You are on page 1of 3

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET

KEBAIKAN
Mesej terlalu cepat., Menyokong multimedia atau hypermedia., Boleh berkomunikasi secara global., Menggunakan
capaian komputer jarak jauh., Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.
KEBURUKAN
Kurang kepastian maklumat tepat., Banyak perubahan disaat akhir perancangan., Bahan perlu ditapis., Interaksi
subversif tidak terkawal., Kebocoran maklumat rahsia/peribadi., Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama
ada individu mahupun negara., Penggodaman mudah berlaku., Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti
iklan-iklan pornografi.
KEPENTINGAN INTERNET
Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik., Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh., Membolehkan
pemindahan fail dengan mudah dan cepat., Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik., Memberi
perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.
Kebaikan Internet
Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka
suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir
menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .
Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas
samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98
mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :
Pendidikan dalam Internet
Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para
pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan
tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan
tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan
pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video
membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan
perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan
dengan perpustakaan tersebut.
Perniagaan dalam Internet
Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan
perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual
barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian
yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.
Perubatan dalam Internet
Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian
maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital
maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi
capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai
contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada
permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa
yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh
seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.
Keburukan Internet
Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah
pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika
ia digunakan untuk membunuh.
Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :
Medium penyebaran dakyah jahat
Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh
kristian ini yang menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan dalam Bahasa Malaysia. Memberi
maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara
membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama
penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang
menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan
sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak
seperti penyelewengan akaun bank.
Pornografi
Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada
remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah
tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET

KEBAIKAN
 Mesej terlalu cepat.
 Menyokong multimedia atau hypermedia.
 Boleh berkomunikasi secara global.
 Menggunakan capaian komputer jarak jauh.
 Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.

KEBURUKAN
 Kurang kepastian maklumat tepat.
 Banyak perubahan disaat akhir perancangan.
 Bahan perlu ditapis.
 Interaksi subversif tidak terkawal.
 Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
 Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.
 Penggodaman mudah berlaku.
 Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi.

KEPENTINGAN INTERNET
 Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik.
 Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
 Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
 Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
 Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.

Kebaikan Internet

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu
dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah
pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .

Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas
samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98
mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :

Pendidikan dalam Internet

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para
pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi
juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat
kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan
sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam
sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana
membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet

Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan
perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual
barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang
dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

Perubatan dalam Internet

Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat
penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun
berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber
perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas
atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi.
Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'.
Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada
berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Keburukan Internet

Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau
yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia
digunakan untuk membunuh.

Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :

Medium penyebaran dakyah jahat


Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian ini yang
menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan dalam Bahasa Malaysia. Memberi maklumat palsu untuk
kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan
oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus
Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan
daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki
ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.

Pornografi
Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan
tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah
tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.

You might also like