You are on page 1of 4

TUGASAN 2

Implikasi Pelaksanaan Strategi Pembelajaran Koperatif Kepada Pelajar


Pelbagai Sosiobudaya
Para pengkaji pembelajaran koperatif, seperti Johnson dan Johnson (1991),
Slavin (1995), Heinich (2002), Arends (2004), dan ramai lagi pengkaji lain secara
asasnya mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai suatu strategi pembelajaran
yang berstrukur dan sistematik yakni para murid akan bekerjasama dalam kumpulankumpulan kecil dengan ahli empat hingga lima orang secara heterogen untuk
mencapai suatu matlamat yang sama. Kata kunci utama dalam definisi ini ialah
heterogen yang jelas memaparkan kesesuaiannya untuk dilaksanakan dalam bilik
darjah yang mempunyai murid-murid berkepelbagaian sosiobudaya. Pembelajaran
koperatif mempunyai empat ciri utama iaitu akauntibiliti individu, interaksi kumpulan
bersemuka, kebergantungan positif, dan kemahiran sosial. Hasil gabungan keempatempat ciri ini menghasilkan beberapa implikasi apabila strategi pembelajaran ini
dilaksanakan dalam bilik darjah dengan murid berkepelbagaian sosiobudaya.
Implikasi

yang

pertama ialah

kemahiran

interaksi

sosial

murid

dapat

dikembangkan di samping pada masa yang sama mereka akan belajar untuk
menyesuaikan diri dengan komuniti murid dan terdidik untuk menerima perbezaan
yang wujud antara diri mereka dan murid-murid yang lain. Dalam konteks
kepelbagaian sosiobudaya, perbezaan yang wujud ini merujuk kepada perbezaan
latar belakang, etnik, kelas sosial, gaya pembelajaran, dan lain-lain. Dalam
kumpulan-kumpulan kecil ini, murid-murid akan saling berinteraksi antara satu sama
lain dan perlahan-perlahan dapat mengasah kemahiran berkomunikasi sewaktu
bekerjasama dalam menyiapkan tugasan. Secara tidak langsung, mereka juga akan
mula belajar untuk menerima murid lain yang mempunyai pandangan yang berbeza
dan juga sosiobudaya yang berbeza dengan diri mereka.
Contohnya dalam strategi pembelajaran koperatif, kaedah perbincangan jigsaw,
para murid akan belajar dalam kumpulan berfokus sebelum kembali ke kumpulan
asal mereka untuk menerangkan apa yang dipelajari mereka sewaktu berada di
kumpulan berfokus. Dalam proses menyampaikan semula isi pelajaran yang mereka
peroleh kepada ahli kumpulan, kemahiran komunikasi mereka akan diasahkan
secara tidak langsung. Selain itu, mereka akan mula belajar untuk saling
bekerjasama dalam usaha mencapai kefahaman sepenuhnya terhadap tajuk yang
dibincangkan dan mula mempunyai perasaan saling menyayangi antara satu sama
lain tanpa mengira latar sosiobudaya apabila mereka berusaha untuk menyampaikan
isi pembelajaran yang diperoleh kepada ahli kumpulan sendiri.
Impaknya, akan wujudnya perasaan sepunya dalam kalangan murid apabila

strategi koperatif ini dilaksanakan dan murid-murid akan mula bekerjasama dan
proses pembelajaran akan dapat merentasi batasan latar sosiobudaya. Di samping
berpeluang untuk mengenali antara satu sama lain, strategi koperatif ini
membolehkan para murid menyesuaikan diri dalam berkomunikasi dengan murid lain
yang mempunyai sosiobudaya yang berbeza dengan mereka dan bersama berusaha
mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
Implikasi kedua ialah strategi pembelajaran koperatif mampu meningkatkan
tahap pencapaian akademik murid. Dalam pelaksanaan strategi ini murid-murid akan
bepeluang untuk bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk mencapai
objektif pembelajaran yang ditetapkan oleh guru. Strategi koperatif ini selaras
dengan kehendak pendekatan teori pembelajaran konstruktivisme yakni para murid
membina kefahaman dalam minda mereka melalui pengalaman pembelajaran
mereka. Melalui pengaplikasian pembelajaran koperatif dalam pendekatan teori
konstruktivisme, guru dapat meningkatkan pencapaian akademik murid tanpa
mengira latar sosiobudaya mereka melalui perkongsian pengalaman antara murid
dalam kumpulan masing-masing.
Contohnya, dalam tugasan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi,
para murid berpeluang untuk berbincang dan melontarkan idea masing-masing
dalam kumpulan. Melalui perkongsian ini, murid-murid dapat sama-sama membina
jawapan dan kefahaman dalam menyelesaikan tugas yang diberikan. Dalam setiap
kumpulan, guru perlu memastikan wujudnya seorang murid yang mempunyai
pencapaian akademik yang cemerlang dan murid ini akan bertindak memacu
perbincangan ke arah penyelesaian. Hasil perbincangan dan lontaran idea dari ahli
kumpulan lain dan panduan daripada murid cemerlang tadi, murid-murid dalam
kumpulan ini dapat membina kefahaman yang lebih mendalam terhadap tugasan
yang diberikan lantas pencapaian akademik mereka dapat ditingkatkan.
Impaknya, para murid tanpa mengira latar sosiobudaya berpeluang untuk
meningkatkan pencapaian akdemik mereka melalui strategi koperatif ini. Strategi ini
juga membuka peluang kepada murid dengan latar sosiobudaya yang berbeza untuk
memahami pengalaman murid lain yang berlatar sosiobudaya berbeza dan
menggunakan

pengalaman

yang

diperoleh

daripada

murid

lain

ini

untuk

mengingkatkan pencapaian akademik. Secara tidak langsung tembok perbezaan


sosiobudaya yang wujud dalam kalangan murid dapat dipecahkan dan membuka
peluang pendidikan yang sama rata untuk semua murid.
Implikasi ketiga ialah strategi pembelajaran koperatif ini akan menggalakkan
kaedah pentaksiran alternatif dalam menilai perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran.Dengan menggunakan kaedah pentaksiran alternatif, guru

berpeluang untuk memerhati dan mengukur perkembangan murid dalam memproses


maklumat dan pengaplikasian isi pembelajaran dalam tugasan yang diberikan. Hal ini
kerana pentaksiran formal seperti sumatif dan formatif hanya terlalu menumpukan
kepada aras perkembangan kognitif murid yang kadangkala tidak sesuai digunakan
dalam bilik darjah yang mempunyai murid berkepelbagaian sosisobudaya. Dengan
menggunakan

pembelajaran

koperatif,

keadilan

dari

aspek

pentaksiran

perkembangan murid dapat diwujudkan.


Contohnya, dengan penggunaan pembelajaran berasaskan projek, tugas-tugas
akan dibahagikan dalam kumpulan masing-masing mengikut kesesuaian dan juga
sosiobudaya mereka. Pentaksiran alternatif seperti pemerhatian, senarai semak,
lisan, penulisan, dan portfolio membolehkan guru mempelbagaikan kaedah
pentaksiran terhadap perkembangan murid di sepanjang aktiviti yang dijalankan
mengikut kesesuaian latar sosiobudaya murid itu sendiri. Dengan pembahagian
tugas dalam kumpulan ini, guru dapat mentaksir setiap murid mengikut tugas
masing-masing dan melihat sejauhmana pencapaian mereka dalam pembelajaran.
Impaknya, setiap murid yang mempunyai sosiobudaya berbeza berpeluang
untuk mencapai potensi optimum masing-masing dalam P&P di samping dapat
memaparkan pencapaian sebenar mereka melalui pentaksiran alternatif yang
digunakan. Ini membuka peluang kepada murid-murid untuk mempamerkan
kemahiran tersembunyi masing-masing di samping diberi ruang untuk dinilai secara
menyeluruh dan bukannya sekadar tertumpu kepada pentaksiran di atas kertas.
Implikasi keempat ialah mrid-murid dengan latar sosiobudaya yang berbeza
akan menjadi lebih berkeyakinan dengan keunikkan dan perbezaan masing-masing.
Hal ini demikian kerana dengan pelaksaan strategi koperatif ini, akan wujud untuk
amalan kebergantungan yang positif antara ahli kumpulan. Setiap murid yang
mempunyai perbezaan latar sosiobudaya berpeluang menggunakan perbezaan yang
ada pada diri mereka sebagai kekuatan dalam melaksanakan tugasan yang telah
dibahagikan dalam kumpulan. Kesannya, mereka akan menjadi lebih berkeyakinan
dengan perbezaan sosiobudaya yang dimiliki dan menggunakannya untuk
membantu kumpulan mereka untuk berjaya.
Contohnya, dalam penghasilan buku skrap untuk aktiviti pembelajaran
berasaskan projek, setiap murid dapat menggunakan perbezaan yang ada pada diri
dengan dengan ahli kumpulan lain untuk membantu kumpulan mereka menyiapkan
tugasan ini. Murid yang mahir dalam bertutur kata boleh bertindak selaku
pembentang untuk kumpulannya, yang mahir dalam kesenian boleh bertindak
menghias buku skrap, manakala murid yang mempunyai status ekonomi yang tinggi
boleh membantu menyediakan material, dan murid dengan prestasi akademik yang

cemerlang berpeluang untuk menjana idea untuk penghasilan buku skrap.


Impaknya di sini, apabila murid-murid dapat menggunakan perbezaan
sosiobudaya yang ada pada diri masing-masing dalam membantu ahli kumpulan
mereka berjaya, murid-murid ini akan menjadi lebih yakin terhadap diri mereka dan
menggunakan perbezaan sosiobudaya yang ada pada diri mereka sebagai kekuatan
utama diri mereka dalam proses P&P. Akhirnya isu murid dengan perbezaan
sosiobudaya tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran yang
dilaksanakan oleh guru dapat diminimumkan.

You might also like