You are on page 1of 2

AMALAN/TINDAKAN AKTIVITI KITAR SEMULA YANG BOLEH

DILAKUKAN
DI RUMAH DAN DI SEKOLAH
1) RUMAH
BIL

TINDAKAN

Mengasingkan sampah dan sisa pepejal mengikut kategori sampah masing-masing


sebelum diangkut oleh lori pengumpul sampah.

Sentiasa menggunakan bahan-bahan terbuang untuk menghias laman atau ruang tamu
rumah, contohnya menggunakan tayar sebagai pasu bunga dan menngunakan botol kaca
untuk dijadikan pasu.
Mengumpul surat khabar lama untuk dikitar semula/dijual.

Mengumpul tin-tin aluminium untuk dikitar semula/dijual.

Mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dilupuskan seperti plastik


dan polisterin.

Membawa beg kertas/beg kitar semula dari rumah untuk ke membeli-belah di kedai.

Menggunakan semula barang-barang perkakasan rumah, kertas dan barang penggunaan


seharian untuk mengurangkan pencemaran.

Memaksimumkan penggunaan sesuatu bahan seperti kertas yang boleh digunakan di


kedua-dua bahagian muka hadapan dan belakang. Selain itu, baju yang sudah tidak
digunakan lagi, sekiranya masih elok dipakai tidak perlu dilupuskan sebaiknya
disedekahkan kepada yang lebih memerlukan, contohnya anak yatim.

2) SEKOLAH
BIL

TINDAKAN

Mengadakan gotong-royong di sekolah dan mengasingkan bahan-bahan yang boleh


dikitar semula mengikut kategori bahan buangan (hijau,biru,coklat) dan sampah sarap.

Menghias kelas dengan menggunakan bahan-bahan terbuang atau bahan-bahan yang


boleh dikitar semula bagi mencantikkan kelas.

Sentiasa membawa bekas makanan yang sesuai ke sekolah bagi menggantikan


penggunaan polisterin.
Mengelakkan pembakaran terbuka di sekolah terutama daripada kalangan pekerja
pembersihan.
Menjimatkan penggunaan elektrik dan air di sekolah contohnya menutup suis lampu
dan kipas di dalam kelas apabila tidak berada dalam kelas.
Menanam atau menjaga tumbuhan hijau di sekolah.

4
5
6
7

Mengitar semula kertas-kertas, kotak-kotak serta penggunaan katrij dakwat pencetak


yang telah digunakan di sekolah.

Menghias persekitaran dan dinding-dinding sekolah dengan mural di tempat-tempat


tertentu dengan bertemakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Memaksimumkan penggunaan buku latihan dan buku nota dengan menggunakan


kedua-dua belah muka sewaktu menulis bagi mengelakkan pembaziran kertas

You might also like