You are on page 1of 4

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

"AMALAN KEBERSIHAN BUDAYA KITA"


(20 Februari 2009 / 24 Safar 1430H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi
sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenarbenar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di
akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: AMALAN
KEBERSIHAN BUDAYA KITA".
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pendedahan dalam media massa dan aduan awam mengenai isu pencemaran
persekitaran, perumahan, tempat ibadat, perparitan, sungai, laut, air dan udara amat
membimbangkan kita. Isu-isu pencemaran ini telah menjejaskan kualiti hidup
manusia kerana pencemaran itu amat kotor dan menjijikan. Baru-baru ini negara
kita dikejutkan pula dengan peningkatan penyakit demam denggi, chikungunya,

dan pelbagai jenis penyakit lain. Peningkatan kes demam ini adalah petunjuk
bahawa amalan kebersihan tidak diambil peduli oleh sesetengah masyarakat.
Sama ada disedari atau tidak, perbuatan yang tidak berakhlak ini
menyebabkan perbelanjaan mengurus meningkat. Justeru, bagi mengurangkan
masalah ini masyarakat perlu mematuhi amalan menjaga kebersihan menurut
lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undangundang serta peraturan yang ditetapkan. Jangan nanti 'Sudah Terhantuk Baru
Tengadah'.
Sikap membudayakan amalan kebersihan adalah bukti kekuatan akidah
seseorang dan disukai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah
ayat 222:

Maksudnya: " Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan
mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri".
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kajian sebuah syarikat penyelidik antarabangsa telah menyenaraikan hanya 25
buah negara paling bersih di dunia telah dikenalpasti. Antaranya Switzerland,
Sweden, Norway, Finland, Jerman, Jepun, Denmark dan Perancis; malangnya tidak
satu pun negara Islam menduduki tangga tersebut. Persoalan besar timbul di sini
ialah, mengapakah umat Islam tidak boleh mengamalkan kebersihan yang dituntut
oleh Islam sendiri sebagai lambang ketamadunan?.
Berdasarkan pemerhatian, negara-negara maju mempunyai budaya menjaga
kebersihan yang tinggi. Walaupun tidak beragama Islam tetapi mereka lebih
mengambil berat aspek kebersihan sepertimana dianjur oleh Islam. Jadi, amalan
kebersihan ini adalah amalan mulia berbentuk menyeluruh kerana Islam amat
mementingkan kebersihan sama ada zahir atau batin.

Prinsip kebersihan di dalam Islam seperti yang ditekankan dalam berwudhuk


dan bersuci dalam ibadat, sepatutnya dihayati dan dijadikan budaya dalam aktiviti
hidup yang lain. Mimbar suka mengingatkan jemaah bahawa membudayakan atau
mentabiatkan amalan hidup bersih ini adalah bermula dari rumah.
Oleh itu, mimbar menyeru ibu bapa supaya membimbing dan mengajar ahli
keluarga tentang aspek kebersihan. Berdasarkan pemerhatian didapati terdapat
perkaitan yang kuat bahawa mereka yang mementingkan kebersihan adalah
mereka yang bertamadun. Atau dengan kata lain, keluarga yang bertamadun adalah
keluarga yang mementingkan kebersihan.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kita juga perlu menyoal diri kita sendiri, apakah kita telah menjadi ibu bapa yang
bertamadun?. Istilah tamadun di sini boleh ditakrifkan sebagai sejumlah
pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan
yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku
serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia
yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara. Ringkasnya, tamadun boleh
dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.
Oleh itu, sewajarnya umat Islam dituntut untuk menjaga kebersihan. Imam
Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW daripada Ibn Mas'ud:

Mafhumnya: "Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat
mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih."
Hadith ini membuktikan bahawa kebersihan boleh menjadi faktor penentu
untuk mendapat perhatian dan kasih sayang Allah SWT. Allah SWT tidak
menyukai kekotoran. Justeru, kita tidak boleh bersifat pengotor. Pengabaian sikap
ini sebenarnya akan membawa banyak musibah atau masalah kepada manusia
keseluruhannya.
3

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Mengakhiri khutbah, mimbar yang mulia ini menyeru semua pihak, marilah samasama kita menghayati erti kebersihan dalam kehidupan ini. Kebersihan menjadi
lambang kepada ketamadunan umat Islam di negara ini sampai bila-bila. Mimbar
mencadangkan agar kita mematuhi beberapa perkara berikut:
Pertama:

mendidik ahli keluarga dan masyarakat menjadi orang yang suka


kebersihan dan benci pencemaran,

Kedua:

menghayati amalan kebersihan sebagai budaya hidup muslim sejati,

Ketiga:

mengenakan hukuman yang lebih tegas ke atas individu atau


kumpulan yang melakukan pencemaran atau kekotoran, dan

Keempat: meningkatkan kerjasama setempat dan pihak berkuasa tempatan


dalam aktiviti menjaga kebersihan.
Firman Allah SWT dalam surah ar-Rum ayat 41:

Maksudnya: " Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di
laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka,
supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

You might also like