You are on page 1of 4

Amalan membaca

Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat semakin penting
dan diutamakan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam
memupuk amalan membaca namun, budaya membaca dalam masyarakat masih rendah
lagi. Melalui pembacaan, seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan
yang secara tidak langsung dapat membantu memajukan negara. Dengan ini, isu
budaya membaca dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang ringan. Jika
budaya tersebut dibiarkan begitu sahaja hasrat masyarakat untuk menjadikan negara
kita negara maju pasti akan terganggu. Pengamalan budaya membaca dalam kalangan
masyarakat akan mendatangkan pelbagai faedah terhadap diri kita. Oleh itu, semua
lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana
Membaca
Jambatan
Ilmu.

Sesungguhnya amalan membaca mampu menambah


pengetahuan kita. Amalan membaca dapat membantu
memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai
persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi
ini. Setiap seseorang daripada kita mesti memberikan
nilai
tambah
kepada
diri
masing-masing,
demikian mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah
Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan
beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan
keramat itu, membawa maksud bahawa nilai seseorang
anak pascamerdeka ini akan bertambah andai individu itu
berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya
daripada terus berada di takuk lama. Jika ditelusuri,
ungkapan ini boleh direalisasikan dengan amalan membaca
yang pastinya dapat menyumbangkan idea bernas dalam
diri pembaca. Selain melalui proses pembelajaran secara
formal di sekolah, nilai diri akan dapat ditambah dengan
banyaknya menerusi amalan membaca bahan-bahan ilmiah
seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan
sebagainya. Cerdik pandai sering menganggap amalan

membaca
sebagai
jambatan
ilmu. Persepsi
ini
terjelma lantaran
amalan
membaca
yang
dapat
menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu.
Tegasnya, amalan membaca sememangnya dapat
menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk
kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan
yang terbentang di jagatraya ini.
Seterusnya, mari kita fokuskan lensa pemikiran kita
kepada manfaat seterusnya iaitu membaca dapat
meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan
ialah tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi dalam sesuatu bidang. Membaca dapat mewujudkan
koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga
pakar yang berpengetahuan. Sebagaimana yang diketahui
masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat
yang maju dan kompetetif sehingga dapat mencetuskan
gegaran minda sekaligus dapat menjulang negara kita ke
puncak jagat. Buktinya kita melihat betapa negara
pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung
hampir dalam semua aspek penting kehidupan negaranya
kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan
kepakaran. Oleh sebab itu, amalan membaca dapat
membentuk masyarakat madani yang berkemahiran
dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah
mencapai tahap yang maksimum dalam membentuk
individu yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam
satu-satu bidang, kita tidak perlu bergantung kepada
kepakaran luar lagi. Jelaslah bahawa amalan membaca
dapat membekalkan tenaga pakar atau mahir kepada
sesebuah negara itu.

Jika dilihat dari aspek yang lain, membaca merupakan


tiang sandaran konkrit untuk berjaya dalam akademik.
Namun begitu, cahaya amalan membaca semakin hari
semakin malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya, para
pelajar tidak mempunyai kesedaran bahawa membaca itu
penting dalam kehidupan sedangkan amalan membaca
dapat
meningkatkan
ilmu
pengetahuan
dan
mampu meluaskan horizon pemikiran para pelajar. Oleh
sebab itu, para pelajar perlu menyemai bibit-bibit minat
membaca dalam diri kerana membaca merupakan wasilah
utama kejayaan seseorang pelajar. Sebagi contoh, adik Nik
Nor Madihah telah berjaya memperoleh 20A dalam SPM
dengan membudayakan amalan membaca dalam diari
kehidupannya sebagai seorang pelajar. Meyedari
kepentingan membaca dalam kalangan pelajar, pelbagai
usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi
memperkasakan minat membaca dalam kalangan pelajar
seperti
mengadakan
minggu
membaca
dan
program NILAM. Melalui program NILAM ini jugalah
lahirlah tokoh-tokoh pelajar yang berjaya. Selain berjaya
dalam akademik, para pelajar juga boleh mengaplikasikan
ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam kehidupan
seharian. Ringkasnya, jelaslah bahawa amalan membaca
dapat memberikan pelbagai kemaslahatan kepada para
pelajar untuk berjaya. Sesungguhnya, menuntut ilmu tanpa
membaca ibarat basikal tanpa roda.

Dengan membudayakan amalan membaca juga, rakyat yang berpengetahuan luas


dalam sesebuah negara mampu mencetuskan ideologi dan buah fikiran yang bernas
dalam memacu proses pembangunan negara dapat dilahirkan. Hal ini dikatakan dmeikian
kerana membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang
seiring dengan negara-negara yang telah mengecapi modenisasi mapan seperti Jepun. Di
Jepun, atas dasar aplikasi dan pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta
teknologi yang tidak terdapat di negara-negara lain seperti mesin layan diri yang dapat
memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telur ayam segar, sayursayuran segar dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri ini dapat
beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Keadaan ini membolehkan para peniaga
dan usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis perniagaan mereka kerana
mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sempurna selain
mereka dapat memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang dapat meningkatkan
kemajuan negara mereka. Jelaslah bahawa amalan merupakan ramuan yang efektifuntuk
membentuk masyarakat yang berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat merealisasikan
aspirasi negara untuk bertambah maju.
Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa
senggang antara dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang
berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan membaca sebagai hobi kita. Selain membaca,
kita boleh menjadikan perkara lain sebagai hobi sekiranya perkara itu berfaedah.
Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada seseorang, namun masa yang singkat itu
sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita
haruslah menggunakan masa lapang dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya
seseorang itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika
menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa mereka
seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.
Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada individu
mahupun negara. Melalui membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan
kita. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang
mendapat keputusan yang cemerlang malah dapat memajukan negara. Walaupun pada
hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun,
usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab
yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal ini disebabkan budaya membaca
perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya.
Ibu bapa juga bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan
banyak membaca buku. Selain itu, pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai
kemudahan seperti perpustakaan supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempenkempen membaca juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca
giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua
orang wajiblah membaca dan berusaha meningkatkan budaya membaca agar
masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.

You might also like