You are on page 1of 7

SILIR DAKSINA (Nizar Parman)

Sinopsis Keseluruhan
Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang
gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya,
Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu.
Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih
dekat

walaupun

mendapat

tentangan

daripada

uminya

yang

seolah-olah

mahu

melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.


Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh
masyarakatnya. Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya
melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh
ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud
di kampung itu.
Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu,
malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan
Aksara di kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup
meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini
diwariskan kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip
lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan.
Sinopsis Bab
BAB
1

SINOPSIS
Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek
olehnya manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca.
Dia hampir-hampir kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu.
Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama
Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya
memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah
bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu,

dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.


Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu
Buruk kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna
berjalan-jalan di tepi pantai sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang
berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya
perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu
bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkaikan
persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu

ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang tidak
3

dikenalinya.
i. Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan
menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari
zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See
Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu.

Setelah selesai berlatih, Amirulnizam

berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada
Aiman (Haiqal).

Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang

rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula
datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa
dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah
yang terbiar selama ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah
baik. Dia seorang yang rajin sehingga mampu mengumpul duit untuk membeli
tanah kebun ayah.

sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat

disenangi oleh penduduk kampung.

Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia

menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.
Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan
anaknya ke sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi.

Amirulnizam

mencadangkan Ai Ling menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di


sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan
kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk rapat dengan Ai
Ling.
ii.

Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam

dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya minum. Semasa berbual-bual,
Tauke

Lim

menyatakan

persetujuannya

untuk

membenarkan

Ai

Ling

menumpangnya ke sekolah setiap hari. Amirul berterus-terang dengan Tauke Lim


yang dia kesunyian semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah dengan
anaknya Aiman.
iii.

Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin

Purnama meminta Amirulnizam

dan beberapa orang untuk berkumpul.

Dia

menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang ke kampung itu dua minggu lagi
dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin datang kerana hendak mengkaji
dan mempelajari rentak zapin jincat. Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara
persembahan nanti agar ramai yang hadir.

Tauke Lim pula berjanji untuk

menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir mencadangkan agar

majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat memilih
peserta melalui murid sekolahnya.

Amirulnizam teringat kembali zaman

kegemilangannya dalam bidang tersebut.


iv.

Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang

menyertai pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling


meminta

agar

Amirulnizam

mengajarnya

cara

mendeklamasikan

sajak.

Amirulnizam bersetuju dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching
datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya membenarkannya
mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai Ling
dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat mendeklamasikan sajak
dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja Amirulnizam
teringatkan Aiman.
v.

Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan deklamasi puisi murid-murid tahap

satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia mengucapkan
terima kasih kepada Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga menang.
Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya Amirulnizam aktif semula
dalam bidang penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya
dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan untuk berhenti berkarya
kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling mempengaruhi hidupnya. Ai Ling
seolah-olah pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih
sayang.
vi.

Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut

meriah. Ramai orang kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai
Ling membuat persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai
Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan
gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai
persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan
persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk
kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa dengan Amirulnizam secara
peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau berharap agar Amirulnizam
dapat mengembangkan sastera dan bahasa

di kampung itu dan menjadikan

Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.


vii.

Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya

seperti anaknya sendiri. Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan


aktivitinya. Suatu petang Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai
Punggur. Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya tentang anak
Amirulnizam iaitu Aiman.

Amirulnizam memberitahu bahawa Aiman berada di

Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan
Aiman dan berkawan dengannya.
viii. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara sambutan
Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi
yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Tahap kesihatannya semakin merosot dan
bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan. Petang itu Ai Ling datang
ke rumah Amirulnizam. Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh
Amirulnizam. Amirulnizam berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama yang
membaca hasil tulisan itu apabila siap nanti. Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan
orang yang menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi lebih bermakna. Ai Ling
bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan kurus. Namun dia
menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja.

Ai Ling juga turut bertanya

tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.


ix.

Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan,

segala persiapan majlis itu berjalan dengan rancak. Amirulnizam menggunakan


masanya

hingga

larut

malam

untuk

yang

akan

dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan manuskripnya.

Sakit

kepalanya semakin kerap menyerang.

puisi

Pada malam itu dia rasa aneh kerana

kerinduan terhadap Aiman begitu kuat .


4

menyiapkan

Dia hanya mampu menatap gambar

anaknya sambil menangis teresak-esak.


Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal
berasa terharu dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan
Ratna. Dia meluahkan rasa bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu
seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk
meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa mengusik-usik Ratna

dengan kata-kata dan bahasanya.


Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai
persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak
dapat hidup lama dengan ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya
menguruskan perniagaan butik dan kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak
dapat menziarahi ayahnya yang meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana

terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.


Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna
menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul
antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung
halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh
Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu,
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong

keputusannya secara dam-diam.


Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia
dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal
menolak tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang

dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.


Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke
Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan
Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik
warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan
membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong
datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong

terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.


Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di
halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan
perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta
tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan

10

untuk makan tengah hari.


Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal
untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut
untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal

11

diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.


Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama
seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang
ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal
tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit
kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan
Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak
mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku

dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada


Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali
remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji
Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah
petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim.
Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang
menyebabkan
12

dia

teringat

kembali

zaman

kanak-kanaknya.

Lazim

telah

menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.


Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat
keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai
raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya
itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan
bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang
terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah,
sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah
album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambargambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan
seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab

13

menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.


Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya
kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama
oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa

14

dan Tauke Ong.


Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk

15

bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.


Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri

16

Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.


Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di
Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah
apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung
Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat.
Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya
terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi
rakan kongsi dalam perniagaannya.

Tema

Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca
daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah
kandungnya iaitu Abdullah Kayan.
Persoalan
PERSOALAN
1

CONTOH
Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkaikan misteri
kehidupan sebenarnya ayahnya.
Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah
kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip

yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.


Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.
Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah
berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung
tersebut.

Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.


Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan
oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan
menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada

anaknya.
Persoalan sikap kerjasama penduduk kampung.
Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan
setiap aktiviti dan acara yang dijalankan di kampung tersebut seperti

majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim di situ


Persoalan hubungan baik antara dua bangsa walaupun berbeza
kebudayaan.
Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk kampung
begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa.

You might also like