You are on page 1of 18

Amali 6

: Nilai pemalar Avogadro

Tujuan

: Untuk menentukan nilai pemalar Avogadro melalui prosedur


elektrolisis.

Teori

: Dalam tindak balas kimia, elektrolisis merupakan salah satu


tindak balas redoks yang menguraikan elektrolit kepada unsurunsur juzuk di elektrod dengan kehadiran arus elektrik. Arus
elektrik yang boleh digunakan perlulah merupakan arus terus
(direct current, d.c.). Elektrod yang disambungkan kepada
terminal positif dinamakan sebagai anod, manakala elektrod
yang disambungkan kepada terminal negatif dinamakan
sebagai katod. Oleh itu, semasa elektrolisis berlaku, ion negatif
akan tertarik ke anod. Oleh itu, ion ini dikenali sebagai anion.
Ion positif pula akan bergerak ke katod yang mana ion ini
dikenali sebagai kation.
Pengaliran

elektrik

melalui

larutan

elektrolit

akan

merangsangkan dua tindak balas kimia berlaku. Kedua-dua


tindak balas ini merupakan tindak balas redoks, iaitu tindak
balas

pengoksidaan

dan

penurunan.

Apabila

arus

disambungkan kepada elektrod dan elektrolit, pengoksidaan


ion akan berlaku di anod manakala penurunan ion akan
berlaku pada katod. Kedua-dua proses ini adalah berlaku
secara serentak. Pengoksidaan yang berlaku di anod akan
menyebabkan pembebasan electron dan menguraikan ion
negatif kepada neutral atau neutral kepada ion positif. Elektron
akan bergerak ke arah katod dan menghasilkan tenaga
sehinggalah sampai pada katod dan menyebabkan proses
penurunan berlaku.

Pada katod, ion-ion yang ditarik pada

katod akan menerima elektron yang dibebaskan oleh anion


dan mejadikan sama ada ion positif kepada neutral atau
neutral kepada ion negatif.

Rajah 1 Contoh proses elektrolisis


Dalam proses elektrolisis dalam larutan akues, terdapat
banyak ion wujud pada ketika itu. Oleh itu, terdapat tiga faktor
yang mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahhcaskan,
iaitu

Kedudukan ion-ion dalam siri elektrokimia


Kepekatan ion-ion
Jenis elektrod yang digunakan

Faktor-faktor

yang

berbeza

akan

menyebabkan

penghasilan produk yang berbeza di katod. Semakin rendah


kedudukan ion dalam siri elektrokimia semakin mudah ion
dinyahcaskan. Namun begitu, jika kepekatan sesuatu ion itu
lebih tinggi, ion tersebut akan lebih diutamakan untuk
dinyahcaskan.
Sebenarnya, proses elektrolisis juga boleh digunakan
untuk menentukan nilai pemalar Avogadro. Untuk menentukan
nilai pemalar Avogadro, NA, kita perlu menentukan berapa
banyak elektron telah dibebaskan dari anod ke katod dan
berapa mol elektron telah dipindah dari anod ke katod. Oleh
itu, pengiraan nilai pemalar Avogadro boleh dirumuskan
dengan persamaan :
NA =

Number bagi elektron


Bilanganmol bagielektron

Atau
NA =

F
e

di mana F = Pemalar Faraday = amaun cas bagi 1 mol elektron


e = cas electron (1.6 x 10-19 C)
Amaun cas yang digunakan semasa proses elektrolisis
boleh ditentukan dengan menggunakan persamaan:
Q=Ixt
di mana Q = amaun cas dalam Coulomb (C)
I = arus yang mengalir dalam Ampere (A)
t = masa yang diambil dalam saat (s)
Dengan mendapati bilangan mol electron yang terhasil,
malah akan dapat mendapat nilai pemalar Avogadro. Dua
Hukum Faraday boleh dirujuk bagi mengira nilai pemalar
Avogadro, iaitu Hukum Faraday Pertama dan Hukum Faraday
Kedua. Menurut Hukum Faraday Pertama, amaun bahan yang
terhasil semasa elektrolisis adalah berkadar langsung dengan
amaun cas elektirk yang mengalir melalui elektrolit. Ini
bermaksud bilangan mol bahan yang terhasil adalah sama
dengan

bilangan

mol

elektron

yang

mengalir

semasa

elektrolisis. Hukum Faraday Kedua juga menyatakan bahawa


kuantiti tenaga elektrik yang diperlukan untuk mendiscaskan
sesuatu ion adalah berkadar terus kepada cas yang dibawa
oleh ion itu. Ini bermaksud bilangan Faraday yang diperlukan
untuk penghasilan 1 mol atom suatu unsur adalah sama
dengan bilangan cas yang dibawa oleh ion unsur itu. Sebagai
contoh,
Ag+ + e- Ag
(1F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Ag +)
Cu2+ + 2e- Cu
(2F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Cu 2+)

Bahan

: a) 1.0 moldm-3 larutan kuprum (II) sulfat


b) dua kepingan kuprum

Radas

: a) bateri
b) kertas pasir
c) 250cm3 bikar
d) wayar penyambung klip buaya
e) ammeter
f) suis
g) reostat
h) jam randik
i) penimbang elektrik

Prosedur : 1) Dua kepingan kuprum dibersihkan dengan menggunakan


kertas pasir.
2) Setiap kepingan kuprum ditimbang dengan menggunakan
penimbang elektrik.
3) Larutan 1.0 moldm-3 kuprum (II) sulfat diisikan ke dalam
bikar sehingga sampai separuh penuh.
4) Semua radas dipasangkan seperti yang ditunjukkan dalam
gambar rajah (1).
5) Suis dihidupkan dan jam randik mula dikira.
6) Bacaan ammeter direkodkan.
7) Suis dimatikan setelah arus mengalir selama 30 minit.
8) Cas-cas pada anod dan katod direkodkan.
9) Kepingan-kepingan kuprum dibersihkan dan dikeringkan
dengan propanon.
10) Kepingan

kuprum

ditimbang

semula

dan

jisimnya

dicatatkan.
11) Semua bacaan dan pemerhatian dicatatkan dalam jadual di
bawah.

Keputusan :
Kuprum A (Anod)

Kuprum B (Katod)

Positif

Negatif

Bacaan ammeter, I/A

0.2

0.2

Jisim awal, mi/g

2.54

2.65

Jisim akhir, mf/g

2.43

2.77

Perubahan jisim, m/g


(mf mi)

-0.11

+0.12

Pemerhatian

Kepingan
kuprum
menjadi semakin nipis
dan
jisim
menjadi
semakin berkurang.

Kepingan
kuprum
menjadi semakin tebal
dan
jisim
menjadi
semakin bertambah.

Kepingan kuprum telah


terkakis dalam tindak
balas kerana kepingan
kuprum telah terurai
kepada ion kuprum.

Logam kuprum telah


terenap di atas katod
kerana ion Cu2+ yang
tertarik ke katod telah
menerima
elektron
daripada anod dan
membentuk logam Cu.

Sambungan
terminal

Inferens

Pengiraan

pada

Perubahan jisim bagi kuprum A = mAf mAi


= 2.43 2.54
= -0.11g
Perubahan jisim bagi kuprum B = mBf mBi
= 2.77 2.65
= +0.12g
Maklumat
I = 0.2 A
t = 30 minit
e= 1.6 x 10-19 C
Persamaan kimia bagi anod:
Cu Cu2+ + 2e-

(2F elektrik dibebaskan untuk membentuk satu mol Cu 2+)


Amaun cas yang digunakan, Q = I x t
= 0.2 x (30 x 60)
= 360 C
Bilangan mol kuprum yang terhakis =
=

Jisim
JAR
0.11
63.5

= 1.73 x 10-3 mol


360 C diperlukan untuk menghasilkan 1.73 x 10-3 mol
kuprum.

2F
360
F =

360
1.73 x 103

1
3
1.73 x 10

1
2

F = 104046 C

F = NA x e
F
NA = e
NA =

104046
1.6 x 1019

NA = 6.49 x 1023 mol-1


Nilai pemalar Avogadro = 6.49 x 1023 mol-1

Persamaan kimia bagi katod:


Cu2+ + 2e- Cu
(2F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Cu 2+)
Amaun cas yang digunakan, Q = I x t
= 0.2 x (30 x 60)
= 360 C
Bilangan mol kuprum yang terenap =
=

Jisim
JAR
0.12
63.5

= 1.89 x 10-3 mol


360 C diperlukan untuk menghasilkan 1.89 x 10-3 mol
kuprum.

2F
360
F =

360
3
1.89 x 10

1
1.89 x 103

1
2

F = 95238 C

F = NA x e
F
NA = e
NA =

95238
19
1.6 x 10

NA = 5.95 x 1023 mol-1


Nilai pemalar Avogadro = 5.95 x 1023 mol-1

Perbincangan

Selepas menjalani eksperimen di atas, kami mendapati bahawa jisim


bagi kedua-dua kepingan logam telah berubah. Jisim bagi kepingan kuprum A
menjadi semakin berkurang, iaitu berkurang sebanyak 0.11g manakala jisim
bagi kepingan kuprum B telah menjadi semakin bertambah, iaitu menambah
sebanyak 0.12g. Hal ini adalah disebabkan oleh proses elektrolisis. Semasa
proses elektrolisis, kepingan kuprum A yang disambungkan kepada terminal
positif akan dijadikan sebagai anod. Proses pengoksidaan akan berlaku pada
anod. Oleh itu, kepingan kuprum A akan membebaskan 2 elektron dan
membentuk ion kuprum, Cu2+ ke dalam elektrolit, iaitu larutan kuprum (II)
sulfat, CuSO4. Hal demikian menyebabkan kepingan kuprum terhakis dan
menjadi semakin nipis kerana sesetengah kuprum telah terurai menjadi ion
Cu2+. Tindak balas ini boleh dirumuskan dengan persamaan setengah bagi
anod:
Cu Cu2+ + 2eManakala bagi kepingan kuprum B, kepingan kuprum B telah
disambung kepada terminal negatif bagi bateri dan bertindak sebagai katod.
Tindak balas penurunan berlaku pada katod. Kepingan kuprum B akan
menarik ion Cu2+ yang terkandung di dalam larutan kuprum (II) sulfat, CuSO 4.
Apabila electron yang dibebaskan oleh anod dihantar ke katod, ion Cu 2+ akan
menerima 2 elektron dan dinyahcaskan untuk menjadi sebagai logam
kuprum, Cu. Cu akan terenap di sekitar kepingan kuprum B dan
membentukkan satu lapisan kuprum. Dengan ini, kepingan kuprum akan
menjadi semakin tebal dan berat. Tindak balas ini juga boleh dirumuskan
dengan persamaan setengah bagi katod:
Cu2+ + 2e- Cu
Sebenarnya, dalam tindak balas elektrolisis, banyak ion terbentuk
dalam larutan kuprum (II) sulfat. Antaranya termasuklah :
anion: SO42- dan OHkation: H+ dan Cu2+

Kation akan ditarik ke katod. Pada katod, ion Cu 2+ telah dipilih untuk
dinyahcaskan kerana ion Cu2+ berada di kedudukan yang lebih rendah dalam
siri elektrokimia berbanding dengan ion H +. Mengikut teori, semakin rendah
kedudukan ion dalam siri elektrokimia, semakin mudah ion itu dinyahcaskan.
Oleh itu, ion Cu2+ mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi dipilih untuk
dinyahcaskan semasa elektrolisis. Sebaliknya bagi anod, anion akan tertarik
ke arah anod. Sebenarnya, OH - berada di kekdudukan ion dalam siri
elektrokimia yang amat rendah. Tetapi, penggunaan elektrod adalah kepingan
kuprum dan kepekatan Cu adalah amat tinggi. Oleh itu, Cu telah diurai dam
membebaskan electron bagi membentuk ion Cu2+.
Daripada eksperimen yang kita jalankan, kami juga mendapati
bahawa perubahan jisim bagi kedua-dua kepingan kuprum adalah tidak
sama. Kuprum A telah berkurang sebanyak 0.11g manakala Kuprum B telah
bertambah sebanyak 0.12g. Sebenarnya, mengikut teori, kehilangan jisim
pada anod sepatutnya adalah sama dengan pertambahan jisim pada katod
dan kepekatan larutan kuprum (II) sulfat adalah tidak berubah. Perbezaan
jisim tersebut kemungkinan disebabkan dalam proses elektrolisis yang kami
lakukan, katod kemungkinan telah mengambil banyak ion Cu 2+ yang terdapat
larutan

CuSO4 bagi

membentuk

logam

kuprum.

Dengan

ini

akan

menyebabkan walaupun ion Cu 2+ masih tidak terbentuk lagi dari anod ke


dalam elektrolit, proses penurunan telah berlaku dengan mengambil elektron
daripada bateri dan ion Cu2+ daripada larutan CuSO4. Hal demikian
menyebabkan kuprum yang terbentuk adalah lebih melebihi dariapda yang
terhakis dan menyebabkan jisim bagi kepingan kuprum B adalah lebih banyak
dariapda kepingan kuprum A. Buktinya, selepas menjalankan eksperimen,
kami telah memerhatikan warna larutan elektrolit dan mendapati bahawa
warna larutan kuprum (II) sulfat telah menjadi sedikit pudar daripada
sebelumnya.
Selain itu, dalam eksperimen ini, penimbang elektrik kami juga tidak
begitu jitu. Hal ini kerana penimbang elektrik telah diletakkan di depan pintu
sahaja semasa kami mengambil jisim bagi kepingan kuprum A dan kuprum B.
Hal ini akan menyebabkan bacaan bagi jisim kepingan kuprum A dan B
mungkin akan dipengaruhi oleh tiupan angin dari luar ke dalam. Hal demikian

mungkin menyebabkan keputusan yang kami dapat adalah tidak sama seperti
teori yang diperkatakan.
Di samping itu, perbezaan jisim ini juga kemungkinan disebabkan
oleh pelbagai ralat yang tidak dapat dijangka. Semasa kami mengambil keluar
anod, iaitu kepingan kuprum A daripada larutan kuprum (II) sulfat, kami
mendapati bahawa terdapat sedikit sisa-sisa yang berwarna perang jatuh ke
dalam larutan. Ini kemungkinan merupakan sisa bagi proses pengkakisan
logam kuprum yang belum lengkap. Akibat sisa tersebut dijatuhkan ke dalam
larutan, hal demikian menyebabkan kepingan kuprum A menjadi lebih ringan
daripada sebenar.
Bagi nilai pemalar Avogadro, akibat jisim yang kami dapat adalah
berbeza bagi anod dan katod, oleh itu, saya telah menentukan nilai pemalar
Avogadro bagi kedua-dua elektrod. Selepas mengira, saya telah mendapati
bahawa nilai pemalar Avogadro dalam proses elektrolisis yang kami jalankan
adalah 6.49 x 1023 mol-1 bagi anod dan 5.95 x 10 23 mol-1 bagi katod. Keduadua nilai ini amat berhampiran dengan nilai sebenar yang dicatatkan dalam
buku, iaitu 6.02 x 10 23 mol-1. Kegagalan mendapatkan nilai pemalar Avogadro
yang seperti dalam buku mungkin disebabkan oleh beberapa punca.
Antaranya termasuklah:

Wayar pemyambung dan buaya klip yang digunakan dalam


eksperimen telah memyebabkan rintangan yang tinggi berlaku
dalam litar. Hal demkian menyebabkan arus yang mengalir
adalah bukan nilai 0.2 A sepanjang masa. Perubahan arus yang
tidak stabil ini juga akan mempengaruhi dengan amaun cas
yang kami dapat dan menjejaskan nilai pemalar Avogadro yang

kami dapat.
Selain itu, kepekaan penimbang elektrik juga tidak begitu tinggi.
Penimbang elektrik yang kami gunakan hanya boleh mengira
jisim sebanyak 2 decimal sahaja. Hal demikian menyebabkan
keputusan yang kami dapat jauh berbeza walaupun perbezaan
jisim hanya sedikit sahaja. Bukitnya, perubahan jisim bagi
kepingan kuprum A dan B adalah hanya 0.01g sahaja, namun

nilai pemalar Avogadro yang akhir dapat telah jauh berbeza,


iaitu sebanyak 0.54 x 1023 mol-1. Oleh itu, penggunaan
penimbang yang mempunyai kepekaan yang lebih tinggi
mungkin akan menyebabkan bacaan yang kami dapat lebih
tepat dan akan menjadi lebih hampir kepada nilai yang

sebenaryna.
Permukaan kepingan kuprum yang digunakan juga tidak
dibersih

sepenuhnya.

Hal

demikian

akan

menyebabkan

kepingan kuprum ini mungkin terdapat bahan-bahan lain yang


kami tidak ketahui. Bahan-bahan asing yang kami tidak ketahui
juga akan mengalami tindak balas dan menjejaskan nilai
pemalar Avogadro yang diperoleh.
Cara penambaikkan dan langkah berjaga-jaga
Oleh itu, bagi memperbaiki eksperimen kita, beberapa langkah perlu diambil.
Antaranya termasuklah:
1. Kemolaran bagi bahan-bahan yang hendaklah digunakan juga perlu
disemak dahulu sebelum memulakan sebarang eksperimen. Hal ini adalah
untuk memastikan kemolaran bagi bahan adalah tepat seperti yang
dinyatakan atau telah dicampuri oleh benda-benda asing lain yang akan
menjejaskan eksperimen yang akan dijalankan.
2. Hujung elektrod karbon perlu dipastikan menyentuh larutan kuprum (II)
sulfat supaya tindak balas dapat dijalankan dengan sempurna.
3. Permukaan elektrod perlu dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir
bagi membersihkan bahan-bahan asing yang terdapat pada permukaan
elektrod.
4. Penggunaan penimbang elektrik yang mempunyai kepekaan yang lebih
kecil bagi mendapat keputusan yang lebih jitu.
5. Penggunaan arus yang lebih kecil supaya tindak balas elektrolisis boleh
dijalankan dengan lebih lancar dan setara.
6. Penggunaan aseton untuk membersihkan kepingan kuprum kerana sifat
aceton yang cepat meruap dapat memastikan kepingan kuprum yang
ditimbang bersih tanpa berat air yang akan menjejaskan bacaannya.

7. Pastikan kedua-dua kepingan kuprum tidak bersentuhan antara satu sama


lain.

Soalan

1. Secara teori, pertambahan jisim pada satu elektrod kuprum


adalah sama dengan pengurangan jisim pada elektrod kuprum
yang lain. Terangkan mengapa berlaku perbezaan nilai bagi
kedua-dua elektrod semasa anda menjalankan eksperimen ini.
Mengikut teori, pertambahan jisim pada katod sepatutnya sama
dengan pengurangan jisim pada anod. Namun begitu, dalam
eksperimen kita, kami dapat mendapati pertambahan jisim pada
katod adalah +0.12g dan pengurangan jisim pada anod adalah
-0.11g.

Julat

perbezaan

adalah

0.01g.

Perbezaan

nilai

ini

kemungkinan disebabkan dalam tindak balas, katod telah mengambil


ion Cu2+ yang terbentuk di dalam larutan kuprum (II) sulfat. Hal
demikian menyebabkan ion dan elektron yang dibebaskan oleh anod
tidak digunakan maka menyebabkan kuprum yang terbentuk adalah
lebih melebihi dariapda yang terhakis dan menyebabkan jisim bagi
kepingan kuprum B adalah lebih banyak dariapda kepingan kuprum
A.
Selain itu, perbezaan jisim ini juga kemungkinan disebabkan oleh
pelbagai ralat yang tidak dapat dijangka. Semasa kami mengambil
Semasa kami mengambil keluar anod, iaitu kepingan kuprum A
daripada larutan kuprum (II) sulfat, kami mendapati terdapat sedikit
sisa-sisa yang berwarna perang jatuh ke dalam larutan. Ini
kemungkinan merupakan sisa bagi proses pengkakisan logam
kuprum yang belum lengkap. Akibat sisa tersebut dijatuhkan ke dalam
larutan, hal demikian menyebabkan kepingan kuprum A menjadi lebih
ringan daripada sebenar.

2. Tuliskan persamaan yang seimbang bagi tindak balas yang


berlaku di anod dan katod.
Persamaan setengah bagi anod: Cu Cu2+ + 2ePersamaan setengah bagi katod: Cu2+ + 2e- Cu

3. Nyata dan jelaskan dua cara untuk mendapatkan keputusan yang


lebih jitu dalam eksperimen yang telah anda jalankan.
Penggunaan arus yang lebih kecil seperti 0.1 A bagi memastikan
proses elektrolisis boleh dijalankan dengan lebih setara dan

stabil.
Penggunaan penimbang elektrik yang mempunyai kepekaan
yang lebih kecil bagi mendapat keputusan yang lebih jitu.

4. Selain daripada menentukan nilai pemalar Avogadro, nyata dan


terangkan dua lagi kegunaan elektrolisis dalam industri.
Elektrolisis boleh digunakan untuk proses penulenan logam. Dengan
melakukan proses elektrolisis, sesuatu logam yang tidak tulen akan
dijadikan sebagai anod dan membebaskan elektron serta ion kepada
katod. Katod akan dipasang dengan sesuatu logam tulen lagi. Logam
tulen

yang

berada

di

katod

akan

menerima

elektron

dan

membentukkan logam tulen lagi daripada ion yang dibebaskan oleh


logam tidak tulen. Dengan ini, logam tulen akan diperolehi melalui
proses elektrolisis.
Selain itu, penyaduran logam juga boleh dilakukan melalui proses
elektrolisis. Bahan yang hendak disadurkan dipasang di katod.
Dengan ini, penyaduran logam akan menyebabkan bahan tersebut
kelihatan lebih cantik, tahan kakisan, dan tahan lama digunakan.
Kesimpulan :
Nilai pemalar Avogadro boleh ditentukan dengan menggunakan proses
elektrolisis, iaitu 6.49 x 1023 mol-1 bagi anod dan 5.95 x 1023 mol-1.

Rujukan

E. L. Brown. (t.t). Determination of Avogadros. Didapatkan dari Chemi Labs:


http://www.chem21labs.com/labfiles/berea_gl09_lab.pdf
ESDI. (2011, September 28). electrolysis cells. Didapatkan dari Community
Chemical
High
School:
https://esdikimia.wordpress.com/2011/09/28/sel-elektrolisis/
G. Utomo. (2011). Sel Elektrolisis. Didapatkan dari Media Belajar Online:
http://mediabelajaronline.blogspot.my/2011/09/sel-elektrolisis.html
Ilmu Kimia. (2014, April 29). Elektrolisis. Didapatkan dari Ilmu Kimia:
http://www.ilmukimia.org/2013/04/elektrolisis.html
M. Colins. (2011, April 8). Determination of Avogadro's Number. Didapatkan
dari
Microlabinfo:
http://microlabinfo.com/wpcontent/uploads/2013/09/5d-Avogadros-Numberby-Electrolysis.pdf
Wikipedia. (2013, April 1). Elektrolisis. Didapatkan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Elektrolisis

dari

Wikipedia:

Lampiran

Rajah 3.1 : Bacaan bagi jisim kepingan kuprum A dan B sebelum elektrolisis

Rajah 3.2 : Bacaan bagi jisim kepingan kuprum A dan B selepas elektrolisis

Rajah 3.3 : Susunan radas

You might also like