You are on page 1of 7

AMALI : BULAN

Tajuk :
Terbit dan Terbenam Bulan
Tujuan Amali :
Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan
Pernyataan masalah:
Adakah peningkatan bilangan hari mempengaruhi fasa bulan?
Pengenalan :
Bulan adalah satu-satunya satelit bumi dan Bulan tidak mempunyai sumber cahaya
sendiri dan cahaya Bulan sebenarnya berasal dari pantulan cahaya Matahari. Di bulan tidak
terdapat udara ataupun air. Banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan
oleh hentaman komet atau asteroid. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan tidak
adanya pengikisan yang menyebabkan banyak kawah di bulan yang berusia jutaan tahun
dan masih utuh. Ketidakadaan udara juga menyebabkan tidak ada bunyi dapat didengar di
Bulan.
Fungsi satelit (bulan) secara tidak langsung bagi planet induk adalah melindungi
planet induk dari hentaman benda langit seperti komet dan asteroid. Masyarakat Islam di
serata dunia berpandukan kepada bulan untuk kalendar hijrah dan juga melihat pada anak
bulan untuk menentukan tarikh mula berpuasa dan perayaan. Graviti bulan membantu
memperlambat rotasi bumi dari sehari enam jam lebih awal menjadi 24 jam. Tarikan graviti
bulan juga menyebabkan terjadinya kejadian air pasang surut di bumi. Graviti bulan juga
membantu penyesuaian perubahan musim daripada cuaca yang ekstrem dan aktiviti-aktiviti
kehidupan yang terganggu kerana siang dan malam yang pendek.
Fasa bulan pula merujuk kepada keadaan bentuk bulan yang terang yang dapat
dilihat dari Bumi. Fasa Bulan berubah mengikut kitarannya apabila Bulan mengelilingi Bumi,
mengikut perubahan kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari. Separuh dari permukaan Bulan
sentiasa diterangi oleh cahaya Matahari kecuali ketika berlaku gerhana Bulan. Ini kerana
Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri seperti Matahari. Cahaya yang kelihatan pada
Bulan adalah cahaya Matahari yang dipantulkan oleh Bulan ke Bumi. Bahagian yang
terkena cahaya Matahari inilah yang dapat dilihat pada waktu malam.. Fenomena ini boleh
di fahami melalui gambarajah 1 di bawah.

Pembolehubah:
Manipulasi: Bilangan hari
Bergerak balas : Perubahan fasa bulan
Malar: Jenis kamera yang digunakan
Hipotesis: (Menyatakan hipotesis)
Semakin meningkat bilangan hari, perubahan fasa bulan dapat diperhatikan
Alat dan radas:
Kamera, kertas catatan, pensel
Prosedur:
1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan daripada buku, majalah, jurnal, surat
khabar atau internet dicari.
2. Lokasi sesuai dipilih dan bulan yang terdapat di kawasan itu diperhatikan setiap hari
3.
4.
5.
6.

selama sebulan.
Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar.
Kamera yang sesuai untuk mengambil gambar digunakan.
Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan.
Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan dicatatkan ke dalam

jadual
7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan.
Perbincangan :

Bagi melaksanakan amali ini, kami telah mencari banyak bahan yang releven
daripada sumber bacaan buku dan laman web dengan fasa-fasa bulan ini. Semasa
mengambil gambar bulan bagi amali ini, kami menggunakan teknik-teknik yang sesuai untuk
memastikan bulan dapat ilihat dengan terang. Walaupun kami telah mengkaji teknik-teknik,
kami masih telah menghadapi masalah-masalah kecil seperti masalah kualiti gambar, cuaca
dan juga masa yang sesuai.
Apabila menggunakan kamera telefon bimbit, kami mendapati bahawa imej bulan
tidak jelas dan sinaran bulan amat kuat. Oleh itu, kami telah memilih untuk menggunakan
kamera DSLR Nikon D5200 yang dapat dilaraskan untuk mengambil gambar bulan.
Selain itu, cuaca yang berawan menyukarkan proses penggambaran bulan pada
waktu pagi. Anak bulan yang sangat kecil juga sukar dikenalpasti pada waktu malam.
Walaubagaimanapun, kami mampu menyiapkan amali ini dengan melakukan perubahan
terhadap faktor yang menyukarkan proses penggambaran.
Pemerhatian ini dijalankan di dua tempat iaitu di Institut Pendidikan Kampus
Temenggong Ibrahim dan juga di Bandar Country Homes, Rawang. Hal ini mungkin boleh
menjejaskan data yang diperoleh. Pemerhatian dilakukan pada pukul 9 petang dan pukul 9
pagi setiap hari. Bulan agak sukar ditemui pada waktu pagi dan kebanyakkan hari kami
hanya dapat memerhatikan awan dan matahari sahaja. Walaupun kami dapat memerhatikan
satu cahaya kecil selain matahari, kami telah menghadapi kesukaran untuk memastikan
bahawa adakah ia bulan ataupun planet lain seperti Venus yang turut dapat dilihat pada
waktu-waktu tertentu. Oleh itu, kami telah menggunakan perisian telefon bimbit Stargazer
untuk memastikan gambar yang diperoleh adalah gambar bulan.
Pada hari-hari di mana gambar bulan tidak dapat diperoleh, gambar awan telah
diletakkan untuk menujuk secara simbolik bahawa bulan tidak dapat ditemui.
Keputusan pemerhatian selama 28 hari ini dapat dibuktikan melalui pangkalan
StarDate (https://stardate.org/nightsky/moon). Jadual yang diperoleh daripada laman web
Star Date dapat dilihat di bawah.

Jadual-jadual di atas menunjukkan data yang diperoleh selama 28 hari.

Fasa

Tarikh
Mengambang

16 Februari 20 Februari

Bulan Separa
Menyusut

24 Februari 2 Mac

Bulan penuh / purnama

21 Februari 23 Februari

Anak bulan

7 Mac 12 Mac
Mengambang

13 Mac 16 Mac

Bulan Sabit
Menyusut

3 Mac 6 Mac

Jadual di atas menunjukkan fasa bulan yang diperhatikan sepanjang 28 hari.


Semasa pemerhatian dimulakan bulan berada pada fasa bulan separa mengambang.
Rajah di bawah akan menjelaskan perubahan fasa bulan sepanjang tempoh pemerhatian.

Bulan separa
(mengamban
g)

Bulan
purnama/pen
uh

Bulan separa
(menyusut)

Buan sabit
(menyusut)

Anak bulan

Bulan Sabit
(mengamban
g)

Kesimpulan

Bulan juga terbit dan terbenam seperti Matahari. Semakin hari Bulan akan terbit
lambat dan terbenam lambat. Perubahan hari mempengaruhi fasa-fasa bulan yang
kelihatan.

Rujukan
1. Elert, G. (2001). Period of the Moon's Orbit. Retrieved Mac 1, 2014, from The
Physics Factbook: http://hypertextbook.com/facts/2001/MarcEpstein.shtml
2. Estalella, R. (2002). Satelit Kita: Bulan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
3. Kerrod, R. (2000). Tinjau dan Selidik Sains: Sistem Suria. Shah Alam: STP
Distributors (M) Sdn.Bhd. .
4. Naimoiman. (2010). Sains 'Best'. Retrieved Februari 16, 2013, from PERGERAKAN
BULAN (THE MOVEMENTS OF THE MOON):
http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/03/pergerakan-bulan-movements-ofmoon.html
5. Verdet, J.-P. (1995). Bulan dan bintang di sekeliling kita. Johor Bahru: Penerbitan
Pelangi Sdn.Bhd.

6. Vincet, F. (2013). What is the Moon doing? Retrieved Mac 1, 2014, from What's in
the Sky: http://star-www.st-and.ac.uk/~fv/sky/moon-general.html
7. Wariyono, S. (2008). Mari Belajar: llmu Alam Sekitar: Panduan Belajar IPA Terpadu.
Jakarta: Pusat Perbukuan Departemen Pendidikan Nasional .

You might also like