You are on page 1of 31

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

ISI KANDUNGAN

Page | 1

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnian-Nya dapat juga saya menyempurnakan
kertas tugasan tentang pencawang di bawah matapelajaran vokasional iaitu Electrical
Maintenance Development (ETE 703) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah
memperoleh pelbagai pengalaman samada pahit atau manis yang amat berharga dalam hidup
saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya lalui sepanjang menjalankan tugasan ini
mungkin hanya akan datang sekali dalam hidup.
Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu tentang bahagian-bahagian pencawang. Di
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Puan Zamila Binti
Mat Esaha kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang
menyiapkan kertas tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha dalam menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan daripada anda semua,
mungkin saya tidak akan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sempurna.

PENGENALAN
Page | 2

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Pencawang ialah satu tempat dimana terdapat bekalan elektrik masuk dan keluar (incoming and
outgoing supply). Bekalan dikawal oleh perkakas suis (seperti ring main unit, pemutus litar),
alatubah dan berbagai jenis sistem perlindungan dan kabel. Bekalan yang masuk melalui kabel
bawah tanah dan pemutus litar/perkakas suis disalurkan ke alatubah untuk menurunkan
voltannya sebelum disalurkan kepada pengguna.
Menurut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, pencawang bermaksud mana-mana premis
atau bahagiannya yang terkepung yang mempunyai radas sama ada untuk mengubah atau
menurunkan tenaga kepada atau daripada voltan tinggi (selain daripada mengubah atau
menurunkan tenaga semata bagi pengendalian peranti pensuisan atau peralatan), atau untuk
pensuisan, pengawalan atoa pengawalseliaan tenaga pada voltan tinggi dan yang cukup
besar untuk membolehkan orang masuk selepas radas diletakkan pada tempat itu. dan
termasuk radas di dalamnya.
Fungsi pencawang ialah untuk menerima, mengubah, menghantar, mengendalikan serta
membahagikan bekalan elektrik kepada pencawang lain ataupun pengguna. Ia juga
membolehkan penyuisan masuk atau keluar kebahagian-bahagian lain dalam satu-satu sistem.
Disamping itu bahagian yang rosak dalam satu-satu sistem diasingkan dengan cara penyuisan
dan bekalan elektrik dapat diberikan melalui litar yang lain dari arah yang lain.

Page | 3

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

JENIS-JENIS PENCAWANG

1. Pencawang Berbangunan

Terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

a. Pencawang yang mempunyai satu bilik pengubah (single chamber)


b. Pencawang yang mempunyai dua bilik pengubah (double chamber)

Dalam kebanyakan jenis pencawang semua peralatan berada dalam satu bangunan tetapi
pengubah berada dalam bilik berasingan. Pencawang berbangunan boleh didirikan sama
ada secara sendiri atau secara berkembar atau didalam bangunan.

Peralatan peralatan yang terdapat didalam pencawang berbangunan ialah :

i.
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii

Pengubah.
Perkakasuis
Papan pembahagian voltan rendah
Alat pemadam api
Carta pemulihan nafas
Papan tanda BAHAYA dan DILARANG MASUK
Kabel voltan rendah dan voltan tinggi
Soket 13A

Pencawang jenis ini dbina dikawasan bandar dan di kawasan perumahan. Bilik
pengubahnya berukuran 8' x 13' x 6'. Perkakasuis diletak bagi membolehkan kabel voltan
tinggi dilalukan dan disambung kepada peti pembekal. Ianya diletak ditengah tengah
tapak bagi memudahkan penambahan perkakasuis dimasa hadapan. Papan pembahagian
voltan rendah diletakkan didinding bertentangan dengan perkakasuis. Peparit kabel
berukuran 2' 6" dalam dan 1' 6" lebar bagi keperluan untuk kabel voltan tinggi dan kabel
voltan rendah masuk ke pencawang tanpa melintasi antara satu sama lain.

Page | 4

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

2. Pencawang Luar Bangunan


Pelan dan susunatur pencawang luar bangunan hampir sama dengan pencawang berbangunan
jenis rangkuman. Bezanya pencawang jenis ini dibina diatas tanah dengan tapak konkrit .
Pencawang jenis ini dipagar dengan kawat keluli tahan karat. Mempunyai dua ukuran
berdasarkan keluasan tapak iaitu 25' x 25' dan 25' x 20'. Walau bagaimana pun saiz minima nya
hendaklah tidak kurang daripada 20' x 15'. Kebanyakan pencawang jenis ini dibina dikawasan
luar bandar dikawasan lapang dan mempunyai jarak dengan jalanraya. Kos pembinaan nya jauh
lebih rendah dari pencawang berbangunan. Peralatan peralatan yang terdapat pada pencawang
luar bangunan ialah :
i
ii
iii
iv
v
vi

Pengubah
Perkakasuis
Peti pembekal voltan rendah
Papan tanda BAHAYA dan DILARANG MASUK
Pagar lingkungan keluli
Kabel voltan rendah dan voltan tinggi

Pengubah diletakkan diatas pelapik konkrit dimana bagi saiz 300kVA ukuran tapaknya ialah 5' x
3' x 2'. Perkakasuis diletak diatas tapak konkrit berukuran 3' 3" x 3' 8" x 1' dengan jarak 2' 8"
daripada pagar. Pagar keluli hendaklah berukuran 20' x 15' bagi keluasan tapak 25' x 20' dan
berukuran 20' x 20' bagi keluasan tapak 25' x 25'.

Page | 5

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

3. Pencawang Atas Talian


Semua peralatan terletak diatas tiang spun konkrit berukuran 35'.
Boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
1. Pencawang perantaraan atas tiang.
2. Pencawang akhir atas tiang.

Pencawang perantaraan atas tiang ialah pencawang yang mempunyai dua punca
bekalan voltan tinggi sebagai 'loop in out' kadangkala ditambah dengan penyambung suis
( link switch ) bagi menyambung bekalan ke pencawang lain atau sebagai 'off point'
dalam sistem gelang.

Pencawang akhir atas tiang ialah pencawang yang mempunyai hanya satu bekalan
masuk sahaja. Pencawang jenis ini terletak dipenghujung litar akhir 11kV dalam litar
sulur (spur).

Pencawang atas tiang biasanya dibina dikawasan luar bandar dimana keperluan beban pengguna
adalah rendah, dikawasan yang selalu dilanda banjir atau disebabkan sukar mendapat tapak
untuk membina pencawang. Had minimum keupayaan pengubah bagi pencawang atas tiang ialah
50kVA yang dibina diatas dua tiang sementara had maksima pula ialah 300kVA dibina diatas
empat tiang.

Page | 6

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

4. Pencawang Jenis Padat

Rekabentuk Pencawang Pakej/Padat 11/0.433kV

Pencawang Pakaj/Padat adalah jenis yang disiap bina dan terdapat perkakasan utama
seperti alat pensuisan voltan tinggi, pengubah 3 fasa dan papan pengagihan voltan rendah
dipasang siap dalam satu kiosk terlitup logam.

Ruang voltan tinggi menempatakan alat pensuisan voltan tinggi jenis Unit Gegelang
Utama dan terdapat pintu berasingan untuk membuka ruang ini. Ruang alatubah
menempatkan alatubah 3 fasa dan ruang papan pengagihan voltan rendah
menempatkan papan pengagihan voltan rendah.

Page | 7

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

LOKASI TAPAK PENCAWANG


1. Lokasi
a) Lokasi sesuatu pencawang sub-station adalah mengikut keperluan bekalan elektrik untuk
kegunaan domestik, perdagangan dan industri.
b) Pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) 275kv didapati tidak sesuai berhampiran
dengan perumahan, kawasan lapang dan kemudahan awam. Zon penampan adalah
diperlukan di antara pencawang dan guna tanah yang lain.
c) Pelan lokasi Pencawang Masuk Utama (PMU) hendaklah dikenakan syarat supaya
sekurang-kurangnya 5% daripada ruang luar dikhaskan untuk pengindahan (landskap)
dan pelan-pelan mestilah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Ini akan
memberi keyakinan dan kesedaran khususnya kepada penduduk setempat dari aspek
keselamatan.
d) Tapak pencawang elektrik tidak sesuai ditempatkan di kawasan lapang kerana timbul
masalah kacau ganggu dari segi keselamatan dan estetik. Jika tidak dapat dielakkan,
bentuk bangunan hendaklah disesuaikan dengan kawasan persekitaran seperti bentuk
rumah batu atau lain-lain bahan semula jadi.

2. Saiz dan Fungsi


Page | 8

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Garis panduan penyediaan tapak pencawang elektrik adalah seperti berikut:a) Saiz bekalan (load) adalah mengikut keperluan domestik, perdagangan dan industri
(tertakluk kepada keperluan TenagaNasional Berhad).
b) Keperluan bekalan berbeza-beza bagi kawasan-kawasan yangnmenghadapi pertambahan
pembangunan secara adhoc.
c) Struktur rekabentuk bangunan hendaklah menarik dan dilengkapi dengan kawalan
keselamatan yang lengkap serta terhindar dari pencemaran alam sekitar (noise, vibration
and visual).
d) Jenis-jenis pencawang elektrik serta keluasan tapak pencawang
adalah seperti berikut. (Rujuk Jadual 1)

JENIS
Pencawang Masuk
Utama ( 274kV )
Pencawang Utama
( 132kV)
Single Chamber
( 33kV )
Double Chamber
( UkV)

PERANCANGAN
KEPERLUAN
SYARAT-SYARAT
PERANCANGAN
1.6 hektar (4 ekar)
Tepi Kawasan
Pembangunan
45m x 45m
(150 Kaki x 150 kaki)
- Zon Penampan
13.5m x 13.5m
(Buffer zone)
(45 kaki x 45 kaki)
- Jalan Masuk
16.5m x 13.5 m
(55 kaki x 45 kaki)
- Bangunan
13.5m x 17m
(45 kaki x 55.5 kaki)
13.5m x 20m
(45 kaki x 65.5 kaki)

CATATAN
Keluasan tapak
Pencawang adalah
garis panduan dari
Tenaga Nasional
Berhad. Sebarang
perubahan saiz dan
bilangan yang perlu
disediakan dan
perletakkan adalah
tertakluk kepada
persetujuan Tenaga
Nasional Berhad.
Tidak dibenarkan
pencawang elektrik di
atas/ bersempadan
kawasan lapang

Jadual 1 : Keluasan Tapak Pencawang

AKTA BEKALAN ELEKTRIK

Page | 9

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Seksyen 9 : Lesen dikehendaki bagi penggunaan pepasangan : terma , syarat dan kandungan
lesen "tiada seorangpun selain drp pihak berkuasa bekalan , boleh menggunakan,
mengerjakan atau membenarkan diguna, dikerja atau dikendalikan apa2 pepasangan; atau
membekalkan elektrik drp mana2 pepasangan kpd atau bagi kegunaan orang lain kecuali satu
lesen dikeluarkan.

Seksyen 12 : Talian bekalan dan kelengkapan lain di atas tanah kerajaan Subseksyen 1 - 2 :
pepasangan di atas tanah negeri, jika tidak mengalihkan kelengkapan dlm masa 6 bulan drp
tempoh yg dibenarkan (tamat lesen) - kelengkapan itu menjadi harta Kerajaan Negeri

Seksyen 14 : Pengalihan atau pengubah-pindaan talian bekalanSubseksyen 1 - 5 : pemuya


tanah boleh menghendaki pengalihan talian ke bhg lain tanah itu dgn syarat2 tertentu. Jika
pemegang lesen tidak mematuhi kehendak itu, org itu boleh mohon budi bicara Pihak
Bekuasa Negeri - menyiasat & membuat perintah.

PERATURAN ELEKTRIK 1994


Page | 10

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Peraturan 2

pencawang, dengan menggantikan perkataan tenagadi mana-mana jua terdapat

dengan

perkataan elektrik.

Peraturan 43

Peraturan-peraturan Elektrik 1994, di mana tahap kelegaan minimum bagi mana-mana bangunan
atau struktur-struktur dari talian pembekalan voltan tinggi, selain dari pencawang elektrik
hendaklah tidak kurang dari 4.57 meter. Ini bermakna apa-apa aktiviti yang dijalankan atau apaapa objek yang dikendalikan berhampiran talian penghantaran hendaklah pada jarak tidak kurang
dari 4.57 meter dari talian tersebut. Di Samping itu juga, talian penghantaran milik TNB juga
perlu mengekalkan kelebaran tanah bagi talian penghantaran atau juga dikenali sebagai koridor
penghantaran pada jarak 20 meter dari garisan tengah talian. Amalan ini sememangnya diguna
pakai oleh TNB bagi laluan talian penghantaran bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar.

Peraturan 84

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan


yang berikut:
(2) Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Papan Tanda Elektrikhendaklah dalam
Borang S yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan hendaklah sah bagi tempoh tidak
kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh pengeluaran
atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran itu.

Page | 11

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

BAHAGIAN-BAHAGIAN PENCAWANG

a) Penangkap Kilat

menghadkan arus lebihan daripada masuk menerusi pengubah dan peralatan-peralatan


lain yang terdapat dalam pencawang

menyelamatkan perantaramuka bagi litar elektrik dan litar elektronik dalam satu sistem
pencawang

b) Pemutus Litar

Dipasang di antara pengasing dan pengubah

Membawa arus beban penuh yang berterusan

Membuka dan menutup litar pada keadaan tanpa beban

c) Transformer
Page | 12

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Menaikkan dan menurunkan voltan

d) Pengatur-Pengubah (Transformer Tap Changer)

Mengawal voltan pada bahagian keluaran

Dengan melaraskan lilitan bahagian keluaran

e) Pengasing / OLU (Oil Ink Unit)

Page | 13

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

membuka litar kuasa selepas litar beban di putuskan oleh pemutus litar

Sistem penghantaran atau pengagihan voltan yang melebihi 11 kV pengasing jenis


tendom digunakan

sistem pengagihan dibawah 11 kV pengasing jenis OLU kerap digunakan

f) Pembumian

sambungan di antara peralatan elektrik dan bumi menggunakan dawai yang tidak
mempunyai rintangan

G1
G2
G3
g) Reaktor / Penghad Arus (Reactor)
Reaktor

Reaktor

Skematik reaktor basbar

Janakuasa

Basbar
Penyuap
C (Feeder)

Page | 14

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

gegelung yang mempunyai regangan induktif yang besar jika dibandingkan rintangan
ohmnya

menghadkan arus litar pintas yang mengalir dalam talian

biasanya dipasang pada sistem penjana, penyuap dan basbar

h) Pengubah Peralatan

membolehkan peralatan pengukuran voltan rendah sesuai bagi mengukur voltan tinggi
dan mengasingkan peralatan ini daripada voltan tinggi

i) Protection Relay

Page | 15

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Melindungi peralatan pencawang

Mengukur voltan, frekuensi dan ketidak seimbangan dalam keadaan normal atau
terganggu

Microprocessor take protection action

Page | 16

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Pelan Tapak

Rajah 1. Plan Tapak Pencawang

Rajah 2. Pelan Tapak Pencawang

Page | 17

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Rajah 3. Skematik Pencawang

Rajah 4. Skematik Pencawang

Page | 18

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Gambar Di Pencawang

Rajah 5. Pencawang Masuk Utama

Page | 19

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Jadual penyelenggaraan
bil
.
1
2
3
4

1
0

Penyelenggaraan

Tandakan (/)
Tempoh Penyelenggaraan
Haria
Mingguan Tahunan
n

Penyelenggaraan bangunan pencawang dan keadaan


sekeliling (termasuk dalam dan luar pencawang).
Kerja-kerja membaikpulih longkang dan mengecat
keseluruhan
Kebersihan pada bahagian luar dan dalam
Kunci untuk pintu pagar dan pintu pencawang
hendaklah di minyak selalu supaya ia tidak berkarat.
Pagar dan tiang-tiang sudut penyokong juga hendaklah
di cat.
Keseluruhan bahagian dalam pencawang ini mestilah
sentiasa bersih. Sampah sarap, sawang dan habuk
hendaklah dibersihkan menggunakan alatan hampagas
(Vacum).
Pastikan getah pelapik (rubber mat) yang dibentangkan
di hadapan panel perkakas suis dan jika terdapat Papan
Suis Voltan Rendah (LT Switchboard) dalam bilik yang
sama berada dalam keadaan yang baik
Peparit kabel mestilah sentiasa dalam keadaan bersih
daripada sampah sarap. Jika peparit ini mempunyai air,
pastikan lubang keluar masuk kabel ditutup dengan
salutan simen yang nipis. Jika masalah air masih
berlarutan, isikan peparit kabel itu dengan pasir halus.
Jika permukaan peparit kabel itu ditutup dengan
menggunakan plat besi, maka plat tersebut hendaklah di
cat dengan cat anti-rust supaya ia tidak berkarat.
Jaring pencegah serangga hendaklah diperiksa selalu dan
jika di dapati koyak, maka ia perlulah di ganti dengan
yang baru
Alat pemadam api hendaklah diletakkan pada tempat
yang sesuai dan senang diambil pada bila-bila masa
berlaku kebakaran. Alat ini perlu di selenggara setiap 6
bulan sekali oleh pemborong yang bertauliah. Jika
pencawang menggunakan sistem pencegah kebakaran
jenis automatik, ianya juga perlu di selenggara pada
tiap-tiap bulan.
Bumbung untuk bangunan pencawang hendaklah
diperiksa jika terdapat kebocoran dan di baiki.
Page | 20

ETE 703

1
1

1
2

1
3

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Semua lampu-lampu dan mentol yang terbakar mestilah


diganti untuk mengelakkan dari bekerja dalam gelap bila
berlaku kerosakan pada waktu malam. Adalah
digalakkan supaya pendawaian pencawang di uji selepas
10 tahun yang pertama dan selepas itu pada tiap-tiap 5
tahun sekali.
Kabel-kabel juga perlu di periksa dari berlaku beban
lebihan. Jika di lihat pada peti kabel ada tanda-tanda
titisan compound ke lantai dan panas yang luar biasa,
maka ini menunjukkan beban lebihan telah berlaku
Elektrod bumi dan dawai bumi pada keseluruhannya
perlu di uji dan diperiksa. Perhatian harus diberikan bila
mana dawai bumi yang menggunakan dawai SWG 7/10
berlembar sebagai dawai pembumian. Keadaannya perlu
diperiksa supaya tidak terdapat putus ditengah jalan
berpunca daripada kekaratan

Page | 21

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Langkah keselamatan

Mengikut Peraturan Elektrik 1994, hanya orang yang bertauliah dan kompeten
(mempunyai sijil kekompetenan Pendawai Elektrik atau Penjaga Jentera Elektrik) boleh
mengendali dan mengerjakan pemasangan elektrik. Orang yang selain dari yang diatas
hendaklah berada dibawah kawalan langsung orang kompeten.

Anggap semua pemasangan elektrik masih hidup (live) kecuali telah dibuktikan dengan
ujian ianya adalah mati.

Langkah-langkah hendaklah diambil untuk mengelakkan pepasangan yang telah


dimatikan menjadi hidup kembali secara tidak senghaja.

Gantung notis yang sesuai seperti BAHAYA VOLTAN 415V, AWAS,


PEPASANGAN SEDANG DIUJI pada mana-mana litar yang hendak/sedang
dikerjakan.

Pastikan setiap suisgiar, papan suis dan sebagainya terdapat label yang menerangkan litar
yang dikawalnya supaya kerja pembaikan mudah dan selamat dijalankan serta
menghindarkan bahaya.

Kunci mana-mana bilik suis atau peralatan elektrik (jika sesuai) dan anak kunci
hendaklah dipegang/disimpan oleh orang yang membuat kerja dan pastikan orang lain
tidak mempunyai anak kunci simpanan (spare) yang sama.

Bahagian bergerak mesen berputar hendaklah dipasang pelindung/penutup yang sesuai


dan boleh menghindarkan bahaya tersentuh bahagian tersebut.

Sebaik-baiknya hendaklah terdapat sekurang-kurangnya satu lagi pekerja elektrik lain


semasa membuat kerja-kerja pada konduktor atau peralatan yang hidup supaya apabila
berlaku kecemasan pertolongan boleh diperolehi dengan segera.

Jangan memakai barang-barang kemas seperti cincin, jam tangan, kalong, rantai dan
sebagainya semasa berkerja dengan litar elektrik hidup.

Pakai pakaian keselamatan seperti sarung tangan penebat, kasut keselamatan,


penghadang muka (face shield) serta jangan pakai pakaian yang labuh dan terjuntai
seperti tali leher yang boleh mengganggu atau membahayakan.

Page | 22

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Sebelum ON suis ketahuilah akibatnya jika terdapat sebarang kerosakan kepada


pemasangan atau mesen tersebut.

Fikirkan dahulu apa akan terjadi keatas setiap tindakan yang anda ambil sekiranya
tindakan itu tidak betul.

Pastikan tangan anda serta persekitaran yang anda akan berkerja tidak basah atau lembab
atau dekat dengan punca-punca air.

Gunakan hanya pembaris kayu atau tape pengukur bukan logam bila mengukur
berhampiran dengan peralatan/pengalir elektrik.

Seberapa boleh dan jika praktikal litar yang melebihi voltan 50V AC hendaklah
dimatikan sebelum sesuatu kerja elektrik dimulakan.

Jangan dengar atau percaya kepada sesiapa yang mengatakan bahawa litar telah
dimatikan sebelum anda sendiri mengesahkannya terlebih dahulu dengan mengujinya.

Pastikan konduktor elektrik termasuk konduktor mudah lentur dilindungi dari kerosakan
mekanikal dengan sempurna, disambung dengan baik, ditamatkan dengan baik, tidak
berada dibawah tegangan, tiada kecacatan bahan penebatnya, tidak terdedah kepada
gegaran, tidak dibengkokkan dengan keterlaluan sehingga boleh merosakkannya.

Pastikan alat tambah elektrik seperti plug top, soket outlet 13A, suis dan sebagainya
berada didalam keadaan baik dan selamat. Jangan gunakan alat tambah yang pecah, retak
atau keadaannya kurang selamat dan diragukan.

Gunakan alat tambah yang diluluskan oleh SIRIM, JBE untuk memastikan ianya bermutu
dan selamat digunakan.

Pastikan setiap pemasangan mempunyai sistem pembumian yang berkesan kerana ianya
sangat penting untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik dan juga untuk
memastikan sistem perlindungan seperti RCCB (Residual Current Circuit Breaker) dapat
berfungsi dengan baik.

Pastikan peralatan elektrik yang bahagian luarnya diperbuat dari logam yang boleh
mengalirkan elektrik disambungkan ke bumi menggunakan wayer bumi.

Page | 23

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Wayar bumi hendaklah berwarna hijau atau hijau berjalur kuning dan menggunakan saiz
yang mencukupi.

Jangan mengganggu atau menggagalkan alat-alat perlindungan sedia ada seperti fius,
MCB dan sebagainya jika anda kurang faham fungsinya.

Jangan menambah peralatan elektrik atau menambah pendawaian jika anda tidak faham
bahaya beban lebih atau akibat dari perbuatan anda itu.

Alat-alat tertentu seperti kapasitor hendaklah dibuang cas dahulu sebelum membuka atau
membuat sambungan kepadanya.

Sesetengah mesen terdapat bahagian voltan tinggi didalamnya. Langkah awasan


hendaklah diambil perhatian.

Jika berlaku kebakaran peralatan elektrik jangan sekali-kali memadamnya menggunakan


air sebab elektrik boleh mengalir melalui air. Gunakan pemadan jenis CO2.

Jika lampu penunjuk tidak menyala jangan terus menganggap tiada bekalan mungkin
mentolnya yang telah terbakar tetapi bekalan masih ada.

Jangan sentiasa menganggap konduktor Neutral atau Bumi tiada voltan. Jika berlaku
kerosakan atau kesilapan sambungan kedua-duanya mungkin mempunyai voltan yang
membahayakan.

Jika anda kurang pasti jangan cuba berbuat sesuatu kepada litar elektrik. Mintalah
bantuan orang kompeten.

Pastikan tiada bahan-bahan kimia berbahaya atau mudah terbakar berhampiran papan suis
elektrik.

Wayar-wayar yang tidak digunakan jika dipotong dan tidak ditamatkan pada terminal
penamatan janganlah dibiarkan terdedah dan hendaklah dibalut dengan tape penebat.

Tanda-tanda ON dan OFF pada suis-suis, pengasing dan pemutus litar hendaklah jelas
dan tidak mengelirukan.

Page | 24

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

Jika sesuatu fius selalu terbakar jangan ditukar dengan kadaran fius yang lebih besar atau
ditukar dengan dawai konduktor biasa. Ini akan menimbulkan bahaya. Dapatkan orang
kompeten untuk menyiasat punca sebenar masaalah tersebut dan menyelesaikannya.

Jangan GOPOH atau CUAI dalam mengendalikan pemasangan dan mesen-mesen


elektrik kerana ia boleh menimbulkan bahaya.

Jangan suka bergurau ketika membuat kerja-kerja pada litar elektrik.

Tentukan semua pendawaian, peralatan, papan suis, alat tambah dan sebagainya diikat
kuat kepada dinding, siling, tiang, beam, lantai dan sebagainya, tidak longgar, tergantung
atau bergegar.

Pepasangan hendaklah diperiksa agar tiada kesan-kesan terlalu panas, kesan terbakar,
percikan api agar kebakaran boleh dihindarkan.

Kesan litar pintas ialah letupan dan letupan boleh mengakibatkan kebakaran, oleh itu
senggaraan dan pemeriksaan berjadual sangatlah penting dijalankan oleh orang-orang
kompeten secara bersistematik.

Hendaklah berhati-hati bila menggunakan extension cord dengan beberapa bilangan soket
outlet. Lebih beban dan sambungan longgar serta kerosakan kabel mudah berlaku sebab
ianya tidak dilindungi dari kesan hentakan mekanikal.

Kekotoran dan habuk hendaklah dibersihkan sebab apabila udara lembab ia boleh
mengalirkan arus elektrik.

Page | 25

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

PERALATAN YANG DIGUNAKAN


Bil
1.

Peralatan
Test pen

Fungsi

Digunakan untuk memeriksa aliran kuasa elektrik untuk


pemasangan walaupun ia boleh menjadi untuk memeriksa
ujian pen multimeter

Alat ini akan menyala jika kita menguji aliran semasa


yang bercas positif, tetapi sebaliknya jika kita menguji
kuasa dikenakan negatif semasa maka peranti itu tidak
akan hidup.

2.

Cutter

Digunakan untuk memotong wayar elektrik dan


memotong lebihan wayar pada punca tamatan

3.

Screw driver

Digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan skru


pada sesuatu tamatan

4.

Combination plier

Memegang, mencengkam, memotong, membengkok dan


membentuk dawai.

5.

Cable lug

Untuk membuatkan sambungan pada sesuatu tamatan


menjadi lebih kuat dan tahan lama

Digunakan untuk mencengkam pengalir

6.

Long nose plier

Memegang benda-benda kecil dan membentuk benda

7.

Black tape

Digunakan untuk menutup atau sebagai penanda

Untuk menutupi sesuatu bahagian yang bermasalah


Page | 26

ETE 703

8.

Hammer

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

digunakan untuk mengetuk sesuatu. Contohnya untuk


memasukkan paku ke dalam objek seperti kayu dan
memecahkan benda. Tukul memiliki pemegang
panjang, manakala kepalanyanya mempunyai
permukaan mendatar dan berat.

9.

Cordless drill

Digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan skru


pada sesuatu tamatan.

Untuk membuat lubang pada sesuatu permukaan atau


objek.

10. Handrill

Melonggarkan atau mengetatkan bolt,nat, atau skru


tudung

Untuk membuat lubang pada sesuatu permukaan atau


objek.

11.

Spanar

Melonggarkan atau mengetatkan bolt,nat, atau skru


tudung

12. Multimeter

Digunakan untuk membuat pemeriksaan pada sesuatu


litar

Digunakan untuk mengukur arus, voltan, kuasa dan


sebagainya.

Page | 27

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

SENARAI SEMAK
Bil.
1
2
3
4
5
6
1
2

Ativiti Yang Dilakukan

Tandakan (/)

YA

TIDAK

Catatan

BAHAGIAN A : LUAR BANGUAN


Rumput dipotong
Longkang Dibersihkan
Periksa keadaan cat
( Bahagian Dalam/Luar )
Periksa pintu dan Louvers
Periksa tanda "BAHAYA" /
"NO ADMITTANCE"
Periksa kunci pintu atau pagar
BAHAGIAN B : DALAM BANGUNAN
Membersihkan perparit kabel
Pelapik getah ( Rubber Mat )

Periksa carta pemulihan nafas

Peralatan pensuisan dan pembumian

5
6

Jaring menghalang serangga


Keadaan bumbung
Alat pemadam api
7
- Catat tarikh akhir diperiksa dan servis
BAHAGIAN C : Bahagian Elektrik- Periksa
1
Keseluruhan Lampu
2
Nisbah alatubah arus
3
Papan voltan rendah dan kabel
Elektrod bumi dan semua sambungan
4
pembumian
5
Keadaan pengecas bateri dan sel bateri

Page | 28

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

PENUTUP
Natijahnya, definisi dan pencawang dapat kita ketahui dan fahami dengan mudah. Selain
itu, dapat mengenali jenis-jenis pencawang yang ada. Di samping itu, dapat memahami akta
bekalan elektrik dan peraturan elektrik yang berkaitan dengan pencawang. Dapat mengetahui
lokasi untuk pencawang dan dapat mengenali bahagian-bahagian yang ada dalam pencawang
juga merupakan faktor seterusnya. Menerusi tugasan ini, kita juga dapat mengetahui jadual
penyelenggaraan bagi pencawang dan dapat mengetahui langkah keselamatan dalam
penyelenggaraan.

Page | 29

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

SUMBER RUJUKAN
1. https://www.google.com/search?
q=image&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwi_
_Iy056jLAhWGB44KHRN0DFAQ_AUIBygB&biw=1366&bih=653#tbm=isch&q=perat
uran+pencawang&imgrc=_
2. https://www.tnb.com.my/assets/files/Addendum_on_ESAH_V3.pdf
3. https://www.google.com/search?
q=jadual+penyelenggaraan+pencawang&biw=1366&bih=653&source=lnms&sa=X&ved
=0ahUKEwi48cqz5KjLAhWGcI4KHcT9Db4Q_AUIBigA&dpr=1#q=senarai+semak+pe
nyelenggaraan+pencawang
4. https://www.google.com/search?
q=senarai+semak+penyelenggaraan+pencawang&biw=136
6&bih=653&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ved=0ahUKEwiU_7CK6ajLAhUC
xI4KHVnaAhIQ7AkILA
5. http://tnbelectricaleng.blogspot.my/2009/12/substationcategoriestypedesign.html https://w
ww.google.com/search?
q=senarai+semak+penyelenggaraan+pencawang&biw=366&bih=653&tbm=isch&tbo=u
&source=univ&sa=X&ved=0ahUKEwiU_7CK6ajLAhUCxI4KHVnaAhIQ7AkILA#tbm
=isch&q=electric+&imgdii=cfLZWYHXw7rrxM%3A%3BcfLZWYHXw7rrxM%3A
%3B4QgS_RUdLwvI4M%3A&imgrc=cfLZWYHXw7rrxM%3A
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencawang_elektrik
7. http://www.calendar2day.com/calendar/calendar-nature12.html?
_xafvr=MzY3ODdiOGY0ZjE1ZDhkYzQwMmIyMjhiOGU5ZThlZmEyYTNjZjQ1YSw
1NmQ5OTI5MzhiYWQw
8. http://bahayaelektrik.weebly.com/nota/6-peraturan-keselamatan-pencawang-elektrik-khas
9. http://cec.uthm.edu.my/v3/index.php/ms/tentang-cec/pentadbiran?id=80
10. http://www.slideshare.net/wakemran/peraturan-1994

Page | 30

ETE 703

ELECTRICAL MAINTENANCE DEVELOPMENT

K3

LAMPIRAN
1. Rajah 1

m/s 16

2. Rajah 2

m/s 16

3. Rajah 3

m/s 17

4. Rajah 4

m/s 17

5. Rajah 5

m/s 18

Page | 31

You might also like