You are on page 1of 7

LAPORAN PPIK: MENGKAJI SISTEM SURIA

Model pembelajaran yang telah saya pilih dalam proses perancangan untuk mengajar
tajuk Mengkaji Sistem Suria ialah model pengajaran 5e yang melibatkan fasa engage,
explore, explain, elaborate, dan evaluate. Hasil pembelajaran yang telah saya tetapkan
ialah:
i.
ii.

Murid mampu menyenaraikan dan menamakan ahli sistem suria mengikut urutan
Murid mampu menuliskan ciri-ciri ahli sistem suria dengan tepat
Bentuk pendekatan pembelajaran yang saya terapkan ialah pendekatan konstruktivisme.

Pendekatan ini dipilih kerana proses pembelajaran yang bermakna tidak boleh berlaku
dengan cara pemindahan ilmu secara terus daripada guru kepada murid. Pembelajaran
yang bermakna dan efektif hanya boleh berlaku dengan cara proses pembinaan ilmu
pengetahuan oleh murid itu sendiri melalui pengalaman pembelajaran yang diberikan oleh
guru. Oleh yang demikian, di dalam Rancangan Pengajaran Harian yang saya bentuk, saya
telah cuba sedaya upaya dalam usaha untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang
terbaik kepada para murid dalam usaha untuk mereka membina kefahaman sendiri
terhadap tajuk Mengkaji Sistem Suria.
Antara Alat Bantu Mengajar (ABM) yang saya gunakan di sepanjang proses P&P ialah
LCD, slaid, permainan papan Sistem Suria, lagu, dan kertas mahjong. ABM ini digunakan
pada fasa-fasa tertentu dalam usaha untuk mengoptimumkan ransangan yang diberikan
kepada para murid dengan cara mempelbagaikan bentuk stimulus pembelajaran kepada
para murid. Kemahiran berfikir yang diberikan keutamaan di dalam perancangan
pembelajaran ini ialah kemahiran mencirikan, membuat urutan, membuat gambaran mental,
dan membandingbeza. Kemahiran berfikir ini diberi keutamaan lantaran kepentingan
terhadap hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
Manakala kemahiran proses sains yang diterapkan di sepanjang P&P ialah memerhati,
komunikasi, dan mengguna hubungan perhubungan ruang dan masa. Kemahiran proses
sains yang diterapkan ini mempunyai kesinambungan terhadap kemahiran berfikir yang
ditekankan sewaktu P&P di samping berfungsi dalam proses mencapai hasil pembelajaran
yang telah ditetapkan. Nilai-nilai yang diterapkan secara tersirat melalui aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan di sepanjang P&P ialah kerjasama, saling menghormati, dan juga keyakinan.
Nilai-nilai yang dipilih ini disesuaikan cara pengaplikasian melalui aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan agar para murid dapat mengamalkannya dan secara tidak langsung dididik
untuk mengubah personaliti diri ke arah yang lebih baik.

Fasa Engage
Pada fasa engage, isi pembelajaran yang dibawa ialah untuk memperkenalkan ahli
Sistem Suria terlebih dahulu kepada para murid. Isi pembelajaran ini dipilih kerana di
sepanjang pembelajaran mata pelajaran Sains dari tahun 1 hingga ke tahun 4, ini
merupakan topik pertama dalam mata pelajaran Sains yang mengkhususkan kepada Sistem
Suria secara menyeluruh. Oleh sebab itu, terdapat kemungkinan wujudnya para murid yang
tidak mempunyai pengetahuan sedia ada (PSA) berkenaan Sistem Suria itu sendiri.
Kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pembelajaran pada fasa ini ialah
melalui aktiviti menyanyi. Aktiviti ini dipilih atas sebab untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang santai di samping menjadi pencetus kepada penglibatan aktif para murid
dalam P&P pada fasa-fasa berikutnya. Dengan memulakan sesi P&P dengan cara yang
menyeronokkan dan santai, para murid akan menjadi lebih terbuka dan bersedia untuk
memberikan perhatian terhadap aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Dalam pelaksanaan
aktiviti ini, guru akan menggunakan LCD dan slide untuk memaparkan video lagu Sistem
Suria yang bakal dinyanyikan. Guru akan menyanyikan lagu tersebut dan kemudiannya
diikuti oleh para murid. Irama lagu yang menarik perhatian dipadukan dengan lirik lagu yang
mempunyai pengisian berkenaan susunan ahli Sistem Suria dan ciri-cirinya diyakini mampu
mencapai matlamat fasa engage iaitu untuk memperkenalkan ahli Sistem Suria kepada para
murid. Pada fasa ini juga murid-murid akan mula mengaplikasikan kemahiran berfikir seperti
membuat gambaran mental, dan juga membuat urutan sewaktu mereka menyanyikan lagu
tersebut.
Fasa Explore
Pada fasa explore, isi pembelajaran yang ditekankan ialah urutan ahli Sistem Suria. Isi
pembelajaran ini merupakan kesinambungan kepada isi pembelajaran pada fasa engage.
Susunan ahli Sistem Suria yang ditekankan pada fasa ini termasuklah kedudukan Bulan,
asteroid, dan juga meteoroid dalam Sistem Suria. Sesuai dengan nama fasa ini dan juga
pendekatan konstruktivisme yang ingin diterapkan di sepanjang P&P, pada fasa ini para
murid akan melakukan penerokaan terhadap isi pembelajaran yang telah ditetapkan.
Penerokaan yang bakal dilakukan oleh para murid pada fasa ini dilaksanakan melalui
kaedah pembelajaran berasaskan permainan. Kaedah ini dipilih untuk menarik minat murid
dengan lebih mendalam terhadap isi pembelajaran di samping mewujudkan suasana
pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Para murid akan melaksanakan penerokaan
terhadap urutan ahli Sistem Suria dengan cara bermain permainan papan (board game)
Sistem Suria yang dihasilkan sendiri oleh guru.

Konsep permainan papan Sistem Suria hampir sama dengan konsep permainan dam
ular dengan sedikir penambahan iaitu wujudnya pit stop di sepanjang permainan. Isi
pembelajaran ini dapat dikuasai oleh murid melalui permainan yang dilaksanakan dengan
cara berkumpulan 3-4 orang sambil dipantau oleh guru. Di sepanjang permainan para murid
akan dapat melihat susun atur ahli-ahli dalam Sistem Suria dan secara tidak langsung akan
mula mengenali ciri-ciri setiap ahlinya apabila mereka berhenti di pit stop di sepanjang
permainan. Apabila mereka berhenti di pit stop, mereka dikehendaki mengambil kad
informasi dan membacakan maklumat berkenaan ahli Sistem Suria yang tertentu kepada
ahli kumpulan mereka. Kemahiran berfikir yang bakal diamalkan oleh para murid sewaktu
aktiviti ini ialah mencirikan dan juga membandingbeza. Manakala kemahiran proses sains
yang ditekankan sewaktu permainan ialah menggunakan hubungan perhubungan ruang dan
masa, yakni mereka akan mula mempelajari turutan ahli dalam Sistem Suria. Di sepanjang
aktiviti ini juga para murid turut dididik untuk mengamalkan nilai saling menghormati iaitu
mereka akan menghormati giliran untuk bermain permainan papan tersebut dan juga
menghormati prosedur permainan yang telah ditetapkan oleh guru.
Fasa Explain
Pada fasa explain, isi pembelajaran yang diketengahkan pada ialah memperihalkan ciriciri ahli Sistem Suria. Setelah para murid didedahkan secara tidak langsung kepada ciri-ciri
ahli Sistem Suria di sepanjang aktiviti permainan tadi, murid-murid akan mempelajari ciri-ciri
ahli Sistem Suria dengan lebih terperinci melalui strategi pembelajaran koperatif. Di dalam
kumpulan yang sama, para murid akan melakukan perbincangan terhadap ahli Sistem Suria
tertentu dan kemudiannya bakal melakukan pembentangan hasil perbincangan mereka.
Guru akan melakukan cabutan untuk menentukan ahli Sistem Suria yang bakal
dibincangkan oleh murid dalam kumpulan masing-masing. Setelah melaksanakan
perbincangan dalam kumpulan masing-masing berkenaan ahli Sistem Suria yang telah
ditetapkan, mereka akan melakukan pembentangan hasil perbincangan mereka dengan
menggunakan kertas mahjong. Kaedah pembelajaran koperatif ini selaras dengan
pendekatan konstruktivisme yang ditekankan di sepanjang P&P yang dilaksanakan yakni
para murid akan saling berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan ahli kumpulan di
sepanjang perbincangan dan kemudiannya berkongsi hasil perbincangan mereka dengan
murid daripada kumpulan lain melalui pembentangan.
Sewaktu melaksanakan perbincangan, para murid akan melakukan rujukan kepada buku
teks mereka. Di sini mereka secara tidak langsung telah mengamalkan konsep penemuan
dalam pembelajaran yakni para murid sendiri yang menemui maklumat berkenaan isi
pembelajaran dan bukannya diberikan oleh guru secara terus. Di sepanjang akviti

perbincangan ini, guru bakal bertindak sebagai pemantau setiap perbincangan yang
dilaksanakan oleh murid. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh guru agar perbincangan
yang dilaksanakan oleh murid berlaku dengan tepat dan perbincangan menuju ke arah yang
betul. Kemahiran berfikir yang bakal diaplikasikan pada fasa ini ialah mencirikan dan juga
membandingbeza yakni para murid akan mempelajari ciri-ciri spesifik setiap ahli Suria dan
belajar untuk membezakan antara satu ahli Sistem Suria dengan ahli yang lain. Manakala
kemahiran proses sains yang ditekankan dalam fasa ini ialah komunikasi. Sewaktu aktiviti
perbincangan berlangsung, para murid akan belajar untuk berkomunikasi antara satu sama
lain dalam proses pembinaan ilmu pengetahuan dan perkongsian maklumat dengan rakan
sekumpulan yang lain. Nilai-nilai yang diterapkan dalam fasa ini ialah nilai kerjasama dan
juga keyakinan. Nilai kerjasama dapat dilihat apabila para murid saling membantu antara
satu sama lain sewaktu proses perbincangan yakni mereka akan saling berkongsi
pengetahuan dengan ahli kumpulan masing-masing dan juag pembahagian tugasan dalam
kumpulan untuk melakukan pembentangan manakala nilai keyakinan diterapkan melalui
pembentangan yang dilaksanakan.
Fasa Elaborate
Pada fasa berikutnya iaitu fasa elaborate, isi pembelajaran yang ditekankan ialah turutan
ahli Sistem Suria dan ciri-cirinya. Setelah para murid-murid selesai melaksanakan
pembentangan pada fasa explain, guru akan melakukan pembelajaran secara ekspositori
secara ringkas. Perkara ini penting kerana terdapat kemungkinan masih wujud dalam
kalangan murid yang masih belum menguasai ciri-ciri ahli Sistem Suria secara sepenuhnya
walaupun sesi perbincangan dan pembentangan telah dilaksanakan. Guru akan
menerangkan ciri-ciri ahli Sistem Suria dengan menggunakan gambar Sistem Suria secara
ringkas. Setelah selesai sesi ekspositori ringkas oleh guru, penilaian akan dilaksanakan
terhadap para murid berkenaan sejauhmana mereka dapat menguasai isi pembelajaran
yang telah ditekankan di sepanjang proses P&P iaitu aturan ahli Sistem Suria serta ciri-ciri
ahlinya. Penilaian yang dilakukan merupakan penilaian yang bersifat formatif yakni
menekankan pengukuran tahap pencapaian para murid terhadap topik pembelajaran
tertentu. Penilaian dilaksanakan dengan cara para murid bakal melengkapkan soalansoalan yang diberikan dalam lembaran kerja yang diedarkan. Para murid diberikan masa
selama 10 minit untuk menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan secara individu.
Di sepanjang proses penilaian ini para murid akan mengaplikasikan kesemua kemahiran
berfikir yang telah mereka amalkan di sepanjang fasa P&P yang sebelumnya seperti
kemahiran

mencirikan,

membuat

urutan,

membuat

gambaran

mental,

dan

membandingbeza. Para murid bakal menyatukan kesemua kemahiran berfikir ini dalam

proses mereka menjawab soalan-soalan yang diberikan. Manakala nilai yang diamalkan
sewaktu proses penilaian ini ialah nilai menghormati iaitu para murid akan diasuh untuk
mematuhi peraturan sesi penilaian yang dilaksanakan oleh guru iaitu menjawab soalansoalan yang diberikan secara individu. Aktiviti penilaian ini amat penting kerana aktiviti ini
memberi peluang kepada guru untuk mengesan miskonsepsi yang masih wujud dalam
kalangan murid walaupun aktiviti-aktiviti pembelajaran telah dilaksanakan pada fasa
sebelumnya. Seterusnya, guru berpeluang untuk merangka langkah pengayakan ataupun
pemulihan yang perlu dilaksanakan pada fasa yang berikutnya iaitu evaluate.
Fasa Evaluate
Fasa yang terakhir dalam P&P yang dirancang ialah fasa evaluate. Pada peringkat ini
guru akan melaksanakan sama ada aktiviti pengayaan atau pemulihan secara ringkas
berdasarkan keputusan aktiviti penilaian yang dilaksanakan pada fasa yang sebelumnya.
Andainya aktiviti pemulihan perlu dilakukan, maka tugasan khas akan diberikan kepada para
murid sebagai kerja rumah manakala andainya aktiviti pengayaan diperlukan maka
lembaran kerja akan diedarkan sebagai latihan tambahan untuk disiapkan sebagai kerja
rumah. Pada fasa ini, guru akan melakukan aktiviti peneguhan positif kepada para murid
atas kerjasama yang telah diberikan oleh mereka di sepanjang P&P dilaksanakan.

PROSEDUR PENGGUNAAN ABM


Video lagu
1. Guru akan menayangkan video lagu dengan menggunakan slaid dan LCD.
2. Pada pusingan pertama, guru bakal menyanyikan lagu Sistem Suria secara solo
dengan gerakan sambil diperhatikan oleh murid
3. Pada pusingan kedua, guru dan para murid akan menyanyikan lagu bersamasama.
4. Lirik lagu akan dipaparkan melalui video lagu yang dipaparkan pada slaid.
Permainan papan Sistem Suria
1.
2.
3.
4.

Permainan ini mempunyai konsep yang sama seperti permainan dam ular
Setiap murid akan memilih buah watak masing-masing
Permainan papan ini mengandungi susun atur Sistem Suria.
Buah watak murid-murid akan bergerak bermula daripada planet Pluto menuju ke

Matahari melalui lorong yang ditetapkan.


5. Di sepanjang perjalanan menuju ke Matahari, para murid akan melalui setiap ahli
Sistem Suria.
6. Para murid akan mempelajari nama-nama ahli Sistem Suria dan juga aturannya.
7. Andainya buah watak murid berhenti di pit stop, mereka akan mengambil kad
informasi dan kemudiannya membaca maklumat pada kad tersebut kepada ahli
kumpulan mereka
8. Murid pertama yang tiba di matahari dinobatkan sebagai pemenang.

Figure 1: Contoh Permainan Papan Sistem Suria

Kertas Mahjong
1. Para murid akan melakukan perbincangan dalam kumpulan masing-masing
berkenaan ciri-ciri Sistem Suria yang telah ditentukan.
2. Setelah perbincangan selesai, mereka akan menulis hasil perbincangan mereka
berkenaan ciri-ciri ahli Sistem Suria tersebut di atas kertas mahjong dengan
menggunakan pen papan putih
3. Setelah itu, dengan menggunakan kertas mahjong tersebut, para murid akan
melakukan pembentang hasil perbincangan mereka di hadapan kelas sambil
diperhatikan oleh kumpulan lain.

You might also like