You are on page 1of 14

Amali 4

Tujuan
Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan elektron pada satu
jarak.
Pengenalan
Tindak balas pengoksidaan-penurunan yang dikenali sebagai tindak balas redoks merupakan
tindak balas kimia yang amat penting dalam industri mahupun dalam badan manusia.
Pemindahan satu atau lebih elektron dari suatu bahan ke bahan yang lain menjadi proses asas
bagi tindak balas redoks. Pengoksidaan ialah proses menerima elektron dan juga melibatkan
penambahan dalam nombor pengoksidaan suatu unsur. Sebaliknya, penurunan merupakan
proses menerima elektron dan melibatkan pengurangan nombor pengoksidaan suatu unsur.
Misalnya,
dioksidakan

Zn(p)
Agen penurunan

Cu2+(ak)

Zn2+(ak)

Cu(p)

Agen pengoksidaan
diturunkan

Rajah 1: Tindak balas redoks


Agen pengoksidaan merupakan satu elemen atau sebatian yang menerima elektron dalam
tindak balas redoks manakala agen penurunan adalah suatu penderma elektron. Dalam
sesuatu tindak balas redoks agen pengoksidaan akan mengalami penurunan sedangkan agen
penurunan mengalami pengoksidaan.
Bahan
2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum(II) sulfat (disediakan semasa larutan ini
digunakan sahaja), 0.2 moldm-3 larutan kalim manganat(VII) berasid, 0.5 moldm-3 larutan kalium
iodide, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm -3
larutan kanji 1 % .

larutan kalium tiosianat dan

Alat Radas
Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan pemegang,
tabung uji, penitis dan penutup satu lubang.

Galvanometer

Elektrod karbon
Larutan ferum (II) sulfat
Larutan berasid kalium dikromat (VI)
Tiub-U
Asid sulfurik

Rajah 2

Prosedur
a.

Tiub-U telah diletakkan pada pemegang kaki retot.

b. Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiub-U.
c. Dengan menggunakan penitis, larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat

telah ditambahkan

dengan berhati-hati ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3
cm.
d. Seterusnya dengan berhati-hati, 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid
ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi.
e. Elektrod karbon telah diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U.
f.

Elektrod disambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

g. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, elektrod yang bertindak sebagai terminal positif
dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif telah ditentukan.
h. Radas tersebut dibiarkan selama 30 minit, sebarang perubahan yang berlaku telah
diperhatikan.
i.

Dengan menggunakan penitis yang bersih, 1 cm 3 larutan ferum(II) sulfat telah dikeluarkan
dari tiub-U dan dimasukkan ke dalam tabung uji. beberapa titis larutan 0.2 mol dm -3 kalium
tiosianat ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut. Pemerhatian telah direkodkan.

j.

Ulangi langkah 1 hingga 7 menggunakan larutan 0.5 moldm-3 kalium iodida dan 0.2 moldm-3
larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan
larutan kalium dikromat(VI) berasid

k. Ulangi langkah 8 untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji 1 %.
Keputusan
A. Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid.
Aspek

Pemerhatian

Arah pengaliran elektron

Pengaliran elektron adalah dari terminal negatif (FeSO4)


ke terminal positif (K2Cr2O7).

Penunjuk galvanometer

Jarum galvanometer terpesong ke arah kanan

Perubahan pada larutan ferum (II)

Larutan ferum (II) sulfat bertukar daripada warna hijau

sulfat

muda kepada larutan berwarna kuning/perang.

Perubahan pada larutan kalium

Larutan kalium dikromat (VI) berasid bertukar daripada

dikromat (VI) berasid

warna jingga kepada warna hijau

Tindak balas dengan larutan

Larutan bertukar menjadi merah bata.

kalium triosonat
Jadual 1

B. Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII) berasid.

Aspek

Pemerhatian

Arah pengaliran elektron

Pengaliran electron adalah dari terminal negatif (KI) ke


terminal positif (KMnO4).

Penunjuk galvanometer

Jarum galvanometer terpesong ke arah kanan.

Perubahan pada larutan kalium

Larutan kalium iodida yang jernih atau tidak berwarna

iodida

bertukar kepada warna perang / kekuningan.

Perubahan pada larutan kalium

Larutan kalium manganat (VII)

manganat (VII)

bertukar daripada warna ungu kepada warna jernih

Tindak balas larutan kanji

Larutan kanji menjadi biru tua.

Jadual 2

Perbincangan

Dalam sel redoks, dua elektrod disambungkan antara satu sama lain oleh wayar
penyambung. Dua elektrod tersebut diletakkan dalam larutan yang mengandungi agen
pengoksidaan dan agen penurunan. Asid sulfurik biasanya digunakan sebagai titian garam
dengan fungsi untuk memisahkan agen pengoksidaan daripada agen penurunan. Antara
contoh proses redoks ringkas yang melibatkan proses penurunan dan pengoksidaan ialah
seperti pengoksidaan karbon untuk menghasilkan karbon dioksida dan penurunan karbon
oleh hidrogen untuk menghasilkan metana.
Pemindahan elektron berlaku daripada agen penurunan kepada agen pengoksidaan
melalui wayar penyambung elketrik. Elektrod yang direndam dalam larutan agen penurunan
yang mengalami pengoksidaan melalui kehilangan elektron bertindak sebagai terminal negatif.
Elektron yang terhasil itu akan mengalir melalui wayar penyambung ke elektrod yang direndam
dalam larutan agen pengoksidaan. Elektrod ini akan bertindak sebagai terminal positif.
Pengoksidaan dan penurunan, tindak balas kimia pelengkap yang dicirikan oleh
penurunan atau pengoksidaan masing-masing satu atau lebih electron oleh atom atau molekul.
Pengoksidaan telah digunakan untuk merujuk kepada reaksi di mana oksigen digabungkan
dengan unsur atau sebatian contohnya tindak balas magnesium dengan oksigen untuk
membentuk magnesium oksida atau gabungan karbon monoksida dengan oksigen untuk
membentuk karbon dioksida. Tambahan pula, pengurangan adalah penurunan dalam jumlah
oksigen dalam bahan atau penyingkiran yang lengkap. Contohnya, tindak balas kuprum
oksida dan hidrogen untuk membentuk kuprum dan air.
Dalam eksperimen ini, terdapat dua reaksi redoks berlaku.
Tindak balas pertama adalah antara larutan ferum (II) sulfat dengan kalium
dikromat (VI) berasid.
Tindak balas larutan kalium dan kalium manganat (VII) berasid.

Dalam tindak balas pertama, ferum (ll) bertindak sebagai agen penurunan.Ia
membebaskan electron menjadi ion ferum (III). Oleh sebab yang demikian, ferum (ll) sulfat

berlaku perubahan warna dari hijau pucat kepada warna ke merahan coklat. Berikut adalah
persamaan setengah bagi ferum (II).
Fe2+ (ak) Fe3+ + eDalam tindak balas ini, electron akan berkumpul dan kemudian melalui elektrod karbon
dalam larutan ferum (ll) sulfat sebelum mengalir ke wayar penyambung. Elektrod karbon
bertindak sebagai terminal negatif. Elektrod kemudian mengalir ke terminal positif, yang
merupakan karbon elektrod dalam larutan kalium dikromat berasid (VI). Ion dikromat (lV)
bertindak sebagai agen pengoksidaan menerima electron dan oleh itu, menjalani proses
penurunan untuk menjadi larutan tanpa warna kromium (ll) ion.
Persamaan setengah Pengoksidaan:
Fe2+ (ak) Fe3+ + ePersamaan setengah Penurunan:
Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e- 2Cr3+ (ak) + 7H20 (ce)
Persamaan keseluruhan:
Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6 Fe2+ (ak) 2Cr3+ (ak) + 6Fe3+ (ak) + 7H20 (ce)
Asid sulfurik yang digunakan dalam eksperimen ini bertindak sebagai jambatan garam
untuk memisahkan tindak balas setengah dan juga untuk melengkapkan litar dengan
membenarkan pergerakan ion untuk mengalir. Dalam tindak balas antara larutan kalium iodide
dan kalium manganat (Vll), ion manganat (Vll) bertindak sebagai agen pengoksidaan, jadi ia
menerima electron dan bertukar menjadi larutan tanpa warna mangan (ll) ion dan akan
menghasilkan air.

Persamaan setengah ionik Penurunan :


MnO4- (ak) + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H20 (ce)
Persamaan setengah ionic Pengoksidaan :
I2 (g) 2I- + 2ePersamaan ionic keseluruhan:

2MnO4- (ak) + 16H+ + 5I2 (g) 2Mn2+ 10I- + 8H20 (ce)


Hasil dari tindak balas ini harus di uji dengan larutan kanji 1% untukmengesan kehadiran
iodin dalam larutan yang bertindak balas tadi.

Kesimpulan
Proses pemindahan elektron berlaku melalui lintasan luar pada satu jarak dengan adanya
proses penurunan dan pengoksidaan yang berlaku secara serentak.

Soalan

1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang dijalankan
dalam amali ini.
Jawapan
a. Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid.
Persamaan setengah pengoksidaan :
Fe2+ (ak) Fe3+ (ak) + ePersamaan setengah penurunan :
Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce)
Persamaan redoks keseluruhan :
[ Fe2+ (ak) Fe3+ (ak) + e- ] x 6
6Fe2+ (ak) 6Fe3+ (ak) + 6eCr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce)
6Fe2+ (ak) + Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) 6Fe3+ (ak) + 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce)

b. Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII)
Persamaan setengah pengoksidaan :
10I- (ak) 5I2 (ak) + 10ePersamaan setengah penurunan :
2MnO4- (ak) + 10e + 16H+ (ak) 2Mn2+ (ak) + 8H2O (ce)

Persamaan redoks keseluruhan :

10I- (ak) 5I2 (ak) + 10e2MnO4- (ak) + 10e + 16H+ (ak) 2Mn2+ (ak) + 8H2O (ce)
10I- (ak) + 2MnO4- (ak) + 16H+ (ak) 2Mn2+ (ak) + 5I2 (ak) + 8H2O (ce)

(ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen

penurunan.

Tindak Balas

Agen Pengoksidaan

Agen Penurunan

(FeSO4 dan K2Cr2O7)

Ion dikromat (Vl)

Ion ferum (ll) sulfat

Ion manganat (Vll)

Ion iodida

(KI dan KMnO4)

2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut.

Tindak balas 1 (FeSO4 dan

Tindak balas 2 (KI dan KMnO4)

K2Cr2O7)

Dari terminal negatif (FeSO4) ke

Dari terminal negatif (KI) ke terminal

terminal positif (K2Cr2O7)

positif (KMnO4)

3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan.


Fungsi asid sulfurik adalah ia bertindak sebagai titian garam yang memisahkan tindak balas
setengah dan juga melengkapkan litar dengan membenarkan pergerakan ion dalam litar.

4. Tuliskan

dua

pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas.

1. Magnesium sulfat (MgSO4) dan Kalium klorida (KCl)


2. Plumbum (II) nitrat (Pb (NO3)2) dan kalium sulfat (K2SO4)
5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid
sulfurik?
Kalium bromida tidak boleh digunakan bagi menggantikan asid sulfurik kerana elektrolit ini
adalah elektrolit lemah yang tidak membolehkan ion-ion bergerak melaluinya. Kalium bromida
juga tidak sesuai untuk dijadikan titian garam yang lebih berkesan seperti asid sulfurik.

RUJUKAN :
BUKU

Chau Kok Yew. (2011). Referens Ekspres SPM, Kimia. Selangor, Malaysia: Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah & Lim Yean Ching. (2007). Chemistry SPM. Selangor,
Malaysia: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Tan Yin Toon, Loh Wai Leng & Tan On Tin. (2011). Success Chemistry SPM. Shah
Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
LAMAN SESAWANG
Shodor.

(2008).

Redox

Reactions.

Diperolehi

dari:

http://www.shodor.org/unchem/advanced/redox/
Wiley,

J.

(2002).

Concept

Reviews:

Redox

Reaction.

Diperolehi

dari:

http://www.wiley.com/college/boyer/0470003790/reviews/redox/redox.htm
UC

Davis

ChemWiki.

(2005).

Electrochemistry

Basics.

Diperolehi

dari

http://chemwiki.ucdavis.edu/Analytical_Chemistry/Electrochemistry/Basics_of_Electr
ochemistry

Lampiran

Rujukan

Bibliograf

You might also like