You are on page 1of 5

AMALAN YANG BOLEH MENANGGUHKAN KEMATIAN

Kematian adalah ketentuan Allah. Tetapi ada satu perkara yang boleh
melambatkan kematian iaitu amalan bersedekah.
SUATU hari, Malaikat Izrail (Malaikat Maut) mendatangi Nabi Ibrahim as,
dan bertanya, Siapakah anak muda yang mendatangimu wahai Ibrahim?
Itu sahabatku dan juga muridku.
Ada apa dia datang menemuimu?
Dia menyampaikan khabar bahawa dia akan melangsungkan
pernikahannya esok pagi.
Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok
pagi.
Setelah itu, Malaikat Izrail pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja
Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk
menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang
kematian anak muda itu esok. Tapi langkahnya terhenti dan Nabi Ibrahim
memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah.
Keesokan paginya, Nabi Ibrahim melihat dan menyaksikan bahawa anak
muda tersebut tetap melangsungkan pernikahannya. Hari berganti hari,
minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun,
Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini terus hidup dengan panjang
umurnya. Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya
kepada Izrafil, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan
berita bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai esok pagi?
Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut
nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.
Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak
mencabut nyawa anak muda itu pada waktu tersebut?
Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut
menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah
memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut. Kerana
itulah engkau masih melihatnya hidup sehingga sekarang.
Wahai pembaca sekalian, kematian sememangnya di tangan Allah. Oleh

itu, mencepatkan dan melambatkan kematian adalah hak Allah. Allah


memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad SAW bahawa sedekah
itu akan memanjangkan umur. Jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang
boleh menunda kematian, itu adalah sedekah.
Maka, tengoklah kiri kanan anda dan lihatlah sekeliling anda. Bila anda
menemui ada sebarang kesusahan terjadi, maka sesungguhnya anda
harus menghulurkan bantuan dan pertolongan. Kesusahan itu diberi oleh
Allah untuk anda bantu kerana Allah ingin memanjangkan umur anda.
Cuma tinggal kemahuan anda sama ada untuk membantu kesusahan itu
ataupun tidak.
Saudara sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya
akan tiba. Dan tidak seseorang pun yang mengetahui bagaimana keadaan
ajalnya tiba. Maka memberi sedekah bukan saja akan memanjangkan
umur, mungkin juga kita akan meninggalkan dunia ini dalam keadaan
baik. Bukankah sedekah akan mengundang CINTA Allah?
Jika seseorang diCINTAI Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak
diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada
dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawanya dicabut dalam
keadaan Husnul Khatimah. Mudah-mudahan Allah berkenan memanjang
umur kita, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar
keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil
mempersiapkan diri untuk kematian yang akan datang menemui kita.
Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui
apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan
kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur yang telah ditentukan,
kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan
kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan (An-Nisaa: 78)
Sekian, wassalam.
KISAH : AIRMATA RASULULLAH SAW
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya
masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang
demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya
pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan
pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut
sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut
ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat
lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril,
betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk
semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu..
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian
terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi..
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada
umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.

'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'


'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir
Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii, ummatii, ummatiii' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
http://kisahkehidupan.webs.com/kisahteladan.htm
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri
yangmenderhakai suami sahaja menganggap keulangannya suatu yang dibenci kerana
dibebani denganberbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteriisteri yang masihbersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri
sebagai penenang dan penyerirumahtangga.Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan
dengan suami.1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan
suka menyampuk ataumemotong cakapnya.2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan
diri, jangan suka Sikap suka menjawab, bertekakdan menegakkan kebenaran sendiri akan
menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jikasuami angkat kaki meninggalkan
rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan andasebagai denda di atas
kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung
atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayangdan
bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri,
jatuhlahmartabat keegoannya selaku seorang lelaki.3. Kadang-kadang si suami sengaja suka
mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklahbanyak bersabar,jangan cepat
merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan sepertiperangai keanak-anakan.
Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjeritbila ada sesuatu yang
tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengajadihentakhentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.4. Bila kuku, misai dan
janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnyalebih dari
segenggam).Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.5. Jika dia
berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh.
Janganmelengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa
tersinggungdihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan
isteri sudah tidaktaat padanya.6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya
ikut selera isteri. Kalau suami sukamakan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita
masak lauk asam pedas atau ikan goreng.Suami akan gembira bila seleranya ditepati.
Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuklengkang-lengkung hingga hancur kerana
meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebutdimasak mengikut seleranya sedangkan
isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah
dengansecantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa
kerana jahitantersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.
Semua suami akanberasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus
isterinya, sekurang-kurangnyadapat menampung ekonomi rumahtangga.8. Sentiasa sediakan
barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat,celak, cermin kecil,
minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suamimenolak segala
persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayusugi.9.
Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu
jugadengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun
isteri berada didalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas
setiap isteri kecualilah jikasuami kita meredhainya.10. Apabila menggunakan harta suami
ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapamaka mintalah izin darinya terlebih
dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahukepadanya. Siapa tahu mungkin wang
itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnyatelah menghadiahkan kepada
orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin
itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkaraitu berlaku
diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di
kalanganpara isteri.11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami
berada di rumah. Isterihendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya
senang untuk bersendagurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara
suami isteri juga merupakan salahsatu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.12. Air minum
suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.
Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas
elokdisimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh
sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini
juga dapat mengelakanak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak
mengandungi zat di samping tidakterjamin kebersihannya. Akhir kata hendaklah isteri
sentiasa menghormati dan memuliakan keluargasuami. Bersikap ramah-tamahlah dengan
keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yangbertentangan
dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi
biarlahberhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh
merekaseterusnya menjadi menantu

You might also like