You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KAMPUNG

MERBAU
NO. 1, JALAN PANTAI REMIS, 32400, AYER TAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA.
KOD SEKOLAH: abc1065,
NO. TEL/ FAKS: 05-6725818
EMELabc1065@1bestarinet.yes.my
___________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
PROJEK INTERNSHIP
PROJEK:
SENAMROBIK HARI SUKAN
NEGARA
TEMPAT

: PADANG SJK(C) KAMPUNG MERBAU

TEMPOH

: 10 OKTOBER 2015

ANJURAN

: UNIT SUKAN SJKC KAMPUNG MERBAU


GURU PELATIH SEMESTER 8 PISMP
(INTERNSHIP IPG KAMPUS TUANKU BAINUN)

1.0 PENGENALAN
Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang
menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik,
tahap kesediaan untuk melakukan aktiviti daripada intensiti rendah ke
tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu
meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Hal ini kerana aktiviti
senamrobik merupakan satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang,
yang merupakan gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya
kardiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan
kelenturan.
Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan
pelakuan

psikomotor

yang

melibatkan

kelajuan,

keseimbangan,

koordinasi, kuasa dan ketangkasan. Aktiviti ini merupakan senaman yang


terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan
kecergasan di samping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.
Pada masa yang sama, aktiviti yang dijalankan ini adalah selaras dengan
Sambutan Hari Sukan yang merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia
dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai
sebuah Negara Bersukan
2.0 RASIONAL
Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua
lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting
dijadikan amalan kerana senamrobik:
2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan
dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak
2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada
penyakit jantung dan pembuluh darah.
2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor.
2.4 Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan
berat badan sihat.

3.0 MATLAMAT

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan


generasi muda yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman
sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. memandangkan
peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah
iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60
peratus di negara maju.
Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya
kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik berserta dengan gaya
senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Howard Gardner telah
memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya iaitu
"Theory of multiple interlligences". Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2
dari 9 teori yang dikemukan oleh beliau. Ini membuktikan bahawa muzik
dengan gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental,
pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas pembelajaran peringkat
awal kanak-kanak.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk
bersukan.
4.2 Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas.
4.3 Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul.
5.0 TARIKH PELAKSANAAN
10 Oktober 2015 (Hari Sabtu)
6.0 MASA
8:30 pagi hingga 9:30 pagi
7.0 TEMPAT
Dewan SJK(C) Kampung Merbau
8.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:
8.1 Murid/pelajar
8.2 Guru, pekerja khidmat sokongan.
9.0 CADANGAN ATURCARA
Masa
8:00 pagi
8:15 pagi
8.30 pagi

Perkara
Semua Peserta Melapor Diri
Ketibaan dif-dif jemputan (Ahli PIBG)
Senamrobik oleh Guru Pelatih

9:00 pagi
9:30 pagi

Senamrobik oleh ahli PIBG


Bersurai

10.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI


Pengerusi
: Puan Seet Hong Suan
Naib Pengerusi 1
: Puan Chiang Hui Sien
Naib Pengerusi 2
: Puan Yong Siew Ting
Penyelaras
: Encik Lizam B. Yob @Ali
Setiausaha
: Cik Loy Pek Chen
: Cik Sia Ju Ping
Ajk Aktiviti
: Cik Loy Pek Chen
: Cik Sia Ju Ping
11.0

ANGGARAN BELANJAWAN
Untuk menjalankan sesi ini, perbelanjaan tidak diperlukan.

12.0

SENARAI PERALATAN
Bil
1.
2.
3.

13.0

Perkara
Komputer riba
Speaker
Pembesar Suara

Bilangan
1 Buah
1 Set
2 Set

PENUTUP

Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan


kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh
yang sihat. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru diharapkan
dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti
seharian tanpa merasa letih. Pada masa yang sama, senamrobik memberi
hala tuju ke arah pemupukan integrasi nasional melalui amalan gaya hidup
aktif dan sihat, pembinaan kesejahteraan diri dan semangat kesukanan.
Senamrobik ini juga diharapkan dapat berperanan sebagai platform bagi
warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara
yang mudah dan menyeronokkan.

Disediakan oleh,

______________________
(LOY PEK CHEN)
Setiausaha Senamrobik Hari Sukan Negara

SJK(C) Kampung Merbau

___________________
(SIA JU PING)
Setiausaha Bersama,
Setiausaha Senamrobik Hari Sukan Negara
Disemak oleh,

________________
(CHIANG HUI SIEN)
Mentor
Senamrobik Hari Sukan Negara

______________________
(YONG SIEW TING)
Mentor
Senamrobik Hari Sukan Negara

Disahkan oleh:

__________________
(SEET HONG SUAN)
Guru Besar
SJK(C) Kampung Merbau

Lampiran
Cadangan lagu yang digunakan sebagai iringan muzik senamrobik :
Bil
.

Lagu

Masa
(Minit)

Ulangan
(kali)

Keseluruha
n masa
(Minit)

1.
2.
4.
5.
6.

3
1
Happy or Sadness

Lagu Senamrobik
3
4
Xiao Ping Guo
3:28
2
oleh Chopstick Brother
A Wave Flower
1.28
3
oleh Richie Jen Hsien-chi
Galaxy
2.50
2
oleh Akdong Musician
Jumlah Keseluruhan:

3
12
6.56
3.84
5
30.40

You might also like