You are on page 1of 2

Amali 6 : Nilai Pemalar Avogadro

Tujuan : Menentukan nilai pemalar Avogadro melalui prosedur elektrolisis.


Teori

Bahan : 1 mol dm-3 larutan kuprum (II) sulfat, larutan propana dan dua kepingan
kuprum
Radas : Bateri, bikar 250 cm3, wayar penyambung dengan klip buaya, ammeter,
suis, rheostat dan jam randik
Gambar rajah:
Bateri

Kepingan
kuprum

Larutan kuprum (II)


sulfat
Gambar 1: Elektrolisis untuk menentukan nilai pemalar Avogadro
Prosedur:
1. Dua kepingan kuprum dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir dan
kemudian setiap kepingan kuprum ditimbang.
2. Bikar diisi dengan larutan 1 mol dm-3 kuprum (II) sulfat sehingga separuh penuh.
3. Radas disediakan seperti dalam Rajah 1. Suis dihidupkan dan jam randik
dimulakan.
4. Reostat dilaraskan untuk membenarkan arus kecil melaluinya.
5. Bacaan ammeter direkodkan ke dalam Jadual 1 bagi setiap selang masa satu
minit.
6. Suis dimatikan selepas 30 minit.
7. Perubahan yang berlaku di anod dan di katod direkodkan.
8. Kepingan kuprum dibersihkan dan dikeringkan dengan propanon serta ditimbang
semula.

Keputusan:
Perbincangan:
Langkah berjaga-jaga:
Kesimpulan:
Soalan:
1. Secara teori, pertambahan jisim pada satu elektrod kuprum adalah sama
dengan pengurangan jisim pada elektrod kuprum yang lain. Terangkan
mengapa berlaku perbezaan nilai bagi kedua-dua elektrod semasa anda
menjalankan eksperimen ini.
2. Tuliskan persamaan yang seimbang bagi tindal balas yang berlaku di anod
dan katod.
3. Nyata dan jelaskan dua cara untuk mendapatkan keputusan yang lebih jitu
dalam eksperimen yang telah anda jalankan.
4. Selain daripada menentukan nilai pemalar Avogadro, nyata dan terangkan
dua lagi kegunaan elektrolisis dalam industri.

You might also like