You are on page 1of 7

Kempen Tanpa Penggunaan Beg Plastik

1.0. Pengenalan
Kempen Tanpa Penggunaan Beg Plastik merupakan satu usaha untuk mentransformasikan
Kota Bharu sebagai sebuah Bandar metropolitan yang bersih, ceria dan hijau dengan
menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik
Kempen ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat iaitu tahun 2011 - 2012, kempen ini
berkuatkuasa pada setiap hari sabtu dan tahun 2013 diperluaskan kepada 3 hari dalam
seminggu iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Kempen ini akan memberi kesedaran dan menfaat kepada pengusaha premis perniagaan dan
kepada orang ramai iaitu mengurangkan kos pemprosesan beg plastik serta mengurangkan
pencemaran alam sekitar.
2.0. Matlamat
i) Mengurangkan penggunaan beg plastik dan mengurangkan kos memproses beg plastik
ii) Mempertingkatkan kesedaran pengguna awam terhadap impak-impak negatif
penggunaan beg plastik
iii) Untuk mencapai wawasan menjadikan Kota Bharu bandar hijau di Negeri Kelantan
iv) Untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar
3.0. Kesan-Kesan Negatif
i) Boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar secara kritikal kerana beg plastik
dihasilkan daripada petroleum.
ii) Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastik dihasilkan dan digunakan setiap tahun
seluruh dunia menyebabkan orang ramai membuang beg plastik di merata-rata tempat
semakin banyak.
iii) Beg plastik sukar untuk dilupus dan tidak akan mereput dalam masa yang singkat dan
sesetengahnya mengambil masa 400 1000 tahun untuk diuraikan.
iv) Apabila beg- beg plastik ini diuraikan bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah
dan seterusnya ke rantai makanan kita.
v) Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita dan ianya menyekat jalanan
pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.

vi) Wawasan untuk menjadikan Kota Bharu bandar hijau tidak akan tercapai
vii)Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyebabkan pelepasan karbon yang
menjejaskan lapisan ozon yang mengakibatkan kesan pencemaran udara dan
pertambahan kadar penggunaan tenaga.
viii) Boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.
Fakta Yang Tidak Ingin Diketahui Mengenai Beg Plastik dari Kedai Membeli Belah
Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai beg plastik dari kedai membeli belah:

Beg Plastik diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.

Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik
setahun
untuk
seluruh
dunia.

Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan
kadar
pengunaan
tenaga

Pengeluar beg plastik menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara
setiap
tahun

Di United Kingdom, pengharaman beg plastik adalah bersamaan dengan


mengurangkan
18,000
kenderaan
di
atas
jalan.

Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastik dihasilkan dan digunakan setiap tahun
diseluruh
dunia.

Hanya

Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk


dibiodegradasikan. Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun
untuk
diuraikan.

Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan
seterusnya
ke
rantai
makanan
kita.

1%

dari

trillion

yang

dihasilkan

itu

dikitar

semula

Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita. Beg-beg ini menyekat jalanan
pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.

Beg plastik juga memberi kesan yang padah kepada burung burung dan mamalia
marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu
laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik

Pengenalan ( Perasmian)
KEMPEN LARANGAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK
Umum sedia maklum bahawa pada setiap hari Sabtu ialah Hari Tanpa Beg Plastik di
Selangor. Kempen ini telah dilancarkan pada 01 Jan 2011 dan dirasmikan oleh exco
kerajaan negeri, Elizabeth Wong yang juga pengerusi jawatankuasa tetap hal ehwal
pengguna, pelancongan dan alam sekitar di Tesco Kepong.

Sebanyak 14 syarikat besar telah menyertai kempen tersebut, antaranya AEON Jusco,
99 Speedmart, Parkson, Guardian Pharmacy, IKEA, The Store, Econsave, Vitacare
Pharmacy, 7 Eleven, Carrefour, Giant, Watsons dan Pasaraya ( shopping Mall) iaitu
Sunway Pyramid dan One -Utama.

Menurut kenyataan sekretariat akhbar kerajaan negeri, pada hari pelaksanaan kempen
tersebut, pengguna digalakkan membawa beg dari rumah kerana beg plastik tidak akan
dibekalkan kepada pengguna.Sebaliknya pengguna akan dikena bayaran 20 sen bagi
setiap penggunaan beg plastik bagi menggalak penggurangan pengunaannya.
"Bayaran yang dikenakan akan disalurkan kepada tabung kebajikan yang tertakluk
kepada tanggungjawab sosial setiap syarikat," kata kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu lagi, kempen tersebut akan dijalankan selama enam bulan pada
peringkat awalnya dan kerajaan negeri akan menilai kesannya dan mempertimbangkan
sama ada perlu menambahkan hari kempen itu.

Negara Yang Melarang Penggunaan Beg Plastik

Negara

Cara Pelaksanaan

Hong Kong

Mengenakan bayaran HKD 50sen (lebih kurang


RM0.25) untuk setiap beg plastik.

China

Akta Pengehadan Penggunaan Beg Plastik. Satu kajian


tentang kesan selepas setahun pelaksanaannya telah
mendapati ia telah menjimatkan 1.6 juta tan
petroleum.
Berdasarkan peraturan Suruhanjaya Pembangunan dan
Pembaharuan Negara China, beg plastik yang tebalnya
kurang 0.025 mm dilarang dikeluarkan dan digunakan.
Selain itu, pusat jualan runcit yang menyediakan beg
plastik percuma kepada pelanggan perlu membayar
denda 10 ribu yuan RMB maksimum.

San Francisco Amerika


Syarikat (27 Mac 2007)

Akta melarang penggunaan beg plastik di pasar raya


dan kedai farmasi. Berdasarkan akta tersebut, penjual
runcit hanya boleh menyediakan beg kertas, beg kain
atau beg plastik yang boleh terurai kepada pelanggan.
Di Los Angeles dan bandar-bandar yang lain di Amerika
Syarikat., kerajaan telah mengurus aktiviti pengambilan
balik beg plastik dan mencadangkan penduduk
tempatan supaya tidak menggunakan beg plastik serta
meletakkan beg plastik yang telah digunakan ke
tempat yang telah ditetapkan.

Pekan Leaf Rapids, Manitoba


Kanada

Pada 2 April 2007, larangan penggunaan beg plastik


telah dilaksanakan. Pekan itu merupakan tempat
pertama yang menetapkan larangan tersebut di
Kanada. Sebelum ini, sesetengah tempat di Australia
dan Brazil juga telah mengeluarkan ketetapan
mengenai larangan penggunaan beg plastik.

Tanzania

Larangan penggunaan beg plastik yang setebal 30


mikron hingga 65 mikron pada tahun 2008.

Rwanda

Melarang penggunaan dan pengimportan beg plastik


yang setebal kurang 100 mikron semenjak tahun 2005.

Kenya

Mengenakan cukai penggunaan sebanyak 120% atas


beg plastik dan merancang untuk meningkatkan harga
beg plastik sebanyak 6.6 kali ganda pada tahun 2010.

Uganda

Pelaksanaan satu akta tentang larangan penggunaan


beg plastik pada 1 Julai 2009.

Singapura

Melancarkan Hari Bawa Beg Beli-belah Sendiri pada


April 2009. Setiap hari Rabu, sebanyak 206 buah pasar
raya di Singapura telah menggalakkan pengguna
mengurangkan penggunaan beg plastik

Republik Korea

Pada tahun 1999, menggunakan beg plastik yang perlu


dibayar dan telah menetapkan siri tindakan untuk
menggalakkan pihak penjual dan pengguna
menggunakan beg kertas yang boleh dikitar semula.

Jepun

telah menetapkan siri tindakan untuk menggalakkan


pihak penjual dan pengguna menggunakan beg kertas
yang boleh dikitar semula.

Jerman

Belasan tahun yang lalu, pihak kerajaan telah


menggubal undang-undang mengurangkan
penggunaan beg plastik. Pada masa ini, semua pasar
raya di Jerman hanya menyediakan beg plastik yang
berbayar. Britain, Perancis dan Ireland juga telah
menetapkan siri akta untuk mengurangkan
penggunaan beg plastik.

Malaysia

2011- Larangan Penggunaan Beg Plastik pada setiap


hari sabtu dan perlu membayar sebanyak RM 0.20
untuk membeli plastik.

Lanjutan Kempen Larangan Penggunaan Beg Plastik.

Sebanyak RM 19 000.00 dikutip pasar raya Giant dan Cold Storage (GCH)
sepanjang Bulan Julai hasil kutipan denda pelanggan yang menggunakan beg

plastik dan wang ini disumbangkan kepada 6 (enam) rumah kebajikan.

GCH turut melancarkan beg gijau kitar semula yang boleh dimiliki pelanggan
pada harga serendah 0.99 sen.

Terdapat beberapa pasar raya seperti Mydin menyediakan kotak kosong


menggantikan beg plastik untuk mengisi barang.

Empat rangkaian perniagaan iaitu 7-eleven , Guardian, Happy Mart dan Watson
bersetuju menyertai program ini membabitkan 114 premis rangkaian niaga
tersebut.

Pihak pengurusan Autocity di Juru dan pasaraya Sunshine pula bersetuju


menyiarkan iklan Hari Tanpa Palstik di papan iklan digital mereka dan iklan sama
juga akan disiarkan di beberapa pawagam sebelum tayangan bermula.

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) mengurangkan 85 peratus penggunaan


beg plastik di seluruh rangkaian pasar rayanya di Pulau Pinang,

Sejak Pelancaran Program 'Hari Tanpa Beg Plastik' yang diadakan setiap Hari
Isnin mulai 6hb Julai 2009 di pasaraya-pasaraya telah membolehkan Negeri Pulau
Pinang berjimat lebih daripada 1 juta* beg plastik dalam masa 4 bulan.

Sumber : Kosmo

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Plastik?

Kajian menunjukkan bahawa sebuah beg plastik yang kita buang boleh berada di
tapak pelupusan selama beribu-ribu tahun sebelum terurai Beg plastik
merupakan bahan pepejal yang sukar diurai di dalam tanah. Lantaran itu, ia
boleh menyebabkan tanah berasid dan tidak sesuai untuk pertanian selain
menimbulkan beberapa masalah yang lain. Plastik-plastik yang dibuang akan
menjejaskan pengaliran air sehingga boleh menyebabkan air parit dan sungai
membanjiri kawasan berdekatan apabila hujan lebat.

Oleh kerana sisa plastik hanya akan reput dalam jangka masa yang panjang,
ianya memerlukan sebahagian besar dari kawasan tapak pelupusan. Jika ini
berlaku ianya boleh menyebabkan pencemaran tanah, sungai dan sumber air
bawah tanah. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti alam sekitar, kesihatan dan
kesejahteraan makhluk hidup yang lain. Beg plastik yang dibuang ke dasar laut
pula boleh mengancam hidupan aquatik dan marin.

Yang lebih membimbangkan lagi, sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen,


satu bahan penyebab kanser.

Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum
kita.

Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg
plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air
yang menyebabkan banjir, dan merosakkan kesuburan tanah.

Lantaran memberi impak yang negatif kepada kehidupan, banyak negara telah
menghentikan secara undang-undang penggunaan beg plastik di kedai dan pasar
raya.

Kajian bagi Environmental Protection Agency Amerika Syarikat yang dijalankan


bersama oleh Konsultan ICF, Konsultan Owen-illinous dan University of Florida
pada September 2006 menunjukkan bahawa kitar semula atau penggunaan
semula satu tan plastik akan menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 51
hingga 56 juta Btu (satu juta Btu bersamaan dengan tenaga yang boleh
dihasilkan oleh lapan gallons gasoline).

Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini
bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-billion beg
ini akan menjadi sampah.

Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebanyak 6 beg plastik
dapat dijimatkan.

Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat
mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.

Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos
mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya boleh
mendapat $32 dalam pasaran komoditi.

Untuk menghasilkan beg plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak
ditambah lagi sekarang terjadi krisis minyak yang mengakibatkan melambung
nya harga BBM.
Sumber Maklumat: Kerajaan Negeri Selangor

You might also like