You are on page 1of 14

Amali 4

: Proses Penurunan dan pengoksidaan

Tujuan

: Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk


pemindahan elektron pada satu jarak.

Teori

: Tindak balas redoks merupakan tindak balas kimia yang


melibatkan proses pengoksidaan dan proses penurunan.
Kedua-dua proses ini adalah berlaku secara serentak,
bermaksud apabila sesuatu bahan dioksidakan dalam tindak
balas redoks, sesuatu bahan yang lain juga akan diturunkan
pada masa yang sama.
Pengoksidaan sebenarnya merupakan tindak balas yang
berlaku apabila suatu bahan mengalami penambahan dalam
nombor pengoksidaan manakala proses penurunan pula ialah
tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan mengalami
pengurangan

dalam

nombor

pengoksidaan.

Proses

pengoksidaan dan penurunan boleh dirumuskan sebagai


Ciri-ciri

Pengoksdiaan

Penurunan

Oksigen

Tambah

Hilang

Hidrogen

Tambah

Hilang

Elektron

Hilang

Tambah

Tambah

Kurang

Nombor
pengoksidaan

Bahan yang mengalami proses pengoksidaan merupakan


agen penurunan manakala bahan yang mengalami proses
penurunan merupakan agen pengoksidaan.
Agen pengoksidaan akan menerima elektron daripada
bahan-bahan lain, lalu menurunkan diri sendiri. Bahan
pengoksida biasanya merupakan bahan kimia daripada unsur
dengan nombor pengoksidaan yang tinggi (contohnya, H 2O2,

MnO4-, CrO3, Cr2O72-, atau bahan dengan keelektronegatifan


tinggi yang lebih mudah menerima dua electron. (contohnya,
O, F, Cl, Br).
Bagi

agen

penurunan,

agen

penurunan

akan

mengeluarkan elektronnya kepada bahan lain. Oleh itu, agen


penurunan biasanya merupakan bahan yang terdiri daripada
logam

yang

mempunyai

keelektropositifan

yang

tinggi.

(Contoh, Li, Na, Mg, Fe).


Siri elektrokimia logam merupakan suatu susunan logamlogam

berdasarkan

kecenderungan

logam

melepaskan

electron untuk membentuk ion positif. Logam yang lebih


elektropositif (berada di kedudukan yang lebih tinggi dalam siri
elektrokimia)

akan

menyesarkan

logam

yang

kurang

elektropositif (berada di kedudukan yang lebih rendah dalam


siri

elektrokimia)

disebabkan

logam

daripada
yang

larutan

lebih

garamnya.

elektropositif

Hal

ini

mempunyai

kecenderungan yang lebih tinggi untuk melepaskan elektron


untuk membentuk ion positif. Logam yang lebih elektropositif
merupakan

agen

penurunan

yang

lebih

kuat

kerana

kecenderungannya untuk dioksidakan dengan melepaskan


electron adalah lebih tinggi.
Siri elektrokimia logam :
K Na Ca Mg Al Zn Fe Sn Pb H Cu Hg Pt Ag Au

Bahan

: a) 2.0 moldm-3 larutan asid sulfurik


b) 0.5 moldm-3 larutan ferum (II) sulfat
c) 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid
d) 0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat
e) 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida
e) 0.2 moldm-3 larutan manganat (VII) berasid
f) larutan kanji 1%

Radas

: a) tiub-U
b) galvanometer
c) penyambung klip buaya
d) elektrod karbon
e) kaki retort
f) pemegang kaki retort
g) tabung uji
h) penitis
i) penutup
j) bikar

Prosedur : 1) Tiub-U dipasang pada pemegang kaki retort.


2) Larutan asid sulfurik dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga
parasnya mencapai hampir 6 cm daripada mulut tiub-U.
3) Larutan 0.5 moldm-3 ferum (II) sulfat ditambahkan secara
berhati-hati dengan menggunakan penitis ke dalam satu
lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum (II) sulfat
mencapai 3cm.
4) Seterusnya, 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI)
berasid ditambahkan secara berhati-hati ke dalam lengan
tiub-U yang satu lagi.
5) Elektrod karbon dimasukkan ke dalam setiap satu lengan
tiub-U dan dipastikan hujung elektrod menyentuh larutan di
dalam setiap lengan tiub-U.
6) Elektrod

karbon

seterusnya

disambungkan

kepada

galvanometer.
7) Elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan
elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif ditentukan
dengan memerhatikan pesongan jarum galvanometer.

8) Radas dibiarkan selama 30 minit. Selepas 30 minit,


sebarang perubahan yang berlaku diperhatikan dan
dicatatkan.
9) 1cm3 larutan ferum (II) sulfat dikeluarkan dari tiub-U
dengan

menggunakan

penitis

yang

bersih

dan

dimasukkannya ke dalam tabung uji. Beberapa titis larutan


0.2 moldm-3 kalium tiosianat ditambahkan ke dalam tabung
uji tersebut. Pemerhatian direkodkan.
10) Langkah

hingga

langkah

diulangi

dengan

menggunakan larutan 0.5 moldm -3 kalium iodida dan 0.2


moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi
menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium
dikromat (VI) berasid.
11) Langkah 8 diulangi juga untuk menguji larutan kalium
iodida dengan larutan kanji 1 %.
12) Semua keputusan dan pemerhatian dicatatkan dalam
jadual di bawah.

Keputusan :
Set

Terminal negatif

Terminal positif

Set 1

Larutan
ferum (II) sulfat,

Larutan kalium
dikromat (VI)
berasid,

FeSO4
Set 2

K2Cr2O7
Larutan kalium
manganat (VII)
berasid, KMnO4

Larutan kalium
iodida, KI

Perbincangan

Galvanometer

Pemerhatian

Jarum Galvanometer
berpesong ke arah
kanan.

Larutan ferum (II)


sulfat menjadi warna
coklat kemerahan.

Jarum Galvanometer
berpesong ke arah
kanan.

Larutan kalium iodida


bertukar warna
menjadi warna biru.

Dalam eksperimen ini, kami telah menjalankan 2 set eksperimen bagi


mengkaji proses penurunan dan pengoksidaan. Kami telah menggunakan
larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat (VI) berasid bagi set 1
manakala menggunakan larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat
(VII) berasid bagi set 2.
Daripada eksperimen Set 1 di atas, selepas menyambungkan
elektrod dengan Galvanometer, kami mendapati bahawa jarum Galvanometer
telah berpesong ke arah kanan. Pemerhatian ini telah menunjukkan bahawa
pemindahan elektron telah berlaku, iaitu dari larutan ferum (II) sulfat, FeSO 4
mengalir ke larutan kalium dikromat (VI) berasid, K2Cr2O7 dan menghasilkan
arus elektrik yang dikesan oleh pesongan jarum galvanometer.
Oleh itu, daripada situ, kami dapat mengetahui bahawa elektrod
karbon yang dimasukkan ke dalam larutan ferum (II) sulfat adalah terminal
negatif yang dipanggil sebagai anod manakala elektrod karbon yang
dimasukkan ke dalam larutan larutan kalium dikromat (VI) berasid adalah
terminal positif yang disebut sebagai katod.
Dalam tindak balas ini, proses pengoksidaan telah berlaku pada
larutan ferum (II) sulfat. Hal ini kerana ion ferum (II) dalam larutan ferum (II)
sulfat telah dioksidakan kepada ion ferum (III) dan melepaskan elektron
semasa pengoksidaan.

Fe2+ Fe3+ + eIon dikromat (VI) dalam larutan kalium dikromat (VI) berasid akan
menerima elektron daripada ion ferum (II) dan diturunkan menjadi ion
kromium (III) dengan kehadiran larutan asid sulfurik.
Cr2O72- + 14H+ + 6e- 2Cr3+ + 7H2O
Elektron dipindahkan secara serentak daripada ion ferum (II) kepada
ion dikromat (VI) menerusi dawwai penyambung dan galvanometer. Oleh
itu, tindak balas redoks telah berlaku.
Dengan ini, kami dapat merumuskan tindak balas redoks ini dengan
persamaan:
Persamaan setengah bagi proses pengoksidaan:
(1)

Fe2+ Fe3+ + e-

Persamaan setengah bagi proses penurunan:


(2)

Cr2O72- + 14H+ + 6e- 2Cr3+ + 7H2O

Persamaan keseluruhan:
(3) x 6 + (2):
Dalam tindak balas ini, ion ferum (II) bertindak sebagai agen penurunan
manakala ion dikromat (VI) berasid bertindak sebagai agen pengoksidaan.
Ion ferum (II) yang mempunyai keelektropositifan yang lebih tinggi akan lebih
cenderung untuk melepaskan elektron. Oleh itu, ion ferum (II) adalah lebih
sesuai untuk dijadikan sebagai agen penurunan yang kuat. Manakala, bagi
ion dikromat (VI) berasid, ia lebih sesuai dijadikan sebagai agen
pengoksidaan yang kuat kerana ia mempunyai nombor pengoksidaan yang
amat tinggi.
Bagi membuktikan tindak balas redoks ini, kami juga menjalankan
ujian pengesahan. Selepas menjalankan eksperimen selama 30 minit, kami
telah menguji beberapa larutan ferum(II) sulfat dengan larutan kalium
tiosianat dan mendapati bahawa larutan telah bertukar warna ke coklat

kemerahan. Hal demikian dapat membuktikan kehadiran ion ferum (III), Fe 3+


kerana ion ferum (III), Fe3+ akan bertindak balas dengan ion tiosianat, SCN bagi membentuk satu larutan yang berwarna coklat kemerahan.
Bagi Set 2, tindak balas redoks adalah lebih kurang sama dengan
tindak balas redoks bagi Set 1. Jarum Galvanometer juga berpesong ke arah
kanan, iaitu pemindahan elektron berlaku dari larutan kalium iodida, KI
mengalir ke larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO4.
Dengan ini, kami dapat mengetahui bahawa dalam tindak balas ini,
anod adalah elektrod karbon yang dimasukkan ke dalam larutan kalium
iodidia manakala katod merupakan elektrod karbon yang dimasukkan ke
dalam larutan larutan kalium manganat (VII) berasid.
Dalam tindak balas ini, larutan kalium iodida akan bertindak sebagai
agen penurunan. Ion iodida dalam larutan kalium iodida akan dioksidakan
kepada molekul iodin dan membebaskan elektron kepada larutan kalium
manganat (VII) berasid.
2I- I2 + 2eIon manganat (VII) dalam larutan kalium dikromat (VI) berasid akan
menerima elektron daripada ion iodida dan diturunkan menjadi ion mangan
(II) dalam kehadiran larutan asid sulfurik cecair.
MnO4- + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H2O
Pemindahan elektron daripada ion iodida kepada ion manganat (VII)
berasid berlaku secara serentak menerusi litar luar. Oleh itu, tindak balas
redoks telah berlaku.
Dengan ini, kami dapat merumuskan tindak balas redoks ini dengan
persamaan:

Persamaan setengah bagi proses pengoksidaan:


(1)

2I- I2 + 2e-

Persamaan setengah bagi proses penurunan:


(2)

MnO4- + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H2O

Persamaan keseluruhan:
(3) x 5 + (2) x 2:

Dalam tindak balas, ion iodida bertindak sebagai agen penurunan


manakala ion manganat (VII) berasid bertindak sebagai agen pengoksidaan.
Ion iodida sebenarnya merupakan ion yang merupakan ion yang mempunyai
keelektronegatifan yang tinggi dan amat mudah menerima satu atau dua
elektron lebihan dalam sesuatu tindak balas. Namun begitu, apabila bertindak
balas dengan ion manganat (VII), ion manganat (VII) yang mempunyai
nombor pengoksidaan yang sangat tinggi masih lebih sesuai untuk dijadikan
sebagai agen pengoksidaan berbanding dengan ion iodida. Oleh itu,
pengaliran elektron adalah berlaku dari ion iodida ke ion manganat (VII).
Bagi membuktikan tindak balas redoks ini, kami telah menggunakan
larutan kanji 1% untuk menguiji kehadiran. Selepas menguji, kami mendapati
bahawa larutan telah bertukar warna menjadi warna biru. Hal demikian dapat
membuktikan kehadiran molekul iodin, I 2 kerana molekul iodin, I 2 akan
bertindak balas dengan kanji dan membentuk satu larutan yang berwarna biru
ungu.
Walaupun keputusan yang kami dapat adalah lebih kurang bersama
dengan teori yang dicatatkan dalam buku, tetapi kami masih menghadapi
sesetengah masalah sewaktu menjalankan eksperimen ini. Sebenarnya,
selepas 30 minit, apabila diuji dengan ujian pengesahan, sebenarnya
pemerhatian yang kami dapat adalah tidak jelas dan pertukaran warna hanya
sedikit sahaja. Hal ini kemungkinan besar disebabkan bahan di dalam
makmal sains telah diletakkan secara lama dan banyak bahan tidak dapat
berfungsi dengan baik. Oleh itu, ia memerlukan masa yang agak panjang

untuk bertindak balas. Bagi menyelesaikan masalah, kami telah meletakkan


satu set eksperimen di makmal sains supaya ia boleh meneruskan tindak
balas dan barulah kita boleh mendapat keputusan yang dikehendaki.

Cara penambaikkan dan langkah berjaga-jaga


Oleh itu, bagi memperbaiki eksperimen kita, beberapa langkah perlu diambil.
Antaranya termasuklah:
1. Kemolaran bagi bahan-bahan yang hendaklah digunakan juga perlu
disemak dahulu sebelum memulakan sebarang eksperimen. Hal ini adalah
untuk memastikan kemolaran bagi bahan adalah tepat seperti yang
dinyatakan atau telah dicampuri oleh benda-benda asing lain yang akan
menjejaskan eksperimen yang akan dijalankan.
2. Hujung elektrod karbon perlu dipastikan menyentuh larutan uji kaji supaya
tindak balas dapat dijalankan dengan sempurna.
3. Semasa mengambil bacaan, kedudukan mata perlulah berserenjang
dengan bacaan bagi mengelakkan ralat paralaks.
4. Mengulangkan eksperimen ini sebanyak beberapa kali supaya dapat
meningkatkan kejituan keputusan.

Soalan

1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas


redoks yang dijalankan dalam amali ini.
Set 1:
6Fe2+ + Cr2O72- + 14H+ 2Cr3+ + 6Fe3+ + 7H2O
Set 2:
10I- + 2MnO4- + 16H+ 5I2 + 2Mn2+ + 8H2O
(ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan
agen penurunan.
Set 1 : Tindak balas bagi FeSO4 dan K2Cr2O7
Agen pengoksidaan : kalium dikromat (VI)
Agen penurunan

: ion ferum (II)

Set 2 : Tindak balas bagi KI dan KMnO4


Agen pengoksidaan : kalium manganat (VII)
Agen penurunan

: ion iodida

2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas


redoks tersebut.
Set 1

Set 2

Termnial negatif ke terminal positif


( FeSO4 ke K2Cr2O7 )

Termnial negatif ke terminal positif


( KI ke KMnO4 )

3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan.

Asid sulfurik adalah berfungsi untuk memisahkan agen pengoksidaan


dan agen penurunan bercampur secara terus tetapi membenarkan
pergerakan ion melaluinya untuk melengkapkan litar.
4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam
amali di atas.
Dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan bagi eksperimen di
atas termasuklah:
a) Magnesium sulfat ( MgSO4 ) dan air bromin, (Br2)
b) Plumbun (II) nitrat ( Pb(NO3)2 ) dan kalium klorida, (KCl)
5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk
menggantikan asid sulfurik?
Larutan kalium bromida tidak sesuai digunakan untuk menggantikan
asid sulfurik kerana kalium bromida akan mudah bertindak balas
dengan bahan tindak balas dan menyebabkan tindak balas redoks di
atas tidak akan berjaya. Hal ini kerana ion bromida merupakan bahan
yang mempunyai keelektronegatifan yang amat tinggi. Ia akan mudah
menerima elektron lebihan dengan mengoksidaan sesuatu bahan.

Kesimpulan :
Tindak balas redoks dan pemindahan elektron telah berlaku dari katod ke
anod melalui wayar penyambung.

Rujukan

Naza. (2012, 12 26). Tindak Balas Redoks. Didapatkan dari Online Education
of Sciences and Mathematics:
http://www.kimia45.cikgunaza.com/2012/12/tindak-balas-redoks.html
P. S., Tan. (2008). Bilingual CHEMISTRY. Selangor: Arah Pendidikan Sdn.
Bhd.
Wikipedia. (2014, Mac 23). Tindak balas redoks. Didapatkan dari Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tindak_balas_redoks

Lampiran :

Rajah 2.1 : Penyediaan radas bagi set 1.

Rajah 2.2 : Pesongan galvanometer


bagi Set 1.

Rajah 2.3 : Pemerhatian larutan


ferum (II) sulfat apabila
diuji dengan kalium
tiosianat.

Rajah 2.4 : Penyediaan radas bagi set 2.

Rajah 2.5 : Pesongan galvanometer bagi Set 1.

You might also like