You are on page 1of 2

Amalan Kepimpinan Instruksional Sebagai Penentu Sekolah Berkesan

Penentuan sama ada status sesebuah akan menjadi sekolah berkesan atau sekolah yang
lemah amat bergantung kepada faktor kepimpinan instruksional yang diamalkan di sekolah
berkenaan .
1.

Selain itu, perubahan dalam masyarakat semasa telah memberi tekanan kepada sistem
pendidikan terutamanya terhadap pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian pelajar (Cheryl
Graczewski, Joel Knudson, & Deborah J. Holtzman: 2009). Keghairahan pihak ibu bapa dan
masyarakat terhadap pencapaian akademik sesebuah sekolah juga menimbulkan pelbagai
masalah, isu dan dilema dalam kalangan guru (James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah :
2009).Pihak Kementerian Pelajaran pula menyediakan pelbagai standard dan piawaian bagi
memastikan pihak sekolah mencapai kualiti perkhidmatan pendidikan yang telah ditetapkan.

2.

Di samping itu, pengurusan sesebuah kini memerlukan kemahiran seseorang pemimpin yang
celik data dalam menyedia dan menganalisis data kuantitatif dan kualitatif. Kesannya, tekanantekanan dan perubahan ini akan menjadikan pemimpin sesebuah sekolah itu perlu berusaha
menjadikan sekolahnya lebih berkesan dan berakauntabiliti (Meta L. Kruger, 2010). Bagi
memenuhi kehendak ini, pemimpin sekolah perlu berusaha menyediakan pelbagai strategi bagi
menambahbaik mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

3.

Selaras dengan usaha penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, cabaran lain
yang dihadapi oleh pemimpin di sesebuah sekolah adalah usaha kekal bagi melakukan
penambahbaikan prestasi akademik secara berterusan di sekolahnya. Penambahbaikan
secara berterusan bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar memerlukan faktor dalaman
yang kukuh terutamanya usaha bagi mendapatkan komitmen tinggi daripada para guru bagi
menentukan sama ada sesebuah sekolah itu berstatus sekolah berkesan atau sekolah yang
lemah.

4.

Kualiti guru merupakan salah satu peramal pencapaian pelajar dan ini merupakan salah satu
aspek utama dalam penambahbaikan kualiti pendidikan di sekolah (Peter Trabert Goff et al,
2012). Usaha ini akan dapat dicapai melalui penambahbaikan guru-guru dalam usaha
menyediakan guru-guru berkualiti dengan pelbagai cara termasuklah program-program
pembangunan kapasiti supaya mereka mampu menerima dan mengamalkan pelbagai inovasi
terkini dalam bidang pendidikan (Samuel F. Fancera & James R. Bliss, 2011).

5.

Selain itu, usaha penambahbaikan sesebuah sekolah juga memerlukan keupayaan kepimpinan
instruksional bukan sahaja dalam kalangan pentadbir tetapi juga dalam kalangan guru biasa.
Komitmen guru biasa sebagai pemimpin dan pengurus pembelajaran di bilik darjah juga adalah
antara faktor penting yang menyumbang terhadap usaha-usaha penambahbaikan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah.

6.

Pengamalan kepimpinan instruksional yang berkesan memerlukan kolaborasi pengetua


dengan guru-gurunya , selain mengukuhkan tanggungjawab mereka serta tidak banyak
menyekat tugas-tugas mereka (Meta L. Kruger, 2010). Kajian yang dilakukan oleh Byrk et. al
(2010) mendapati bahawa kepimpinan instruksional di sekolah mampu memainkan peranannya
sebagai pemacu perubahan (driver for change) di sesebuah sekolah. Guru yang bermotivasi
tinggi akan mampu memberi sumbangan terhadap kejayaan sesebuah sekolah dalam
memberi nilai tambah terhadap outcome (keputusan peperiksaan awam) pelajar sekolah
berkenaan.

7.

Banyak pendapat mengakui bahawa terdapatnya hubungan sama ada secara langsung atau
tidak langsung antara kepimpinan pengetua dan komitmen guru dalam memupuk pembelajaran
pelajar. De Bevoise (1984) mentakrifkan kepimpinan instruksional sebagai apa-apa tindakan
yang dilakukan oleh pengetua atau melalui penurunan kuasanya kepada orang lain dalam
usaha bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar.

8.

Dalam hal ini, Yusuf K.K Nsubuga (2008) menjelaskan bahawa seseorang pengetua itu hanya
akan berjaya meningkatkan prestasi akademik sekolahnya sekiranya pengetua tersebut telah
dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran pengurusan dan kepimpinan instruksional
yang cukup.

9.

Halverson et. al (2007) pula menyatakan bahawa intipati bagi kepimpinan instruksional adalah
keupayaan pemimpin untuk mengubah sekolah yang pada asalnya budaya merupakan
akauntabiliti dalamannya supaya menjadi sebuah institusi yang mampu memenuhi kehendak
akauntabiliti luaran .Keperluan untuk kepimpinan pengajaran di sekolah-sekolah telah
ditonjolkan melalui kemunculan akauntabiliti berasaskan standard dan menuntut bahawa
pengetua bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar (Cheryl Graczewski, Joel Knudson &
Deborah J. Holtzman, 2009).

10.

Cheng- Yong Tan (2012) pula berpendapat bahawa dalam usaha untuk menurunkan kuasa
kepada guru yang dianggap sebagai guru yang berkemahiran dan profesional dalam abad ke
-21, adalah tidak mencukupi bagi pemimpin sekolah dan guru-guru mempelajari tentang
pedagogi dan mengaplikasikannya dengan penuh kesabaran di bilik darjah. Pengetua
hendaklah juga sentiasa bekerjasama dengan guru-gurunya bagi menyokong pencapaian tinggi
semua pelajar dan sentiasa kelihatan di mana-mana sahaja di kawasan sekolah, pada semua
peristiwa di sekolah dan kerap melakukan lawatan singkat ke bilik-bilik darjah (Semiha Sahin,
2011).

11.

Sehubungan itu, Jo Blase & Joseph Blase (2002), telah menggariskan enam strategi yang
boleh digunakan oleh pengetua bagi meningkatkan profesionalisme guru-gurunya iaitu
menitikberatkan kajian-kajian tentang pengajaran dan pembelajaran, menyokong kolaborasi
dalam kalangan guru, mengembangkan hubungan kejurulatihan dalam kalangan guru,
menggalakkan dan mendorong guru-guru mereka bentuk semula program-program,
mengaplikasi prinsip-prinsip pembelajaran dewasa dan melaksanakan kajian tindakan bagi
tujuan membuat keputusan dalam hal ehwal pengajaran.

12.

Setiap komuniti sekolah mempunyai konteksnya sendiri yang unik di keadaan kerja yang
berbeza berlaku. Para pengetua hendaklah berusaha supaya mereka perlu menjadi lebih
fleksibel dan sentiasa boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran tempat kerja bagi
menyokong pembelajaran pelajar-pelajar dan guru-guru. Selain itu, para pengetua dan guru
hendaklah memahami prasyarat-prasyarat yang menyumbang kepada kesejahteraan
kakitangan di tempat kerja.

Akhir sekali, kita hendaklah sedar tentang pentingnya hubungan baik antara pemimpin sekolah
dengan guru-guru. Hubungan baik adalah sangat penting dan merupakan salah satu prasyarat dalam
usaha mewujudkan persekitaran sekolah produktif dan hubungan manusia yang positif di sekolah.

You might also like