You are on page 1of 4

AMALAN KETIKA MENGANDUNG KE-1

Surah al-Fatihah: untuk terangkan hati dan kuat ingatan

Surah at-Taubah: untuk bersihkan jiwa dan dijauhi dari maksiat

Surah Yusuf: untuk memperolehi anak yg cantik rupa dan akhlak

Surah Nahl: untuk memperolehi anak yg berdisiplin

Surah Maryam: untuk permudahkan waktu bersalin dan memperolehi


anak yg sabar dan taat

Surah Luqman: untuk memperolehi anak yg cerdik

Surah Yaasinn: untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan

Surah Hujrat: untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersikap berhati-hati
Satu lagi aku amalkan, lepas tiap kali solat aku baca Surah an-Nahl ayat 78 sebanyak tiga kali. Dia
macam ayat selusuh la, bagi senang nak bersalin nanti. Ini mak mertua aku yg bagitau.

AMALAN KETIKA MENGANDUNG KE-2


Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana
kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik,
cantik dan berakhlak mulia? Jom singkap antara amalan terbaik yang wajar diamalkan oleh si
ibu sepanjang tempoh kehamilannya bersama wartawan Siti Farhana Adenan.
1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan
berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan,
si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT
telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh
mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.
Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah
menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan
taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.
2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak
mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak
yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi,
tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya,
agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak
yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk
bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah
ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.
4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik.
Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah
si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.
5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan
amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.
Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya
sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh
kehamilan ialah :
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman
Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga
digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya
:
Telur Kaya protein.
Ikan Salmon Kaya sumber Omega-3
Kekacang Tinggi serat dan protein.
Keledek Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta
phytonutrient.
Kacang walnuts Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan
atau telur.
Yogurt Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C,
K dan folat

AMALAN KETIKA MENGANDUNG KE-3

Anak2 adalah umpama kain putih. Kitalah yg mencorakkannya. insyaallah. Mari


kita corakkan ia semenjak d dalam rahim kita lagi..mudah2an usaha kita di
makbulkan oleh Allah SWT. Moga akan lahir daei2, hafiz hafizah dan alim alimah
dari rahim kita . . . aminn..
* Digalakkan ibu2 membuat amalan dan doa ketika masih bertelekung,d atas
sejadah juga masih berwudhu...bukanlah cadangan ini kewajipan,namun . . . di
posisi ini ibu2 akan lebih tawajuh kepada Allah SWT di posisi ini HATI kita lebih
dekat dengan Allah SWT.
* Setiap kali,sebelum memulakan adab dan doa..kita hendaklah perbetulkan NIAT
kita ; iaitu kita buat semata-mata kerana Allah SWT. . . untuk cari redha Allah
SWT di samping inilah usaha kita untuk dapatlkan anak yang soleh
solehah,daie,hafiz hafizah,alim alimah. amin ya Allah.

Amalan ibu mengandung.


amalan ini di buat sebaik2nya selepas solah dan masih bertelekung di atas
sejadah.
letakkan ibu jari di bawah pusat.
baca surah Al Ikhlas 10 kali.beri salam pada anak.
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh , wahai anakku dengarlah akan
kata2 ku ini baik2 :
jangan sekali2 engkau derhaka pada Allah SWT.
jangan sekali2 engkau derhaka pada Nabi SAW.
jangan sekali2 engkau derhaka pada kedua ibubapa mu.
jangan sekali2 engkau derhaka pada guru2 mu.
jangan sekali2 engkau derhaka pada adik-beradik dan ahli keluarga mu.
jangan sekali2 engkau derhaka kepada kaum muslimin dan muslimat;lelaki dan
perempuan.
jangan sekali2 engkau menconteng arang di muka kedua ibupaba mu.
beri salam pada anak di dalam kandungan sekali lagi.
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..wahai anak ku, ummi bacakan ke
tujuh2 pesanan tadi adalah khas untuk mu.
apabila selesai barulah di buka kain telekung.

DOA-DOA SEMASA HAMIL.


1) Baca Surah Al-Qadr ~ 44 kali ~ insyaallah anak akan terang hati dan

mendengar kata. Baca 44 kali.










2) Baca Surah At-Taubah ayat 128 & 129 ~ 44 kali ~ Allah SWT akan perbaiki
segala kelemahan.































3) Baca Surah Yusuf ayat 3 ~ 44 kali ~ Allah SWT akan beri rupa paras yang
indah dan cantik.














4) Baca ~ 44 kali ~ Allah SWT akan kuatkan Iman anak.


5) Baca ~ 44 kali ~ di baca oleh ibubapa ~
6) Baca ~ 44 kali ~ Allah SWT akan jauhkan anak daripada sakit tulang ~





7) Baca Surah An-Nur ayat 35 ~ Allah SWT akan beri anak yang putih bercahaya.

Selain surah-surah yang lazim di amalkan untuk ibu hamil :


Surah Yusuf ~ untuk anak yang cantik paras rupa.
Surah Luqman ~ untuk anak yang bijaksana dan terang hati.
Surah Yaasin ~ untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan
maksiat.
Surah Maryam ~ untuk memudahkan bersalin.
Surah al-Hujurat ~ untuk membanyakkan air susu.
Surah Muhammad ~ untuk mewarisi akhlak terpuji.
Insyaallah,semoga kita sama2 dapat amal dan sampaikan..Insyaallah.

You might also like