You are on page 1of 5

LAPORAN PPIK: MENGKAJI GERHANA BULAN

Model pengajaran yang saya pilih untuk proses P&P untuk mengajar tajuk Mengkaji
Gerhana Bulan ialah model pengajaran yang melibatkan fasa orientasi, pencetusan idea,
penstrukturan idea, pengaplikasian idea, dan diakhiri fasa refleksi. Hasil pembelajaran yang
ditetapkan ialah:
i.
ii.

Murid mampu menuliskan definisi gerhana bulan secara terperinci


Murid mampu melakarkan posisi matahari, bumi, dan bulan yang tepat ketika
berlakunya gerhana bulan

Fasa Orientasi
Pada fasa orientasi, isi pembelajaran yang ditetapkan ialah memperkenalkan
fenomena gerhana bulan kepada para murid. Isi pembelajaran ini dipilih kerana di
sepanjanjang pembelajaran mata pelajaran Sains dari tahun 1 hingga ke tahun 6, para
murid belum pernah mempelajari berkenaan topik ini. Oleh yang demikian wujud dalam
kalangan para murid yang belum pernah mengetahui berkenaan kewujudan fenomena ini.
Untuk memperkenalkan fenomena ini kepada para murid, kaedah bercerita digunakan
dalam fasa orientasi ini sebagai suatu bentuk pengenalan awal situasi yang berlaku sewaktu
fenomena gerhana bulan kepada para murid. Kaedah bercerita yang lebih bersifat menarik
dan santai mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan
kepada para murid di samping penting dalam usaha menimbulkan rasa minat dan ingin tahu
dalam diri murid untuk mempelajari tentang fenomena ini dengan lebih mendalam.
Melalui kaedah bercerita ini guru akan menggunakan ahli Sistem Suria yang terlibat
dalam fenomena gerhana bulan seperti matahari, bumi, dan bulan sebagai watak-watak
yang wujud dalam cerita. Ini bertujuan memperkenalkan kepada murid ahli Sistem Suria
yang terlibat dalam fenomena gerhana bulan itu sendiri. Dalam fasa orientasi ini, guru akan
menggunakan LCD dan slaid powerpoint untuk bercerita. Guru akan memaparkan slaid
yang mengandungi fasa-fasa penceritaan dan bercerita kepada para murid. Kemahiran
berfikir yang bakal digunakan oleh murid pada fasa ini ialah kemahiran membuat urutan dan
membuat gambaran mental. Manakala daripada pencerita yang dilakukan oleh guru, murid
akan mempelajari nilai kasih sayang. Kemahiran proses sains yang bakal dipelajari pula
ialah kemahiran komunikasi yakni mereka akan belajar cara untuk berkomunikasi melalui
pemerhatian mereka terhadap cara guru bercerita.
Pencetusan Idea
Pada pencetusan idea, isi pembelajaran yang bakal dipelajari oleh murid ialah
definisi dan konsep fenomena gerhana bulan. Tujuan pemilihan isi pembelajaran ini ialah

untuk menghubungkait pengalaman lalu murid dengan pengetahuan baru yakni guru bakal
mengaitkan cerita yang disampaikan pada fasa orientasi dalam membentuk definisi dan
konsep fenomena gerhana bulan. Untuk membentuk definisi dan konsep berkenaan
fenomena ini, guru akan melakukan sesi pengajaran ekspositori kepada para murid untuk
menerangkan definisi dan konsep gerhana bulan. Seterusnya guru akan mengaitkan semula
cerita yang disampaikan dengan definisi dan konsep yang telah dibentuk. Setelah
menghuraikan definisi dan konsep fenomena, guru akan meminta murid untuk menuliskan
definisi dan menghasilkan hipotesis berkenaan fenomena gerhana bulan menurut
kefahaman mereka. Ini dilakukan untuk menguji sejauh mana kefahaman awal mereka
terhadap konsep fenomena ini dan bakal diuji sekali lagi di fasa refleksi. Selain itu, dengan
mengarahkan murid menuliskan definisi dan hipotesis berkenaan fenomena gerhana bulan
guru dapat menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid.
Dalam fasa pencetusan idea ini tiada ABM yang digunakan kerana pembelajaran
secara umumnya dilakukan melalui ekspositori melalui penyampaian lisan dan juga arahan
secara terus kepada para murid. Kemahiran berfikir yang diterapkan dalam fasa ini ialah
menilai dan membuat gambaran mental. Kemahiran ini diterapkan melalui aktiviti murid
dikehendaki menuliskan definisi dan menghasilkan hipotesis berkenaan fenomena itu
sendiri. Manakala kemahiran proses sains yang bakal dipelajari ialah mendefinisi secara
operasi dan membuat hipotesis, selaras dengan kemahiran berfikir yang diterapkan.
Penstrukturan Idea
Pasa penstrukturan idea, isi pembelajaran yang ditekankan ialah posisi matahari,
bumi, dan bulan sewaktu berlakunya fenomena gerhana bulan. Pemilihan isi pembelajaran
ini selaras dengan keperluan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Hasil pembelajaran
menyatakan bahawa murid hendaklah mampu melakarkan posisi matahari, bumi, dan bulan
ketika gerhana bulan. Untuk mereka mampu melakarkan posisi ahli-ahli Sistem Suria
tersebut, terlebih dahulu mereka hendak tahu posisi ahli sistem suria tersebut sewaktu
gerhana bulan berlaku. Untuk menyampaikan isi pembelajaran ini, kaedah simulasi bakal
digunakan untuk menunjukkan kedudukan matahari, bumi, dan bulan kepada para murid.
Dengan menggunakan kaedah ini, murid-murid berpeluang untuk memahami fenomena ini
dengan lebih mendalam lantaran penggunaan pendekatan bahan pembelajaran secara
konkrtit digunakan. Mereka juga berpeluang melihat simulasi keadaan yang berlaku sewaktu
fenomena gerhana bulan berlaku. Sewaktu aktiviti ini murid akan menghasilkan modelmodel bumi dan bulan dengan menggunakan plastisin secara berkumpulan. Kemudiannya
mereka akan melakukan simulasi fenomena gerhana bulan dengan menggunakan lampu
suluh dan model plastisin yang dihasilkan.

Sewaktu aktiviti ini, ABM yang digunakan ialah lampu suluh plastisin. Lampu suluh
bakal bertindak sebagai matahari dan plastisin bakal digunakan untuk membentuk model
bumi dan bulan yang sesuai dengan saiz. Jarak antara matahari-bumi dan bumi-bulan telah
ditetapkan oleh guru. Oleh itu, di samping diuji untuk melakukan simulasi fenomena gerhana
bulan, mereka turut diuji untuk menghasilkan saiz model bumi dan bulan yang sesuai agar
simulasi yang dilakukan berjaya. Kemahiran proses sains yang bakal mereka pelajari ialah
kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa dan kemahiran memerhati.
Kemahiran ini diterapkan melalui pembentukkan saiz model yang sesuai dengan fenomena
gerhana bulan dan juga memerhatikan posisi ahli sistem suria yang terlibat ketika simulasi
fenomena gerhana bulan berlaku. Selain itu, kemahiran berfikir yang bakal diamalkan ialah
membanding beza dan menghubungkait. Ini ditekankan apabila para murid membanding
beza perbezaan saiz antara bumi dan bulan serta posisi mereka yang menyebabkan
berlakunya fenomena gerhana bulan. Para murid turut berpeluang menghayati nilai
kerjasama melalui aktiviti simulasi yang dilakukan secara berkumpulan.
Pengaplikasian Idea
Dalam fasa ini, isi pembelajaran yang ditekankan ialah posisi matahari, bumi, dan
bulan sewaktu fenomena gerhana bulan. Pada fasa ini, aktiviti yang dijalankan mempunyai
kesinambungan kepada aktiviti simulasi yang dilakukan pada fasa sebelumnya. Pada fasa
ini, para murid akan melakarkan fenomena gerhana bulan dan melakukan pemetaan konsep
gerhana bulan. Tujuan pelaksanaan aktiviti ini ialah untuk memberi ruang kepada para murid
untuk mengaplikasikan dapatan mereka di sepanjang P&P serta menjadi suatu bentuk
penilaian terhadap kefahaman mereka di setelah aktiviti-aktiviti P&P dilaksanakan pada fasa
sebelumnya. Selain itu, aktiviti ini dilaksanakan untuk melihat pencapaian murid dalam
menguji penguasaan murid terhadap hasil pembelajaran yang ditetapkan. Aktiviti ini
dilakukan secara berkumpulan antara 3-4 orang murid untuk setiap kumpulan. Para murid
akan melakukan lakaran posisi dan keadaan ahli sistem suria yang terlibat ketika fenomena
gerhana bulan berlaku. Lakaran dilakukan di atas kertas mahjong. Setelah lakaran selesai,
para murid dikehendaki melakukan pemetaan konsep di sekeliling lakaran yang dihasilkan.
Pemetaan konsep di sekeliling lakaran dilakukan bertujuan untuk menguatkan ingatan para
murid terhadap konsep dan pengetahuan yang perlu mereka ketahui berkenaan fenomena.
ABM yang digunakan pada fasa ini ialah kertas mahjong. Para murid secara
berkumpulan bakal melakukan lakaran fenomena gerhana bulan dan pemetaan konsep di
atas kertas mahong yang diedarkan oleh guru. Kemahiran berfikir yang diterapkan sewaktu
aktiviti ini ialah membuat gambaran mental dan membuat urutan. Sewaktu melakukan
lakaran, para murid akan terlebih dahulu menggambarkan rupa ahli sistem suria sebelum

melakarkannya di atas kertas mahjong seterusnya mereka akan memikirkan urutan yang
tepat dalam fenomena gerhana bulan untuk menyusun posisi matahari, bumi, dan bulan
yang tepat sewaktu berlakunya fenomena tersebut. Kemahiran proses sains yang terlibat
dalam aktiviti ini ialah kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa dan
kemahiran komunikasi. Para murid akan melakarkan saiz lakaran matahari, bumi, dan bulan
yang sesuai di samping berinteraksi sesame ahli kumpulan sewaktu aktiviti ini berlangsung.
Interaksi yang berlaku membolehkan proses pembelajaran secara konstruktivisme
berlangsung apabila para murid saling berbincang dan membantu antara satu sama lain
dalam proses pelaksanaan tugas. Nilai yang tersirat di sebalik aktiviti ini ialah kerjasama
yakni para murid berpeluang untuk saling membantu dan menjalankan tugas masing-masing
dalam menyiapkan lakaran dan pemetaan konsep.
Refleksi
Pada fasa ini, penekanan yang diberikan ialah penilaian terhadap perubahan idea
dan penguasaan para murid terhadap topik yang diajar. Para murid dikehendaki untuk
menuliskan jurnal ringkas berkenaan dapatan dan pendapat mereka setelah aktiviti-aktiviti
P&P yang telah dilaksanakan pada fasa-fasa sebelumnya. Para murid juga dikehendaki
membandingkan pengetahuan dan kefahaman mereka sebelum dan selepas mereka
menjalani proses P&P pada hari itu. Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat
sejauhmana keberkesanan P&P yang dilaksanakan serta memberi ruang kepada guru
memperbaiki P&P pada masa akan datang.

Manual Penggunaan ABM


LCD dan slaid powerpoint
1. Slaid mengandungi fasa-fasa dalam penceritaan.
2. Guru bercerita tentang kisah yang berlaku antara matahari, bumi, dan bulan ketika
fenomena gerhana bulan dengan menggunakan slaid
3. Setiap slaid memaparkan watak-watak yang wujud dalam cerita dan dialog yang
berlaku dalam cerita
Plastisin dan lampu suluh
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil
2. Guru memberikan plastisin kepada setiap kumpulan
3. Setiap kumpulan diarahkan membentuk model bumi, dan bulan yang sesuai dengan
saiz
4. Lampu suluh bakal bertindak selaku matahari yang menjadi sumber cahaya
5. Jarak lampu suluh-bumi dan bumi-bulan adalah sama untuk setiap kumpulan
6. Setiap kumpulan diberi peluang untuk mencuba model mereka untuk melakukan
simulasi gerhana bulan menggunakan lampu suluh.
Kertas mahjong
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil
2. Guru memberikan kertas mahjong kepada setiap kumpulan
3. Setiap kumpulan diarahkan melakarkan fenomena dan melakukan pemetaan konsep
pada lakaran
4. Kumpulan dengan lakaran dan pemetaan konsep paling cantik dan tepat diberikan
peneguhan positif

You might also like