You are on page 1of 13

INSTITUSI PENTADBIRAN TRADISIONAL

KERAJAAN ACEH: SUATU PERBINCANGAN


ZainalAriffin. Haji Mat *
Asal usul nama Aceh dikatakan daripada perkataan India, iaitu 'Aci (Atji) yang bermaksud 'Adik'
atau daripada istilah Hindi, iaitu 'Acai' (Atjai) atan 'Aca' (Atja) yang bermaksud 'Indah'.1
Berdasarkan kepada sumber Cina dari kitab Jataka, iaitu kitab suci agama Buddha yang disusun
sebelum tahun 300 s.m. ada menyebut bahawa dalam satu laporan yang terdapat dalam H&ayat
Maharaja Wang Mang, Maharaja Wang Mang (china) telah meughantar satu utusan ke sebuah
negeri yang dipauggil "Huang - tche" yang dipercayai sebagal Aceh atan sekurang-kurangnya
sebahagian daripada Sumatera..2
Manakala Hikayat Aceh pula menceritakan bahawa Raja Muzaffar Syah menjadi raja Mahkota
Alam bersaudara dengan Raja Inayat Syah menjadi raja Darn'kKamal. Kedua-duanya berperangperang dan berakhir dengan kemenangan Sultan Muzaffar Syah. Lanjutan kemenangan itu, Sultan
Muzaffar Syah menyatukan kedua negeri tersebut menjadi satu Kerajaan. Hasil gabungan itu di
beri nama Aceh Darns - Salam. Dapatlah disimpulkan bahawa pencipta Darns - Salam adalah
Sultan Muzaffar Syah.3
Pada abad ke 15, Aceh mernpakan sebuah kota yang tidak penting dan tunduk kepada Pedir.
Menurut Dr. Husin piajadiningrat "Aceh kira-kira di tahun 1500 adalah suatu tempat yang tidak
bererti."4 Manakala seorang sejarawan, Bernard H.M. Vlekke mencatatkan bahawa:
In the fifteenth century, Atjeh had been one of the less important districts in North Sumatera.
Islam had come early to that part of the Archipelago. The principality of Samudra (Pasir), situated
somewhat to the east of Atjeh, had already became Islamic in the thirteenth
century. Atjeh had gone over to the new religion in the second half of the fifteenth century, and in
the begining

1 M.H. Zainuddin, Tarich Atjeh Dan Nusantara, Penerbit Iskandar Muda, Medan, 1963, hIm. 24
dan Zaka ra Achmad, Sekitar Keralaan Atleh Dalam Tahun 1520 - 7675, Penerbitan Monora,
Medan, 1972, him. 35.
2
B.H.M., Vlekke, Nusantara lSelarah Indonesia), Penerbitan Dewan Bahasa dan Puslaka, Kuala
Lumpur, 1967, him. 17.
3
Said, Mohd.,Atjeh SepanjangAbad, jilid 1, Penerbitan Pengarang Sendiri, Medan, 1961, hIm. 85
dan rujuk T. Iskandar, De HihaiatAtjeh, Penerbitan S. Gravenhage - Martinus Nuhoff, 1958, him.
72-75.
4
Ibid., him. 13
77
of the sixteenth century, its rulers started a series of
'holy wars' which gave the control over the pepper
growing areas on Sumatera's north western coast. 5

Jelas di sini bahawa walaupun Aceh telah lama wujud di Sumatera, namun ia mulai bangkit dan
berkembang di awal abad ke-16, khususnya di zaman pemerintahan Sultan Mi Mughayat Syah. Di
dalam kitab Bustanus Salatin ada menceritakan;
bahawa yang pertama-tama mengempukan Kerajaan Acheh Darus Salam itu Sultan Ah Mughayat
Syah. Adalah ia Kerajaan pada Hijrah sembilan ratus tigabelas tahun. Ialah yang pertama-tama
masuk agama Islam dan mengeraskan agama Nabi Muhammad Rasulullah s.m., dan ialah yang
terlalu perkasa mengalahkan Pidir (Pedir) dan Samudera, dan beberapa negeri yang lain daripada
segala negeri yang kecil-kecil. ~
Dengan munculnya Sultan Mi Mughayat Syah, barulab Aceh mulai sejarahnya sebagai sebuah
Kerajun yang merdeka.
Kemuncak kegemilangan Aceh ialah selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511 dan Samudera
pada tahun 1521 ke tangan Portugis. Walaupun Portugis telab berjaya meleburkan Melaka dan
Samudera, tetapi tiga buab negeri (kuasa) lain teiah muncul untuk mempertahankan panji-panji
Islam di Gugusan Pulau-Pulau Melayu, iaitu Aceh di Utara Sumatera, Demak di Jawa Timur dan
Ternate di Maluku.8
Namun begitu, disebabkan "....letak geogralis daerah Aceh terletak di antara daerah yang
terbentang di pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung Malaya, barangkali dapat kita
katakan merupakan geografis yang paling sfrategis. Wilayah Aceh yang merupakan titik
penghujung Pulau Sumatera merupakan pintu gerbang terdepan jalur perdagangan yang
menghubungkan wilayah barat dan timur yang akan melalul daerah Asia Tenggara melalul Selat
Melaka...." 9 maka keadaan ini telah memberikan satu kelebihan kepada Aceh untuk menjadi pusat
penyebaran Islam, pusat perdagangan seria penerusan tradisi kuasa maritime di sekitar Selat
Melaka menggantikan Samudera - Pasai dan Melaka, dan pada tahun 1526, Samudera
dipersatukan
6 B.H.M. Vlekke, Nusantara, A History of The East Indian Archipallogo, Penerbitan Cambridge,
Mass. Harvard University Press, 1943, him. 93. T. Iskandar, Bustanus Salatin, Penerbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1966, him. 31.
7 Zakaria Achmad, op. cit., him. 34.
8 B.H.M.
Vlekke, op. cit., hIm. 91.
9 A.Hasimy, Sejarah Masuk Islam diAcheh Sampai Berakhirnya Keralaan Islam di~sa4 Seminar
Masuk dan Berkembangnya Islam di Acheh dan Nusantara, Acheh Timur, 1980. hlm.1.
78
dalam Kerajaan Aceh sesudab bangsa Portugis diusir dari sana. 10
Tegasnya, Aceh di samping telab menjadi sebuah kerajaan yang merdeka telah berjaya mengambil
alih peranan yang telah ditinggalkan oleh Melaka sebagai kuasa Kerajaan Melayu yang barn di
Selat Melaka. Ini adalah disebabkan usaha Sultan Ali Mughayat Syah bersama-sama adiknya Raja
Ibrahim yang bijak mengatur beberapa program yang b~ik, seperti:
1.
Mempersatukan kerajaan-kerajaan kecil di Aceh Besar yang akan dijadikan inti Kerajun
Aceh yang kuat dan merdeka, yang selanjutnya akan diperluas dengan daerah-daerah di tepi Selat
Melaka.
ii.
Mengusir bangsa Portugis dari daerah~aerah sepanjang Selat Melaka dan selanjutnya
merebut Melaka daripada tangan Portugis agar kekuasaan tunggal atas lalu4intas antarabangsa di
Selat Melaka berada sepenuhnya di tangan Kerajaan Aceb.
iii.
Untuk mengimbangi semangat conquistador Portugis yang bernyala-nyala, maka di

kalangan rakyat Aceh dibangun dan dibangkitkan semangat jihad dengan memperhebatkan
pengajaran agama Islam di kalangan rakyat.11
Satu persatu kerajaan-kerajaan kecil di sekitar Selat Melaka, khususnya di Aceh Besar telab
berjaya dipersatukan, dan akibat daripada itu, Aceh telah menjadi satu kuasa yang disegani di
Nusantara, khususnya setelah Aceh berjaya menakiuk Kerajaan Daya, di mana ekoran daripada
peristiwa tersebut, Aceh telah berjaya melepaskan diri daripada kekuasaan Pedir secara rasminya.
Antara lain, ini mungliin disebabkan oleh kecekapan dan kebijaksanaan raja-raja Aceh mengadakan
berbagai-bagai polisi untuk menentukan keutuhan dan kekuatan Kerajaan Aceh, seperti menyusun
suatu pemerintahan yang kuat yang mampu mengatasi segala macam tentangan dari dalam dan
luar negeri, mempersatukan tiap bahagian dari Wilayah Kerajaan Aceb dalam kesatuan yang
kukuh, memperluaskan wiiayah Kerajaan Aceh dengan menakiuki beberapa tempat di sekitar
Kerajaan Aceh yang mempunyai erti penting di pandang dari sudut ekonomi, politik dan militer.
Polisi seperti ini telah dUalankan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Qahar, seteiah menaiki
takhta Kerajaan pada tahun 1537.12
Pada masa ini, Aceh telah pun berkembang sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran
agama Islam di Nusantara, khususnya di permulaan abad ke16. Ramai saudagar yang selama ini
berdagang dengan Melaka teiah mengalihkan perhatian mereka ke Aceh. Ini adalab kerana
golongan saudagar terntamanya yang beragama Islam bermusuhan dengan Portugis yang
beragama Kristian. Justern itu, telah menyebabkan jalan perdagangan yang selama ini dari Laut
Jawa ke utara melalul Selat Karimata terns ke Melaka telab berpindah melaini Selat Sunda yang
menyusur pantai barat Sumatera. Sebagai akibat daripada perubahan jalan perdagangan itulah
mewujudkan pertumbuhan Kota Aceh. 13
10
Zakaria Achmad, op. cit., hIm. 31.
11
Ibid., hlm.37
12
Ibid., him. 39.
13
Anas Machmud, Drs. Turun Naiknya Peranan Keralaan Acheh di Persisiran Timur Pentai
Sumatera, Seminar Masuk dan Berkembangnya Islam di Acheh dan Nusantara, Acheh Timur,
1980., hIm. 5. dan H.J. Zainiddin, op. cit., him. 302-303.
79
Untuk mencapal cita~citanya, di samping untuk melindungi kepentingan ekonomi serta menjamin
keutuhan dan keselamatan di sekitar perairan Aceh, Thususnya dari serangan Portugis, Sultan
Alauddin Riayat Syah telab membangunkan sebuah armada dan angkatan perang yang besar dan
kuat. Dalam hubungan ini, Aceh telab menjaliukan perhubungan dengan Turki. Kitab Bustanus
Salatin ada mencatatkan;
ialah yang mengadatkan segala istiadat Kerajaan Acheh Darus Salam dan menyuruh utusan
kepada Sultan Rum, ke negeri Istanbul kerana meneguhkan agama Islam. Maka dikirim Sultan
Rum daripada jenis utus dan pandai yang tahu menuang bedil, Maka pada zaman itulah dituang
orang meriam yang besar-besar. .14
Sumber Portugis (Pinto) juga ada menyatakan bahawa di pertengahan abad ke
-16 (kira-kira di tahun 1540), Aceh telab mengadakan hubungan dengan Turki. 15 Peristiwa yang

dikenali sebagai "Peristiwa atau Kesab Lada Secupak" ini antara lain bertujuan untuk meminta
bantuan daripada Turki untuk membangunkan angkatan tentera Aceb, di samping untuk
mengadakan hubungan dalam hal urusan agama Islam dengan Turki, kerana Turki pada masa itu
merupakan kuasa militer dan pengarnh agama yang amat kuat di Eropah.
Dengan bantuan Turki, Aceh telah berjaya membina dan membangunkan sebuah angkatan tentera
yang terkuat di Nusantara serta telah berjaya menjadi mini empayar dengan kejayaannya
menakiuki beberapa wilayah terpenting di Nusantara, terntamanya di akhir abad ke-16 dan awal
abad ketujubbelas, meliputi sebahagian besar wilayah Sumatera Utara, Sumatera Tengab dan
sebahagian kecil daripada Semenanjung Tanah Melayu. Kejayaan ini telab berjaya
memperkembang dan meluaskan lagi wilayah Aceh.
Menurnt sejarah perkembangan Kerajaan Aceh, wilayah Kerajaan Aceh dapat dibahagikan kepada
tiga, iaitu:
i.
Daerah Inti.
ii.
Daerah Pokok.
iii.
Daerah Takluk. 16
Ada pun Daerah Inti ini ialah daerah yang dimiliki oleh Kerajaan Aceh pada mula berdirinya
Kerajun ini. Daerah ini terdiri daripada daerah-daerah yang terletak di Aceh Besar, yang meliputi
Mahkota Alam dan Darn'k - Kamal, sekarang ditambab dengan Daya di daerah Aceh Barat.
Daerah Pokok ialah daerah yang diduduki kemudian sesudab berdirinya Kerajaan Aceh. Dart segi
pentadbiran, daerah ini telab disatukan dengan Daerah Inti sehingga terbentuknya sebuah Kerajaan
yang kukuh. Daerah Pokok terdiri daripada Pedir (Pidie), Samudera, Pasai (Pase), Perlak,
Tamiang, Gayo, Alas, Fansur, Daerah Barat, Singkel, Teureumon dan Barus.
14
T. Iskandar, Bustanus Salatin, him. 31.
15
Said, Mohd., op. cit., him. 101. 16
Zakaria Achmad., op. cit., him. 85.
80
Manakala Daerah Takiuk pula ialah kawasan-kawasan yang ditakiuki atan Kerajaan-Kerajaan yang
tertakiuk kepada Kerajaan Aceh. Di daerah mi, telah diwujudkan suatu bentuk sistem otonomi di
mana daerah ini tetap sebagal sebuah daerah yang merdeka, hanya dalam beberapa hal harns
merujuk kepada Kerajaan Aceh. Misainya, dalam bidang ekonomi, perhubungan luar negeri dan
sikap terhadap negeri-negeri lain, menyediakan tenaga manusia apabila diperiukan untuk kerahan
tentera, serta membayar ufti setiap tahun kepada Kerajaan Aceh sebagai tanda ketaat-setiaan
mereka kepada Raja Aceh. Antara Daerah Takiuk jalab meliputi Kerajaan Arn, Deli, Siak, Asahan,
sebahagian kecil Semenanjung Tanah Melayu, Pariaman dan Selebar.
Berdasarkan kepada susunan pemerintahan dan pentadbiran atau mengenai institusi Kerajaan
Aceb, wilayah Kerajaannya telah dibahagikan kepada beberapa susunan yang agak sistematik.
Pada asasnya, wilayah mi terbahagi kepada lima buab, tetapi ianya dapat dipecahkan lagi kepada
lapan buah institusi Kerajaan berdasarkan kepada bentuk susunan iaitu;
1.
Kerajaan Pusat (Aceh Proper)
2.
Daerah Bebas ([)aerah Bibueh)
3.
Sagi(Sagoe)
4.
Negeri (Nanggroe)

5.
6.
7.
8.

Mukim (Tumpuk)
Kampung (Campong)
Madrasab (Meunasah/Surau)
Seuneubok ~erkebunan). 17

Sebenarnya pembahagian susunan pentadbiran seperti ini hanya terdapat di Daerah Inti dan
Daerah Pokok Kerajun Aceb sahaja, manakala di Daerah Takiuk pula tidak terdapat susunan
seperti ini kerana (seperti yang telah dijelaskan tadi) daerah ini mempunyai sistem pentadbirannya
yang tersendiri tanpa gangguan daripada pemerintahan pusat Kerajun Aceh.
Di samping itu, semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Qahar (1537-1568),
baginda telah membahagikan masyarakat atau rakyatnya kepada Kaum (Kawom) atau Suku
(Sukee). 18 Snouck Hurgronje melaporkan bahawa:
Thus a kawom (kaum) includes all whose pedigrees followed up in the male line coincide in a
single ancestor. Even where the line cannot be clearly traced (and few Achehnese know their
descent for more than three generations) they still hail one another as fellow-tribesman as long as
the feeling servives that they are connected in the manner indicated with a common ancestor. 19

17
ibid., ~90 dan H.M., Zairuddin, op. cit., him. 314.
18
H.M. Zainuddin, op. cit., him. 20.
19
C.S.Hurgronje, TleAchehnese, Jilid 1, E.J. Brili, Leiden, 1906. him 45.
81
Kaum tersebut dibahagikan kepada empat, iaitu:
1.
Kaum Ihee Ruetoik (Kaum Tiga Ratus) yang terdiri daripada suko Bataki Karo.
2.
Kaum Imeum Peuet (Kaum Imam Empat) yang terdiri daripada suku Hindu K'ing
(Dagang).
3.
Kaum Tok Batee (Kaum Cukup Batu) terdiri daripada orang-Orang asing lain seperti Arab,
Parsi, Turki dan sebagainya. Kerabat diraja atau keluarga Sultan juga termasuk ke dalam Kaum
Tok Batee.
4.
Kaum Dja Sandang (Kaum To' Sandang iaitu yang berasal daripada percampuran
(peranakan) suku Hindu dan Batak Karee. 20
Mereka yang terikat di dalam satu-satu kaum berada di bawah kuasa satu kepala-famili yang
bergelar Panglima Kawom,21 dan Panglima Kawom ditentukan dan dilantik oleh Uleebalang
(Hulubalang).22
Seperti yang telah dikatakan tadi, susunan pentadbiran Kerajaan Aceh adaiah berbentuk piramid,
dan institusi Kerajaan yang berada di bawah sekali ialah Seuneubok. Seuneubok merupakan
kawasan asas institusi pentadbiran tradisional yang pada mulanya merupakan kawasan hutan
besar, kemudian teiah diteroka untuk ditanam dengan berbagai tanaman yang menguntungkan,
seperti lada dan sebagainya, di samping untuk menggalakkan penghuni datang dan menduduki
kawasan tersebut. Penubuhan Seuneubok bergantung kepada jumlah penduduk, mungkin

barangkali sekurang-kurang empatpuluh orang keluarga.


Corak masyarakat di sini boleh dikatakan masyarakat tani. Di bidang pentadbiran, Seuneubok
diwakili atau diawasi oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Peutua. Peutua hanya berkuasa
dalam urusan ekonomi dan tekuik pertanian anakbuahnya, dan tidak berhak memegang
pemerintahan, nikab dan pasah sekalipun untuk kepentingan anakbuahnya, kecuali Peutua yang
diberi mandat untuk melakukan tanggungjawab tersebut, yang disebut Seuneubok Peutua
Bibeueh. Walau bagaimanapun Seuneubok berada di bawab pengarnh dan kekuasaan Keucik atau
Ketua Kampung. 23 Walaupun Seuneubok merupakan kawasan pertanian atau perkebunan, namun
lambat laun apabila syarat-syarat yang dikehendaki oleh sebuah kampung telah dipenuhi, maka
Seuneubok akan berubab menjadi sebuah kampung (Gampon~ pula.24
Peringkat kedua ialah Madrasah atan Meunasak. Madrasab ialah satu tempat, bale (1,aiai) atan ~
di mana sembahyang lima waktu di dirikan secara berjemaah di situ, di samping tempat anak-anak
disurnh berkumpul dan mengaji Al-Qur'an serta yang berkaitan dengan pengetahuan agama Islam.
Madrasah juga dijadikan tempat untuk mengadakan rapat atan perjumpaan serta tempat
bermusyawarah dan bermuafakat, serta tempat tidur pemuda-pemuda yang masih bujang dan juga
20
H.M. Zainuddin, op. cit., him. 20
21
Ibid., hlm.21.
22
C.S. Hurgronje, op. cit., hIm. 46. 23
H.M. Zainuddin, op. dt., hIm. 315. 24
Zakaria Achmad., op. dt., him. 86
sebagal tempat persinggahan atau penginapan orang~orang musafir.25 Snouck Hurgonije
mencatatkan mengenal Madrasah, seperti berikut:
Besides being a sleeping-place for the men, a rest-house for strangers and a house fo prayer or
chapel, the meunasah also serves as a place of assemblage on various special occasions. The
affairs of the gampong are there debated, village festivals held, contracts of marriage concluded
etc. 26
Akibat pengarnh agama Islam yang begitu kuat di Aceh serta pegangan rakyatnya yang juga
begitu kuat terhadap fahaman Islam, maka setiap kampung telah didirikan sekurang-kurangnya
sebuah madrasah. Kepala atau Ketua Madrasab dikenali sebagai Teungku Meunasak, dan Teungku
Meunasah menjadi alat desa yang begitu penting dan berpengaruh di bawab Keucik. Ini adalah
kerana peranannya yang mengurnskan soal-soal agama meliputi urusan nikah-cerai, talak, pasab,
rujuk, hal-hal kematian, pembahagian zakat fitrah, zakat harta dan sebagainya. 27
Sebenarnya, kedua-dua Seuneubok dan Meunasah mi berada di bawah yunit Gampong. Menurut
Snouck Hurgronje "..., the smallest territorial unit is the Gampong (Malay Kampung) or village
"28
Pembentukan kampung-kampung sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kewujudan madrasahmadrasah, lantaran fungsi madrasah yang begim penting kepada masyarakat. Sebab itulab di setiap
buah kampung mesti ada sekurang-kurang sebuah madrasab. Kepala atau ketua kampung dikenali
sebagai Keucik dan ia bertanggungjawab menjalankan pemerintahan di bawah pengaruh dan
kekuasaannya meliputi gampong, meunasah dan seuneubok, serta menjaga agar adat. dan hukum
(syariat Islam) berj alan dengan baik dan dipatuhi oleb warga gampong. 29

Menurut Snouck Hurgronje, penyusunan pentadbiran di kampung terbahagi kepada tiga peringkat,
iaitu: 30
1.
Keucik (atau menurut Snouck Hurgronje: father of the gampong) bersama wakilnya yang
dikenali sebagai 'waki'. Keucik dikatakan meminjam kuasa daripada uleebalang atau dalam
ertikata lain, Keucik menjalankan tugas bagi pihak uleebalang untuk mengawasi dan mentadbir
kampunguya. Perlantikan seseorang Keucik ditentukan oleh uleebalang.
ii.
Teungku (atau menurut Snouck Hurgronje: mother of the gampong). Tengku atau
Teungku Meunasah menjalankan hal urusan yang berkaitan dengan agama.
25
H.M. Zainuddin, op. cit., him. 31~315.
26
C.S. Hurgronje, op. cit., hIm. 63. 27
Zakaria Achmad, op. cit., him 57.
28
C.S. Hurgronje. op. cit., him. 58. 29
30
Zakaria Achmad., op. cit., hIm. 87. C.S. Hurgronje. op. cit., hIm. 58..
83
m.
Ureaeng Tuha atan orang tua, yakni golongan yang berpengalaman, berkelakuan balk serta
berpengetahuan luas dalam hal adat di dalam ~ampong.
Dengan penyusunan pentadbiran seperti ini, pentadbiran di kampung tersebut beijalan dengan licin
dan lancar.
Hasil gabungan daripada beberapa buab gampong yang berdekatan yang melakukan sembahyang
Jumut bersama-sama di sebuah masjid yang sama di namakan Mukim. Menurut Snouck
Hurgronje;
Mukim is an Arabic word, the proper meaning of which is the inhabitant of a place Where a
number of gampongs lay sufficiently close to one another to admit of their being united into a
single Friday association...., they constructed a mosque (meusegit), choosing for the purpose the
most central possible site. They might sometimes fall within one of the gampongs so united,
where this gampong happened to form the central point of union The Achehnese call them all
Mukim,. .31
Tegasnya1 mukim adalah suatu kesatuan dart berbagai gampong yang ditandai oleh satu masjid.
Orang yang semasjid itu dart beberapa gampong adalah kesatuan di bawah seorang penguasa
agama yang disebut 'Imam'. 32
Sesuai dengan gelaran atau namanya, Imam pada mulanya mungkin bertugas sebagai pemimpin
agama, khususnya menjadi Imam sembahyang jemaah di masjid. Peranannya tidak banyak berbeza
dengan peranan Teungku
Sesuai dengan gelaran atau namanya, Imam pada mulanya mungkin bertugas sebagai pemimpin
agama, khususnya menjadi lm~m sembahyang jemaah di masjid. Peranannya tidak banyak berbeza
dengan peranan Teungku Meunasah. Seperti juga Tenguku Meunasah, lama kelamaan peranan
Imam tidak saja dalam hal-hal agama, tetapi disebabkan pengaruhnya yang begitu kuat di kalangan
masyarakat, justern menyebabkan peranan Imam berubah menjadi pemimpin atau ketua mukim

pula yang menjalankan tugas-tugas pemerintahan mukim bersamasama dengan pembantupembantunya dan menjadi kordinator Keucik-Keucik dalam mukimnya. Manakala tugas Imam
masjid pula telah dilantik daripada kalangan pegawai-pegawai khusus yang mempunyai
pengetahuan luas dalam agama.
Beberapa buah mukim dlintegrasikan lalu membentuk sebuah Negeri (Nanggroe). Kesatuan
mukim ini diwakili oleh seorang ketua atau pemimpin Negeri yang dikenali sebagai Vleebalang
(Hulubalang). Uleebalang mendapat mandat daripada Sultan untuk menguruskan semua perkara
yang beriaku di bawah pentadbirannya. Justern itu, pengaruhnya amat besar dan kuat sekali
sehinggakan ia mempunyai hak untuk melantik sesiapa sahaja sebagai pembantu-pembantunya
untuk menguruskan pentadbiran bersama seperti Keucik, dan Panglima Kawom.
Di samping sebagai ketua negeri, Uleebalang juga ditugaskan untuk menjadi pemimpin tentera.
Uleebalang juga mempunyai tugas-tugasnya yang tersendiri
31
Ibid., hIm90~91
32
Anas Machmud., op. cit., hIm. 18.
84
untuk mengatur pembangunan negerinya, membuka perkebunan (seuneubok), memperluaskan
persawahan, perikanan (nelayan), penternakan dan lain-lain yang dapat memakmurkan negerinya.
33
Dalam menjalaukan tugas-tugas ini, Uleebalang mendapat bantuan daripada pegawai-pegawai di
bawahnya, serta rakan-rakannya. Menurnt Snouck Hurgronje:
For the exercise of their authority (uleebalangs) they have the following helpers: Their younger
brothers or
more distant next-of-kin, generally known by the name of bantas
Their rakans (Prop. =
companions)...The Pangilma Prang the Imeums and Keuchi's. . . and the kall[kadhi) 34
Peranan Panglima Prang ialah menjadi "leader of his fighting men" 35 atau bertugas memimpin
penduduk negeri yang dipersiapkan untuk menjadi prajurit. Seseorang Panglima Perang akan
diberi gelaran 'Pang' dibelakang namanya.36
Manakala 'kali' (Qadhi) pula ditugaskan kepada perkara-perkara yang berhubung dengan Syariat
Islam, seperti muamalat, munakahat, jinayah dan sebagainya. Seorang 'kali' telah diberi gelaran
'Kali Malikon Ade' (Qadhi Malikul Adil) oleh Sultan Aceh.
Kekuasaan yang ada pada Uleebalang membawa kepada wujudnya satu bentuk pemerintahan
yang disebut sebagai 'Sagoe' atau 'Sagi' yang bererti 'Sudut'. Yang dimaksudkan dengan sudut ialah
bentuk kewujudan Sagi ini seperti sudut apabila diperhatikan pada Peta Aceh Besar. 37
Aceh Besar telah dibahagikan kepada tiga Sagi, iaitu:
1.
Sagi XXII (22) di sebelah selatan
ii.
Sagi XXV (25) di sebelah barat
iii.
Sagi XXVI (26) di sebelah timur.
Mukim-mukim yang banyak itu telah disatukan di bawah Sagi ini dan nama-nama
Sagi diambil berdasarkan jumlah mukim yang terdapat di dalam satu-satu Sagi.
Misalnya, Sagi XXII (22) dinamakan begitu kerana mempunyai jumlah mukim
sebanyak duapuluh duabuab.

Sebagaimana yang lain tiap-tiap Sagi mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Panglima
Sagoe (Panglima Sagi). Jawatankuasa Panglima Sagi dilantik oleh Sultan dan larimnya diambil
dari kalangan kerabat atau keluarga Sultan sendiri. Kedudukan Panglima Sagi adalab sebagal
kordinator dari negeri yang tergabung dalam SagL Walan bagaimanapun, institusi pentadbfran
Sagi ini hanya wujud pad akhir abad ke-17 iaitu semasa pemerintahan Sultanah Nurul Alam
Nakiatuddin (1675-1677). 38
33
H.M. Zainuddin, op. cit., him. 315.
34
C.S. Hurgronje, op. cit., hIm 92-93.
35
Ibid.,
36
Zakaria Achmad., op. cit., him. 90. 37
Anas Machmud., op. cit., him. 18.
38
Zakana Achmad., op. cit., him. 90
85
Dalam penyusunan strukiur institusi Kerajaan Aceh, terdapat satu wiiayah atau daerah yang agak
berbeza dengan institusi-institusi Kerajaan Aceh yang lain. Ini adalah kerana daerah tersebut tidak
mempunyai seorang ketua, sebaliknya ia berada terns di bawab penguasun raja. Daerah istimewa
yang dimaksudkan itu jalab Daerah Bebas (')aerah Bibeueh) yang terletak di kawasan yang
strategik dekat benteng atau istana. Daerah ini terdiri daripada orang-orang asing, militer,
pegawai-pegawai istana serta keluarga atan kerabat diraja. 39
Akhir sekali strnktur pemerintahan yang teratas, terakhir dan yang paling berkuasa jalab
pemerintahan pusat Kerajaan atau Kerajaan Pusat. Ketua pemermtahan Kerajaan Pusat ialah
Sultan - lazimnya orang~rang Aceh memanggil Raja Aceh atan Poteu (Our Lord) 40, dan
keturunannya memakai gelaran 'tuanku'41 Bagindalah yang paling berkuasa sekali di dalam negeri
Aceh. Tempat bersemayamnya baginda Sultan ialah di Kota Raja.
Dalam menjalankan pemerintahannya, baginda mempunyai sebuah kabinet yang terdiri daripada
Perdana Menteri (Mangkubumi) dan beberapa orang Menteri (Wazir)4 2 serta orang~rang suruhan
di samping pegawal-pegawal pentadbir yang lain seperti Panglima Sagi, Uleebalang, Panglima
Perang, Imam dan Keucik. Sebuah Mahkamah Agung juga telah diasaskan dengan
KaliMailkonAde (Kadi Malikul Adil) sebagai ketuanya dengan dibantu oleh empat orang mufti
yang bertanggungjawab dan menetapkan hukum-hukum Islam.
Seorang Laksamana telah dilantik untuk mengepalai "Balai Laksamana" yang bertanggungjawab
dalam hal ehwal ketenteraan darat dan laut. Seorang Menteri Dirham yang bertanggungjawab
dalam hal urusan kewangan juga telah diambil. Di samping itu, beberapa buab jabatan Kerajaan
telah ditubuhkan. Antaranya, Jabatan yang semacam protokol istana iaitu yang mengatur upacaraupacara dan pertemuan-pertemuan di istana. Jabatan mi pernah dipegang oleh seorang wanita
yang berpangkat Laksamana Angkatan Laut, iaitu Mala Hayati pada masa pemerintahan Sultan
Alauddin Riayat Syah Al-Mukammal (1589-1604). Syahbandar juga telab dilantik untuk
mengawasi pelabuhan-pelabuhan antarabangsa dan lain4ain lagi.43
Ringkasnya, jelas di sini bahawa Aceh telah membentuk struktur institusi politik dan pentadbiran
yang begian sistematik di sepanjang abad ke-16. Rakyat yang dibahagikan kepada empat suku
atau kaum yang besar terdapat di berbagai-bagai kampung. Di bawab pentadbiran kampung

terdapat dua pembahagian pentadbiran yang lebih kecil, ialtu pentadbiran di peringkat Seunabok
dan Meunasah. Gabungan daripada Gampong-gampong mewujudkan Mukim. Hasil datipada
integrasi mukim-mukim terbentuk pula Negeri (Nanggroe) dan kemudiannya Sagi (Sagoe); dan
keseluruhan struktur institusi politik dan pentadbiran mi berada di bawah

39
Ibid., him. 90~.
40
c.S. Hurgronje., op. cit., him. 120. 41
Zakaria Achmad., op. cit., him. 91. 42
H.M. Zainuddin., op. cit., him. 317. 43
Zakaria Achmad., op. cit., him. 92.
86
pemerintahan seorang Sultan atan Raja atau Poteu sebagai penguasa tertinggi Kerajun Aceh.
Walau bagaimanapun, sttuktur institusi Kerajun Aceh ini tidak melibatkan Daerah Takiuk, kerana
dasar politiknya yang tidak mabu mengganggu politik dan pentadbiran di Daerah Takiuk. Namun
begitu, di zaman pemerintahan Al-Qahar, baginda telab menghantar wakilnya di sebahagian
wilayab Daerah Takiuk, iaitu putera Raja Abdullab dan putera Raja Mughal di Pariaman dan Arn.
Boleb dikatakan perkembangan institusi Kerajan Aceh banyak di pengaruhi oleh faktor agama
Islam. Ini jelas dapat dilihat kepada pembahagian beberapa institusi kerajaannya, contohnya
pembentukan sesebuah Mukim bergantung kepada wujudnya sebuah masjid yang akan digunakan
oleh penduduk daripada beberapa buah kampung yang berdekatan untuk mendirikan sembahyang
Jumut. Begitujuga dengan situasi kampung, di mana sekurang-kuranguya sebuah madrasah pasti
akan didirikan untuk kegunaan dan kepentingan masyarakatnya sebagai tempat beribadab, belajar
agama serta tempat bermusyawarah. Jelas bahawa masyarakat kampung telah ditanam betul-betul
dengan ilmu pengetahuan Islam secara mendalam.
Di peringkat pusat pula, raja pemerintab telah mengambil inisiatif yang bijak dengan mengundang
beberapa orang ulama dart luar Aceh, khususnya dari Timur Tengah dan India untuk mengembang
dan menguatkan lagi fahaman Islam. Antara ulama terkenal yang telah diundang atau datang
sendiri ke Aceh ialah seperti Syeikh Abdul Khair bin Syeikh Thnu Hajar dan Syeikh Muhammad
Jamani dari Mekah; Syeikh Muhammad Jailani Thnu Hassan Thnu Muhammad Hamid ArRanir
dari Gujerat dan Syeikh Muhammad Azhari yang bergelar Syeikh Nurnddin dari Mesir, iaitu
semasa pemerintahan Sultan Ali Riayat Syah (1568-1575) dan Sultan Mansur Syah (1577-1886).
44
Di samping ulama-ulama luar negeri, Aceh juga telah melahirkan beberapa orang ulama
terkemuka. Antaranya, seperti Syeikh Syamsuddin Al-Sumatrani dart Samudera-Pasai, Syeikh
Thrahim As-Syam dan Syeikh Hamzah Fansuri. Peranan golongan ulama dianggap begitu penting
kerana mereka telah membantu menaik dan memasyhurkan lagi peranan Aceh sebagai pusat
pengembangan ilmu dan pusat penyebaran agama Islam mewarisi peranan yang telab ditinggaikan
oleh Samudera-Pasal dan Melaka.
Berbagai ilmu pengetahuan Islam terdapat di sini meliputi ilmu tasawuf, fiqh, tajwid, Tafsiran AlQur'an dan Al-Hadith, teologi Islam dan sebagainya, kerana "....Acheh pada saat tersebut
mernpakan sumber ilmu pengetahuan dengan sarjana-sarjana yang terkenal di dalam dan luar
negeri. . "45 Di samping itu, kedudukan geografis Aceh dalam posisi persimpangan jalan
perdagangan antarabangsa pada waktu itu juga menjadi pusat tumpuan dan perhimpunan bagi

jemaah-jemaab Haji dari seluruh Nusantara untuk pergi dan balik dari menunaikan fardhu Haji di
Mekah, sehingga Aceh telah memperolehi gelaran "Serambi Mekah" atau The Gate of the
Holyland" yang masyhur itu.46
44
Zakaria Achmad., op. cit., hIm. ~99.
45
Ibid., hIm. 102.
46
Ibid., hIm. 108
87
Perlantikan seseorang raja atan sultan juga ada kaitan dengan fakior agama Islam. Untuk menjadi
raja atau sultan, seseorang calon itu mestilab beragama Islam, merdeka, dewasa, berpengetahuan
dalam hukum dan adat, adil, mempunyai kecekapan untuk mengurnskan negara, hukum dan
peperangan, mempunyai kebijaksanaan dalam hal mempertimbang dan menjalankan hukum dan
adat, bertanggungjawab melindungi agamanya atan agama dalam negerinya. 47
Seperti yang telah dikatakan tadi, peranan golongan ulama adalah tersangat penting dan
pengaruhnya amat kuat di peringkat pusat mahupun di kalangan rakyat. Ulama boich dikelaskan
sebagai orang yang pakar di dalam hal ehwal agama. Snouck Hurgronje mengidentitikan gelar
ulama dengan gelar 'doktor'. Djsebabkan begim pentinguya peranan golongan ini, maka raja Aceh
telah mdctakkan ulama di tempat yang agak istimewa di dalam struktur pemerintahan Aceh.
Pada waktu John Davis dan kemudiannya James Lancaster mengunjungi Aceh,
mereka melihat bahawa sultan sentiasa didampingi oleh seorang ulama.48 Ini mungkin disebabkan
tugas atau peranan ulama, antara lain adalah sebagai penasihat Sultan, khususnya dalam hal yang
bersangkutan dengan agama. Di samping itu, ulamak juga bertanggungjawab untuk memberi
penerangan kepada rakyat tentang keteguhan iman terhadap Tuhan dan kebajikan yang
bersangkutan dengan agama, menjadi Kadi Sultan dalam memutuskan perkara-perkara yang
berkaitan dengan hukum di dalam negara serta menerima mandat dari Sultan (wakilnya Panglima
Sagi atau Uteebalang) untuk menikahkan orang~rang yang tidak berwali dan memasah atua 'fasiq'
perempuan yang boleb dipasah atau 'fasiq' dan seumpamanya yang bersangkutan dengan syariat
Islam. 49
Dari segi pengadilan dan pernndangan Kerajaan Aceh, ia dijalankan mengikut susunan
pemerintahan dari peringkat kampung hinggalah ke peringkat Kerajaan, kerana setiap institusi
kerajaan mempunyai badan pengadilannya yang tersendiri. Misalnya, pengadilan di peringkat
kampung dan mukim dilakukan oleh Keucik atau Imeum, pengadilan di peringkat negeri
dilakukan, oleh seorang pegawai khusus yang disebut 'kali' atau 'Kadi' di sebuah pejabat khusus
yang dianggotai bersama oleh Uleebalang , Imeum, Keudk dan para alim ulama setempat.
Manakala pengadilan di peringkat Kerajaan pula dilakukan oleh Kali Malikon Ade (Kadi Malikul
Adil) dengan dibantu oleh empat orang mufti yang menetapkan tentang hukum-hukum agama di
satu tempat yang disebut Mahkamah Agung. 50
Semua pengadilan dirujuk kepada hukum dan adat. Hukum atau Syariat Islam di jalankan dengan
berlandaskan kepada Al-Qur'an, Al-Hadith, Ijmak dan Qiyas. Manakala adat pula berdasarkan
kepada semua peraturan yang tidak tertulis yang mernpakan adat kebesaran yang turnn temurnn,
termasuk peraturan-peraturan yang dibuat oleh Sultan-Sultan Aceh yang disebut SarakataSarakata (Statutes), di

47
H.M. Zainuddin., op. cit., him. 333. 48
Zakaria Achmad., op. cit., him. 102-103.
49
H.M. Zainuddin, op. cit , him. 333 50
Zakaria Ach mad., op. cit., him. 93.
88
mana setiap rakyat wajib mematuhi dan mentaatinya.51 Walaupun di dalam perundangan negara,
hukum adat tidak diketepikan namun ianya mestilah tidar bertentangan dengan Syariat Islam.
Menurnt lembaran sejarah, adat Aceh itu kebanyakannya terbit daripada hukum syarak. Hukum
Syarak dapat menindas atan menyingliirkan adat, hal ini biasa terdapat di dalam pekerjaan
Tatanegara. Adat dianggap sebagal senjata (pedang) Kerajaan dan benteng kerakyatan dan ia
disimboikan dengan pedang. Keeratan hubungan di antara hukum dan adat dapat dibuktikan atau
dilihat kepada perlantikan seorang Sultan, mestilah semuafakat antara hukum dan adat, manakala
ketika pertabalannya pula, seorang ulama yang memegang Al-Qur'an berdiri di sebelah kanan
Sultan dan Perdana Menteri yang memegang pedang (simbol hukum adat) berdiri di sebelah kiri
Sultan. 52 Perhubungan erat antara hukum syarak dan hukum adat mi melahirkan pepatah Aceh
yang berbunyi;
Hukum atau Syariat Islam dan adat tidak boleh bercerai seperti zat dan sifatnya. . (Hukom ngon
adat handjeut tjre, lagee zat gnon sipheut).53
Pengarnh agama dapat juga dilihat daripada dasar laut yang dijalankan oleh rajaraja Aceh,
khususnya di zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah AlQahar, di mana semasa
perintahan baginda, Al-Qahar telah menjalankan dasar luar politiknya yang lari daripada tradisi
yang diamaikan oleh kuasa-kuasa Melayu sebelumnya. Aceh yang begitu teguli pegangan agama
Islamnya telah mengubah dasar luarnya dengan mengadakan hubungan politik dan diplomatik
hanya dengan negara-negara Islam, Thususnya India dan Turki serta sebahagian daripada negerinegeri Islam di Nusantara.
Tambahan pula, Turki ketika itu sedang berada di zaman keemasannya kerana telah berjaya
menguasai selurnh empayar termasuk Rom di Eropab. Jadi mi telah menambah lagi azam Sultan
Al-Qahar untuk berbaik-baik dan meminta bantuan ketenterun daripada Turki untuk melancarkan
'jihad' dan mengusir bangsa Portugis yang kafir itu dari bumi Melayu ini. Perhubungan dengan
Turki ini sesungguhnya telab banyak membantu Aoeh untuk mencapai segala cita-citanya serta
membina sebuah Kerajaan dan Empayar Melayu yang barn di Selat Melaka, mewarisi peranan
Samudera-Pasai dan Melaka.
Sebagai kesimpulannya, di sepanjang abad ke-16 ini Aceh telab mulai bangkit untuk membina
sebuah Kerajaan dan Empayar yang barn di Nusantara ini, untuk menyaingi kemonopolian kuasakuasa Barat ke atas Kepulauan Melayu. Di sepanjang abad inijuga, dengan kebijaksanaan raja-raja
pemerintahnya, Aceh telab berjaya membentuk sfrrur institusi Kerajaan yang boleh dianggap
begitu sistematik pada ketika itu, dan ini telah membantu Aceb untuk mencapal kemakmurannya,
serta memberi peluang kepadanya untuk bergiat di bidang agama dan dakwah pula. Kejayaan dan
kemakmuran Aceh telah menjadi asas perkembangan selanjut-nya di abad ke-17, Thususnya di
zaman pemerintaban Sultan Iskandar Muda.

51
Ibid., him. 94.
52
H.M. Zainuddin., op. cit., him. 335. 53
Zakana Achmad., op. cit., him. 103.

You might also like