You are on page 1of 5

Perbezaan PJ antara KBSR & KSSR

ASPEK
Organisasi
kandungan

KBSR
Ada tiga tunjang iaitu;
a. Kecergasan
b. Kemahiran
c. Kesukanan
Kesukanan diajar secara
berasingan daripada modul kecergasan
dan kemahiran

KSSR
Ada dua modul iaitu;
a. Kemahiran
b. Kecergasan
Kesukanan diajar secara serentak di
bawah modul kecergasan dan
kemahiran.
Kemahiran;
Aspek 1 - Kemahiran pergerakan.
Aspek 2 - Aplikasi pengetahuan
dalam pergerakan.
Aspek 5 - Kesukanan.
Kecergasan;
Aspek 3 - Kecergasan meningkatkan
kesihatan.
Aspek 4 - Aplikasi pengetahuan
dalam meningkatkan
kecergasan.
Aspek 5 - Kesukanan.

Organisasi
Kurikulum

Tahap 1 dan 2, mata pelajaran;

Tahap 1 ;

Teras
Wajib
Tambahan.

Modul Teras Asas


Modul Teras Tema
Modul Elektif

Pendidikan Jasmani termasuk dalam


mata pelajaran tambahan

Tahap 2 ;
Mata pelajaran Teras dan
Elektif.
Pendidikan Jasmani di bawah
Modul Teras Asas.

Matlamat

Bertujuan membantu murid menjadi

Bertujuan membina individu yang

cergas melalui pembelajaran aktiviti


fizikal dan amalan kecergasan.

cergas dan sihat serta berkemahiran,


berpengetahuan dan mengamalkan
Nilai murni melalui aktiviti fizikal ke
arah mencapai kesejahteraan hidup.

Reka bentuk
kurikulum

Berasaskan tiga bidang ;


Komunikasi
Manusia dan alam sekeliling
Perkembangan diri individu

Masa

Pengajaran dan pembelajaran


dijalankan selama 60 minit dalam satu
hari

Berasaskan enam tunjang ;


Komunikasi
Kerohanian,sikap dan nilai.
Kemanusiaan
Keterampilan diri
Perkembangan fizikal dan
Estetika.
Sains dan teknologi
Pengajaran dan pembelajaran
dijalankan selama 60 minit dalam dua
hari . Contoh ;
Isnin 30 minit
Selasa 30 minit

Fokus

Tidak menyatakan fokus dalam


Pendidikan Jasmani.

Terdapat tiga fokus;


i) Membina kemahiran asas
pergerakan dan kemahiran
motor.
ii) Memperkenalkan konsep
kecergasan berdasarkan kesihatan.
iii)Memupuk elemen keselamatan,
tanggungjawab kendiri dan
sosial semasa melakukan
aktiviti fizikal.

Pedagogi

Kemahiran berfikir dalam p&p


Aplikasi kecerdasan pelbagai
dalam p&p.
Penggunaan TMK.
Pengajaran berasaskan kajian
masa depan.
Pembelajaran secara
konstruktivisme.
Pembelajaran Masteri
Belajar cara belajar

Kemahiran berfikir dalam p&p.


Aplikasi kecerdasan pelbagai
dalam p &p.
Penggunaan TMK.
Pengajaran berasaskan Kajian
Masa Depan.
Pembelajaran secara
konstruktivisme.
Pembelajaran secara kontesktual.
Pembelajaran akses kendiri.

Kaedah Pentaksiran

Berorientasikan peperiksaan
Lebih kepada penilaian

Dijalankan berterusan untuk


mengesan perkembangan

Sumatif ;
- Penilaian Kemajuan
Berasaskan Sekolah (PKBS)
- Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)
Bahan

Modul Kemahiran

Modul Kesukanan

Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran
Kandungan
Huraian Sukatan Pelajaran
Buku Teks
Tajuk-tajuk dalam modul kemahiran
tidak diketegorikan/dikelaskan kepada
aspek aspek tertentu.
Modul
kesukanan
diajar
secara
berasingan daripada modul kecergasan
dan kemahiran

dan pencapaian murid .


Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif

Dokumen Kurikulum
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Buku Teks
Tajuk-tajuk di bawah modul kemahiran
diletakkan/dikelaskan
di
bawah
beberapa aspek.
Kesukanan diajar secara serentak di
bawah
modul
kecergasan
dan
kemahiran.

Organisasi Kurikulum:
Terdapat perbezaan dalam organisasi kurikulum antara KBSR dan KSSR. Pada tahap satu dan
dua, murid diajar mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi KBSR. Untuk KSSR pula, tahap satu
berbeza dengan tahap dua iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif diajar. Manakala
pada tahap dua, mata pelajaran teras dan elektif sahaja diajar. Pendidikan Jasmani termasuk dalam modul
teras.
Rekabentuk Kurikulum:
Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara KBSR dan KSSR,
terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR mempunyai tiga bidang reka bentuk kurikulum
iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan perkembangan diri individu. Berbeza dengan KSSR
yang secara modularnya mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,
kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri. Tunjang Fizikal
dan Estetika merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan
seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi
murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan
peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid
juga diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan
dalam melahirkan ekspresi diri.

Peruntukan Masa:

Berlaku perubahan masa dalam KBSR, masa bagi pengajaran Pendidikan Jasmani berjalan
selama 60 minit berterusan, manakala dalam KSSR, masa pengajarannya juga 60 minit tetapi dijalankan
dua kali seminggu ( 30 minit setiap pembelajran ). Semasa KBSR, Pendidikan Kesihatan digabungkan
dengan Pendidikan Jasmani, tetapi dalam KSSR, Pendidikan Kesihatan telah dipisahkan.
Kaedah pentaksiran:
Perbezaan yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek pentaksiran. Di dalam KBSR,
pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam
KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan
dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan samaada
serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan
atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian
sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga
peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu
penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Mata pelajaran yang diuji ialah Bahasa Melayu, Bahasa
Innggeris, Matematik, dan Sains tidak termasuk Pendidikan Jasmani .
Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding
KSSR kerana pentaksiran KBSR beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal
insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan
isi pelajaran dengan kehidupan seharian..
Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan
pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentikdan holistik.
Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum,
pentaksiran sekolah, pentaksiranpsikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Penilaian diuji kepada semua
mata pelajaran termasuk Pendidikan Jasmani.
Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam
melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atauverbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran
murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti
digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan
penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut
standard ditetapkan sekolah.
Bahan:
Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah
mengikut keadaan manakala KSSR menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum,
modul pengajaran dan modul pembelajaran. Penggunaan buku teks masih diteruskan dengan kandungan
yang baru.
Perbezaan Pelaporan Pencapaian:

Pelaporan pencapaian murid KSSR dalam setiap mata pelajaran termasuk Pendidikan Jasmani
tidak lagi berbentuk gred (berdasarkan peratus markah yang diperolehi dalam peperiksaan) seperti dalam
KBSR sebaliknya mereka akan dilabelkan dengan menggunakan band iaitu tanda aras tertentu yang
disusun secara hierarki (band 1 hingga band 6) yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah
menguasai sesuatu standard seperti yang dijelaskan dalam deskriptor. Penentuan band murid-murid ini
dalam perlu disokong dengan evidens yang telah ditetapkan dalam dokumen standard prestasi.

Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR.
Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan
KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi kecerdasan pelbagai,
penggunaan TMK ,pengajaran berasaskan kajian masa depan,dan pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran
secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.
Kesimpulan
Perubahan dalam globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum
pendidikan di negara ini. Bertujuan menjadi pelapis generasi akan datang dan tidak ketinggalan dalam
arus pemodenan. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dan
mewujudkan KSSR dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan
perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Aspek emosi,
rohani dan intelek pula dapat dibentuk dalam diri individu apabila murid dapat memahami dan
menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya
hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan
Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan
Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum
Pelaksanaan KSSR sangat bertepatan dan sesuai pada masa -perubahan yang berlaku atas
rasional dan alasan yang kukuh berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan dengan
cabara semasa. KBSR dan KSSR mempunyai ciri-ciri kekuatan masing-masing. Kedua-dua kurikulum
ini berlandaskan prinsip-prinsip yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamatnya
adalah untuk melahirkan generasi yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek ,
rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi
berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

You might also like