happiness, your life
Is now going to be a flush
It is time to bid farewell
To every subordinate
And say hi to your family
For whom, its been a long wait
Its time to say goodbye
To the corridors of power
Because you will be heading
To a life which is much better
Happy retirement Puan Tan.

Sekian, terima kasih.

You might also like